Nuffnang

Saturday 4 June 2016

Remaja chapter 19 #201

Previously on chapter 18 of REMAJA 

"kau teringat apa?" Zahid kunyah roti perlahan. sepupu dia tu masih pakai baju yang sama yang dia nampak sebelum dia main keluar rumah tengah hari tadi. memang tak sempat mandi la gamaknya Zahid ni.
Haikal cucuk straw dekat air kotak and minum sikit sebelum sandar dekat dinding belakang. hela nafas.
"bukan pasal tadi kan?" tanya Zahid lagi.
Haikal kerut dahi. "pasal tadi tu pasal apa?" Haikal pandang Zahid keliru. tetiba soalan luar alam keluar je meluncur dari mulut Zahid.
Zahid sengih nakal "tengah hari tadi."
Haikal menjulingkan matanya ke atas sebelum tumbuk bahu Zahid perlahan. "kau keji la."
Zahid tergelak kuat.
"lain kali nak beromen pun tak payah la kat rumah." rungut Haikal. "and jangan lupa kunci pintu." pesan Haikal geram.
"aku ingat aku da kunci pintu bilik lepas kau turun tu. aku sangat la mintak ampun dan maaf pada kau Haikal. aku tahu bunyinya sangat aneh. kau - aku. kau nampak aku bercium kat dalam bilik. dengan seorang budak lelaki pulak tu. tapi aku tak nak kita jadi awkward. dude, like serious shit, aku harap kita tak jadi awkward."
"pfft. ayat kau buat sekarang kita jadi awkward wahai arsehole."
Zahid gelak lagi. "dude, nasib baiklah aku ada sepupu cool macam kau." Zahid tepuk-tepuk bahu Haikal.
"aku pun. ingat tak masa aku convince kat kau dulu tu. benda tu macam susah. susah aku nak spill pada kau. aku terfikir, apa la cara terbaik untuk cerita pada kau. apa la cara terbaik supaya sepupu aku tu tak terkejut sangat and humban aku dari beranda rumah bila aku cerita pasal orientation aku. tapi rupanya kau ni." Haikal pandang tak puas hati dengan Zahid.
"aku macam terkejut bila kau cakap yang kau ni tak straight." luah Zahid. "aku ingat aku je."
"aku agak terkejut jugak bila kau dapat terima tu dengan tenang. patut la selamba je okay bila aku cakap, rupa-rupanya perangai macam kentut jugak."
Zahid gelak besar dengar luahan hati Haikal.
Hiakal gigit beger dengan kadar yang lapar. baru dia sedar yang dia lapar gila babi sekarang ni.
sejujurnya, dia memang tak makan apa lepas makan KFC tadi. and KFC tadi pun dia tak habis makan masa lepak dengan Hisha. terkejut punya pasal, dia suruh Hisha hantarkan dia ke hospital terus. Hisha pada mulanya nak temankan dia sebelum Zahid sampai tapi disebabkan dia ada kelas jam 5 petang, jadi budak lelaki itu terpaksa terus balik ke uni. Haikal mengunyah beger dengan ralit tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. tak hiraukan pada nurse dan doktor dan jugak patient yang jalan ke sana sini walaupun jam sekarang tunjuk 315 pagi. Zahid disebelahnya jugak malas nak cakap apa sebab mungkin masing-masing lapar agaknya. Zahid pun tengah sibuk kunyah beger dekat tangan.
"apa kau buat lepas aku belah dari rumah tadi?" tanya Haikal random.
Zahid berhenti sedut air milo kotak di tangan dan letak ke tepi. "sambung beromen." sengih.
Haikal tergelak kecik sampai nak tersembur timun dari mulut dia. Zahid angkat bahu.
"kenapa la aku tanya soalan luar alam kat kau. by the way, siapa budak lelaki tu?"
Zahid menyeringai. "tak perlu la kau tahu." jawab Zahid pendek. "tapi kau pulak ke mana masa tengah hari tadi?"
"aku pergi Mid. jumpa kawan aku. kawan kot. ke .... entah la." Jawab Haikal jujur. "susah aku nak cakap apa hubungan kitorang" Haikal angkat bahu.
