cerita ni aku dapat lama da. Cik Penulis ni ialah gadis. bila dia tegur aku kat facebook, aku macam shock la jugak sebab ye la, aku kan penulis blog gay yang tak berapa nak straight, jadi bila seorang gadis mula inbox aku untuk borak-borak ni, aku macam pelik la. hahaha. aku still cuba rasional kan kepala otak aku tapi susah. aku cuba la perlahan-lahan terima, okay, ada je perempuan baca blog kau, apa salahnya dorang inbox kau and borak dengan kau.
so one day, dia kata "boleh tak nak hantar cerita?"
so, aku cakap la. "why not."
jadi dia kasi kat aku, aku baca. and sekarang aku pun post la kat blog ni. first time aku baca, aku amazed la. wow! this girl memang ada bakat menulis habis. I loike it very much! memang best habis. so, selamat membaca dan selamat berkomen :)
*****************************************************************
Indahnya bila dilamun cinta. Kata orang, cinta itu tidak mengenal paras rupa. Mungkin itu sebab cinta dikatakan boleh membutakan manusia. Bukanlah membutakan mata manusia maksudnya. Ia bermaksud manusia yang sedang dilamun cinta boleh melupakan tentang sekelilingnya dan juga hanya nampak sifat baik pada kekasihnya. Tak kira jantina kekasihnya itu lelaki dan perempuan.
Semua bau busuk daripada kekasih kita, adalah wangi bagi kita. Contohnya seperti kentut, bau ketiak yang busuk kerana tak pakai deodaran, bau badan yang busuk selepas balik bekerja , atau bau pakaian kekasih kita yang busuk termasuk seluar dalam.
Kenyatannya begitu.
Semangat yang hilang dalam diri kita kerana dilanda masalah, ia tercetus kembali kerana kehadirannya disisi. Kehadirannya umpama sebuah ubat yang telah disuntik dalam diri kita yang sakit. Kita akan kembali berasa cergas, gembira dan sihat.
Apabila kita bersedih, kehadirannya memberikan perasaan gembira yang menapak didalam hati kita. Apabila kita gembira, kita akan makin gembira dengan kehadirannya disisi. Inilah dinamakan perasaan mencintai seseorang. Perasaan cinta itu memberikan kita semangat, kegembiraan dan keterujaan.
Itulah yang aku rasa terhadap Iman selama ini. Sudah genap setahun kami bersama.
Iman seorang lelaki yang hampir sempurna buatku. Segala ciri-ciri lelaki idamanku selama ini ada padanya.
Iman seorang lelaki yang berbadan tegap dan mempunyai six pack. Sejemput janggut di dagunya serta keningnya yang hitam lagi lebat menambah lagi ketampanan wajahnya . Kulitnya putih dan dia agak tinggi dariku. Berbeza dengan diriku yang agak gempal sedikit, berkulit gelap dan berwajah biasa-biasa sahaja.
Sifatnya lemah lembut bak seorang gadis melayu yang sopan santun diluar sana. Kemahirannya ialah memasak dan mengemas rumah. Dia akan menggunakan kemahirannya itu selepas pulang dari tempat kerja. Iman juga seorang romantik, baik , jujur dan penyayang orangnya. Cuma satu je sifatnya yang aku harus tahan untuk bersamanya selama ini di sebuah rumah sewa di Kuala Lumpur iaitu dia suka berjumpa lelaki yang baru dikenalinya melalui laman internet.
Aku amat tak suka akan sifatnya itu. Huh, dah nama gay , mesti nak cari lubang baru kan walaupun dah mempunyai kekasih kan? Aku sangka Iman bukanlah lelaki sebegitu pada awal perkenalan kami ternyata tidak. Sangkaanku meleset sama sekali.
Mungkin kalau aku cerita tentang sifat Iman yang teruk itu kepada member lesbian dan gay aku, mereka akan kata padaku bahawa aku gila. Ya, aku memang gila. Gilakan Iman . Aku gilakan Imam sebab aku mencintainya. Sebab itu aku mengambil keputusan, untuk berdiam diri sahaja akan sifatnya itu dan tidak memberitahu tentang sifat Iman pada siapa-siapa.
Kata orang, rahsia dan masalah rumah tangga jangan cerita pada kawan-kawan. Itulah prinsip yang aku pegang selama bersama Iman. Bagiku, Iman adalah isteriku dan aku adalah suaminya. Walaupun kami tiada ikatan sah di sisi undang=undang dunia, aku tetap menganggap Iman sebagai isteriku dan kekasihku. Iman adalah isteriku, kekasihku dan juga kawan karibku selamanya.
