Nuffnang

Sunday 1 May 2016

Magis chapter 5 #197




Aidan dan Adriana da berdiri tercegat kat dalam kedai tongkat sakti tu. Lilo dan Nawfal berjalan menuju ke arah dorang berdua tu. Lilo da terasa macam Aidan and Adriana tu macam guard dorang berdua. Tapi kalau nak difikirkan, memang guard bebetul pun. Aidan beri perlindungan pada dia dari Cohors Fures and excel it so much masa lindung dia dari budak perempuan psiko gothic tu. Meanwhile Adriana power gila protect Nawfal dari tiga orang Cohors Fures walaupun Nawfal tercedera sikit lepas tu. Tapi still tabik doink toink dekat Adriana sebab boleh lawan tiga Cohors Fures.
Lilo perhati sekeliling kedai tu. sekali imbas macam ala-ala H&M dekat Bukit Bintang tu. baru dia sedar yang kedai tu besar rupanya! and suasana dalam tu memang elegan sungguh. ada kerusi sofa putih yang empuk. TV flat screen yang ada dekat dinding. dekat TV sekarang tersiar cerita apa entah. tapi ada naga and ahli sihir terbang guna penyapu terbang. Chandeliar dekat siling yang bersinar cantik. ada juga kawasan rak buku di penjuru bilik dan bersebelahan dengan rak buku itu terdapat stesen minuman seperti kopi, milo dan juga teh. milo? ahli sihir pun minum milo?
“aku rasa part pilih tongkat sakti is the best part sebelum nak masuk sekolah.” kata Aidan teruja.
“da la Aidan. kau tak payah nak pengaruh budak-budak ni dengan minat kau yang pelik tu.” Adriana da mendengus nak tergelak.
Lilo kerut dahi. “kenapa cakap macam tu pulak?” Dia pandang Aidan.
“aku pun tak tahu kenapa, tapi setiap kali aku lalu kedai tongkat sakti, aku akan rasa teruja.”
Lilo tak dapat nak tangkap sangat rasa teruja Aidan tu. well, masing-masing ada minat sendiri kan. dia pun mungkin akan minat something dekat dalam dunia sihir. mungkin dia akan minat Quidditch and mungkin dia akan minat Duel Tournament. and mana la tahu, dia akan minat dekat tongkat sakti macam Aidan minat dekat tongkat sakti. hahaha, tapi seriously la, mamat Aidan ni memang ada minat yang pelik.
“siapa yang nak beli tongkat sakti?” tanya pekerja kedai tongkat sakti tu. dia seorang perempuan yang memakai baju kebaya nyonya berwarna hitam. rambut tersinggul cantik atas kepala. badan masih langsing. sekali tengok macam Nasha Aziz pun ada jugak.
“dorang berdua ni.” Adriana tunjuk dia dengan Nawfal. Lilo and Nawfal senyum awkward.
“okay. yang nak beli tongkat sakti, boleh pergi ke bahagian belakang dan jumpa dengan Mia.” tunjuk perempuan yang macam Nasha Aziz tu.  “yang tak beli apa-apa , just stay here okay. If you need anything, saya ada dekat kaunter. you guys can baca buku, tengok movie ke minum air ke apa kay.” bagitahu pekerja itu ramah.
Adriana and Aidan hanya mengangguk. Lilo dan Nawfal bergerak menuju ke bahagian belakang kedai seperti yang diperkatakan tadi untuk mencarik Mia. Di bahagian belakang kedai, . ada seorang gadis duduk di belakang meja besar sambil tunduk menulis sesuatu. gadis itu memakai kebaya nyonya penuh juga bewarna peach dan mempunyai rambut pendek potongan bob. dekat belakang gadis itu, ada bilik yang bertutup tirai hitam.
gadis itu mendongak melihat dia dan Nawfal tercegat depan meja. “yes?” tanya gadis tu sambil angkat kening.
dia ni kot Mia. “err, orang kat depan suruh kitorang pergi belakang ni?” cakap Nawfal ragu-ragu.