"oh." Zahid termenung seketika. "lelaki?" Zahid tersuging pandang Haikal.
"ohhh shut up cousin!" Haikal da gelabah.
Zahid gelak besar. Nurse yang dekat dekat area situ da pandang semacam dekat dorang berdua. Haikal sengih bersalah pada nurse sebelum singgul rusuk Zahid. "nak gelak pun tak payah la kuat sangat setan. kau nak kita kena halau ke dari hospital ni?"
"sorry." bisik Zahid. "but Haikal. are you really on serious matter with this guy?" tanya Zahid.
"who?" Haikal da pandang pelik dekat Zahid. "and creepy gila duh perbualan kita. kau tahu la bila dua orang budak lelaki duduk berbual, most likely about, perbualan dorang adalah berkisarkan budak perempuan yang hottie atau budak perempuan yang super hottie tapi kita berdua tengah membincangkan tentang budak lelaki." Haikal sengih je lepas cakap macam tu.
"we are totally creeeeeeeeeepy." senandung Zahid.
"totally."
lepas tu dua dua diam.
Haikal pecah suasana dengan soalan. "kau rasa kita ni pelik ke Zahid?"
Zahid sedut lagi air kotak dekat tangan. "define pelik."
"ye la. pelik. sebab kita lawan fitrah. suka pada budak lelaki and bukannya budak perempuan. kau tak rasa yang kita ni pelik? freak."
"siapa cakap kita freak?"
"semua orang, semua orang akan cakap kita freak kalau dorang tahu pasal kita."
Zahid angkat bahu. "kita baru 17 tahun. so, banyak lagi masa untuk tentukan masa depan kita. aku tak mintak pun untuk jadi macam ni. and siapa la pulak dorang nak cakap kita freak. ooooooo kam on." Respons Zahid.
"neither do i. kau rasa kita makhluk yang jahat ke bila suka lelaki?"
Zahid mendengus. "thats a good question. entah la Haikal. macam aku cakap, kita baru 17 tahun. aku tak cakap aku bangga dengan apa yang aku buat tengah hari tadi which is mencium seorang budak lelaki and apa yang aku pernah buat sebelum-sebelum ini, tapi aku sendiri tak tahu apa yang akan jadi pada future. mungkin aku akan jadi straight and berkahwin serta bahagia bersama 5 orang anak yang comel? and kita tak tahu pun on the future apa jadi dengan orang yang konon-kononnya straight dan homophobic pada waktu sekarang, tapi pada masa akan datang , dia akan lebih suka kerandut telur dari lubang golf."
"pffft." Haikal tergelak kecik. "kau punya ayat. tapi kan Zahid. aku ada soalan. is that sebelum aku accident, aku ......" Haikal tak tahu nak sambung macam mana. "you know.. aku ..."
"yang kau.. tak straight?"
Haikal diam tak menjawab tapi si Zahid paham je la dari reaksi diam si Haikal tu.
"sebenarnya aku tak tahu. kau nampak normal. actually, masa kau bagitahu aku dulu pasal kau punya seksualiti ni, aku memang la tersangat terkejut. my own cousin is a gay?"
"stop la guna nada kau yang terkejut tu. and yeah. masa aku nampak kau bercium tu pun, aku sangat-sangat la terkejut."
"heyyy, kalau aku tahu kau ni tak straight, aku beromen je dengan kau tiap malam." Canda Zahid. "tak payah la aku mencarik mangsa kat mana-mana di malam hari."
Haikal gelak. "oh come on cousin. that's explain something la. patut la menghilang setiap malam jumaat. kau bunuh setan ke kau jadi setan?" Haikal tolak perlahan bahu Zahid. Zahid pulak sengih je. Haikal bersandar dekat dinding belakang kerusi dia.
"alangkah bagusnya aku suka pada budak perempuan dan bukannya budak lelaki." keluh Haikal perlahan.
"doa yang sama dari aku juga pada tuhan."
"adakah ini ujian pada kita Zahid?"
"aku rasa.... ya."


