Nuffnang

Friday 16 September 2016

OYAKAWA / Chapter 1 #214



Chapter 1

Harris masuk ke dalam bilik dia dekat Kolej 12 yang ada dekat uni dia tu. Hari ni hari start daftar untuk semester baru untuk bulan September. Semester ni dia masuk belajar untuk sem ke 3. Sem lepas da selamat dia tempuh dengan jayanya walaupun pointer dia entah pape entah. Haha. Pointer tinggi ke rendah ke, at the end, still dia kena kerja dengan ayah dia walaupun apa yang dia belajar sekararng memang lain benar dengan usaha syarikat yang ayah dia bina. Ayah dia bukak bisnes Architecture tapi dia pulak belajar dekat Fakulti Perhutanan which is amik Recreation. Entah kenapa entah dia amik recreation ni pun dia tak tahu. Just sebab dia minat bersukan kot and dia tak berapa nak minat pemebelajaran dalam kelas.
Roommate baru dia untuk semester baru ni tak masuk ke dalam bilik ni lagi. Dia kemas-kemas barang dia, masuk ke dalam almari and mana barang-barang dia yang besar, dia tendang ke bawah katil je. Tak pun susun campak atas almari baju sebelah katil dia. Laptop dia keluarkan dari dalam beg, pasang plag pada suis and pasang winamp. All I Ever Wanted / Kelly Clarkson da berdentum dalam bilik. Dia terus tanggal baju lepas tu terjun atas katil. Capai fon sebelah bantal sebelum skrol gambar yang ada dekat gallery fon. Dia carik satu folder yang memang dia tatap tiap-tiap hari tanpa gagal. Nama folder kat gallery tu, dia tulis siap-siap dengan nama Noah. Dia usha gambar dalam folder Noah tu and tatap tak puas. Gambar pertama yang dia tengok ialah gambar yang dia pernah amik-amik curi masa Noah mula mendaftar masuk dekat sekolah dorang. Masa tu dia form 5 and budak lelaki tu, form 4.
Dia menghela nafas berat.
Mana nak carik Noah ni? Sejak dia habis sekolah, lepas tu dia datang sekolah balik, Noah da tak sekolah dekat Kolej Tengku Esfahan lagi. Dia semak data dekat pejabat sekolah, Noah bukan berhenti kerana budak lelaki tu nak berhenti, tapi berhenti belajar sebab kena buang dari Kolej Tengku Esfahan.
Dia carik balik Noah tu sebab nak mintak maaf. Mintak maaf banyak benda. Mintak maaf atas segala-galanya. Banyak benda yang dia buat dekat budak lelaki tu walaupun budak lelaki tu sebenarnya baik gila nak mati. He takes for granted atas kebaikan Noah. Macam mana dia kenal Noah? Dia kenal Noah bila budak lelaki tu masuk ke tingkatan 4 dekat Kolej Tengku Esfahan. Mostly yang masuk ke KTE ialah anak-anak Lord, anak-anak menteri and anak-anak orang kaya. Which is salah seorang daripadanya ialah dia sendiri. Disebabkan dia feeling macam anak orang kaya la , perasaan megah dia tu memang tak beragak. Noah pulak masuk ke KTE bukan sebab dia anak orang atau anak bisnes yang buat bisnes berpuluh juta atau anak lord atau anak menteri. Budak lelaki tu masuk ke KTE sebab dia dapat biasiswa sukan dari KBS.
First time dia usha Noah, dia da tahu da nak buat apa dekat budak tu. Ragging! Dia memang nakal nauzubillah min zalik. Even masa dia kapel dengan Noah pun, dia buat boo tak layan je dengan budak lelaki tu. Yap. Dia pernah kapel dengan Noah walaupun dorang berdua ialah lelaki. Tak payah nak terkejut sangat la setan.  Which is bagi Noah, masa dorang berdua kapel, itu la moment terbaik dalam hidup dia. Bagi dia pulak, dia tak feeling apa sangat pun. Dia just rasa Noah ni macam tempat untuk dia luahkan nafsu dia je. Masa tu je la dia rasa Noah sebagai tempat dia untuk gantikan awek dia kalau dia sangap. Tapi sekarang dia rasa menyesal la pulak. Masa tu dia selalu buat seks dengan Noah pun sebab dia sangap tak jumpa awek dia.
Noah pulak baik semedang je and anggap dia sebagai pakwe yang berkualiti. Pfft, berkualiti la sangat padahal dia selalu buli and buat dek boo tak layan je perasaan budak lelaki tu. Tapi still Noah ni tetap layan dia baik macam orang paling istimewa dalam hidup dia.
Harris skrol lagi gambar dalam fon dia and dia tengok gambar Noah tengah gelak makan aiskrim and dia pulak tengah buat muka masam sebab kena paksa amik gambar dengan Noah. Harris senyum sedih tengok gambar ni. Dia ingat lagi yang gambar ni diambil dekat area Bukit Bintang sana masa Noah ajak dia keluar bersama. Noah cakap,
“Jom la kita pergi date.”
Dia pulak balas. 
“Malas. Nak tidur la Noah. Aku penat ni. Malam tadi tidur lambat siapkan kerja sekolah.”
Padahal malam tadi dia keluar dari Kolej and curi-curi jumpa awek dia. 
“Jom la abang.” Ajak Noah. “Kita tak pernah date.”
“Fine, fine, fine. Sekali ni je. Lain kali aku malas.”
Noah da nak bersorak gembira tunjuk muka happy lepas tu.
“Da jangan nak memekak.”
Noah tetap sengih lepas tu.
Harris skrol gambar lain dekat fon dia tu which is dia tahu, itu last gambar yang dia ada dalam galeri bertulis Noah tu. Ada 3 gambar je dalam galeri tu, Gambar yang terakhir tu ialah gambar dia dengan Noah tengah makan kek  coklat kecik untuk sambut birthday dia.
Noah kata nak suprisekan dia. So dia follow je la Noah ke bilik TV even da pukul 1 pagi. Memula dia kata, dia nak tidur sebab esok ada training eventhough hari sabtu . Dalam hati da mendongkol bengang sebab dia baru nak call awek dia. Tapi dia ikut je la kata Noah and kalau dia rasa bosan, dia belah angkat kaki je la dari situ. 
