Nuffnang

Friday 9 September 2016

Karangan Autobiografi : Aku sepasang stoking. #212


-AUTOBIOGRAFI-

Aku sepasang stoking

Aku ialah stoking. Haha. Noob gila gaya perkenalan aku pada semua orang. Aku ada kembar. Well, aku stoking belah kanan and kembar aku stoking belah kiri and both of us ialah lelaki. Actually, most of pasangan stoking mempunyai jantina yang sama which is lelaki – lelaki ataupun perempuan – perempuan. Tapi ada jugak certain atau beberapa kes terpencil yang pasangan stoking itu tidak mempunyai jantina yang sama. Satu pasang ialah lelaki and pasangan yang lagi satu ialah perempuan.
Kalau dalam dunia aku, which is dunia stoking yang penuh dengan bulu-bulu dan fluffy ini, kami panggil mereka weirdo. Eh tak. Dorang je panggil pasangan tu weirdo tapi aku anggap dorang unik. Kenapa aku cakap unik? Urghh, sebab they are different from all of us. Look, aku lelaki and kembar aku ialah lelaki. Sangat tak berkembang kan? *rolling eyes*
And more happening, kembar aku ialah seorang yang annoying.
Oh lupa perkenalkan, adalah sangat tidak sopan aku da berborak dengan korang tapi tidak memperkenalkan diri aku pada anda semua. Ehem, guna gaya skema la pulak kau ni. Nama aku Blue, dilahirkan disebuah kilang, emm apa entah nama tempat tu, tapi yang aku tahu, aku dilahirkan di area Kuala Lumpur, fuhh, budak bandar bhai aku ni and lepas aku dengan kembar aku dilahirkan, we got transfer to one of the biggest shopping mall in Malaysia, Midvalley Megamall. Yup, that is our home. I mean, rumah yang aku kongsi dengan bebarang lain yang wujud kat muka bumi ni la contohnya baju, seluar, periuk, mangkuk, sudu, garfu, kasut, patung and whatsoever yang lain.
Heh, bila aku fikir, aku rupanya berkongsi rumah dengan ramai warga-warga yang lain. It’s disgusting bila aku terpaksa berkongsi rumah dengan dorang semua. But, whatever, layan kembar aku pun da cukup seksa, apatah lagi nak hadap yang lain.
“Dude, Blue, kau fikir apa?”
Here we go, *rolling eyes* kembar tersayang bernama Red. Kenapa Red? Aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, dia ni annoying namampus. Tapi aku tak boleh nak doakan dia cepat mampus sebab nanti aku pun akan mampus sama. Pelikkan dunia stoking ni? Kau tak dibenarkan hidup sendirian sebab yeahh..... kau duduk bersendirian dalam dunia stoking, kau akan dianggap mati? Atau whatever, malas aku nak terangkan law yang ada dalam dunia aku ni. Why so complicated?
Cuba tengok manusia! Dorang boleh je hidup sesorang. Kan? Hidup seorang nampak macam mudah and more happy compare berpasangan. Once aku nampak ada couple masuk kedai ni and bergaduh sakan just sebab perempuan tu nak beli seluar ketat and pakwe kepada perempuan tu tak kasi.
“I nak beli jugak.” Cebik perempuan tu.
“I tak kasi. Seksi.” Marah lelaki tu. “Why not I belikan you jubah?”
“Jubah? You ingat I nak pergi terawih ke apa?”
Human. Always argue.
“Aku fikir, apesal kau boleh jadi kembar aku.” Jawab Blue nak tak nak je.
Red gelak besar. “Kau agak-agak bila kita boleh naik pangkat ya agaknya?
Naik pangkat. Term itu digunakan apabila kau dibeli oleh seorang manusia tak kira la lelaki ke perempuan ke apa ke. Once kau dibeli oleh manusia tersebut, kau diiktiraf sebagai naik pangkat. Tapi kan, aku selalu terfikir, kenapa naik pangkat? Kenapa bukan word, pergi ke alam baru ke atau menjelajah ke rumah baru ke apa ke. Naik pangkat? That’s sound not really convincing and aku ingat naik pangkat ialah bila kau dapat gaji lebih serta kau mempunyai lebih kuasa dan boleh mengarahkan orang bawah kau buat kerja lebih manakala kau goyang kaki.
Ini apa yang aku nampak dekat kedai yang aku duduk ni. The assistant manager adalah seorang perengus. Aku dengan Red da duduk dekat dalam kedai ni almost a year. Dari aku dikeluarkan dari kotak which is masa tu assitant manager tu still a new kiddo dalam kedai ni and menjadi macai kedai yang selalu kena buli, dia la yang gantung aku dengan Red dekat dalam kedai ni, sampai la budak tu jadi assistant manager yang perengus. Once naik pangkat, budak tu poyo nak mati. Da tak mahu da nak sentuh-sentuh aku dengan Red dekat bahagian display. Babi betui budak tu. Tahu la da nak dekat setahun kitorang ni tak naik pangkat lagi, tapi tak payah la nak poyo sangat!
Aku harap kau kena langgar dengan motor budak! Muahahahah.
Blue dan hiperbola berpisah tiada.
“I don’t know. We are kind loser right?” Kata Blue muram. “Jiran and kengkawan kita semuanya da naik pangkat and we still stuck at the same shop.” Blue tengok kiri dan kanan.
