Nuffnang

Saturday, 23 August 2014

Manuskrip Gay. Remaja Chapter 10 #106




Haikal panas je tengok Hafid. Dia rasa fuck sangat sekarang ni. Hafid duduk depan dia tengah selak-selak buku. Library tak ramai dengan student. Sufiyan pergi tandas sekejap. Sakit perut katanya and nak buat kuah kacang. Dorang bertiga bertapa sekali lagi dekat library sebab suku akhir debat lagi beberapa hari je akan terjah and dorang kena menang kalau nak masuk semi.
“Lulu.” panggil Hafid perlahan.
Diam.
“lulu.”
Diam lagi. Haikal tak melayan.
“Haikal.”
“emm.” Sahut Haikal tanda mendengar. Dia husyuk pandang laptop padahal dia terasa nak baling laptop kat muka Hafid sekarang ni. dia benci dengar nama lulu tu. dia terasa nak tendang muka Hafid bila Hafid sebut nama bangang tu kat dia. dia rasa nama tu buruk and tak sedap langsung. Entah macam mana agaknya dulu dia pun boleh setuju je dengan nama buruk tu.
“pandang abang fid kejap.”
Haikal jeling sekejap sebelum pandang laptop balik. Hafid mengeluh.
“pandang la kejap.”
“apa dia Hafid?” kata Haikal dingin. “kau cakap je la. aku dengar bukan guna mata. aku dengar guna telinga.” Dingin budak tu cakap.
“abang Fid,”
“dude.” Tegur Sufiyan. Budak tu terus duduk sebelah Haikal. Hafid terus terdiam tak jadi sambung cakap. “ aku ingat kau carik definition ke apa ke. Rupanya main game. Kau tengok ni Hafid, si Haikal ni main game pulak dia.” bebel Sufiyan.
Hafid tak tahu nak cakap apa da. Budak tu angkat bahu je tapi mata dia pandang je Haikal.
“nah laptop.” Hulur Haikal kat Sufiyan. “aku nak pergi beli air. Panas. Kejap lagi aku datang balik.” Haikal tolak kerusi dan keluar dari library. malas nak cakap atau pandang muka Hafid. baik dia belah dari situ sebelum ada kerusi melayang kat dalam library tu.





Haikal duduk goyang kaki kat pondok bas tu. peluh da leleh kat belakang badan dia. memang tak selesa habis. Zahid lambat lagi. cepat la Zahid. aku nak balik and nak mandi. takkan sekali lagi. -,- dan kalau ikut kejadian lepas, waktu-waktu macam ni la dia jumpa Hafid dulu. Oh, dia berharap dia tak jumpa Hafid sekarang ni. dia Cuma .... menyampah. Kau paham tak apa erti menyampah?
Mungkin tak paham dan tak berapa memahami dari segi definition. Tapi kalau dari segi perbuatan, menyampah tu macam kau tendang , pukul , kasi tukul orang tu punya kepala pastu kau tolak masuk parit, kambus pasir pastu letak batu nisan. That would be menyampah paling high definition yang dia boleh kasi.
Untuk kes Hafid ni, dia terasa Hafid ni bapak bad temper. Dia tak la ingat pasal mimpi dia 100% , (mimpi ke? Ke memori dia?)  tapi dia still rasakan Hafid adalah manusia yang memang patut kena tendang. Kalau nak ikut memori dia tu, Hafid memang macam bangang. Ah, semak la aku nak ingat pasal dia.
Haikal main fon sementara tunggu Zahid yang entah zaman bila nak muncul amik dia ni. dia musykil betul dengan sepupu dia sebab asyik menghilang waktu hujung minggu, malam hari dan tetiba muncul bila passed 12 tengah malam macam pontianak harum sundal malam and kalau waktu petang nak amik dia, mesti most of the time, akan lambat punya la. dia bukanlah sentiasa menghendap waktu-waktu aktiviti Zahid Cuma dia da macam terbiasa. Ye la, da duduk sebilik kan. Da berapa bulan da pun since dia pindah belajar masuk dekat sekolah Zahid ni and duduk dekat rumah makcik dia tu.
Tak lama lepas tu, dengar bunyi motor kat depan dia. Haikal dongak. Ah shit. Bukan Zahid lagi. Hafid dekat depan dia. Haikal buat muka sebelum main fon balik.
“Lulu, cepat naik. Abang Fid hantar balik rumah.”
Haikal buat bodoh.
Hafid mengeluh. “Haikal, cepat naik. Abang Fid hantar balik rumah.”
“malas. Nanti ada orang amik kat sekolah.”
“Zahid ada hal. Dia suruh abang Fid hantar Haikal balik.” Balas Hafid.
Haikal kerut dahi pandang Hafid. “really?” Zahid ni biar betul cakap macam ni dekat Hafid. Dasar sepupu tak bertanggungjawab betul la. suka-suka je suruh si Hafid ni. aku balik ni memang aku ketuk kepala dia.
“ye la. cepat naik.” Hafid hulur halmet.
Haikal bergerak perlahan-lahan menuju ke arah Hafid sebelum amik halmet dan pakai dan duduk dekat tempat pembonceng. Haikal pelik jugak, kenapa si Hafid ni suka bawak halmet lebih? Dari hari tu lagi masa dia naik motor Hafid buat pertama kalinya. Takkan la sesaja je bawak halmet lebih pergi ke sekolah. Apakah jadahnya kalau buat macam tu.
“kita pergi jejalan dulu nak tak?” ajak Hafid. Angin kuat sebab Hafid bawak motor agak laju jadi agak tenggelamkan suara budak lelaki tu. tapi Haikal dengar je apa yang Hafid cakap.
“tak nak!" bantah Haikal keras. "nak balik terus!” kata Haikal bengang. da kemana pulak budak ni nak bawak aku. Celaka la. dia memang patut dapat agak yang si Hafid ni mesti akan melencong punya la. harapan betul nak tengok si Hafid ni hantar dia balik rumah terus.
Hafid diam tak membalas dan terus pergi bawak Haikal entah ke mana. -,- shit. Aku benci kau Hafid.





