Nuffnang

Monday, 18 August 2014

Soalan-soalan dari Google Drive! #103

#46

Nak tanya - kan ada orang kata, selalunya apa yang penulis tulis, itulah dirinya.

Bagi aku, kau romantik super. Even bila kau tulis scene asmaradana, still rasa macam......omg.....romantiknyer..... rasa manja dalam kehorny-an lol

So, kalau katakan, kau jumpa lah dengan seorang yang suka kau, dan kau suka dia, (of cos lah aku maksudkan lelaki kan lol); maka adakah kau akan romantik juga - macam Haikal?

Haha. Thanks! Suka baca cerita Haikal. Hehe


aku pun tak tahu aku romantik ke tak. tu aku kena tanya pada kekasih hati la. masa soalan ini ditanya , aku ada tanya kat ex aku and dia ada jawab something, tapi sekarang aku da lupa la pulak dia kasi jawapan apa. aku romantik ke? entah la. aku pun tak tahu. sebab takkan la aku nak nilai diri sendiri. kalau aku jumpa someone yang aku sayang, of course la aku akan menjadi romantik. takkan nak jadi hambar kan? tapi tak tahu la kalau orang lain anggap aku ni hambarian dan membosankan. tapi most of the time aku ni memang hambar. lagi-lagi time aku sakit. kronik betul perangai. romantik macam Haikal? HAHAHAHAHHAHAH, entah, tapi 80% perangai Haikal adalah perangai aku. apa yang dia suka, apa yang dia buat itu ini adalah dari perangai aku sendiri. dan terima kasih kerana suka membaca cerita Haikal itu. :) aku tak sangka, ada jugak cakap Haikal tu romantik. HAHA. 


#47

Nak tanya - siapa penulis kau minat? And asal? Sebab gaya kau tulis macam kau minat baca juga sebab teknik penceritaan kau boleh tahan superb

aku minat baca novel. tapi sekarang da kurang la. aku pun tak tahu kenapa. penulis kegemaran aku ada banyak. HAHAHAHAHAH. dan mesti la gaya penulisan aku ni dipengaruhi oleh dorang semua.
1) JK Rowling. aku membesar dengan buku-buku Harry Potter dan gaya penulisan JK Rowling memang sangat superb. imaginasi dia memang barabas WIN nombor 1.
2) Nurul Syahida. buku dia pun memang la power gila. buku dia ni pasal kehidupan manusia. semua novel dia sangat best dan kau tak akan rugi pun kalau beli. aku paling suka novel Aku kan Novelis and Aku.. Keliru
3) Noor Suraya. bahasa melayu dia memang superb habis. aku suka baca novel Jaja dan Din. kalau kau nak belajar bahasa melayu superb, kau boleh beli novel dia.
4) Nasz. aku suka baca Lazuardi and Sweet Sour. kalau aku nampak novel dia kat rak, aku tak akan baca sinopsis and akan terus bayar. bahasa dia sangat santai dan akan tergelak macam cilaka kalau beli.
5) Hlovate. aku tak tahu jantina dia. tapi aku pun agak terpengaruh dengan buku-buku yang dia tulis. aku tahu pasal BOTY and muzik-muzik yang superb pun dari novel dia. alos about skate, basket and impian nak belajar luar negara. really inspiring novel.
6) Nami Cobb Nobbler. penulis kat Lejen Press yang legend dengan buku Awek Chuck Taylor. novel dia tu siap da dipentaskan lagi. sumpah cool gila. aku rasa buku dia tu memang femes amos gila kat Malaysia ni. 


#48

ko ni jenis truly gay ataupun bisex..... pernah ada partner??? maksud ak partner plu..... last soklan.... per pendapat ko ttg sex dgn cinta plu.... aku dgr org ckp..... sex adalah bukti cinta kita pd seseorang..... tak kira lar cinta plu ker tak...... betul ker?


