minggu orientasi ni ada apa je? benda yang menakutkan sangat ke? dekat uni dulu, sekali je aku jadi pelajar untuk orientasi which is masa zaman aku asasi and bakinya sebanyak 4 kali aku jadi fasilitator uruskan student baru yang daftar masuk. masa aku daftar degree 1st year, aku terus jadi fasi uruskan student baru. HAHAHAHAH. aku la student baru, aku la jugak fasi. and aku daftar sorang-sorang tanpa ada family teman pun. uruskan semuanya sendiri dari hal bayar yuran, hal bank, hal itu ini. alone. bagi aku orientasi ni takde la teruk sangat pun. kau sebagai pelajar baru hanya perlu daftar, dengar cakap fasi and duduk dengar ceramah sampai bontot pun rasa nak tercabut. aku rasa , kalau jadi Fasi masa Orientasi lagi la penat sebab banyak benda kau kena handle and bagai-bagai lagi la.
1) kalau jadi Fasi ni, kau kena tidur lewat sebab setiap hari nak kena post mortem sebelum bincang balik untuk perjalanan hari esok. budak-budak baru ni selalunya dilepaskan tidur pukul 12 tengah malam atau 1 pagi sebab kena berlatih cheers la, apa la, bincang cheers la apa la sebab nak kena lawan kolej lain, itu la ini la, nyanyi lagi kolej lagi, hafal lagu uni lagi. macam-macam. jadi after budak-budak ni da tidur, baru la fasi-fasi ni akan buat post mortem and bincang balik apa yang tak kena dengan perjalanan hari itu. S/U akan catit and buat la report bla bla bla dengan harapan bila masa akan datang, kesilapan yang sama tak akan berulang. tapi aku rasa sentiasa berulang je. HAHAHAHAHAHAHAHAH. kau nak tahu kenapa? sebab setiap kali ada orientasi untuk pendaftaran pelajar baru, bukannya yang jadi Fasi tu baca post mortem lepas. jadi, macam mana la nak improve dekat situ. well, benda da ada, cuma masing-masing malas nak membaca. termasuk la aku. ye, semua orang memang pemalas untuk membaca!
2) waktu pagi, akan ada Fasi yang bertugas untuk kejutkan pelajar-pelajar baru ni. selalunya Fasi ni akan kejutkan budak budak baru ni around 5.30 pagi sebab suruh subuh berjemaah dekat surau . reason kejut awal yang lain jugak ialah supaya semua orang cepat turun untuk sarapan and kumpul and pergi ke Dewan Besar dengan naik bas yang disediakan. Setiap kolej ada beratus-ratus student yang nak dibawa ke Dewan Besar, jadi Fasi tak nak la ada student yang skip tak pergi dengar taklimat pulak sebab bagi fasi , kau pelajar baru, kau kena la dengar taklimat. tak kira la kau bekas pelajar diploma ke bekas pelajar matrik ke bekas pelajar asasi ke STPM ke apa ke, kau still kena dengar taklimat sebab ini tempat belajar baru untuk kau. might be atau mungkin kau sebagai pelajar baru akan cakap,
"Very the leceh la nak dengar ceramah ni. da la bosan. mengantuk pulak tu."
memang aku tak nafikan , dengar all those ceramah memang bosan gila sampai kau rasa nak tidur je. jadi, kau tak fikir pulak yang fasi ni da beratus berjuta kali dengar ceramah yang sama je tiap kali ada sesi orientasi.
3) setiap kali orientasi, ceramah yang ada ialah ceramah ulangan je. jadi, kalau menjadi Fasi ni sampai kau da boleh agak la ceramah apa yang akan diceramahkan. contohnya ceramah keselamatan, ceramah library, ceramah PTPTN , ceramah dari VC bla bla bla . da la dengar ceramah tu tiap-tiap kali orientasi, pastu kena jaga student lagi. jaga student dari kolej - naik bas - bawak turun bas- pergi iring ke tempat kolej yang disediakan - bawak ke bas balik untuk balik ke kolej - sambung orientasi kolej . tu semua kerja fasi. aku tak tahu apa yang budak baru nak rungutkan kalau kerja kau cuma ikut je.
memang ada fasi yang agak annoyed . alaa, biasa la. HAHAHAHAHAHA, aku pun kadang-kadang jadi macam sial jugak bila handle student tapi da perangai korang pun memang ngada-ngada, siapa yang tak akan jadi menjengkelkan. aku paling annoying kalau mak bapak asyik nak jumpa anak-anak. contohnya
"saya nak bawak anak saya keluar kejap la esok. macam mana ye?"