CHAPTER 19


Haikal bukak yahoo mail. da lama jugak dia tak bukak email sebab busy kerja mencari rezeki halal jaga kaunter tiket bas. nak cakap kerja dia sebagai penjaga kaunter tiket tu senang, emm, tak la jugak. HAHAHHAHAHAHAHA. banyak jugak cabaran yang dia kena hadap dengan orang sekeliling. dengan customer yang banyak cekadak la, dengan customer yang nak menipu la, dengan ulat tiket la apa la. kadang-kadang isu takde duit kecik pun satu hal. aku pun tak paham dengan manusia zaman sekarang. Okay fine, maybe salah aku jugak sebab takde baki duit kecik, tapi kau nak suruh aku buat apa lagi kalau betul-betul memang da takde duit kecik?
Zahid tak balik kerja lagi dari wayang. Haikal tengok jam kat dinding. almost tengah malam jam 12. selalunya waktu-waktu macam ni, kejap lagi Zahid akan sampai ke rumah pastu merungut pasal hal-hal yang berlaku kat wayang. contohnya, terjumpa kondom dekat tandas wayang, marah orang yang kiss - beromen bagai dalam wayang, bertegang urat dengan orang yang rakam movie dalam wayang and so on. Zahid ni sejak kerja, memang kuat berangin betul mamat tu.
By the way, sekarang dia da ada motor sendiri. Hip Hip Hooray!! Hari tu Zahid teman dia pergi beli motor dekat kedai yang dekat-dekat dengan area rumah. Mak dia kirim duit siap siap dekat Mak Ngah dia and lepas tu, dia boleh beli motor pilihan dia sendiri. but yeah, motor tu sah-sah la bukan atas nama dia sebab dia takde lesen motor lagi. tapi memang selamba je la dia pergi kerja dengan takde lesen bagai semua. KAH KAH KAH. kalau kena saman dengan polis, memang selamat je la dia kena bayar beriban beratus. tunggu la dia cuti atau duit beriban banyak sikit, baru dia bercadang nak amik lesen. nak buat lesen zaman sekarang punya la mengarut dia punya yuran. macam bangang mahal.
Haikal usha email dia atas bawah atas bawah. mostly email dia adalah dari Nuffnang, Churpie, Twitter and jugak Facebook. tengah gigih scroll down, baru dia perasan yang dia dapat email selain dari 4 email yang selalu dia dapat tu. Haikal klik email tu. emm, mintak-mintak bukan freud email la. hahahahhahahahaha. mostly freud ni memang macam bangang pastu buat cerita sedih. cerita freud yang paling femes semestinya la yang korang telah mewarisi harta berjuta lemon dari seseorang yang telah pun mati ataupun, korang telah menang loteri dari microsoft la apa la itu la ini la. pffft. email murahan.
Haikal baca dari mula sampai habis email yang dia dapat tu and kening dia makin lama makin naik ke atas sebab mengalami kepelikan berganda bila baca isi kandungan email. Dia klik perkataan inbox sekali lagi untuk tengok nama email yang hantar pada dia itu.
"AlumniKTE@hotmail.com" gumam Haikal.
"woitt."
Haikal terkejut sebelum berpaling ke arah pintu. Zahid baru balik dari kerja and terus letak beg sandang kat tepi almari.
"kau tengah buat apa tu?" tanya Zahid menyeringai. "haaaaa, kantoi tengok porn!"
Haikal julingkan mata ke atas. "baca email." jawab Haikal yang pandang semula ke arah laptop. jantung tetiba berdegup lagu. oh fuck. kau da kenapa wahai jantung? Takkan la jantung nak berdegup kencang hanya sebab dia tengok Zahid sekadar sepintas lalu?
Zahid terus tanggalkan baju lepas tu main campak je atas katil and terus bergerak ke arah Haikal yang duduk kat meja belajar hadap laptop. Zahid berdiri belakang kerusi Haikal dan tundukkan pandangan untuk baca apa yang ada dekat skrin laptop Haikal. Tangan Zahid kiri dan kanan ditopang pada meja belajar. sekilas pandang nampak macam Zahid peluk Haikal dari belakang walaupun Haikal duduk selamba je dekat kerusi tu. Haikal tak boleh nak pusingkan kerusi dia sebab Zahid betul-betul berdiri belakang dia.
Haikal terus terbau Axe yang dipakai oleh Zahid. "kau pakai perfume apa ni?" tanya Haikal walaupun dia da tahu perfume apa yang dipakai oleh Zahid tu sebab ye la, setiap kali nak shopping barang-barang rumah ke dapur ke keperluan diri ke, memang dia semedang je pergi berdua dengan sepupu dia tu.  dia tak tahu kenapa, tapi dia suka bau yang ada kat Zahid tu. tetiba dia blushing. da kenapa tetiba nak blushing dekat sdepupu sendiri la setan? sure kau ni incest la Haikal. mari la kita tampiaq diri sendiri sebab berfikiran super bangang.  HAHAHAHHAHAHAHAHAH.
"axe." jawab Zahid perlahan. mamat tu baca apa yang ada kat skrin laptop Haikal. Haikal menjulingkan matanya ke atas sekali lagi. selamba je nak baca email aku. dia ingat baca email aku ni salah satu hak dia jugak ke walaupun aku tumpang rumah dia untuk kembalikan ingatan aku.
"Impressive." Zahid tersengih lepas baca email Haikal tu. "best gila sekolah kau. aku tak rasa sekolah aku akan hantar email jemputan macam tu kat kitorang. " lepas tu Zahid terus berlalu and capai tuala sebelum gerak masuk toilet. Zahid bersiul-siul dalam bilik mandi lepas tu nyanyi lagu We Are Young.
Haikal pandang balik tengok email yang dia dapat tu sebelum teguk liur.

Assalamualaikum dan hai!

Ke hadapan Encik Haikal Luthfy.

