#1 aku panas baran. yang ni diakui oleh adik beradik aku. kak ngah aku siap cakap. "macam mana la kau kahwin nanti agaknya."
aku memang agak panas baran tapi aku selalunya marah dalam masa 10 saat macam tu je. tu kalau aku marah secara depan-depan orang tu. kalau aku marah secara alam maya ,, perghhh. boleh tahan lama jugak aku mengamuk dengan orang tu. ada la amik masa berhari-hari jugak.
#2 pendendam. aku memang suka balas dendam. kau da buat salah dekat aku, kau ingat senang-senang je kau boleh lepas macam tu je? semoga aku berubah ke arah yang lebih baik. aminn. haha, tapi sekarang time by time, aku da kurang rasa nak balas dendam tu. dulu masa zaman sekolah ye la. perangai memang nauzubillah min zalik. sekarang da matang kan? jadi, perangai tu pun da ke arah yang lebih matang.
#3 first time aku ada novel sendiri masa aku umur 9 tahun. Tajuk novel tu, Nilai Cintamu. novel ni, alaf 21 punya.
#4 First time aku dapat hadiah hari jadi ialah masa aku umur 12 tahun. aku dapat buku Harry Potter dari Kak Long aku.
#5 masa umur 8 tahun, aku pernah menang pertandingan bercerita peringkat sekolah. masa umur 9 tahun, aku menang lagi sekali peringkat sekolah then proceed to pertandingan bercerita peringkat daerah. tajuk cerita umur 8 dengan 9 tahun tu sama. HAHAHAH, pasal kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrud yang zalim. aku kenal hafal 2 surah lagi tu. hahaha. power gila bila aku ingat aku zaman kecik-kecik dulu. tapi anak buah aku da beat rekod aku la. dia pergi pertandingan bercerita peringkat daerah masa umur dia 6 tahun. power betul!
#6 masa umur 10 tahun, aku dapat naib johan tilawah al quran peringkat sekolah. masa umur 11 tahun, aku dapat naib johan nasyid peringkat daerah. masa umur 12 tahun, aku dapat naib johan marhaban peringkat daerah.
#7 masa aku umur 8 tahun, aku pernah masuk team Ragbi Sentuh sekolah aku. KAH KAH KAH. bila ingat balik, macam tak percaya la pulak. ragbi woi! ragbi! haha.
#8 aku pernah kapel dengan seorang awek. awek mix cina - melayu. cun gila woo! hahaha. kitorang putus masa hari jadi dia. 7 Disember 2009. sadis lagi menyedihkan.
#9 aku start tulis blog sejak tahun 2009 lagi.
#10 aku ada lagi satu blog. blog tu ada lebih daripada 1000 entry. hahaha. entah pape entah aku merepek dekat blog tu. entry kat blog ni baru 107 je.
#11 dulu aku pernah kena migrain straight dari isnin sampai jumaat. aku ingat aku da nak mati masa tu. sakit gila nak mampus.
#12 aku pernah jadi ketua pengawas. bila dipikirkan, HAHAHAHAHAH, apesal duh aku jadi Head Prefect? entah apa yang cikgu aku pandang kat aku pun, aku tak tahu.
#13 dari tahun 2007 sampai 2010, nombor peperiksaan aku quite okay la. paling teruk pun , aku dapat nombor 2. aku tak pernah dapat nombor 3,4,5, dan seterusnya. hahaha. masa dulu je pandai, sekarang da entah paper. taik betul.
#14 aku ada jugak tulis cinta straight. takde la aku tulis cerita pasal gay je kan? ni antara cerita straight yang aku pernah tulis :
Dia duduk pada kerusi yang disediakan. Token dah dibelinya. Jadah dia beli token LRT? Hinara mencebik. Token murah je pun. Aku ingat mahal sangat la token LRT ni. Dia tengok sahaja gelagat orang ramai sana sini. Ada yang sedang baca surat khabar, ada yang sedang buat kerja pada laptop. Ada yang sedang melayan I phone 4s. Siri? Ke tak?