aku jenis truly gay atau bisex? entah , aku pun tak tahu. tapi aku ada je nafsu kat perempuan cuma malas pikir nak kapel atau apa-apa je la. kalau partner PLU. yep. aku memang ada. apa pendapat aku tentang seks dan cinta PLU?
1) PLU dengan seks adalah benda yang kau tak boleh pisahkan. maybe sebab lelaki tak boleh mengandung, that's why PLU ni suka buat seks. apa yang kau perlu risau tentang seks sesama PLU ni adalah HIV dan penyakit-penyakit kelamin yang lain. jadi kondom amatlah penting. aku bukanlah menggalakkan kau pergi buat seks and hey, jom beli kondom tapi entah la. kalau kau nak buat seks, pergi la beli kondom tapi lagi bagus kalau kau tak payah buat seks. peluk-peluk je pun okay. :3
2) untuk fresh PLU atau orang yang baru masuk dunia gay atau baru lagi membuat seks dengan lelaki, dia memang automatik akan terus suka dekat orang yang fuck dia tu atau dia fuck orang tu. jadi, kita panggil ia sebagai jatuh cinta melalui seks. seks ni benda-benda yang kau tolerate masa kau buat. melibatkan dua orang. jadi, siapa-siapa yang fresh tu, dia memang tak akan dapat asingkan seks dan cinta. dia akan anggap, "oh, aku da jatuh cinta dengan kau."
3) seks adalah bukti cinta kita pada seseorang? jangan nak mengarut. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA. kau da banyak terpengaruh dengan ayat-ayat kat drama TV ni. kau take care kat dia, kau jaga dia waktu dia demam, kau kasi dia semangat masa dia tengah down, kau selalu wish dia pagi petang siang malam, teman dia, <-- benda-benda macam ni lagi win dari seks aku rasa.

#49

parent kau tau ke kau tak straight?

parents aku tak tahu. adik beradik aku pun tak tahu.

#50

pernah fall in love dgn kawan baik kau yg straight? and adakah kau akan confess dekat dia? or pendam je. Hahahaha XD

aku takde la sampai fall in love dekat kawan aku. tapi rasa crush tu ada la. sampai situ je la. crush and takkan la aku nak confess dekat dia. dia kawan kita kot, hahaha, takde la sampai aku nak beromen dengan dia. ianya rasa macam sangat tak betul. orang yang kau lepak, borak-borak and cakap benda bangang lagi lagha adalah sangat pelik untuk kau couple dengan dia. aku tahu, perasaan nak couple dengan dia tu memang ada, even aku sendiri pernah cakap kat diri aku,
"kalau la dia ni kapel aku, perghh, bahagia gila."
ataupun
"kalau la dia ajak aku kapel, memang aku setuju je."
tapi aku rasa macam sangat tak betul untuk confess dan pergi bercinta dengan kawan baik. rasa macam pelik untuk kau makan dia. HAHAHAHAHAH.

#51

shark : why all the story look like hangging bangging....belum abis satu story ko dah buat story lain walaupun all the story are related

entah la. aku tak perasan la pulak sebab aku main menulis je. aku ni kalau menulis, aku memang main tulis je. aku takde rangka cerita. aku takde jalan cerita. even aku sendiri tak tahu apa yang jadi seterusnya. aku sendiri teruja and nak tahu apa yang jadi dekat Haikal, Paan and Hisha. hahaha, sorry kalau cerita tu bangang sikit. aku cadang nak bukukan and jual. ada sesiapa yang nak beli? HAHAHAHAH, aku amat perlukan duit woi menjelang bukak sem. semestinya untuk hal-hal belajar aku dan aku sangat terdesak gila! jom ramai-ramai sila tolong aku dengan membeli. haha


#52

hai. awak.saya nak kenal leh? mcm mana nak kenal?ada wechat x?

hai awak. sudah tentu boleh berkenalan dengan saya. saya memang suka tambah kawan dan berborak. macam mana nak kenal? saya tak berapa suka sangat kasi wechat dekat strangers unless saya da kenal la. tapi malangnya saya tak kenal awak . jadi untuk kita borak-borak ialah di Twitter dan juga facebook. nama twitter : IncheThakif . nama facebook : Thakif Iman. sekian terima kasih =)

#53

Salam, lama dah saya nak komen kat sini tapi yelah tak tau nak tulis apa.

Ni saja nak kongsi betapa susahnya couple dengan lelaki straight/bisex (bagi aku bi paling sesuailah).

Dah ada 3 couple semuanya bi. Yang pertama lama gak hampir 3 tahun tapi putus sebab dia kawen mengejut. Awek ngandung. Yang ke dua plak 4 tahun, putus bab awek dia kontrol berabis dari fb sampailah hp diperiksa hari2 siap ugut break kalau dia selalu sangat kuar ngan saya. Yang ke 3 ni baru gak, ok dari yg dua org tu, sejuk je mata memandang, pandai melawak, biarpun dia ni ahli silat. Xtau sampai bila lah.

Entahlah, kita org ni jenis x expose. Kalau lepak ramai2 macam kawan biasa je tapi kalau berdua faham2 je lah.

Cuba saudara kupas isu bisex ni secara mendalam. Berminat nak tau pendapat saudara.