Haikal dengan Hafid duduk depan-depan kat kedai makan tu. depan Haikal ada Milo Ais and depan Hafid pulak ada ABC Special. Apa yang dia perasan dekat selera Hafid ni, budak lelaki tu memang kuat makan ais and suka benar minum air manis. Sama je la macam kau Haikal. HAHAHAH. Tak payah nak komen orang lain punya selera. kau pun 2 kali 5 je sebab suka minum air manis. satu hari tak minum air manis, memang boleh buat dia gelisah.
“Haikal.” panggil Hafid. Nampaknya budak tu da tak panggil Lulu da pada Haikal.
“apa dia?” Haikal sedut sikit milo ais dia. dia pandang Hafid. Dia bukanlah marah sangat dekat Hafid pun tapi dia Cuma kepada bengang. dia sekarang marah pada orang lain. Dia bengang kenapa Hafid suka panggil dia Lulu. Dia rasa rimas. Dia rasa nak tendang je muka Hafid setiap kali budak tu panggil dia Lulu. And mamat si Hafid ni jugak dulu yang beria ia marah aku sebelum aku balik terbang ke Ireland. Perangai tak boleh nak baik lagi ke? ke perangai kau memang suka marah-marah? kenapa la malam aku tidur rumah kau tu, kau boleh teringin nak cerita kat aku pasal kisah lama kita. kan bagus kalau aku tak tahu. takde la aku serabut macam ni. kalau macam ni la serabutnya bila dia ingat something, better dia tak nak ingat apa-apa. kehidupan dia takde la teruk sangat pun bila tak ingat apa-apa. dia still ada kawan-kawan baru yang best. dia still ada family dekat Ireland sana. dia still ada sepupu pemalas nak amik yang bernama Zahid. so far, hidup dia okay.
Sekarang mula la da macam drama melayu si Hafid ni nak mintak maaf kat aku. aku da boleh agak da tipikal-tipikal sikap melayu ni.
“abang Fid mintak maaf.” Kata Hafid perlahan.
Aku da agak da ayat tu mesti keluar punya. Haikal sedut milo ais laju. Berhenti minum. Pandang Hafid sekejap. “okay, maaf diterima.”
Hafid terkedu kejap. terkejut agaknya bila Haikal bagi ayat macam tu.
“okay da jom balik.” Kata Haikal pantas. Budak tu da bangun and nak ready nak belah dari kedai tu.
“ni.. ikhlas ke tak?” tanya Hafid. Muka budak tu da ragu-ragu habis.
“ikhlas gila.” Senyum Haikal. fake gila babi senyuman tu. padahal dalam hati rasa nak baling kerusi kat muka budak Hafid tu. fuck fuck fuck! Apesal aku bermuka-muka sial?
“tapi abang Fid tak makan lagiABC ni.” kata Hafid perlahan. “temankan la Abang Fid makan kejap.”
Haikal mengeluh. “ye la Hafid. Aku temankan kau makan.” Haikal duduk balik and hadap Hafid. Hafid tunjuk muka ceria and mula suap ABC ke dalam mulut. Haikal perhati je perangai si Hafid ni makan ABC. takkan la aku nak balik jalan kaki pulakkan? ni entah kedai cendol mana entah si Hafid ni bawak aku. jauh bebenar dari kawasan rumah dia. kalau dekat , da memang lama dia angkat kaki chow cin cau je.
“betul ke da tak marah ni kat abang Fid?” tanya Hafid. Budak tu da sengih-sengih pandang dia. Haikal angkat bahu pastu keluarkan hanfon dia. baik dia main game dulu dari layan si mamat depan dia ni. Hafid mengeluh pastu sambung makan ABC. lantak kau Hafid. malas aku nak layan. again, dia tak marah berapi tahap neraka kat Hafid, Cuma dia bengang sikit dengan perangai budak ni.
Aku paling tak paham kalau orang buat salah, kerja dia ialah hanya mintak maaf je. kau ingat mintak maaf tu boleh settle everything ke? Ye, aku tahu, memaafkan orang adalah benda paling mulia abadi kat dunia ni ataupun the sweetest thing ever siap macam bintang-bintang dekat langit tapi takkan la kau nak terima maaf senang – senang macam tu je. kau ucap maaf, bukan semua masalah kat dunia ni selesai. How I hope la benda macam tu akan terjadi. Dan kau yang buat salah, kerja kau bukan hanya dengan cakap maaf, kerja kau yang lain ialah dengan membetulkan kesalahan kau. not only mintak maaf je. aku paling bengang dengan orang yang mintak maaf macam nak rak tapi tak paham erti maaf tu. that is really ass.
Aku amik contoh la. kau langgar seseorang , and orang tu jatuh tergolek dan luka-luka. Dan kau pun ucap la maaf, I’m so sorry and whatever la ayat-ayat lain yang sama maksud pada orang yang kau langgar tu. pastu kau terus belah lepas ucap maaf ataupun kalau kau baik sikit, kau akan kasi duit atau hantar orang tu pergi klinik atau hospital. I was like -,- what the hell is going on? Kau ingat dengan ucap kata-kata maaf, luka-luka kat badan orang tu boleh sembuh? Kau ingat dengan kata-kata maaf, luka orang tu boleh ajaib sembuh dalam masa 50 saat? Ini bukan game Galaxy Life duh yang kau boleh retrieve dia punya nyawa. Kau ingat dengan kata-kata maaf, semua benda boleh settle? Ianya takkan settle kalau perangai kau tetap macam lahabau jugak and tak bertukar. dan tak payah nak mintak maaf kalau kau cakap bukan ikhlas pun. sial pundek.
Ataupun, aku kasi contoh lain. Kau tengah tunggu kawan kau almost 4 jam. Kata nak lepak makan sama. Kau tunggu punya tunggu, sekali kawan kau hantar mesej dekat kau, even not calling! , terus dia kata,
“sorry la weh, aku ada hal tetiba dengan family aku. Sorry.”
Dan kau ingat sorry kau tu boleh ganti 4 jam aku tu ke? Kau ingat dengan cakap sorry tu boleh selesai semua masalah? Fix it and not cakap sorry je! kau ingat sorry kau tu berguna kat dunia ni kalau kau macam patung buat bodoh tak tahu nak selesaikan masalah yang kau create. Buat messy tak tahu nak bersihkan. Kita panggil tu macam anjing berak merata. Dumb. not anjing la. kambing untuk perumpamaan tu. anjing macam kasar sangat walaupun hakikat dia memang macam tu. Untuk kes Hafid ni, memang la budak lelaki tu ada mintak maaf pasal hal dulu-dulu, tapi dia harap la budak tu tak akan ulang perangai bad temper dia tu. kerja asyik nak marah je. dan again, untuk Hafid, kau ingat dengan hanya mintak maaf, semua masalah da settle? Aku, kalau dapat tendang muka si Hafid ni memang aku puas betul.
“Lulu.” Panggil Hafid perlahan.
“boleh tak berhenti panggil Lulu.” Marah Haikal. aku tensi betul bila Hafid panggil nama bangang tu. rasa macam nak koyak je mulut budak tu.
Hafid da tunjuk muka gelabah bila kena marah. “okay, okay, sorry. Da tak akan panggil Lulu. Abang Fid panggil nama Haikal je lepas ni.”
“good. Da habis makan ke belum ni? aku nak kena balik awal la Hafid. Banyak benda nak kena settle.”
“aaaa, okay, okay. Da, da.” Hafid terus bangun and Haikal pun ikut sama. “abang Fid nak bayar kejap, lepas tu kita balik.” Ajak Hafid.
“tak payah nak melencong tempat lain. Aku nak rumah. bukan tempat lain.” Amaran Haikal.
“ye.” Kata Hafid paham. dia pandang Haikal sedih.