Dengan ini dengan segala hormatnya anda dijemput untuk menghadiri program Alumni Kolej Tengku Esfahan yang julung-julung kali diadakan untuk para pelajar. Maklumat majlis adalah seperti berikut.

Tempat : Belum Rainforest Resort
Tarikh : 2 Mac 2011 - 4 Mac 2011

Anda juga dibenarkan dan dibolehkan untuk membawa (+1) bersama-sama anda untuk menghadiri program ini. Sila memberi maklum balas tentang kehadiran anda sebelum 14 Februari 2011. Kami berharap untuk mendengar berita gembira dari anda. 


Sekian, Terima Kasih

actually, sebenarnya dia tak tahu nak balas apa. dia terpikir akan banyak kemungkinan. Satu, kalau dia pergi majlis like sort of Alumni tu, sah-sah dia akan terjumpa dengan Paan jugak sebab Paan tu senior dia masa zaman sekolah. ke Paan tak memunculkan diri? kemungkinan tu ada jugak. hehe.  Second, *rolling eyes* again dia terpaksa jumpa Imran jugak which is dia da lama tak dengar khabar mamat tu sejak dia tidur sehari semalam dekat sekolah lama dia. and more awkward dia da tahu yang Imran jugak salah seorang dalang yang perdajal dia dulu masa zaman dia form 4 dekat situ. Haikal mengeluh. He totally dont know this is a good thing or not. Of course la dia boleh catch up banyak memori masa pergi program alumni segala bagai ni sebab mesti dia akan jumpa balik all those his roommate masa zaman dia sekolah walaupun, yeahhh, dia da tak ingat even one of them. rupa roommate dia pun dia tak ingat bagai apatah lagi nak catch up segala bagai memori tu. the only thing he sure is , mesti akan ada Imran and Paan tapi mintak-mintak la dorang tak datang ke program - alumni ni. tapi ada benda baik jugak pasal program Alumni ni. dia boleh bawak plus one! and he was thinking to bring Zahid along with him la. tak la awkward semedang sebatu je kalau dia tak kenal sesiapa. at least dia ada Zahid untuk berborak and berbual sama.
Haikal tarik nafas dalam-dalam sebelum tekan Reply. dan budak lelaki itu mula menaip dengan perlahan-lahan.





“kau rasa aku buat keputusan yang betul ke Zahid?” tanya Haikal.
“maksud kau?” Zahid pandang Haikal kat sebelah dia. Zahid hisap gula-gula perlahan untuk elak mengantuk. dorang baru sampai Gopeng and perjalanan menuju ke Royal Belum nampaknya macam jauh lagi. and dia pun tak boleh nak agak kalau naik kereta akan amik masa berapa jam. kalau tengok dekat maps, benda alah tu cakap, ianya amik lebih kurang 6 jam. or 5 jam kalau takde kesesakan lalu lintas and kalau mamat sepupu dia ni bawak super laju.
Haikal telan liur. “maksud aku. aku pergi reunion sekolah ni.”
“it’s good what!” Potong Zahid pantas sambil tersengih. “tempat reunion bekas sekolah kau memang bagus gila la.” Makin lebar senyuman Zahid. “bukan calang-calang resort kay kat Royal Belum tu.”
Haikal cemberut tengok Zahid.. dia tumbuk perlahan bahu budak lelaki yang tengah drive tu. memang la sepupu dia tak berguna betul. dia baru nak feeling melankolik bagai tapi sepupu dia buat gaya tak paham je. tapi sepupu dia tu memang makhluk heartless lagi tak berguna pun. AHAHAHHAHAHAHAHAH. takde la Zahid. aku gurau je. kau adalah makhluk yang sangat baik hati lagi suci murni serta kacak bergaya. heee. habis lari peminat kau kalau aku kutuk kau melebih. KAH KAH KAH.
dan Zahid adalah manusia yang cukup baik untuk bawak dia ke Royal Belum untuk dia hadiri majlis reunion sekolah dia. apa perasaan dia? of course berdebar-debar.

1) sebab dia akan berjumpa dengan Gibran Ahmad Farhan semula which is budak lelaki itu ialah bekas teman lelaki dia. pfff, aneh bunyinya. HAHAHHAHAAHHA. TOLONG LA JANGAN RASA NAK MUNTAH DENGAN AKU WOI! bekas teman lelaki? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH.
2) dia akan jumpa balik dengan Imran. masa mula-mula dia kenal Imran, dia rasa mamat tu baik. tapi lepas dia terjaga dari satu mimpi (sampai sekarang dia tengah pikir sama ada ianya memori yang betul ataupun tidak? tapi doktor cakap yang might be dia da mula nak mengingat kembali kenangan lama ; bunyinya klise kan?) dia terasa yang Imran tu jahat. ye la. mamat tu rupanya salah seorang yang kenakan dia masa zaman dia sekolah dia. perghhh. tak tahu la dia nak buat reaksi macam mana. nak melompat terkejut pun rasa macam over sangat la pulak.