Dia masuk bilik TV je, Noah cakap surprise kuat-kuat sambil hulur kek cokelat kecik ada satu lilin kat atas tu. 
“Happy birthday abang! I love you so much!”
Dia menjulingkan mata ke atas and tak buat muka pedulik pada Noah yang kerut dahi tengok kelakuan dia. 
“Cepat tiup  and make a wish!” Noah da sengih-sengih lebar and sampai bijik mata pun tak nampak. Noah ni matanya sepet and kalau senyum memang tak nampak mata terus. 
Dia tiup cepat kek tu sebelum tarik tangan Noah keluar dari bilik TV.
“Kita nak pergi mana ni abang?” 
“Kalau makan kat bilik TV orang nampak nanti. Nak mati? Kau nak kena belasah macam selalu?”
End up dorang makan dekat belakang bangunan mana entah sambil Noah borak itu ini. Noah keluarkan fon dia lepas tu and ajak dia selfie amik gambar berdua. Dia buat muka senyum terpaksa sebelum sambung makan kek cepat-cepat. Nak mati kalau orang nampak makan kek berdua je? Noah ni da la selalu kena belasah sebab orang cakap dia gay. Tapi Noah ni kena belasah selalunya sebab budak lelaki tu bukan anak orang kaya.Tak sama taraf macam dorang semua. Memang tak la dia nak lepak berdua je dengan mamat tu kan? Sebelum ni dia tukang belasah Noah sekali dengan kengkawan dia. Kang tak pasal-pasal, dia yang kena belasah sekali dengan kawan-kawan dia. Terus lepas tu dia belah, tak cakap thanks and tinggalkan Noah kemas bekas-bekas makanan tu kat situ. 
Dia terus masuk bilik and call awek dia sepanjang malam. Ye la. Sebab dapat free call bagai kan and awek dia kata, dia nak kasi surprise baik punya and da beli lingerie pink baru and dia memang la totally tak sabar nak tolak awek dia atas katil esok. 
Latihan sukan la sangat
Padahal latihan sukan atas katil bersama awek terchenta.
Kononnya.
Lepas habis call, ada gambar dari whatsapp masuk. Noah kasi gambar dorang makan tadi sambil ucap selamat malam. Dia kasi bluetick sebelum tidur.
Harris mengeluh. For fuck sake! 3 gambar ni je yang dia ada! Dulu beria-ia jugak Noah nak amik gambar dengan dia tapi dia memang tak nak bergambar langsung dengan budak lelaki tu.  Sekarang baru nak menyesal sebab takde gambar Noah yang lain. Dia cuba carik budak lelaki tu, tapi tak jumpa. Dia even pergi ke alamat yang Noah tulis kat borang sekolah dia, tapi bila dia pergi ke rumah budak lelaki tu, mesti takde orang sambut salam dia. Aku nampak macam penjual yang datang dari rumah ke rumah ke? Apa? Aku nampak macam bangla ke? Muka aku handsome kot! KAH KAH KAH. Babi tak beragak puji diri sendiri. Haha. Betul la. Dulu Noah selalu puji dia tau.
“Abang ni handsome la.” Lepas tu, budak lelaki tu senyum-senyum je.
Harris tersengih-sengih bila teringat reaksi muka Noah puji dia. Rasa macam nak cubit je pipi budak lelaki tu bila ingat balik. Mata budak lelaki tu akan jadi sepet sebab terlampau happy. Lepas tu mata budak tu yang bersinar worship dia kalau nampak dia kat mana-mana. Tapi sekarang.... Mana nak carik Noah ni? Harris muram balik.  Mana nak carik budak lelaki tu? Dulu masa ada depan mata selalu sia-siakan. Ini da takde, dia da habis sekolah, tetiba rasa macam hilang something, baru sibuk balik nak carik budak lelaki tu.
Even masa zaman dia kapel dengan Noah pun, he knows nothing about budak lelaki tu! Noah je banyak tanya dekat dia, duduk mana? Ada berapa adik beradik. Ayah kerja apa? Ayah sihat ke tak? Mak macam mana? Nanti nak kerja apa? Apa makanan favourite? Apa minuman kegemaran? Bla bla bla. Rasanya setiap perkara pasal dia, Noah boleh hafal luar dalam. And setiap kali Noah tanya apa-apa soalan dekat dia, dia tak terasa nak tanya balik pasal budak lelaki tu
Ye la, masa tu dia kenal Noah sebab nak seks je. Nak puaskan nafsu and bukannya nak kenal betul-betul pun. Tapi bila dia da tak jumpa Noah, bila dia nak carik Noah balik, baru dia rasa menyesal sebab tak amik chance nak kenal budak lelaki tu betul-betul. Budak tu duduk mana? Ada berapa adik beradik? Ada kampung ke tak? Kalau ada kampung, kampung kat mana? Apa makanan kegemaran?  Suka buat apa? He knows nothing! You are sure a stupid boyfriend! Satu-satunya dia tahu pasal Noah ialah budak lelaki tu pandai bersukan. Ye la, masuk KTE pun through biasiswa sukan and budak lelaki tu ialah sprinter remaja kebangsaan. Noah selalu ajak dia untuk tengok dia lari bila dia ada tournament. Tapi dia memang buat boo tak layan and tak pergi pun tengok mamat tu lari.
Sekarang dia da usia 21 tahun which is da almost empat tahun dia carik Noah tapi still tak jumpa budak lelaki tu. Dia carik kat facebook, kat twitter, IG and macam-macam lagi la. Tapi still clueless and tak tahu budak tu ada kat mana.
Harris mengeluh lagi sebelum letak fon kat tepi and letak satu lengan atas mata dia. Kepala dia ligat berpusing and carik cara macam mana nak carik and jumpa budak lelaki tu balik.
Hati dia terasa pedih.
Hati dia terasa mencucuk.
Hati dia terasa macam nak menangis.
Ada satu ketika, dia selalu berharap yang dia akan jumpa Noah semula, cakap betapa sayangnya dia pada budak lelaki tu, betapa dia rindu pada budak lelaki tu, betapa dia nak cium budak lelaki tu puas-puas. And also dia nak ajak amik gambar banyak-banyak dengan budak lelaki tu.
Noah.
Harris sebut nama tu perlahan-lahan dalam hati.
I miss you.
Im terrriby miss you.
Serious, I want you.
I love you, sayang.
Abang mintak maaf.