Seriously, this is my first time goin to place like this. Tempat yang err, tempat untuk golongan bawahan? Dia memang tak biasa pergi tempat-tempat macam ni. Mama awal-awal lagi dah mengajar dirinya dan abang Joshua supaya menghindari tempat-tempat macam ni.
Mama kata tempat-tempat macam tu
Kotor.
Banyak perompak.
Perogol. ( mungkin?)
Ada tikus juga. Yang lebih hiperbola, mama kata
“ boleh diculik!”
Hinara geli geliman memikirkan apa yang mamanya cakap sebentar tadi. Mama!!!!! Sekarang dia menyesal turun ke stesen PWTC ini. Kerusi di sebelahnya ada orang duduk. Hinara dah takut. Dia pandang lelaki yang duduk di sebelahnya. Eww, serabainya kau. Lelaki tersebut sedang memakan Roti Boy.
Mungkin dia ni la ancaman yang macam mama pesan tu.
Dengan rambut yang tak terurus, pastu pakai selipar jamban je. Kemudian disarung dengan jeans dan kemeja merah yang tertulis, I’m nuts, makin membuatkan Hinara seriau dengan lelaki di sebelahnya. Baru je Hinara nak berlalu, lelaki tadi menegurnya.
“ nak satu?” mata lelaki tersebut berwarna Hazel yang cerah. Sangat. Si lelaki itu menghulurkan Roti Boy yang lain.
Bibir merah tanda suci dari rokok.
aku tulis cerita ni tahun 2011 rasanya. sekarang da tahun 2014 da. hahaha. ni pulak lagi satu.
Iman Halili berjalan sambil matanya mencari sesuatu di dalam gucci. Mana la pulak phone ni? Masa aku tengah carik dia, masa tu jugak la dia missing in action. Damn!
BUM! Dia jatuh terduduk. Homai. Its hurt okay. Dia da la pakai kebaya. Mahunya dia tak sakit. Nak je menjerit maki-maki dekat situ. Kang nanti dicop gila, dia jugak yang malu. Siapa pulak yang sengal sangat langgar aku ni. Badan da la keras gila macam besi. Iman memperbetulkan cermin matanya yang nak melorot jatuh.
“ sorry!” Ucap orang melanggarnya tadi. Oh! Lelaki pulak tu. Chet. Ada jugak yang kena saman dengan aku nanti. Tapi dia muda. Kacak pulak tu!
“ Naa, it’s okay.” Balas Iman. “ my fault too.” Iman mencapai Gucci yang terjatuh.
“ Cik Puan okay ke?” tegur seorang lelaki tua cuak. Encik Junaidi rupanya. Dia ingatkan siapa la tadi. “ mata awak letak mana tadi?” Encik Junaidi memarahi lelaki yang melanggarnya itu. “ Lutut ke? Kalau Cik Puan saya luka tadi macam mana?”
“ kalau luka je.” Balas lelaki tadi. “ bukannya apa.” Kedengaran nada jengkel.
“ bukannya apa awak kata!” Encik Junaidi kelihatan semakin berang. “ siapa nak cakap dekat Paduka Sul…”
“ cukup Encik Junaidi.” Iman mengangkat sebelah tangan tanda diam. Encik Junaidi ni lebih-lebih pulak. Bukannya aku jatuh tergolek ke apa ke. “ saya takde apa-apa. Dah sudah, kita kena cepat. Nanti terlepas pulak penerbangan kita.” Arah Iman.
“ baiklah, mari Cik Puan.” Akur Encik Junaidi.
“ Encik Junaidi pergi dulu.” Pinta Iman. Setelah Encik Junaidi berlalu pergi, Iman memandang lelaki yang melanggarnya tadi. “ saya mintak maaf kalau saya atau pakcik saya ada buat silap.”