Haikal duduk dekat meja belajar. Telinga da berdentum dengan lagu-lagu dari System of A Down dan selang seli dengan Plain White T’s sikit dari earfon. Dia memang perlukan ketenangan lagu-lagu metal sikit kalau nak jawab soalan add math. Padahal Plain White T’s takde la metal sangat! HAHAHAHAHAH. Over gila kau. Soalan add math SPM 1999 ada dekat depan mata dia terbukak. Mata da berpinar tengok soalan. Apa ke jadah soalan tahun 1999 susah gila bak hang. Dia rasa soalan add math, year by year makin senang la pulak. Dan soalan-soalan 90’s memang susah gila babi punya.
Haikal letak Shaker kat atas meja sebelum gosok-gosok mata. lepas tu menguap. Kat luar langit da gelap. Tengok jam kat fon, da pukul 10 malam. Dia usha Zahid. Budak tu tengah husyuk tengok movie kat atas katil. Cabut earfon dan dia mula join Zahid kat atas katil tengok movie.
“kau tengok cerita apa syaiton?” Haikal amik tempat sebelah Zahid.
“Abraham Lincoln Vampire Hunter.” Kata Zahid pendek. Budak tu husyuk je tengok cerita tu. tak amik kisah pun dengan ayat syaiton dari Haikal tadi. haha, kadang-kadang si Zahid ni panggil Haikal benda yang sama jugak.
“perghh, cool. Aku pun tak pernah tengok cerita ni.” kata Haikal teruja.
“sama la dengan aku. Ni baru first time tengok cerita ni. da diam. Tak payah nak bebel. Tengok je cerita ni.”
“aku tahu la.” Haikal amik bantal untuk peluk and baring kat riba Zahid lepas tu husyuk tengok Abraham Lincoln lawan bunuh vampire semua. sakit kepala buat add math membuatkan dia malas nak bersandar kat katil macam si Zahid tu. Henfon dia berbunyi perlahan tanda ada wassap masuk. Haikal amik fon. Angkat kening. Paan yang hantar wassap dekat dia.