"saya nak bawak anak saya pergi kenduri la dua hari."
"anak saya yang bongsu rindu la dengan abang dia."
"saya nak jumpa anak saya nak kasi bekal makanan."
hey, anak pakcik dan makcik da besar kot. apa yang perlu dibuat ialah teman daftar dan pakcik-pakcik serta makcik makcik sekalian boleh balik pastu tengok TV ataupun pergi dating sepam dua dekat mana-mana. tinggalkan kanak-kanak riang itu di Universiti untuk mereka alami perasaan sebagai pelajar baru. aku annoyed betul yang asyik nak jumpa anak je. anak kau da besar kot -,-.
selalunya kalau team aku jadi fasi orientasi ni, kitorang akan bahagikan watak siap-siap kepada Fasi. takkan la semua Fasi nak jadi baik, nanti akan ada student baru yang pijak kepala. jadi? takkan la semua fasi nak jadi Garang pulak kan? nanti semua pelajar rasa Fasi ni over dan poyo dan nanti maybe ada yang ngumpat belakang tak suka kolej yang dia duduk tu. biasa la, kanak-kanak riang memang suka mengumpat selain dari usha dalam-dalam dekat Fasi handsome atau cantik yang dorang minat.
jadi, memang awal-awal akan buat pembahagian watak kepada Fasi-Fasi yang ada, aku tahu sebab pembahagian watak itu dilakukan secara terperinci tapi aku tak tahu nak terangkan macam mana. HAHAHAHHAHAH, siapa yang pernah jadi Fasi, dia might be paham la. siapa yang tak pernah jadi and first time bagi dia untuk dengar benda-benda macam ni, well, apa yang aku cakap, selamat datang dan selamat mendengar.
4) aku tak tahu kau orang perasan ke tak , tapi setiap kali kau orang sebagai pelajar baru nak ke Dewan Besar, mesti korang terus je dapat tempat duduk kat dewan sebab Fasi korang suruh duduk kat situ. aku tak tahu la sistem uni korang macam mana, tapi kalau kat uni aku, setiap hari mesti budak-budak baru ni akan duduk dekat kawasan yang berlainan setiap hari kat Dewan Besar tu. kalau hari pertama , dia might be duduk kat belah kiri dewan, hari keduanya, might be dia duduk kat belah depan dewan and the next day, dia akan duduk dekat tempat lain pulak. ianya sentiasa bertukar. tak akan pernah sama. korang pernah tahu tak kenapa kedudukan tempat korang tu sentiasa bertukar atau kau orang malas nak berfikir and terus duduk je pastu dengar ceramah, balik, ikut cakap fasi tanpa pikir apa-apa.
fasi selalunya akan berpecah pada dua bahagian pada pagi hari. satu team akan jaga kolej which is bawak budak-budak naik bas and turun bas once sampai dewan besar. and another team ialah team yang sampai awal kat Dewan Besar untuk rebut kedudukan and jaga kerusi untuk beratus - ratus student under bawah jagaan diorang. macam dekat uni aku, kitorang ada berbelas kolej . jadi bayangkan la, wakil-wakil fasi dari berbelas kolej ni selalunya akan fight untuk dapatkan tempat duduk untuk bebudak baru. nak kompromi antara satu sama lain tu memang la payah gila abadi. it was like -,- sampai kau nak baling kerusi pun ada semata-mata nak carik tempat untuk bebudak under kolej kau. kalau takde tempat, memang memalukan la untuk kau sebagai budak baru. takkan la kau nak duduk asing-asing daripada bebudak kolej kau dalam Dewan Besar kan? mesti la kau sebagai pelajar baru nak duduk dengan kawan-kawan bilik baru and kolej baru. nak buat cheers pun kena la dengan kengkawan kolej. kalau berpecah , macam mana nak buat cheers.
5) kenapa kalau time orientasi je mesti ada raging. apakah?