“nak beli tongkat sakti baru ke?”
“err, ya.” jawab Nawfal ragu-ragu lagi. Lilo da kerut dahi. kedai ni ada jual benda lain ke? bukan nama kedai ni pun Tongkat Sakti Ahli Sihir Malaysia ke? mesti la datang kedai ni nak beli tongkat sakti. takkan nak beli najis naga pulak. Lilo da julingkan mata ke atas. Dia pandang Nawfal. Nawfal pandang dia. jelas. budak tu pun da terasa aneh.
“im just asking.” kata gadis tu innocent. “melayu memang suka bertanya kan?” Gadis tu angkat bahu bosan.  “contohnya, nampak kawan dia tengah main fon dekat kedai mamak, tapi tanya jugak, eh kau tengah buat apa? and your mum asking you, tengah buat apa tu? padahal dia terang-terangan nampak yolls main laptop dekat dalam bilik. and Im not different much pun dari melayu yang lain yang memang suka bertanya walaupun da tahu jawapan.”
“oookay.” Lilo tarik panjang oooo tu. budak perempuan ni memang boleh baca fikiran orang ke apa? “i thought kedai ni ada jual benda lain bila you da tanya nak beli tongkat sakti baru ke apa? it’s weird. it’s like macam you expect kitorang nak beli benda lain.” gumam Lilo.
Gadis tu tersenyum. “so, nama apa? I need to jot down your name before masuk kat bilik belakang ni.”
“Megat Nawfal.”
“Lilo Nezmi.” Gumam Lilo.
Gadis tu menulis sesuatu dekat atas kertas sebelum dia hulurkan kertas tu dekat dia and Nawfal.
“sign dekat bawah sekali.” bagitahu Mia.  “yang atas garisan tu kat bahagian bawah tu. kalau korang berdua malas sangat nak membaca, borang tu cakap, apa-apa maklumat di sebalik tirai hitam adalah rahsia dan confidential.”
Lilo pandang Nawfal. Nawfal pandang Lilo. hahahaha. dua-dua da rasa macam seram sejuk. apa ke jadah nak beli tongkat sakti pun kena tandatangan surat perjanjian bagai. dua-dua diam sebelum ditegur oleh Mia kembali.
“guys, nak tunggu tahun depan ke baru nak sign?”
“oh,” lepas tu Lilo and Nawfal tandatangan pantas kat bahagian bawah borang seolah-olah baru tersedar and pulang kembali pada Mia. Lepas tu, baru la Lilo dengan Nawfal masuk ke bilik tirai hitam tu. apesal la dia rasa dunia sihir ni banyak sangat protokolnya. kena buat itu la, ini la, tandatangan itu la ini la yadaa yadaa. banyak betul.
“boleh masuk mana-mana bilik.” bagitahu Mia.
Di sebalik tirai hitam tu, ada banyak bilik ala-ala bilik persalinan dekat shopping complex. ada lebih kurang 10 bilik dekat situ and semua tirai berwarna maroon. Lilo masuk ke dalam bilik bernombor 3. Nawfal pulak masuk ke dalam bilik bernombor 4 dekat sebelah dia.
dalam bilik tu ada sebuah meja and atas meja tu ada sebuah laptop Apple. dia ingat beli tongkat sakti macam beli tongkat sakti dalam cerita Harry Potter tu. and dia baru la nak semangat hayun banyak tongkat sakti sebelum dia bertemu dengan tongkat sakti dia. pfft. hahahaha. kau banyak sangat berangan ni Lilo. banyak sangat terpengaruh dengan cerita Harry Potter. KAH KAH KAH.
Lilo bergerak mendekati laptop Apple atas meja tu dan dari skrin hitam terus bertukar menjadi skrin putih dan lepas tu keluar beberapa soalan dekat skrin. Lilo terus dekat dengan laptop tu.
dia tengok soalan dekat skrin. dia angkat kening tak percaya sebelum jarinya mula bergerak dekat keypad laptop dan mula menaip jawapan.