Paan : esok buat apa je?

Haikal : dont know yet. Maybe ada kelas tambahan. Kenapa?

Paan : Ingat nak ajak jejakan.

Haikal : Where?

“Zahid.” Panggil Haikal. dia dongak pandang Zahid dari bawah yang tengah husyuk tengok movie. ye la, dia kan tengah baring kat riba Zahid ni.
“emm.” Sahut budak lelaki tu tanda mendengar. “apa dia?” mata masih tak berkalih tengok Abraham bunuh vampire guna kapak. Husyuk gila.
“esok kita ada kelas tambahan tak?”
Zahid angkat bahu tanda malas nak melayan. “tak tahu. Malas aku nak pergi kelas tambahan kalau ada. Sabtu hari tidur aku.”
“sloth.” Haikal da sengih-sengih.
Zahid tekan space bar dekat laptop lepas tu pandang Haikal.  Abraham yang tengah lari-lari dekat movie da berhenti gerak. “kelas tambahan bosan. Bosan gila. Aku rasa mengantuk. Aku nak tengok TV. Aku nak tengok Spongebob. Aku nak tengok Patrick. Aku nak tidur. Sabtu hari berehat kot. Aku tak paham kenapa Malaysia nak sangat buat kelas tambahan masa hari sabtu.” Rungut Zahid. Tekan space bar balik and nampak Abraham sambung lari balik. “what is so special about SPM? It is just test.” Mumbling.
Haikal terus tekan-tekan fon dia.

