Nuffnang

Wednesday, 5 August 2015

Tipu #152

Tarikh : 19 Januari 2002
Kepada : Mereka yang berkenaan 

dalam dunia ni banyak orang suka menipu. tiada orang pernah terlepas dari menipu. sama ada kau tipu diri sendiri atau kau tipu adik beradik kau atau kau tipu mak bapak kau. atau kau tipu orang sekeliling kau atau kau tipu pencipta kau atau kau tipu kekasih hati kau. kau tahu tak apa yang paling seronok bila ditipu? 

paling seronok bila ditipu datang dalam dua benda :


1) balas dendam. 
kau ditipu oleh orang yang kau percaya. tetiba kau dapat tahu yang kau ni ditipu. paling sweet di sini ialah balas dendam. ye, balas dendam pada orang yang menipu kau dan langsung tak pernah mintak maaf pada kau. kita panggil mereka yang menipu itu sebagai arsehole. aku panggil dorang piggy piglet. menipu setakat pinjam duit 50 sen ke apa ke, itu bukannya hal besar, tapi penipuan yang datang dalam bentuk kematian dan keluarga,ianya agak menjijikkan. 


2) bila tahu benda yang sebenar
aku tak tahu mana lagi seronok. kau tahu yang kau ditipu oleh orang yang kau percaya. sebagai contoh , kau ditipu oleh kekasih hati kau. tapi kekasih hati kau tak pernah nak try bagitahu perkara yang sebenarnya pada kau. padahal kau da tahu lama, kau cuma tunggu je ,,, bila la mamat ni nak bagitahu aku perkara yang sebenar. bila la agaknya mamat ni nak mengaku yang dia ni buat salah. 


ianya kadang kadang menjadi super kelakar bila orang yang menipu kau keep buat pembohongan dan pembohongan untuk menutup pembohongan yang lepas. kelakar gila. pada masa yang sama, kau sebagai orang yang ditipu, tahu semua story yang disampaikan oleh bedebah penipu adalah cerita yang karut lagi menipu. kau tinggal nak gelak je sebab tengok orang yang bohong kau tu tengah carik idea baru apa nak buat pembohongan lagi. masa tu, kau rasa macam nak jentik je kepala orang yang tengah bercerita tu and jerit kuat-kuat kat telinga dia. 


"berhenti buat cerita bohong lagi la!"


benda ni sama je macam kau jumpa orang MLM. annoying kan? rasa nak tampar. rasa nak tarik mulut dorang lepas tu tendang dorang and cakap kat dorang. "berhenti sebar cerita palsu boleh tak? annoying gila."


kalau MLM tu , might be takda la tahap sampai nak membunuh kalau dorang menipu sekali pun sebab ye la, orang MLM tu just MLM, someone yang kita tak kenal. kau bayangkan macam mana kalau kekasih hati kau tipu kau, orang yang paling kau rapat tipu kau. orang yang paling kau trust tipu kau. orang yang paling banyak kau share rahsia tipu kau. konsep dia sama je macam MLM tu. kau da tahu orang tu penipu macam si MLM tapi dia tu asyik memberitahu cerita palsu. menyedihkan sangat. kan? 


aku memberi gelaran pada orang yang suka menipu tu madafakar. aku pun tak paham apesal la orang (read : madafakar) sebegitu rupa nak menipu. ai dun get it. dorang orang penting anak kesultanan melayu melaka agaknya. tak pun dari keturunan majapahit sebab tu rasanya diri dia ada mandat untuk tipu orang. semoga orang yang suka menipu orang lain pasal diri dia, kau dapatlah ilham one fine day.ya. aku harap satu hari nanti kau dapat ilham.


Surat ini untuk peringatan kepada diri aku jugak. jugak kepada yang lain. ye, aku tahu. dunia ni penuh dengan tipu daya. tapi hati-hati semua. aku da jumpa seorang penipu. aku harap yang lain tak jatuh di perangkap yang sama. sampai ke hari ini, di waktu surat ini ditulis, aku masih mengharapkan, orang yang menipu itu, akan kirim cerita pada aku aku, ceritakan hal yang sebenar-benarnya. aku takut je dia tak sempat nak ceritakan hal yang sebenar. sama ada ajal aku yang sampai dulu. atau ajal dia yang sampai dulu. 

regards
Orang Yang Menulis Surat Ini

p/s
selamat malam semua :)


8 comments:

  1. perasaan bila kita tau orang tipu kita dan orang yang tipu kita tu tak tau kita dah tau dia tipu kita - bahagia...hahaha...walaupon kadang kadang macam nak sepak muka dia bila dia depan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I couldnt agree more with you. hahahahahahaha. terasa macam nak sepak muka dia.

      Delete
  2. agree!!!
    agree!!!
    agree!!

    I concur with U

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita merejam orang orang yang cilaka ittew.

      Delete
  3. i feels you bruv,

    i knew it since the very begining...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kini aku merasa apa yang kau rasa pasal kes dulu dulu itu :3

      Delete
  4. Dejavu! best kan tengok permainan si penipu?macam tengok drama 3D..ekekekeke

    ReplyDelete
  5. Hmmm.. abg tutup blog lama sebab si penipu lah.. nasib blog br xmasuk lg bab2 tipu menipu

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)