Cintaku padanya amat mendalam sedalam lautan Hindi. Sangat-sangat dalam. Aku mencintainya dengan sepenuh hatiku. Aku sudah banyak berkorban untuknya termasuk membuang keluargaku sendiri serta sahabat sejatiku yang merupakan lurus orangnya. Orang-orang yang kubuang dari hidupku adalah orang yang tidak merestui cinta kami. Jadi haruslah aku mengambil langkah iaitu menjauhi mereka semua.
Aku hanya ada Iman dan juga kawan-kawan gay lesbianku didalam hidupku kini. Merekalah keluargaku. Merekalah yang selalu tolong aku dengan Iman ketika kami tiada duit atau bila dilanda masalah seperti kereta jem tepi jalan, kena ragut dan pelbagai lagi.
Tak rugi aku membuang orang-orang yang telah membesarkan aku selama ini.
Namun, tak bermakna aku membuang keluargaku iaitu ibu bapaku serta kakak dan abangku , ia bermaksud aku sudah melupakan mereka . Tidak sebenarnya. Aku amat-amat rindukan mereka tapi aku tahan je dan tidak memanggil mereka melalui talian telefon kerana egoku.
Iman tahu tentang ha tu. Pernah Iman cuba memujukku untuk berbaik dengan keluargaku, tapi aku mengatakan padanya aku takkan berbaik dengan mereka selagi mereka tak restui cinta kami. Ya, itulah alasanku kerana mempertahankan ego lelakiku.
Hari itu. Seperti biasa. Aku dan dia meluangkan masa bersama. Didalam rumah sewa kami yang berharga rm300 . Padanlah harganya dengan rumah sewa kami yang agak kecil saiznya tapi aku amat bersyukur kerana mendapat rumah sewa yang harganya murah di KL ini. Bukan senang nak dapat.
Aku sedang memeluk sisi kanannya. Dia pulak memeluk sisi kiriku.. Kepala kami bertemu sementara mata kami melekat di kaca televisyen. Cerita yang kami sedang tonton adalah filem hindustan yang terpampang di TV3. Aku dan Iman agak sukakan filem hindustan terutama jika pelakonnya ialah lelaki yang hensem.
Pernah aku berangan aku kapel dengan Shah Rukh Khan tapi takkan menjadi kenyataan rasanya anganku itu. Aku pernah ceritakan pada Iman, Iman hanya senyum dan mengatakan padaku yang aku takkan dapat Shah Rukh Khan sebagai kekasihku. Lagipula dia kan Straight. Ahahaha.
''Abang... ayang ada sesuatu nak beritahu kat abang ni. '' Dia membuka bicara setelah kami lama mendiamkan diri dek syok menonton televisyen diruang tamu kami. Aku segera mengalihkan pandanganku kepadanya. Mata kami bertembung. I love those eyes.. Terasa aura cinta kami berdua.
'' Apa dia yang ? Dapat promotion ke? Hehe '' aku menyengih. Jarak antara kami sangat dekat kecuali muka kami yang kalau dekatkan lagi akan terjadi sebuah ciuman yang lama antara kami. Dia mengulumkan senyuman lalu berkata..
'' Azif nak datang sini malam nanti. Ayang dah janji dengan dia untuk buat disini. Abang kena keluar tahu masa Ayang nak buat benda tu dengan Azif. ''
Aku segere meleraikan pelukan sisi kanannya sebaik sahaja ayat itu menusuk kedalam gegendang telingaku. Filem Hindustan tidak lagi menjadi tumpuanku sekarang gara-gara hatiku mulai rasa kecewa. Haih, kenapa aku mesti rasa begini sebaik Iman nak melakukan perkara keji tersebut ? Bodohnya aku mencintai dia.
Aku kini memandang sisi kananku . Pandanganku kini ialah lantai rumahku yang tidak berhabuk dan kelihatan bersih yang baru kering selepas dimop oleh Iman tadi sebelum filem Hindustan mula ditayang di kaca televisyen.
Aku mengeluh lalu berkata..
'' Sayang.. benda tu berdosa besar tahu. Kenapa harus lakukannya demi nafsu sayang? Sayang ni macam tak sayang abanglah '' aku memeluk diriku. Tiba-tiba kumerasakan ada dua tangan kasar dan kekar menjalar ke dadaku. Terasa kepala di atas bahu kiriku yang tak berotot ni. Beruntung sungguh aku kerana memiliki Iman. Iman dengan aku berkenalan melalui Facebook dahulu. Kami terus berjumpa setelah 3 bulan berchatting didalam alam maya. Perjumpaan pertama kami tersebut menyebabkan perjumpaan yang beberapa kali terjadi. Dalam diam, kami sama-sama mempunyai perasaan terhadap satu sama lain. Imanlah yang membuat langkah pertama iaitu menyatakan perasaannya itu. Aku dengan rela hati dan sudah tentu gembira mendengarnya , bersetuju untuk menjadi kekasihnya..