“Hey, hey.” Red masih dengan perangai ceria dia tu. “At least kita berubah tempat.” Red sengih-sengih. “Last month, kita berada dekat seberang sana which is penghujung kedai and this month kita duduk dekat bahagian depan kedai which is also have better view. Yeah, aku boleh cuci mata lebih banyak kot dekat sini.” Red sengih-sengih tengok Blue. “Look, ada amoi cantik bhai! Wuu, so sexy. Aku boleh nampak betis dia yang cantik dan mulus itu.”
Nescaya kalau aku ada jari, aku da lama tunjuk double middle finger dekat kembar tak berguna aku ni.
“Stupid.” Gumam Blue perlahan.
Dan lepas tu Red menyanyi sama dengan lagu yang keluar dekat speaker kedai iaitu What the Hell / Avril Lavigne.
Tak lama lepas tu ada budak perempuan masuk ke kedai tu and datang ke arah aku and Red.
“Check us out bebeh!” Kata Red semangat. Aku da nak tergelak tengok Red yang semangat gila. Kitorang memang la kembar tapi perangai kitorang memang la berbeza gila. Red seorang yang ceria dan periang dan banyak cakap manakala aku pula seorang yang agak emm pendiam and banyak la jugak bercakap, cuma aku suka bercakap sesorang je. Haha. Sedih jugak hidup aku ni. Red seorang yang lebih berekspresif manakala aku lebih banyak cover. Not like kitorang boleh buat banyak benda berparti liar sana sini pun. KAH KAH KAH.
Budak perempuan yang datang ke arah aku dan Red tu amik kitorang lalu belek banyak kali depan belakang.
Red da bersorak gembira. “I feel tingle. Aww, aww, geli la. Budak perempuan ni belek aku lama sangat. Hey! Jangan la raba kitorang lama sangat!”
Kalau aku ni macam manusia yang boleh makan nasi and waktu tu aku tengah makan nasi, sah nasi aku tersembur keluar. Red ni memang la suka buat aku tergelak. Tapi still aku tak boleh deny yang mamat tu buat aku rasa annoying 24/7. Nak atau tak nak, aku still kena terima Red sebagai the only family that I have in this lonely world. We don’t know who is our parents. Kitorang tak tahu siapa sepupu sepapat kitorang. Kengkawan yang datang dengan kitorang dekat kedai ni pun mostly da naik angkat and tinggal aku dengan Red je yang masih menetap dekat kedai ni. Sedih kan? How I wish aku ada mak bapak and boleh berambus cepat dari kedai ni.
Haha. Bukan la kedai ni tak best ke apa ke. Just, kalau kau setahun duduk tempat yang sama, it’s kinda boring jugak. Aku nak jugak jejalan pi tempat lain.
Tak lama lepas tu assistant manager yang perengus tu datang. “Kitorang ada sale ni sis. Stoking ni kitorang bagi diskaun sekarang ni.” Lepas tu aku nampak assistant manager tu senyum palsu. Babi je budak ni. Kalau takde customer, mula la nak mengherdik sana sini macam baru kehilangan anjing peliharaan.
“Oh, cantik jugak kan? Okay la. Saya beli yang ni.” Lepas tu customer yang nama dia ‘sis’ ni bawak aku dengan Red ke kaunter bayaran. Aku tengok Red, Red tengok aku.
Red tetiba menjerit happy! Aku nganga mulut tengok Red dengan sis yang beli kitorang silih berganti.
“What the fuck Red!” Blue da nak bersorak gembira macam Red jugak. “Kita naik pangkat. Kita naik pangkat!” Lepas tu aku dengan Red bersorak sakan da tak ingat dunia. But of course the assistant manager and sis itu tak dengar kitorang bersorak. Aku pun tak faham kenapa dorang tak pernah dengar apa yang aku dengan Red cakap atau sorakkan tapi Red pernah cakap sebelum ni pasal desibel tak sama level la wavelength tak sama la whatever.
Walaupun Red tu seorang yang ceria and macam seorang yang suka berparti tapi budak tu memang agak dork sikit and banyak tahu pasal sains dari aku. Aku, in the other hand lebih kepada suka memerhati and berimaginasi. Haha. Aku sendiri tak tahu itu perkara yang baik pada aku ataupun tidak.
Apa-apa pun, aku dengan Red berasa happy sebab kitorang akan naik pangkat! Atau dalam bahasa aku, berpindah ke tempat lain. Yeay! Imma happy kid.
“Blue! Aku tak sangka kita dapat naik pangkat!” Kata Red ceria pada Blue. Masa ni dorang berdua da selamat duduk dalam plastik shopping complex and mula terhayun-hayun sana sini mengikut hayunan tangan sis tadi. “Kau agak-agak kita akan pergi ke mana ya?”
Mata Blue tetiba bersinar happy. “Aku harap kita akan pergi tempat yang indah belaka, tempat yang bagaikan di surga! Red. Aku serius tak sabar nak keluar dari kedai tu.” Dia da mula berangan-angan. Damn, aku harap gila rumah sis ni best gila.
Red tergelak tetiba. “I know right.” Red menjulingkan matanya ke atas. “That kedai. Urghh. Bosan nak mampus. Asyik lagu sama je si nate tu pasang hari-hari. Aku harap aku dapat cuci mata tengok sis ni.” Kembar dia tu da sengih lebar.
Nate tu merujuk kepada assistant manager yang sendu tu. Blue da terasa nak tendang Red sebab asyik fikir benda lucah je. Haha. Red dengan perangai lucah dia tu memang tak dapat nak dipisahkan. “Wait, aku ingat kau suka lepak dekat kedai tu? Siap menyanyi sakan.” Tanya Blue tak paham.
“In my ass.” Red buat muka nak muntah.
Blue da gelak kuat-kuat lepas tu. Red join gelak sama sekali dengan kembar dia yang sorang tu.