You can answer both in Malay and English. You also can answer both in informal and formal language.

Name : Lilo Nezmi

Age : 14 tahun

Address : Ampang

School’s name : KGMS

Date of birth: 14 Disember 1993

Favourite animal :

Haiwan kegemaran? apa ke jadah soalan ni tanya pasal haiwan kegemaran? dia pikir dalam-dalam. apa entah haiwan kegemaran aku. kucing? nope. aku alah dengan bulu kucing. angsa? nope. takut! setiap kali datang rumah Pak Cik Samad masa kecik-kecik, mesti kena kejar angsa. Itik? tak. Ikan? nope. nama ikan pun aku tak hafal. Err.


Favourite animal :

dia terfaktab lagi. apa la aku nak isi kat bahagian favourite animal ni. oh! dia da tahu da.

Favourite animal : unikorn

dia beralih ke soalan seterusnya. hahaha. ye tahu. macam bodoh jawapan dia. tapi dia memang minat dengan kuda bertanduk tu. nak buat macam mana.

Favourite color : Purple

Favourite sport : Artistic Gymnastic

eh kejap? tak kisah kan sport apa-apa kan? aku mana la tahu any sport dekat dunia sihir. jadi aku just tulis apa yang ada dekat dunia manusia je la. ah gasak. hahaha. asalkan aku jawab. dan dia masih tak dapat tangkap the reason why he should answer all these question and kaitan dengan tongkat sakti la.

What do you know about magic : I know nothing but I wish it could be so awesome.

Have you encounter magic before this : yes. have been attacked by Cohors Fures. That girl sure very gila la.

dia da start campur jawab BM and BI.

What do you expect in magic’s world :

Lilo angkat kening lagi. apa je la soalan ni tanya? memang aku jawab merapu beraban je la.

What do you expect in magic’s world : I expect nothing. but I hope, I can play Quidditch!

KAH KAH KAH. Lilo da tergelak dalam hati. siap letak tanda seru tu lagi.
hahaha.

Name one person that you admire most : Ibnu Bathuta

Hobby : watching movies

dan soalan-soalan yang ada dekat situ memang menjela banyak gila. and ada sesetengah soalan memang la mengarut gila. contohnya.

If you are the president of United State of America, what will you do :

and ada jugak soalan tentang

Are you straight / gay / lesbian / bisexual :

The fuck? Really? Is that really he should answer all these question? Lilo da julingkan mata ke atas. ada jugak soalan tanya sama ada dia suka makan sayur ataupun tidak? and what kind of sayur yang dia suka makan. Urghhh. dia teruskan menaip dan menjawab segala bagai soalan dalam tu. lama-lama dia fed up. dia da terasa macam jawab almost 200 soalan dekat situ. bila nak dapat tongkat sakti ni? once dia dapat tongkat sakti, dia letupkan tempat ni. KAH KAH KAH. soalan mangai entah apa-apa. setan betul.
lepas dia jawab lebih kurang 250 soalan, tapi dia rasa macam jawab nak dekat 1000 soalan, dan perkataan serta ayat terakhir muncul.

Thank you for your co operation. You may proceed to the front counter. Hope we will meet you again.

Tengkorak dia la aku nak jumpa balik, bilik tirai maroon ni. Lilo keluar balik dari bilik tirai maroon dan mula selak tirai hitam. Mia masih duduk di situ.
“selesai da?” tanya Mia.
“iyap.” angguk Lilo.
“so how was it?”
“penat.”
Mia tersengih. “Penat?” Mia pandang dia dalam-dalam. “emm, apa-apa pun, you boleh proceed ke bahagian depan kay.”
Lilo buat thumbs up. “err, kawan saya da keluar da?”
“da.” Jawab Mia pendek. “around 5 minit lepas.” bagitahu Mia.
“erk, laju betul dia jawab soalan.” Lilo da pelik. Mak aih. laju betul Nawfal ni jawab segala bagai soalan.5 minit lepas? Maybe mamat tu takde kekeliruan menggunung macam dia yang still terfaktab and tak tahu nak jawab apa untuk soalan ‘apakah haiwan kegemaran anda.’
Mia angkat bahu tanda tak tahu.
“okay la. saya gerak ke depan dulu.” Lilo terus gerak ke depan dan terus carik Aidan, Adriana and Nawfal. tak lama lepas tu, dia nampak budak bertiga tu tengah duduk depan TV flat screen sambil layan air tin apa entah. dia tengok budak bertiga tu macam husyuk berbincang je sebelum dia datang join dorang.
“Lilo!” tegur Aidan. Muka budak lelaki tu da risau. “kenapa lama sangat?”
Lilo amik tempat sebelah Aidan. Adriana and Nawfal duduk berhadapan dengan dorang berdua. “huh? Lama ke?” Lilo da kerut dahi. “da kalau soalan dia mangai banyak gila. mana tak lama.” Dia tengok Adriana dekat depan mata dia. Adriana pun da tunjuk reaksi cuak macam Aidan jugak. Nawfal Cuma kesat peluh dekat dahi je seolah-olah baru lepas marathon 3 km tanpa henti. dia tengok baju budak tu lencun dengan peluh.
“jawab soalan?” Tanya Adriana pelik
“ye la..”
“jangan cakap apa-apa.” pintas Aidan.
Lilo yang da fed up jawab soalan dekat bilik tirai maroon nak luah perasaan tak puas hati sebab soalan dia barabas banyak gila tetiba dipintas oleh Aidan.
“nanti kita borak lagi.” putus Aidan.
“Megat Nawfal. Lilo Nezmi.” panggil pekerja macam Nasha Aziz tu.
keempat-empat dorang berpaling ke arah kaunter. Aidan suruh dia dengan Nawfal pergi ke kaunter untuk amik tongkat sakti. atas kaunter tu ada dua kotak pipih yang panjang. Lilo da buat muka teruja. tak sabarnya nak pegang tongkat sakti. HEHEHE. lepas ni kalau Leo abang dia buat kacau je, memang dia sihir mamat tu jadi kucing je. KAH KAH KAH. sabar la kau Leo.
“one for Lilo Nezmi and one for Megat Nawfal.”
“err, berapa harga dia?” tanya Nawfal.
“KGMS da bayarkan.” jawab pekerja tu.
“oh.” Lilo dengan Nawfal tak tahu nak cakap apa. murah hati pulak KGMS tolong bayarkan.
“guys. jom. kita da lewat ni. banyak lagi benda nak kena beli ni.” ajak Aidan. dan lepas tu, Lilo and Nawfal follow Aidan and Adriana keluar dari kedai tu and mula menuju ke kedai lain.