p/s
Kalau suka boleh komen, kalau tak suka pun boleh komen jugak. MUAHAHAHHAHAHAHAH. Actually, cerita Oyakawa ni aku da post dekat wattpad, tapi aku tetap rasa nak post dekat blog jugak. Happy reading! Selamat membaca!


15 comments:

  1. Omg! Sama ke mcm dlm wattpad? X bce lgi.. nk hbiskn remaja dulu.. nice bruh ;)

    ReplyDelete
  2. Waa best gilaa! Yg kt wattpad tu dh bnyk ep ke?
    Btw, kt u dlu kau amik kos ape eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap. dekat wattpada ada 7 episode da. :) oo, i dulu amik rekreasi. same class with Harris

      Delete
  3. siapa-siapa tolong bagi link nak baca cerita remaja pleasee..ak cari x jumpa la

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kalau guna PC, boleh taip wattpad.com

      kalau guna fon, u can download apps wattpad and then sign in

      Delete
    2. Ohh....lepastu search oyakawa

      Delete
    3. yap. kalau nak memudahkan, kat bahagian setting tu, cari reading preference, then tukar english kepada bahasa melayu

      then baru carik oyakawa atau my wattpad's account ; ThakifIman

      selamat mencarik!

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. yeahhh.... we need more things to read~~

    ReplyDelete
  7. Rasenye pernah dengar name watak ni sebelum nih from Kolej Tengku Esfahan.... Dlm cerpen Asrama kan😁

    ReplyDelete
  8. padan muka kau Harris!! padan mukaaaaaaaaaa.

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)