HAHAHAHHAAH, itu aku tak tahu la. well , sebenarnya itu depends bergantung dekat Uni mana kau belajar, kolej mana kau duduk dekat uni kau tu. macam dekat uni aku, memang ada several kolej yang jaga reputation and seniority tu kuat gila babi sebab bekas-bekas pelajar kolej tu da buat seniority. Maka ia akan jadi event turun temurun which is raging student baru yang masuk.
benda-benda raging yang normal macam kena mintak tandatangan senior la, buat benda bodoh itu la, buat benda bodoh ini la. bagi aku -,- kau sangat tak releven kot nak buat benda-benda macam tu. kau orang semua da besar. I know, maybe some of you akan cakap,
"alaaa, nak kasi mental lebih kuat je."
ye aku tahu part of raging is nak kasi mental kuat la apa la, tapi kadang-kadang apa yang dorang kena buat is very tak relevan langsung. contohnya kena jalan dalam longkang besar la, kawad pakai kain pelikat tak pakai baju la, masuk dalam kolam ikan, merangkak and carik duit siling la. itu sangat-sangat nonsense la. budak-budak yang baru masuk tu bukannya semua umur 19 tahun. kadang-kadang ada je yang da 24, 25 years old pastu Fasi tu pulak baru 19, 20 tahun. bagi aku, memang la seronok buat raging semua ni tapi ada limit la. jangan sampai memalukan budak baru tu. kesian kot. -,- da la baru masuk, tetiba kena memacam. HAHAHAHHA, aku dulu jadi fasi yang baik kot. paling teruk aku buat pun just tanya soalan bangang-bangang je macam kau pernah melancap tak? atau ,, kau pernah tengok redtube? posisi apa yang kau tahu? very the pervert question kan? haha, kalau orang mintak tandatangan aku pun, aku akan main teka teki dengan dorang. tak dapat selesaikan, tak dapat la tandatangan.
6) apa yang best masa minggu orientasi ni?
bagi aku , part paling best gila abadi masa minggu orientasi ialah CUCI MATA TIME! hahahahhahahaha. aku suka orientasi sebab ni la. ada banyak sangat pelajar-pelajar baru yang mendaftar and masa tu mula la kau scan siapa yang cool, siapa yang handsome, siapa yang sado, siapa yang bajet macam cilaka, siapa yang cantik dan macam-macam lagi. selalunya time orientasi ni la minggu-minggu miang berlaku.
KES 1 : budak lelaki baru akan cuci mata ngorat budak perempuan baru. dorang akan kapel tak lama lepas tu.
KES 2 : Fasi akan cuci mata and usha budak-budak baru. dengan ayat yang jet jet kasi macam pelindungan dekat budak baru, tak lama lepas tu dorang kapel.
KES 3 : budak-budak baru akan cuci mata sesama sendiri, jual minyak. kata diri sendiri single kat satu kolej padahal dekat MATRIK / ASASI / TEMPAT STPM / DIPLOMA dulu da ada kapel sendiri. biasa la, tempat baru, kena carik spare part sikit.
KES 4 : cuci mata. stalk. admirer. dan mula ngumpat serta membandingkan crush masing-masing. *rolling eyes*
alaa, siapa yang bakal masuk jadi pelajar baru tu, kau relax je la. takdenya sampai kau kena rogol macam haikal ke apa ke. kau chill dan tenang , carik kawan baru dan tarik nafas. apa yang kau perlu buat masa minggu orientasi ialah
1) tak perlu menonjol sangat. bila kau menonjol terlalu awal, ia akan menjadi masalah untuk kau.
2) jadi wallpaper
3) jangan pendiam sangat. jadi sedang-sedang sahaja.
4) jangan riak
5) jangan banyak mulut sangat. kau bercakap bila kau rasa perlu untuk tambah kawan
6) carik kawan sebanyak mungkin
7) kenal dengan roomate sehabis baik
8) cuci mata puas-puas
9) jangan terlalu cerita pasal kejayaan atau pointer kau lepas-lepas. sumpah orang akan annoying dengan kau.
10) jangan over react sangat. stay chill, cool, tenang dan sama waktu dengannya.
11) yang penting kekal kacak bergaya dan senyum lebar sampai ke telinga...
banyak benda aku nak share lagi tapi malangnya aku pemalas nak tulis. HAHAHAH, tapi apa yang aku boleh cakap, minggu orientasi memang seronok. maybe seronok sebab aku memang suka berada dalam crowd yang bising and suka tengok telatah orang. tapi aku rasa most of reader aku semuanya pernah lalui minggu orientasi. yang aku perasan, range umur reader aku ialah 17 - 29. tapi area yang dense pembaca ialah umur 21-24. jadi, siapa-siapa nak share zaman orientasi dia wether baik atau tak baik atau okay atau tak okay, boleh la share dengan aku sama ada comment ataupun letak dekat Google Drive. aku rasa ramai jugak yang pernah jadi Fasi kan? aku suka jadi Fasi sebab lagi senang nak cuci mata! HAHAHAHAHAHAHAHAHAH, keji nokharom. tapi tu la. setakat cuci mata je aku buat and takdenya aku nak lebih-lebih approach sebab benda tu akan jadi sangat pelik lepas tu.
kalau aku crush kat orang tu, memang aku tak akan kasi tahu dia. kecuali dua orang. dua orang je yang aku pernah kasi tahu, aku crush kat dia. satu, masa zaman aku sekolah menengah aku. yang kedua ialah kesayangan aku sekarang ni. HAHAHAHAHAHAHAHA. hai kesayangan , saya pernah crush kat awak!! okay,
-,- over, better stop daripada jadi makin annoying.
