Nuffnang

Tuesday, 3 May 2016

Movie review : Redha #198

Image result for movie redha

Korang semua da tengok Redha? 

Redha ialah movie melayu yang ditayangkan di seluruh Malaysia, emm, aku tak ingat pulak start bila dia ditayangkan. Movie ini berkisarkan awareness tentang apa itu autism.

Kau tak tahu apa itu autism?

Haaaa, sesuai la kau tengok movie ni. Aku tengok movie ni dengan kawan aku dekat IOI City Mall. One of the reason aku tengok movie REDHA ni ialah sebab nak tahu pasal tingkah laku orang and kanak-kanak autism ni. Lagi-lagi dengan semester 8 ni, aku belajar subjek TEREPUTIK RECREATION. so, movie REDHA ni memang kena sangat la dengan apa yang aku belajar.

More, lecturer aku siap cakap lagi, KAH KAH KAH. "siapa tengok movie REDHA, bawak tiket wayang jumpa dia. akan dapat bonus mark. :P"

So, cerita REDHA ni apa sebenarnya?

Redha ni ialah cerita berkenaan seorang kanak-kanak yang kena autism and malangnya bapak dia tak boleh terima kenyataan yang anak dia bukan la budak normal macam kanak-kanak lain. Mak kepada budak tu boleh terima, tapi malangnya , selepas kematian mak dia, baru la si bapak ni boleh terima perihal anak dia yang sakit itu. 

jalan cerita dia sangat la menarik and siapa-siapa yang hati tisu atau siapa-siapa yang pernah encounter atau live with this autism kids, mesti akan leleh air mata. Setting for the movie is at Redang Island which is pemandangan dia tersangat la cantik gila barabas. hahah. movie ni pun sesuai untuk promot Malaysia di mata dunia. 

so, siapa yang sesuai untuk tengok movie redha ni dekat panggung wayang?

Movie ni sesuai untuk ditonton oleh semua orang.

1) sesuai untuk mereka yang mempunyai anak autism. so that mereka tahu untuk hantar anak mereka ke mana dan siapa yang perlu dirujuk. 

2) sesuai untuk mereka yang orang awam. so that mereka tahu bagaimana tingkah laku kanak-kanak ini di tempat awam seperti toilet, kedai makan, shopping mall, taman tema dan sebagainya. Jika anda akan encounter mereka satu hari nanti, dari movie ini, at least anda akan tahu bagaimana untuk memberi reaksi yang bagus pada mereka.

3) sesuai juga untuk mereka yang bakal berkahwin so that kalau dapat anak autism, they will know what will to do.

4) sesuai untuk ditonton oleh mereka yang susah gila barabas nak terima orang autism ini. semua orang sama, kau sihat, dia sakit. Dia makhluk tuhan, kau makhluk tuhan. kau sama, dia pun sama. kalau kau tak boleh terima dia sebab dia sakit, then kau yang kena tolong dia sebab kau dalam keadaan sihat. kalau kau yang tak nak tolong, 100 percent , you are the sick one. 

so, apa tunggu lagi. hiks. pergi la ramai-ramai tengok redha di panggung terdekat berhampiran rumah anda! *aku ni da macam promoter pulak. haha. :P*

for me, cerita ni best. Tak la aku bosan memanjang tengok cerita melayu yang pasal rempit, bohsia dan yang sewaktu dengannya. Tak habis-habis nak tayang cerita yang macam tu. This REDHA movie is refreshing, kind like KIL, Kolumpo and movie-movie dari arwah Yasmin Ahmad. Cerita tentang family, persahabatan, anak dan sebagainya. 

untuk dapat tiket murah, jika anda student, boleh la membawa matrik kad anda, nescaya anda boleh dapat tiket semurah RM8.50. HEH. tapi kena guna before 5 petang la ye. 

jadi, berbondong-bondong la anda sekalian untuk tengok movie REDHA ni kay. :) penuh dengan nilai-nilai murni. Till then, selamat berjumpa, Assalamualaikum.

p/s
aku dapat nephew baru! wiiii. 




1 comment:

  1. En. Shark, bika nk habiskan cerita remaja... dh brbulan ni..

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)