Tq


Bisex? susah jugak nak kupas sebab aku jarang borak isu bisex ni. tapi aku pernah couple dengan bisex and dia tinggalkan kapel dia tu semata-mata untuk kapel dengan aku and aku rasa amat bersalah gila masa tu. tapi aku pendam. hal-hal cenggini mostly aku pendam and ni first time la aku tulis. aku tak tahu la kalau ex aku akan baca benda alah ini ataupun tidak. kalau tanya pendapat aku pasal bisex ni, aku rasa semua orang kat dunia ni bukan gay 100%. bagi aku, mostly dorang ialah bisex. aku rasa most of ex aku ialah bisex. aku rasa aku bisex. aku rasa kau bisex. aku rasa siapa yang baca ni ialah bisex. aku consider seseorang itu bisex kalau dia even ada sikit rasa teruja tengok perempuan. sama ada teruja tengok boobs, teruja tengok bontot atau teruja tengok rambut, mata dan sebagainya.
aku consider seseorang itu bisex kalau dia rasa seseorang perempuan itu menarik walaupun sendikit. aku tak kisah la sama ada kau orang nak nafikan benda ini ataupun tak tapi aku rasa semua orang pernah terdetik kat dalam hati, "okay, perempuan ni cantik." ataupun terdetik. "terasa nak kahwin dengan perempuan ni." ataupun . "apa akan jadi kalau aku kahwin dengan dia?" <-- kira macam kau terpikir la jugak nak kawin.
dia bukan terdetik untuk memuji semata, dia ada perasaan lain. entah la. susah aku nak cakap. HAHAHAHAHH, tapi aku rasa semua orang paham apa yang aku cakap. orang cakap, macam apa yang kau cakap la. susah kapel dengan bisex ni sebab dia akan teruja dengan perempuan jugak and mana tahu dia akan tinggalkan kita untuk bersama dengan perempuan itu. entah la. aku takde la nak kasi nasihat kau pergi tolak perempuan tu masuk gaung. well, perasaan kan. benda-benda macam tu bersikap subjektif. benda yang kau tak boleh nak predict tapi kira bagus  la kalau dia nak kapel dengan perempuan . kira good la tu. even yeah, memang akan sakit sangat waktu tu. tapi nak buat macam mana kan. entah la, again, *sigh* aku tak berapa nak boleh kupas sangat hal bisex ni. maybe aku akan try tanya kesayangan aku pasal hal ni. sebab setahu aku dia pernah kapel dengan perempuan. tapi tunggu dia tak busy la baru aku tanya. sekarang dia busy dengan HO.
***************************************************************
kesayangan aku cakap : takde beza pun antara lelaki dengan perempuan. sama je. asalkan sayang. kalau tak sayang pun tak guna jugak.cuma kadang-kadang suka lelaki sebab lelaki lebih pandai layan lelaki kot. haha. 

#54

hi Shark :) i br jmp ur blog last night n guess what, i dh hbs baca sume cerpen yg u tulis...great story with good plot!!!

at first i baca ur blog sbb nk layan b4 tdo, nak dpt mimpi best kekdahnye, finally i couldnt sleep until 4.30am dis morning. pastu d first thing yg i buat lepas blk kerja today is continue reading ur blog.

ASRAMA, PLAYBOY & REMAJA,  i suggest u compile it in a novel, memang boleh jd phenomena :). FYI, i already recommended ur blog to my frenz, xsabar i nak dgr their feedback.

TQ Shark. [eh tetibe :P]

ur sincere fan, LAHSEED


komen ni masuk google drive aku 7 April 2014 and aku baru komen pada 18 August 2014. sesungguhnya aku manusia yang teruk dan lembab. haha. sorry, sorry. aku tak tahu la pulak seseorang itu akan suka baca blog aku sampai macam tu. thanks again suka story ASRAMA, PLAYBOY and REMAJA walaupun entah pape je cerita tu. aku memang cadang nak compile jadi novel dan korang wajib beli novel aku. I need money right now. HAHAHAHAHHAHAHAHAH. and thanks jugak sebab recommend pada kawan-kawan, I hope your friends will like it as you do. =)
again, thanks Lahseed =)


#55

hai shark... story best sangat... and cerita tu ada sikit yang sama macam life aku dulu....

hai.. emm emm, thanks sebab suka. HAHAHAH. part mana yang agak sama dengan life kau dulu? and kalau sama, kau jadi watak apa? Haikal? Hisha? Paan? atau Imran atau siapa? heh. aku harap cerita-cerita yang aku buat boleh boleh inspire someone untuk jadi a better person. walaupun cerita tu bangang. ahaha


#56

Sebenarnya.. characters pa'an n imran ni sampai sekarang aku x boleh nak bayang diorang punya hensem tahap mana.. even kau tulis pa'an tu macam hensem gila barbie.. mybe sebab dalam banyak2 pa'an n imran yg aku kenal takde sorang pun yang handsome kot.. haha.