“ he’s your uncle?” lelaki itu mengangkat kening tinggi.
Iman menanggalkan cermin mata dan memasukkan ke dalam Gucci. “ that’s currently is not your bussiness I guess.”
“ ouh okay.” Balas lelaki tadi.
“ saya rasa kita dah takde apa-apa hutang bukan. Melainkan awak ada luka di mana-mana. Takde bukan?” tanya Iman. Baik dia tanya siang-siang sebelum lelaki ni buat saman ke apa ke. Bukannya betul orang zaman sekarang ni. Muka nampak baik tapi perangai macam hantu.
“ err nama?” tanya si lelaki tadi. Nak menggatal la tu.
Iman membuka Gucci dan mencari kad namanya lalu dihulurkan pada lelaki tersebut. “ saya pergi dulu. Dan terlambat. Assalamualaikum.” Dan pada ketika lelaki itu menundukkan pandangan untuk membaca kad namanya itu, dia pantas berlalu dari situ untuk mengejar flight. Kang mesti bising Encik Junaidi kalau flight tertunda walaupun sekejap.
ni kalau tak silap aku, aku tulis tahun 2010.
Tina duduk dalam library seorang diri. Hari ni Asasi dah start test 2. Maksudnya, test bermula pada jam 8 malam tetapi kelas still on macam biasa setiap hari. Haila, serabut kepala otak. Dengan tak cukup tidurnya lagi. Kat dalam kelas lagi haru. Kalau dah tahap gonjeng mengantuk, tidur je la terus. Oral Interaction ke mana, buku ke mana, dia pun entah ke mana dah melayang-layang mimpi meraban. Library agak full la jugak hari ni sebab malam ni ada test matematik. Maka, ramai yang gigih study dengan hardcore.
“ err, nak duduk kat meja ni boleh tak?” tanya sesorang. “ meja lain penuh kan?”
Tina mengangkat wajah dari buku. “ oh, duduk la.” Pelawa Tina. Dia tunduk memandang buku dia semula. Arghh!!!!! Hati dia dah menjerit macam apa je. AZMAN KANG LA WEH!!!! ITS HIM!!!!!!!!!!! Kalau dia boleh tunjukkan reaksi, nak je dia ketuk-ketuk meja lepas tu terjerit-jerit teruja sebab tak percaya.
“ nama awak Tina kan? Classmates right?” Tina terdengar Azman bertanya. Dia mengangkat muka memandang Azman.
“ aah. We are.” buat muka cool selamba tak beriak.
“ oh, awaklah yang sombong tu kan?”
Mata Tina terus membulat. Amik kau Tina. Kau dicop sebagai sombong rupanya. Haila hati, aku rasa hati, limpa , jantung, pankreas, alvelos dan sebagainya macam baru kena lenyek dengan kapal selam Rusia je.
“eh! Tak tak tak. I mean, awak sombong dekat saya je. Dekat orang lain awak ramah je.” Azman senyum bersalah. “ sorry.” Senyum lagi. “ tapi kenapa ya?”
Tina tunduk memandang buku. Kau ni la pun, janganlah nak senyum membunuh macam tu dekat aku. Mahunya aku punya hidung berdarah nanti weh! Dia memandang semula ke arah Azman Kang. “ saya tak pernah borak dengan awak ke?” Tina angkat bahu. “ entah. Tak perasan la pulak.”
Azman Kang mengangguk dengan semangat. “ yap. Tak pernah langsung. Nama saya Azman Kang Abdullah. Awak pulak?”
“ Tina Rania binti Salehuddin.”
“oo. Sedap nama tu. Unik pun ye jugak!” puji Azman lebih-lebih.
“ oh, ye ke.” Kata Tina pendek. “ saya nak sambung study dulu. Lain kali kita borak lagi okay.” Tina terus menunduk memandang buku. Fail Tina. Kau memang buat epik yang fail wahai Tina. Dan Azman Kang terus membuat latihan matematik. Apa kau buat ni Tina. Kau memang sengal!
yang ni pulak , aku rasa aku tulis tahun 2012.