apa-apa pun, Zahid ada tanya dia hari tu siap-siap masa kat dalam bilik. “apa yang kau takut sangat? it’s just a reunion. jom laaaa.” Zahid da pujuk-pujuk dia. “Royal Belum sounds nice.”
Haikal julingkan matanya ke atas. sepupu dia ni la kan, bab nak dapatkan sesuatu, memang la guna ayat manis bagai.
“macam mana nak pergi sana?”
“aku bawak kereta!!” Zahid volunteer pantas sambil mengangkat tangan kanan ke atas tanda dia meng offer diri.
Haikal pandang pelik dekat mamat Zahid tu sebelum sengih kecik. masa tu, dorang berdua tengah lepak dekat beranda rumah. “ye la. ye la.” setuju Haikal.
“yeayyyy!” Zahid da bersorak macam budak kecik sebelum gosok-gosok rambut dia sampai serabai.
“jangan la serabutkan rambut aku!” Marah Haikal. memang la pakcik sorang ni suka tunjuk perangai macam bebudak je. haha.
Zahid tersengih lebar je. Haih Zahid, apesal la kau ni sepupu aku. HAHAHJHAHAHAHAHAHHAHAHAAHAHA. kalau kau bukan sepupu aku, da lama aku pukul - belasah - tarik telinga je sebab mengada-ngada perangai semedang.
So, berbalik kepada scene dalam kereta, Zahid pasang CD and tak lama lepas tu lagu Boom Clap / Charliex XCX berdentum kuat dalam kereta. Zahid da terangguk-angguk dalam kereta layan muzik kuat Boom Clap.

Boom! Boom! Boom! Clap!

You're picture perfect blue
Sunbathing on the moon
Stars shining as your bones illuminate


"ini bukan lagu The Fault in Our Star ke?" tanya Haikal kuat kat sepupu dia tu untuk melawan muzik kat dalam kereta tu..
"aah. kenapa?"
"takde apa. saja je tanya. siapa nyanyi lagu ni? suara dia macam Gwen Stefani."
"bukan la. yang nyanyi is Charlie XCX." Zahid terus terangguk-angguk dalam kereta. lagu Boom Clap memang da berdentum macam apa je dekat dalam kereta tu.
"aku tak sangka pulak kau layan cerita The Fault in Our Star." kata Haikal sinis pandang Zahid.
Zahid terus lipat maut tengok Haikal. "what? aku manusia biasa jugak apa. layan jugak cerita-cerita cinta ni." tambah Zahid sambil bergumam.
"kau kan playboy jalananan."
Gelak.
Zahid gosok-gosok kepala Haikal sambil cuba nak redakan gelak.
"pandai la mengata aku. kalau aku ni playboy jalanan, kau pulak apa?"
"aku sepupu kepada Playboy jalanan." jawab Haikal selamba.
Zahid menyeringai. "sepupu kepada playboy jalanan ye? kita tengok je la nanti dekat Royal Belum sana. siapa yang carik aku untuk selamatkan dia kalau dia ada masalah."
Haikal telan liur. dia pandang Zahid perlahan. "gosh dude Zahid. kau tak baik tau nak kenakan aku."
Zahid da mengekek gelak. Haikal pulak da buat muka.
"teruk sangat ke apa yang Paan dengan Imran tu buat dekat kau sampai kau takut sangat nak jumpa dorang?" tanya Zahid. soalan Zahid tu buat dia terfaktab. Firstly, dia tak pernah bagitahu pun kat Zahid apa exactly yang terjadi masa zaman dia sekolah dulu. Second, dia pun tak pernah bagitahu Zahid yang dia pernah terserempak dengan Paan dekat Dataran Merdeka dulu masa dorang sambut Malam Merdeka sama-sama dengan Mak Ngah dan Pak Ngah yakni map pak si Zahid ni. Third, dia jugak tak pernah bagitahu Zahid pasal apa yang Paan buat dekat dia kat Cherating dulu.
dia selalu tertanya-tanya, what is Zahid punya reaction la kalau tahu apa yang pernah berlaku dekat dia? well, dia pernah bagitahu and cerita pada Zahid apa yang terjadi pada dia di zaman dahulu kala tu di sekolah lama, dia just cakap yang dia cuma kena tipu and ada sedikit masalah masa dekat sekolah lama which is ada la sikit-sikit hal homoseksual yang berlaku dekat dia. Cuma dia tak cerita secara detail kepada sepupu dia tu, what is the exact thing yang jadi pada dia.
Kau gila? Takkan nak cerita secara details yang dia kena liwat segala bagai and macam-macam benda paksa yang dia kena buat dek Paan yang jahat tu.
Zahid akan jelek dengan dia ke kalau tahu yang dia , si Haikal , kononnya sepupu kepada Playboy sebenarnya, bukanlah budak suci sangat pun padahal da terjebak dengan hal seks sana sini sejak umur 16 tahun lagi.
It's not like dia nak pun kena segala bagai benda tu.
kenapa dia takut sangat jumpa dengan Paan and Imran?
1) Paan akan merepek meraban dan bagitahu semua orang apa yang pernah terjadi pada dia dahulu. Macam mana kalau ex roommate dia tahu segala bagai ceirta tu and cemuh dia dekat Royal Belum nanti? Its not like dia ingat pun siapa ex roommate dia masa sekolah dekat sana, tapi still, thats his pride!
2) dia jugak takut Paan merepek meraban and spoil cerita apa yang terjadi dekat Cherating dulu. dan harapnya, hanya dia dan Paan sahaja la yang tahu kisah Cherating tu sebab dia tak sanggup nak hadap orang lain yang tahu kisah tu jugak.
3) pastu mesti budak setan tu nak bangga semedang sebab dulu aku ni punya la suka mangai and worship habis dekat dia.