aku ada cakap ke Imran hansem? yang ni aku tak ingat . tapi Paan tu memang hansem gila babi. ex aku dulu selalu datang bilik aku kat hostel. tengok movie sama-sama and ada la borak-borak and tukar game dengan roommate aku. aku rasa sampai roommate aku pun da kenal dengan ex aku tu walaupun tak borak sangat. roommate aku dulu ada 6 orang, termasuk dengan aku sekali. kenal muka la and not really borak pun. and ex aku pun pernah jumpa Paan jugak sebab Paan ni roommate aku sem lepas. kau tahu apa komen dia?
"Paan tu memang hansem gila. melayu habis and manly."
jadi aku memang tak tipu bila cakap Paan tu hansem gila babi. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. more suara Paan tu sedap gila and pandai main gitar pulak tu. aku dalam bilik selalu humming je bila si Paan ni mula main gitar. roommate aku 3 orang main ragbi termasuk la si Paan ni. 


#57

aku x sure kau dah pernah jawab soalan ni or x, tp I'm just curious.. dari mana kau dapat idea nak tulis semua citer2 dlm blog tu?? bukan 1-2 citer lak tu. n bukan 1 blog je (as you've mentioned b4 ko ada 2 blog kan?) so... care to share???


A Samad Said pernah cakap, "nak kenal manusia berjalan la dan perhatikan perangai mereka." and dari situ aku dapat idea, kalau nak tulis novel atau cerita ni, kita kena berjalan-jalan and tengok perangai orang ni. bagi aku macam takde masalah la sebab aku suka jejalan and perhati perangai manusia. bukan la aku perhati as a menjadi stalker tapi aku perhati je la. macam couple with couple. adik beradik, kengkawan dan sebagainya. selalu spot aku nak perhati dan lepak ni ialah mana-mana stesen komuter atau LRT. HAHAHAHAHAH. ataupun foodcourt kat mana-mana. ada banyak benda kau boleh perhati dan belajar. ada banyak benda kau boleh olah dan tulis dari situ. yap. aku ada 2 blog. blog lagi satu tu da jadah haram aku tak menulis kat situ and entry kat situ da lebih 1000 entry pun. HAHA. cuma tu la, aku je yang makin malas untuk menulis. aku selalu berharap, apa yang terpikir kat dalam kepala otak aku ni tertaip kat blog. bagus gila kalau macam tu.
-,-


#58

hey shark. im just curious is it you study dekat s*****g? please just state yes or no.
i kinda confius which ipta i should go. hopefully i boleh kawan dgan you dekat sane.

mula-mula aku terpikir. apa la s with star star star tu. and aku tak dapat agak langsung apa nama tempat tu. tapi tak lama lepas tu, baru la aku tahu. HAHAHAHAH. aah. aku study kat situ. dan best gila study dekat situ. eh? keputusan IPTA da keluar kan? kau dapat sama uni dengan aku ke? kalau dapat, just let me know la. aku boleh buat tour untuk kau. haha. boleh bawak pusing jejalan , nanti takde la kau sesat ke apa ke.


#59

Mesti sampai satu chapter kau akan buat haikal punya ingatan pulih kan? *cerita melayu ni senang nak predict.. hope kau buat lain dari yg lain.. hoho.. tak pun, haikal bgtau kat zahid dia suka usha laki.. then zahid simpan perasaan kat haikal.. diorang kapel.. last2 haikal excident ngn zahid.. haikal mati.. zahid survive then.. ahh.. banyak sgt dh mengarut ni.. haha..


aku pun tak tahu cemana nak buat dia pulih dari hilang ingatan. dan ye, cerita melayu memang senang di predict. HAHAHAHAHAHAH, sama macam kau orang predict HISHA tu baik. aku gelak-gelak je bila baca semua komen bengang dengan HISHA. dan apa yang kau tulis tu memang mengarut gila.. kah kah kah. tapi somehow, kau ada idea. apa kata , kau start menulis and tengok la lepas tu macam mana. mana tahu progression kau makin okay and kau ada bakat menulis. =)

buat sesiapa yang nak tanya apa-apa, atau komen apa-apa mengenai blog ini, atau tanya pasal aku ke apa ke, atau pasal cerita ni ke apa ke, atau pendapat apa-apa ke, boleh la drop by dekat sini

@Google Drive Form    <-- really simple form  :) selamat menulis! and no worries. aku rasa macam best pulak buat soal jawab macam ni sebab aku rasa macam kita tengah buat some diskusi yang berilmiah. haha, terasa cool gila.



p/s
borak-borak dengan budak yang tengah HO tu pasal kes dia bertumbuk. haha, macam-macam betul budak zaman sekarang.

4 comments:

  1. Best gak klu crite remaja..playboy..asrama ni ko novelkan..mesti jd fenomena 1 malaysia.ntah2 ko bleh jd nutawan cam jk rowling..

    ReplyDelete
  2. Apa blog lg satu tu ?

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)