“Kenapa kau macam lencun sangat ni?” Tanya Lilo. Aidan dengan Adriana masuk ke dalam Kedai Buku Soluwax untuk beli buku teks tahun 7 dorang dan buku dia and Nawfal sekali. Jadi dia dengan Nawfal just lepak dekat luar kedai je la.
Nawfal selak rambut ke belakang. Dahi budak tu da berpeluh “tadi Aidan cerita dekat aku. Tak semua orang akan melalui test yang sama.”
“huh? Test?” Lilo da tunjuk muka pelik. “test apa?”
“tadi kau buat apa kat dalam bilik tirai maroon tu?”
Lilo julingkan mata ke atas. “obviously jawab soalan mangai banyak gila barabas sampai aku rasa bosan nak muntah. Macam mana kau boleh habis awal gila. Soalan dia mengarut kot!”
Nawfal sengih awkward. “look Lilo. Kau might be just kena jawab soalan tapi aku kena keluar dari hutan.”
“huh?” Lilo makin tak paham. “apa yang.....”
“macam yang Aidan cakap dekat aku. Test di sebalik tirai maroon adalah berlainan. Dia pun tak tahu kenapa apa yang terjadi di sebalik tirai maroon tu berlainan antara satu sama lain. Tapi itu la kau kena lalui untuk dapatkan tongkat sakti.”
“oh.” Lilo terfaktab sekejap. Dia termenung sekejap. “jadi, kau tak jawab soalan mengarut mangai macam yang aku jawab tadi la?”
“nope.” Nawfal gelak awkward. “macam aku cakap la. Aku kena keluar dari hutan.” Gumam nawfal.
“apa yang kau ....”
Soalan Lilo tak habis, tetiba dipintas oleh Aidan. “okay jom. Kita gerak ke kedai seterusnya. ” pastu Aidan hulurkan satu plastik besar warna coklat pada dia dan hulur lagi satu plastik besar coklat pada Nawfal.
Aidan bukak surat keperluan belajar dan mula cek senarai barang yang belum dibeli. “next kedai is kedai herba dan posyen.”
Lilo tengok ke dalam plastik tersebut dan terus nganga lepas tu. “mak aih. Banyaknya buku teks dalam ni.” Ulas budak lelaki tu. Lepas tu dorang berempat mula bergerak ke kedai seterusnya.
“Baru buku first year.” Jawab Aidan.
Adriana and Aidan jalan dekat depan sambil budak berdua tu borak benda apa entah. Dia dengan Nawfal jalan berdua dekat belakang sambil bawak beg plastik yang penuh dengan buku teks. Kepala otak dia masih berdengung dengan soalan apa yang terjadi dekat kedai tongkat sakti tu sebenarnya.
“apa maksud kau yang kau kena keluar dari hutan?” Tanya Lilo curious. Sekali lagi, dorang berdua tunggu dekat luar kedai and Aidan serta Adriana masuk ke Kedai Herba dan Posyen Balbir Kaur. Semerta Lilo terbau rempah ratus, makanan india, chapati dan sewaktu dengannya. Kalau nak dipikikan, dia sekarang berada dekat depan kedai ubat dan posyen kot, tapi apa yang dia bau sekarang ialah bau makanan. Hahahahahhaha. Ni lapar sangat ke apa?
Lilo kerling kedai sebelah which is Kedai Herba dan Posyen Balbir Kaur ni terletak di antara dengan kedai Akapuntur Johorea dan juga Thai Massage yang ada gambar wanita separuh bogel dekat cermin depan kedai.
 PWTC makin sesak dengan manusia yang beli barang-barang. Ada yang beli baju,ada yang beli kain, jubah, buku teks, penyapu terbang dan macam-macam lagi. And ramai jugak umat manusia yang keluar masuk kedai Herba dan Posyen Balbir Kaur tu. Dia tak tahu kenapa tapi dia akan senyum teruja bila nampak ada budak-budak atau remaja seusia dorang dekat area PWTC tu. Mungkin salah seorang dari diorang tu akan jadi kawan dia dengan Nawfal dekat KGMS nanti. And mana tahu akan jadi roommate dengan dia nanti.