"by the way Haikal, kau buat bodoh je la bila pergi sana. Lagipun aku kan ada." Jamin Zahid. "Aku sepupu kau yang baik kot. anggap la aku sebagai pembantu kau sepanjang kita bercuti di Royal Belum." Zahid sengih melebar sebelum pandang Haikal kat seat sebelah.
Haikal julingkan matanya ke atas dan bercakap dengan nada malas. Mungkin da takde idea nak argue dengan Zahid "fine, way to go to Royal Belum Mister driver."
Zahid gelak. "aku anggap diri aku transporter."
"sangat la tak boleh belah. Baiklah Mister Transporter, please do your awesome job and shut your mouth."






Zahid dengan Haikal masuk ke dalam chalet yang sedia ada. Ramai lagi yang tak datang and bagi dia bagus la. Dia pun tak tahu nak buat reaksi apa kalau bekas roommate dia tegur dia. Zahid da terjun melompat ke atas katil. Satu bilik tu boleh muatkan dua orang. Dia tak rasa bilik kat Royal Belum ni murah sebab ukiran bilik and design chalet sangat-sangat la cantik. Designation sangat la cantik all the way dari taman , reception, bell boy and everything is well manner and awesomely beautiful. Ada orang cakap, kalau kita nak nilai salah sebuah hotel tu, kita tengok bentuk and rupa chandeliar dia kat front area. Kalau hotel 5 bintang, besar la chandeliar dia and kalau sekadar sendu 1/2 bintang yang tak sampai 1 bintang hotel tu, memang yang ada lampu kalimantang je la menghiasi dekat front area dia tu. haha.
Haikal campak beg ke tepi sebelum naik ke atas katil dia. Belakang badan dia rasa sengal-sengal sebab lama sangat duduk dalam kereta. da kalau dia sebagai penumpang je pun da rasa sengal badan, apatah lagi si transporter kat katil lagi satu tu. tapi dia tengok, sepupu dia masih ada tenaga je and tengah gigih skrol apa entah dekat fon.
"woi, jom jejalan Zahid. Kalau kau nak layan porn pun,  malam sikit la."
Zahid meniarap pandang Haikal dari seberang katil. "malam ni blowjob aku please. aku perlukan tenaga." Zahid da mula buat lawak bangang dia tu.
Haikal baling bantal. "sepupu tak guna."
Zahid gelak je kuat-kuat lepas tu. "blowjob ea." Zahid angkat-angkat kening manja.
Haikal terus tunjuk double middle finger lepas tu. "in my ass."
"proudly will shove it!" Zahid gelak besar lepas tu.