Aku dan Red dikeluarkan dari beg plastik and diletakkan di atas meja.
“Woahh.” Kata Red teruja. Kepala Red teruja tengok kiri dan kanan. Jaw Red tu memang da boleh cecah lantai la kiranya sebab terlampau teruja tengok keadaan sekeliling. Tapi bukan Red je yang teruja, actually aku pun teruja sama. Weehhh!! Apesal tempat ni awesome gila! Rupanya sis yang beli aku dan Red tu rupa seorang Fashion Designer sebenarnya and right now aku dengan Red ada dekat backstage kat celah mana entah sekarang ni!! Nampak tak berapa tanda seru yang aku letak? Banyak kan? Of course teruja gila babi weh!
Aku kerling Red. Hahahahahaha. Mamat ni memang la. Mesti sekarang tengah drooling tengok model yang half naked sana sini berlari sambil beberapa hairstylist and fashion designer follow belakang all those model.
“Guys! Hurry up!”
Aku dengan Red terus tengok lelaki yang cakap tu. Woah, ni mesti Floor Manager. Lelaki tu nampak scary and garang.
“First model, Adriana Lima. Three minutes.” Tempik Floor Manager tu.
Gosh. Tak payah la nak jerit kuat-kuat. Kitorang tak pekak lagi. Blue tunjuk muka tak puas hati dekat Floor Manager kerek tu. Geez, cakap macam petir.
“Over kan mamat tu.” Bisik Red seolah-olah kalau dia cakap kuat sangat, Floor Manager tu bakal bakar dorang. Hah, macam la dorang boleh dengar apa yang aku dengan Red bualkan.
“Tahu takpe.” Setuju Blue.
“Second model, third model and fourth please line up fast! Alessandra Ambrosio, Stella Maxwell and Behati Prinsloo you guys next!”
“Wait.” Red pandang Blue.
“Apesal?” Blue kerut dahi tengok Red. Mamat ni da kenapa tunjuk muka terkejut segala bagai.
“Aku kenal dorang ni weh.” Red tergagap-gagap cakap.
“Huh?” Blue da tunjuk muka terkejut. “Mana kau kenal dorang?”
“Aku rasa aku tahu kita dekat mana. Oh my god, oh my god!! Fucktard!! Kita ada dekat Victoria Secret Fashion Show weh!!”
Blue tetiba rasa nak gelak. “Kau buat lawak en?”
“NOOO!!” Balas Red kuat. Tapi at the same time Red macam nak sengih jugak. Aku pun tak paham macam Red ni boleh buat benda macam tu. Cakap sambil sengih. Ajaib. “Aku tak tipu. Serius! Look, tu Cara.” Tunjuk Red kat satu arah.
Blue pandang ke arah yang Red tunjuk and yeahh, here we go, si kening tebal Cara Develingne. Woahhhhhhhhh. Adakah ini adalah satu mimpi?
WAT TEH FUCK IS GOIN ON IN MY LIFE?
Victoria Secret? VS?
VS?
Sah, ini hanyalah mimpi dan ilusi semata.



p/s
Setokin. Hehe. Cerita ini tujukan khas untuk someone yang bernama Ashrappuih. Dia baru-baru ni hilang setokin dia pastu dia tuduh aku yang curik setokin dia. Suka-suka je en kan? Haha. Pape pun, selamat membaca and kalau suka ajak la kengkawan lain baca. Jangan lupa komen kalau korang rasa cerita ni best!

1 comment:

  1. shark update lah cite remaja dh lama tunggu

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)