@Google Drive Form <-- really simple form :) selamat menulis! till then, babai! Assalamualaikum! =) happy reading semua!
p/s
da setahun since accident tahun lepas. Alhamudlillah,Im still alive .
Nice ! HAHAHA at last dapat jugak info sikit pasal orientasi. Aku dah clueless gila bab-bab ni. Last orientasi yang aku hadap masa form 1. Bapak lama gila dah tinggal. Tips yang sangat berguna. Terima kasih. Kalau rajin update la pasal aktiviti yang selalu dibuat time orientasi pulak.
ReplyDelete@mr. unknown haha. nak borak pasal, dm aku kat facebook la. tak larat nak tulis kat sini. and aku pun tak tahu nak tulis apa. ahahaha
ReplyDeletewaktu first time study kat aussie, xde rasa orientasi pun.. dtg2 je pergi library buat student card, then add course lepas tu done.. skip semua program yg lain.. hahaha.. but i do like orientasi ni semua bila kita baru first time jumpa dgn org2, then byk mcm first impression lh.. ada yg bad, ada yg bagus, terusha2 yg mana yg hensem.. hahaha.. then bila dh lama berkawan, mula nk imbas semula pasal first time bila jumpa.. mcm beberapa minggu lepas aku borak dgn kwn aku, ckp lah..
ReplyDelete"ko tahu apa first impression aku waktu first time jumpa ko dulu?"
then masing2 teruja nk tahu.. dia share pasal first impression dia kat aku, and aku citer lah pasal impression aku juga.. actually, best juga citer pasal ni..
"apa benda yg first ko fikir pasal aku waktu first time jumpa (kat orientasi) dulu?"
try tanya kwn2 ko, then ko akan realize org fikir byk mcm.. hahaha
hahhaha. betul cakap. buat aku teringat. aku dengan kawan2 aku pun buat bnd yang sama. mesti keluar soalan , apa first impression kau kat aku? hahha
Deletebtw, bukan redtube kena blocked kat Malaysia ke? memang kat uni ko student yg baru masuk stay kat kolej ke?
ReplyDeletekat rumah elok je aku bukak. hahha. ah ,macam uni aku, kitorang mmg banyak sangat hostel. yg duduk luar tak banyak mana pun
DeleteSalam incik shark (peace yoo.. ) susah aku nak comment sbb bkn guna lappy. Bila dh x guna lappy ni susah nak back semua. Btw just nk cakap. Ur cerpen remaja dengan asrama superb best. Cayalah... aku kat blog pun wat cerpen gak time mood bosan giga tahap gaban. Tp bukan pasal gay la, cerpen strait act dengan pompuan. (Bukan blog versi lucah). Btw bila ang nk sambung REMAJA? Ambik masa 8 jam baca asrama continuos remaja. Okeylah tu. Ang sambung cepat2 ye? Kahkahkah.. keep writng :)
ReplyDeleteaku x rasa relevan minggu orientasi diwujudkan di malaysia...
ReplyDeletesangat benci sebab aku sangat pendiam n selalu dijadikan mangsa buli.
if kalau orientasi bertujuan nak bagi tahu kawasan uni, siapa org besar kat uni, pantang larang ini, eh tak perlukot. budak2 tu dah besar, pepandai la die nak idup, kalau nak tahu or tak tahu, tanye je lah...
n aku sangat benci kalau ade perjumpaan dengan senior, perlu ke? i find my own way to survive kay...
Hye mr.Shark...
ReplyDeleteala, nper mcm msih xde smbungan after remaja chapter 9?
lama tggu nie...
btw, talkin bout orientasi, serius mmg x suka... tp somehow it sweet bler juz as memory nk kenang.. still,kalu suruh ikut pape orientasi mmg malaz...
pastue.. ad pape kata2 semngat nk pujuk diri x, well, I recently juz clashed with BF.. sob3.... T_T
ok.br tau cmne nk komen kt blog ni..hahha...nice blog btw...ak nk jd haikal..kikiki..
ReplyDelete