#15 Suka memaksa. ye kot. haha, dulu aku selalu paksa kawan aku baca novel-novel yang aku rasa best. Gibb Sulaiman antara pernah yang jadi mangsa paksaan aku. KAH KAH KAH.
#16 antara cerita blog yang aku suka baca ialah Forbidden Love. dulu aku mesti bukak hari-hari blog tu. haha, haii, penulis blog Freak Like Us, aku suka baca cerita kau. *lambai-lambai*
#17 aku suka bawak motor laju-laju. kalau kat highway tu, kalau tak bawak motor kat line belah kanan sekali untuk pecut tu memang tak sah. mesti kena jugak lalu line kanan tu. perghh, nikmat bawak motor laju-laju tu memang kau tak boleh cakap la. seronok gila.
#18 aku suka mengajar. masa cuti after SPM and sebelum masuk asasi , aku kerja as a Tutor. jadi aku datang rumah orang and mengajar la. pengalaman yang menarik bagi aku. ngeh ngeh ngeh.
#19 susah nak mengaku kalah kalau da gaduh tu. mesti nak menang jugak. melainkan kalau aku da malas nak melayan, tengok muka pun aku da menyampah. aku ni kalau da tak suka kat orang tu, memang sampai kiamat la aku tak suka kat orang tu. takde maknanya tetiba aku nak jadi baik tegur dia. aku sanggup tukar arah laluan aku dari bertembung dengan orang tu. kalau aku gaduh dengan someone tu, then aku tegur lagi dengan dia beberapa hari lepas tu, then aku takde la benci dia sangat.
#20 after aku buat personality test, aku ni jenis popular sanguine.
jadi ini la popular sanguine. mostly benda yang kat atas ni, ada la ciri-ciri aku sikit. tapi antara kelemahan ketara yang aku ada ialah aku ni cepat gelabah dan sangat emosional.
okay da habis. kalau siapa-siapa rasa benda ni interesting, boleh la buat jugak untuk suka-suka. haha, buat sesiapa yang nak tanya apa-apa, atau komen apa-apa mengenai blog ini, atau tanya pasal aku ke apa ke, atau pasal cerita ni ke apa ke, atau pendapat apa-apa ke, boleh la drop by dekat sini
@Google Drive Form <-- really simple form :) selamat menulis! till then, babai!
p/s
another fact, #21 aku da ada sunshine aku sekarang ni. haha =) hai u, I miss u.
boring.....
ReplyDeletetahi!
ReplyDeleteNi bukan Inche Shark yang tulis ni. Hahaha... Inche Shark please wake up!
ReplyDeleteFinally. Ada yang sedar. Hahahaha. Aku tulis benda ni bapak takde feeling bosan nak mati. Sambil tulis mata kuyu
DeleteCam best je cite tu .. Nak baca boleh ? Hehe
ReplyDeleteBoringggg sekian.
ReplyDeleteRemaja mana remaja.. Bosan Ni.. Kuarlaa Seminggu Sekali Cam Naruto..
ReplyDeleteCamana nak bukak blog yg lg 1?apa name blog 2.nak tau gak cite pe kat c 2.
ReplyDeleteAku masih menanti ending citer Hinara tu. Kau dah tak nak sambung ke weyh ?
ReplyDeleteCepat lah cont. #remaja langsung xde adegan sedap kecuali flashback....... xyah lah blas2 dendam, adegan best paan n haikal time haikal mula dpt rse keenakan dr blkng adalh scene pling best nk lg scene2 cmtue...... kt remaja lgsung xde....... rindu scene paan n haikal wlupun paan fake time tue.......
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNext!
ReplyDeleteThx untuk cerita yg kat atas tuh
ReplyDelete