“ bila aku masuk bilik tirai maroon tu, aku terus ada dekat dalam hutan. I was too panicked la woi.” Nawfal gelak awkward. “aku pusing belakang nak carik pintu keluar, tetiba dia menghilang pulak. Makin la aku panik.”
Lilo da seram kalau dia ada kat situasi si Nawfal tu. Nasib baik la benda yang dia alami quite simple je. “mesti gelabah gila kan.” Gumam Lilo.
“like serious shit, masa tu aku lost. Aku da nak menyumpah dalam hati pun ye jugak. Ye la, it is really not good day for aku kan. Dari pagi tadi kena serang dengan orang entah apa-apa entah pastu sekarang ada dekat dalam hutan mana.” Nawfal julingkan mata ke atas. “and suddenly aku kena kejar dengan kawanan monyet mana entah.”
“da fuck?” Lilo da nganga mulut.
Nawfal mendengus tak puas hati. “so aku lari je la. Dorang nampak terrible gila duh.” Kutuk Nawfal.
“then how come la kau boleh selamat balik?” Lilo kerut dahi.
Nawfal angkat bahu ke atas. “it is quite strange you know.”
“kenapa pulak?”
“masa aku larikan diri dari all those stupid monkey yadaa yadaa tu, you know i can do a lot of strange things.”
“err.” Lilo tak dapat nak grab apa yang Nawfal cuba sampaikan. “maksud kau?”
“have you watch I am Number Four? Artistic gymanstic and semua move dorang yang bergaya tu like double tuck? Double spin? Double twist? Triple twist? Aku boleh buat all those thing eventhough like serious shit in my life aku tak pernah buat langsung pun  semua benda tu.”
“err.” Sekali lagi Lilo tak tahu nak respon macam mana. “maksud kau, kau boleh buat gaya segala bagai akrobatik tu eventhough kau tak pernah buat dalam seumur hidup kau?” Lilo tanya ragu-ragu sambil picing mata pandang Nawfal.
“exacta!”
Dia layan je Artistic Gymnastic and segala bagai parkour thingy and all that. Jadi dia quite paham apa yang Nawfal cakapkan. Even sekarang dalam kepala otak dia, dia da boleh bayangkan segala bagai move yang ada triple twist, double tuck, double arabian dan segala bagai yang lain.
Budak Nawfal depan mata dia ni boleh buat all parkour moves, lompat sana sini, buat balik kuang, boleh back flip dengan serta merta masa dekat dalam hutan tu masa larikan diri dari all those creepy monkey. What? Is is the jungle is have some super power or super natural thingy? Tapi, is the jungle is even real? Ke sebenarnya si Nawfal ni ada super power lain? Eh? Hahahahahhahaah. Tu da macam X Men la pulak.
“tapi apa yang sebenarnya terjadi?” Tanya Lilo keliru. “i mean, look, this whole test thingy dalam bilik maroon tu memang moron gila.” Luah Lilo tak puas hati.
“Aidan kata, test tu berbeza untuk setiap seorang sebab untuk tahu what is the best tongkat sakti untuk kita.” Jawab Nawfal. Budak lelaki tu angkat bahu. “you are lucky enough dude sebab hanya kena jawab soalan je.”
“yeah.” Gumam lilo. “aku pretty sure aku akan mati terus bila kena kejar dengan monyet-monyet tu semua.” Lilo hela nafas. “are they creepy?”
“totally fucking creepy.” Nawfal tahan nafas. “i was thinking, memang semua benda dekat dalam dunia sihir ni menakutkan ke? Aku tak tahu yang aku boleh atau tak untuk atasi rasa terkejut tu lagi. Look, first kena serang dengan Cohors Fures, lepas tu kena alami some sort of test yang mengarut gila and totally creepy just sebab tongkat sakti.”
“tak la semuanya menakutkan.” Jawab seorang budak perempuan.
Lilo dengan nawfal terkejut bila ada orang terus menyampuk. Dorang berdua tengok budak perempuan yang sampuk cakap dorang tetiba tadi tu.