'' Abang... Sayang buat benda tu pun, tak bermakna sayang akan bersama dengan lelaki tu kan? Sayang bersama Abang kan selama setahun ini? '' Perlahan dan lembut sahaja nada suaranya di telingaku . Aku cair terlentok untuk seketika. Setiap kali aku berasa marah padanya, pandai dia menyejukkanku dengan nada suaranya yang perlahan dan lembut. Macam perempuan gayanya. Dia juga akan memelukku dengan erat dan berbisik ke telingaku dengan ayat pujukkanya itu..
'' Betul? '' tanyaku padanya . Aku kini beralih merenung matanya di sisi kiriku. Dia senyum lalu membalas
'' Ya. Sayang takkan tinggalkan demi lelaki lain. Sayang hanya nak badan dia je. Bukan nak cinta dia. Sayang kan ada abang? '' Aku sengih. Sebab inilah aku masih bertahan membiarkan dia berjumpa lelaki dari laman dating gay di rumah kami. Sebab aku percaya kata-katanya yang jujur lahir dari mulutnya. Tiada rahsia antara kami. Semua rahsiaku diketahuinya juga rahsiannya kuketahui jua.
Malam.
'' Abang pergi dulu ya sayang? '' kataku pada Iman dipintu belakang rumah. Iman memegang kedua-dua lenganku dengan senyuman yang menghiasi wajahnya yang tidak dipenuhi jerawat batu.Dia berboxer. Tiada baju yang dikenakan dibadannya.
'' Hishh abang ni.. Duduk luar rumah je. Bukan pergi kedai..ahaha '' dia meledakkan ketawa kecil. Tampak giginya yang sedikit kuning . Mana taknya, dia berus gigi dia dengan teknik tak betul setiap pagi dan malam sebelum tidur. Ahh, aku peduli hapek. Yang penting dia bersamaku. Dia selalu dihatiku.
Walaupun giginya tampak sedikit kuning, bau nafasnya amat wangi malam ini. Yelahkan, nak jumpa lelaki yang bakal memuaskan nafsunya katakan. Jarang ngat wangi mulut dia ni. Dia tidak suka sangat menjaga penampilannya – dia akan kelihatan kemas bila nak pergi kerja je... Rambutnya kadang-kadang berserebai tak kira siang dan malam. Terpaksa aku menyikatnya. Bila ditegur katanya sengaja dia berbuat begitu dan ingin bermanja denganku. Aku pun iyekan jelah kata-kata dia. Lagipula dia yang tanggung aku, aku ni duduk rumah je.
'' Okay.... saja je..Sayang janji sayang takkan dimainkan dia okay? ''
'' Janji. Kan sayang nak badan dia je? '' Dia tampak kacak malam ini. Rambutnya terpacak dek aku mendandanya tadi. Setiap kali memandang wajahnya, aku rasa sungguh cair... Aku agak terangsang dengan pemakaiannya malam ni namun kutahan saja..
Kami saling bertukar senyuman yang manis sebelum dia menutup pintu belakang rumah. Aku mengeluh dengan perasaan kecewa akan sifatnya. Tipulah kalau tak ragu-ragu jika dia berjumpa dengan lelaki lain yang selalu ditemuinya dirumah ini.
Apakan daya, cinta itu buta. Dan aku buta kerana membiarkan dia merasa badan lelaki lain.
Dalam kepekatan malam aku berdiri dibelakang pintu dengan harapan agar tak akan ada hantu yang menghisap darahku, telingaku dapat menangkap satu bunyi yang kuat seakan bunyi ekzoz motor. Motor RX kuagak dari segi bunyi. Aku biasa dengan motor, sebab tu aku tahu.
Kemudian keadaan sunyi seketika selepas kedengaran kuat bunyi rantai yang membelenggu pagar rumah . Mereka dah masuk rumah agaknya .
Suara Iman dan Azif sudah memecahkan keadaan sunyi yang seketika tadi. Ahh, inilah masanya. Aku kena tahan diriku untuk tidak masuk kedalam rumah dan menghalang Iman. Kalau tak, Iman akan marah. Dia akan marah denganku untuk seminggu. Dalam seminggu itulah dia tak akan bercakap denganku. Pandang pun tidak. Make Luv pun tidak.
Mereka berbual mesra untuk seketika kemudian aku dapat mendengar pintu bilik kami tertutup dengan kuat. Itulah signal daripada Iman jika dia hendak melakukan perkara keji yang disukainya . Aku mula mengigit bibir .
Mereka dah diam. Kemudian telingaku menangkap satu suara milik Azif. Suaranya agak kuat kedengaran. Iman dah mula dah tu. Selepas dua tiga kali suara Azif mengerang kuat kedengaran, keadaan sunyi seketika.