Zahid duduk kat seat belakang kayak. Lepas da stable and instructor pass paddle kayak pada Zahid, Haikal pulak masuk ke seat depan kayak and terima paddle dari instructor tu.
"Thanks." Ucap Haikal sambil senyum manis.
"welcome." Balas instructor tu. Da la handsome, bergaya pulak tu. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA. apa masalah kau ni Haikal? better tumpukan minda dan fikiran dengan bermain kayak pada petang hari sambil menghirup udara yang segar lagi nikmat ini. memang betul pun, Royal Belum is one of the oldest rainforest in the world kot. Usia Royal Belum is more than 130 million years old.  tapi memang hutan hujan tropika malaysia antara yang tertua dekat dunia and really diverse in term of flora and fauna kalau nak banding dengan negara lain. jadi apa yang dia perlu buat sekarang ialah nikmatinya and hirup udara segar. Mari ye rakan-rakan, kita jelajah Malaysia dengan lebih kerap dari jelajah dari negara orang lain. :P
Apa-apa pun, mana la nak dapat udara segar macam ni kalau stay kat Kuala Lumpur nu ha. Memang harapan je la dengan segala bagai asap and debu jalan tu.
"kau pernah berkayak sebelum ni Haikal?" tanya Zahid dari belakang dia. Kedua-dua dia and Zahid pakai topi besar macam peladang tu sebab terik matahari memang la tersangat tak boleh belah. tadi pun, masa dorang turun ke jeti, jam baru menunjukkan 4.30 petang. too early untuk beriadah sebenarnya and masa dorang keluar dari bilik nak ke jeti, da ramai da bekas student Kolej Tengku Esfahan yang da sampai. tapi disebabkan dia tak kenal (sebenarnya tak ingat) jadi dia buat dono (ejaan sebenarnya ialah Don't Know) je la and terus menuju ke jeti untuk main kayak.
Dalam tentatif yang dia dapat kat email dulu, organizer da tulis siap-siap, event pada hari first which is today hanya start lepas maghrib je and waktu petang sekarang ialah aktiviti bebas. jadi kau nak telangkup ke meniarap ke berenang ke jungle trekking ke apa ke, kau boleh la buat dengan hati yang riang ria gembira.
Dia macam takut jugak kalau keluar bilik tadi terserempak dengan Paan atau Imran. Tak ke macam creepy gila kalau terserempak dengan dorang. Dia ala-ala takut and seriau sikit sebab dia still awkward and tak tahu nak buat reaksi apa kalau nampak Imran and dia lebih kepada nak tumbuk Paan kalau nampak budak lelaki tu. That boy is one of the jerk boy ever la yang dia pernah jumpa and pernah wujud dekat muka bumi ni. mamat tu patut kena tendang masuk parit je sebenarnya.
Dia still tak boleh lupa apa yang jadi pada dia di Cherating dulu.
"entah." Haikal angkat bahu. Zahid and Haikal tenang berkayak kat Sungai Perak tu. "mana la aku ingat. aku kan da hilang ingatan. aku baru nak tanya dekat kau, aku ni pernah berkayak ke tak sebelum ni."
Zahid tergelak bila sedar akan kesilapan dia. "emm, aku pun tak sure Haikal. tapi berkayak ni macam seronok je kan?" Tanya Zahid. Lepas tu mamat tu mula humming lagu Diamond / Rihanna. Nasib baik sedap bila nyanyi. Kalau tak sedap menyanyi memang aku tolak masuk sungai je. Tapi sekilas pandang memang creepy habis Sungai Perak ni. Da la hijau dia punya air seolah-olah ada benda dekat dalam air tu. Pastu kepala otak mula la terbayangkan anaconda, piranha, buaya, jerung, ular la apa la and memacam benda lain. -,- sumpah creepy gila.
"kau tahu tak Sungai Perak ni antara sungai tertua dekat Malaysia?" Tanya Zahid.
"tahu."
"kau tahu hutan Royal Belum ni antara tertua dekat dunia?"
"tahu." angguk Haikal.
"kau tahu tak ada perkampungan orang asli lama yang da tenggelam dek sungai perak?"
"tahu."
"tahu tak sungai perak ada kepala air?"
"tahu. that was long time ago. Sekarang Sungai Perak da jadi Empangan Temenggor. and sebab tu jugak la perkampungan orang asli tu da tenggelam dek Sungai Perak.
"kau ni spoil la Haikal." Zahid da buat suara kecewa. "cuba la cakap, nope, I dont know all the details. Aku baru nak sakan bercerita pada kau and buat dokumentari ala-ala Majalah 3."
Haikal terus tergelak besar. Kedua-dua sepupu tu kayuh kayak dengan tenang sambil usha kanan dan kiri untuk melihat pemandangan di Royal Belum. "Im so sorry Mister Transporter. Please show off depan your lover la. Not me."
"Lover pun takde, celah mana nak carik." Gumam Zahid.
"Da tu?" Haikal buat nada suara pelik. "Yang hari tu aku nampak kau bergomol tu dengan siapa la pulak?"
"Oh tu." Zahid terdiam.
Haikal berpaling ke belakang untuk tengok reaksi muka Zahid. "Are you blushing Zahid?" Haikal tergelak. "Perghh, gila bai. Playboy jatuh chenta." Haikal pandnag ke depan semula.
"Oh shut up." Zahid malas nak amik port da. "We have nothing okay. None. Nothing." Bengkeng Zahid
"Eleee," Haikal buat nada mengejek. "Mula-mula nothing, lepas tu bercium, lepas tu pregnant." Senandung Haikal sebelum gelak besar.
"apesal la aku ada sepupu gila tak berguna macam kau?" Gumam Zahid.
"aku sepupu paling sweet kot." Haikal tak beragak puji diri sendiri.
"sweet sangat." Zahid rolling eyes. "aku harap kau tergolek dalam sungai ni sekarang."
"kejinyaa!"