Rasa macam seusia dorang berdua jugak. Budak perempuan tu berjalan ke arah dorang berdua. Pakai blause biru, skirt peach paras lutut dan kasut ala-ala kasut balet.  “sorry dengar perbualan korang berdua. Hai. I’m Melissa.” Dia lambai kecik sambil senyum awkward. “my parents beli barang kejap kat kedai tu.” Melissa juih bibir kat kedai Akapuntur Johorea. “and suddenly mistaken terdengar perbualan korang berdua. Sorry.” Lepas tu senyum awkward lagi.
Lilo senyum sebagai tanda tak kisah. “naaa. I’m lilo. And this is Nawfal.” Perkenal lilo.
“nice to meet you.” Melissa senyum manis lagi. “bakal freshmen of KGMS ea?”
“aah.” Jawab Lilo. “are you also?”
“sama jugak.”
“cool.” Balas Lilo and Nawfal serentak. Suara Nawfal tetiba jadi lebih teruja dari biasa. Lilo kerling Nawfal dekat sebelah dia. Kah kah kah. He is totally sure yang Nawfal has a boner for Melissa. Like seriously Nawfal? Budak perempuan ni borak tak sampai 20 saat pun dengan kita, kau da ada boner untuk dia?
“totally cool right. Boleh buat kawan geng lepak bila dekat KGMS nanti. So korang berdua datang dengan siapa? Parents?” Tanya Melissa ceria. Budak perempuan tu tolak rambut ikal panjang dia ke belakang. Dia da nampak selesa sikit nak berbual dengan dorang berdua.
“oh tak tak. Kitorang datang dengan senior KGMS. Dorang tengah beli barang posyen dekat dalam.”
Melissa kerling sekejap dekat kedai posyen tu sebelum pandang dorang berdua. “oh.” Terdapat pengertian dekat muka dia. “parents korang bukan ahli sihir!”
“tepat sekali.” Jawab Nawfal.
“cool dude.”
“so, you parents ahli sihir?”
Melissa julingkan mata ke atas. “both of them and semua my siblings is ahli sihir. I’m the youngest one.” Lilo boleh kesan nada annoying dekat suara budak tu.
“you pretty sure know a lot about all this magic thingy.” Nawfal da pandang kagum kat Melissa. Lilo da memang yakin 100% yang Nawfal ada boner untuk Melissa.
Melissa angkatkan bahu. Tolak lagi rambut ikal panjang dia ke belakang. “tak jugak. Cuma apa yang korang borakkan tu, pasal is that dunia sihir ni menakutkan? Well, it is not actually. Tak la menakutkan pun sebenarnya. And it is quite fun actually. Alaa, for me, dunia sihir and dunia manusia biasa ni sama je bahaya. And i’m also heard about your experience kat dalam hutan tu masa nak beli tongkat sakti. Quite impressive actually.” Melissa angkat-angkat kening.
“jadi, test apa yang ...”
Fon melissa berbunyi lepas tu. Budak perempuan baca mesej sekejap yang masuk dekat fon. “guys, i got to go.” Bagitahu dia. “my brother currently tengah keliru nak pilih hadiah apa untuk birthday awek dia. Kita jumpa dekat sekolah nanti kay. Nice to meet you guys.” Melissa senyum rasa bersalah sebab terpaksa belah awal dari situ.
“it’s okay. Nanti dekat sekolah boleh lepak sama-sama lagi. Nice to meet you too.” Balas Nawfal pantas.
“I pergi dulu ya.” Pinta Melissa.
“Babai.” Lambai Nawfal. Lepas tu Melissa terus berlalu dari situ selepas melambai kecil pada mereka berdua. Dari kejauhan dia dengan Nawfal boleh nampak rambut ikal Melissa berombak-ombak perlahan di celah-celah umat manusia.
“gosh dude. Cantik gila Melissa tu.” Puji Nawfal.
Lilo terus tergelak. “dude, kawal nafsu kau tu.”
Nawfal terus siku Lilo dan Lilo makin kuat tergelak.
“oh shut up.”



p/s
esok isnin dan cuti!!! yeayyy

3 comments:

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)