Inilah masanya. Bila dah sunyi keadaan, maknanya Iman dah dapat badan dia. Aku menarik nafas dan menghembuskan nafas. Aku memulas tombol pintu belakang dan mula menapak menuju ke bilik kami dimana Iman mendapat badan Azif.
Aku kecewa sekali . Sudah beberapa kali aku kecewa sebenarnya selepas sahaja Iman dapat badan lelaki yang dikenalnya di alam maya. Aku meneguk air liur. Riak wajahku menunjukkan perasaan terkejut. Perasaan kecewa dalam diriku tidak terpamer diwajahku kerana perasaan terkejut hadir dalam hatiku. Walaupun aku dah biasa dengan perkara ini, tetap aku akan berasa terkejut setiap kali melihat situasi ini.
'' Abang.. tolong sayang .. '' kata dia dengan senyuman. Katil sudah penuh dengan darah merah pekat. Kapak besar terbaring di tepi katil kami. Muka Imam penuh dengan darah.
'' Okay.. '' aku terketar-ketar menapak masuk kedalam bilik yang dah terkangkang luas. Aku berhenti setelah aku dapati diriku didalam bilik kami. Mataku merenung satu jasad yang tak bernyawa di atas katil . Jasad yang tak berbaju itu tiada kepala dan darah masih mengalir. Kepala jasad tersebut ditepi katil. Tampaknya aku terpaksa cari tanah jauh daripada kawasan perumahan ini agar kepala tersebut dapat kutanam. Cadar Katil ini pasti akan dikemasnya selepas kami siap memotong daging manusia .
Iman senyum padaku.
Sebab inilah aku kecewa dengan dirinya.
Esok petang.
6 orang kawanku iaitu 3 lesbian dan 3 gay sedang duduk bertentangan kami di meja kami . Atas meja kami terhidang sebuah pinggan tat yang panjang. Terdapat daging yang ada sos di atasnya. Semangkuk nasi yang besar diletakkan di tepi pinggan tersebut di atas meja yang agak besar. Kira cukup-cukup untuk ruang dapur ini. Iman yang masak daging ni tadi, bukan aku....
Semua kawan-kawanku tampak gembira dengan hidangan tersebut. Mereka melahap daging itu dengan pantas. Syoknya makan- mereka tak tahu pun itu daging sama spesis seperti mereka .
'' Sedapnya..kau beli mana daging lembu ni Man? '' Soal Aril pada Iman. Iman senyum dan berkata
'' Dari kawan . Dia memang ada jual daging yang sedap. '' Iman sengih. Semua kawan-kawanku tambah lagi nasi mereka untuk merasa lauk tersebut. Begitu juga Iman.
'' Abang.. makanlah.. '' Iman mempelawaku. Aku hanya senyum dan mengatakan
'' Dah kenyang.. Sayang makanlah..'' Iman tidak mempelawaku lagi . Aku hanya senyum tawar. Memang betul kata orang, cinta itu buta. Sebab itu aku masih membutakan diriku yang tahu tentang sifat Iman yang suka ketemu lelaki dari alam maya hanya semata-mata untuk merasa badan lelaki tersebut. Aku sangat kecewa dengannya. Namun disebabkan rasa cintaku padanya , aku masih bersama dengannya tanpa rasa serbasalah tentang perbuatannya yang keji itu...
Nasib baiklah dia tak makan aku kerana dia mencintaiku.
>>>>> Tamat<<<<<,,
*****************************************************************
aku tengah selongkar balik yahoo mail aku sebab da lama sangat aku tak cek. aku rasa ada benda yang aku missed. contohnya macam cerpen Mimpi yang ada 1 chapter tu je. jadi, misi menyelongkar yahoo mail bermula.
p/s
aku bukan busy takde masa nak update belog, aku ada je masa cuma aku ni pemalas. aku memang pemalas gila update belog. haha. sorry la kalau aku tak update apa-apa. happy reading semua.
Jap.. nak tanya ley x bang? Yg post ni lelaki ke girl.. knp dy bahasakan diri dy abang dengan iman.. xfahamlah.. -.-
ReplyDeleteseram aku baca.... tp nak baca lagi..... hahahha
ReplyDeleteLol makan org eh ?
ReplyDeleteGileeeerrr??? Terkejut baca!!! Hahahah.. cinta buta sungguh.
ReplyDeletekalau shark tak bgtau penulis tu perempuan maybe tak pening bila baca.. hehe.. tapi klimaks dye memang ade umphhh
ReplyDeleteciter ni buat aku konfius sikit sbb watak Iman tu pelik sikit dr segi pengunaan ayat semua.. but overall ok lh.. mcm BDSM punya citer pula aku fikir..
ReplyDelete