Hai guys!!! Mesti korang bengang gila dengan aku kan sebab da lama gila tak update cerita REMAJA ni. HAHAHAHHAHA. jangan marah kay. Apa-apa pun, apa yang aku nak cakap, aku da nak habis belajar dah! yeayyyy! tadi, which is jumaat pagi tadi, telah berlangsung dan selesainya kelas terakhir aku iaitu Economic Recreation, Semester 8, Tahun 4, Final Year Student bai. That was my freaking last class and gua terasa bersyukur akhirnya gua telah tamat kelas sepanjang gua di universiti ini. But still I got 2 take home test need to be done , 3 paper final exam and 1 more quiz need to send before I can get scroll and KONVO! hahahaa. aku berharap korang-korang boleh bagi gua hadiah masa gua gua konvo nanti which is on Oct, and lama lagi! You guys still can kumpul duit untuk kasi gua present. :P KOH KOH KOH.

Buat sesiapa ada akaun wattpad, you guys can search my name , @ThakifIman and read 3 cerita yang aku tulis dekat situ.

1) remaja volume 1
2) magis
3) oyakawa

remaja yang ada dekat wattpad ialah cerita asrama sebenarnya tapi got major changes which is more okay and more sopan compare to this blog version la. so far da ada 19 chapter of remaja dekat wattpad, and 17 of it tak pernah aku publish di bllog atau mana mana pun selain dari wattpad. you guys can read it before I publish it as a book! *SOON!*  YEAYYY!!

Esok aku akan pergi ke Resorts World Genting, again! *rolling eyes* tapi best kot pergi Genting. HAHAHAHAHAH. Esok aku pergi Genting untuk cover event dekat sana. Di samping itu, to muslim all around the world, selamat berpuasa, selamat menunaikan Rukun Islam yang amat penting itu dan selamat bersolat tarawih!

Love you alls, Wish me luck for my final exam and publishing the books! Hope you guys buy it okay! Sila simpan duit raya itu la! First kasi duit raya kat aku sebab aku still tak kerja and second, beli buku yang akan di publish, wakakakaka.

Till then, babai semua!!!

Love

Sharky


19 comments:

  1. yeay~~~~~ finally dah ada update. tak sabar nak tahu siapa lagi yang datang reunion tu.
    btw, tahniah dah habis belajar sharky

    ReplyDelete
  2. finally..!!! lepas berjibun lama tunggu baru keluar update. =..="

    congratulation in advance sharky.. x lama lagi dah nak konvo. all the best in ur career life pulak.

    ReplyDelete
  3. Thanks lah update walaupun... Haha! Selamat berfinal dan menjalani ibadah puasa ye.

    ReplyDelete
  4. wuahahahaahaaaa bertahun beta tunggu u update ... slam dari kmek .. miak sarawak .. slamat berpuase sharky

    ReplyDelete
  5. shark. maksud kau di buku kan tu..
    cerita ni hantar kt fixi ke apa...
    boley di terima mehh??

    ReplyDelete
  6. Seriously best cerite ni. Teruskan update shark.. Terase mcm nk jumpe haikal je.. Tapi watak dlm ni rekaan semua.. Kalau la die mmg wujud dlm dunia nyata...

    ReplyDelete
  7. memang kene tunggu setahun kemudian ke baru dpt baca update...waaaaaaaa...lamanyaaa

    ReplyDelete
  8. I really love this story. Harapnya hisha x jadi mangai ah tipu haikal lagi . And sila meninggal paan . Hoho I'm waiting for your update! :D

    ReplyDelete
  9. Asal reunion tahun 2011 tapi cerita dlm x mcm tahun 2011 pun sbb lagu elizabeth tan filem the age off adaline.smua tu bukan tahun 2011 lh.

    ReplyDelete
  10. Bertahun ak tunggu sambungan. Hemmm shark ingat x kite jumpa ko teman ak makan kt mamak kt area masjid jamek ke pasar seni x silap ak

    ReplyDelete
  11. Aku dah lama tunggu sambungan cerita ni...Please,

    ReplyDelete
  12. Chapter 20 mane sob sob.

    ReplyDelete
  13. adakah aku pon tetap menunggu dengan setia dari 2016...

    ReplyDelete
  14. Hi shark....
    Kite pernah dating...
    If ingat aku lagi lah haha...

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)