Haikal : okay, esok free.  nak jumpa dekat mana?

“aah, aku pun tak paham kenapa semua orang nak kecoh-kecoh buat kelas tambahan lagi, cukup la aku pandang subjek kimia, fizik, bio jadah-jadah semua tu hari senin sampai jumaat. Takde maknanya aku nak tengok semua tu hari sabtu. Sakit kepala.” Haikal kasi pendapat.
“tahu takpe.” Kata Zahid. “kau tahu, aku kadang-kadang tak paham kenapa orang Malaysia ni agungkan sangat SPM tu. kau gagal SPM, tak bermakna hidup kau da tamat. Kau still boleh pergi tempat lain. Tak semestinya matrik, asasi, INTEC ke apa ke tempat yang bagus-bagus tu final tempat yang kau mesti pergi.”
“tipikal Malaysia. Macam tu la.” kata Haikal.

Paan : esok abang amik la kat rumah.

Haikal : eh ? serius la?

Haikal sambung borak sambil matanya nampak Abraham tengah tembak-tembak kat dalam train. “kau bukannya tak boleh pergi tempat lain. Kau boleh je pergi Form 6 ataupun Giat mara ke apa ke. It’s not bad at all. Benda-benda sekarang , memang orang pandang kemahiran and ilmu kau. Takde maknanya orang pandang kau bijak semata.”
“betul tu,” gumam Zahid perlahan. “semalam aku dengar makcik-makcik sebelah ni gosip pasal anak dorang yang nak amik course kat uni. Pastu mula la nak bandingkan anak masing-masing yang paling gempak. The way dorang bandingkan tu macam bandingkan lembu yang dorang beli dekat pasar. Kamon, kau ingat seronok kena banding macam tu.”
Haikal da gelak-gelak. Zahid terus tekan space bar lagi.
“aku tengok budak-budak jiran kita ni lek-lek je nak amik course itu ini yang dorang nak amik tapi mak-mak dorang pulak yang over react suruh anak-anak dorang amik medic la engine la. oh kamon, kat dalam dunia ni bukan ada dua course tu je. macam la takde course lain.”
“hey over. Yang kau nak marah sangat ni kenapa?” Haikal sengih-sengih. “kau pulak yang nak berleter ni da kenapa? Da fikir after SPM nak pergi mana?”
Zahid angkat bahu. “mak aku.” Gumam Zahid.
“kenapa dengan mak kau.” Haikal tengok fon manatahu kalau ada balasan dari Paan. Takde jugak.
“mak aku suruh aku amik engine. Oh kamon. Tak best kot.” Zahid buat muka cemberut. "haikal, bangun kejap. aku nak pergi dapur." Haikal berkalih ke tepi. Lepas tu dia bangun dari katil and bergerak ke arah pintu. “aku nak buat milo ais. Kau nak tak?” offer Zahid.
“okay jugak. Milo bom super dinasour!” order Haikal pastu sengih-sengih.
“tunggu aku dulu. Jangan tengok terus.” Lepas tu Zahid terus bergerak ke dapur and Haikal pulak baring pandang siling memikir-mikir. Kau nak amik apa Haikal nanti? Kau nak kerja apa nanti? Macam mana kalau kau tak dapat kerja? Bagaimanakah? Fon berbunyi. Haikal tengok fon

Paan : esok around 7 pagi abang amik kat rumah. rumah dekat mana sayang?

Haikal da angkat kening bila Paan guna ayat sayang. Budak ni da kenapa? Lagi satu, 7 pagi? Kenapa pagi sangat? Da macam waktu aku nak pergi sekolah dengan Zahid je. Tetiba dia teringat kat Hafid. Layanan dia agak tak berapa baik dekat Hafid. Yang si Paan ni, entah kenapa tetiba dia malas nak pikir pulak. Yang Hafid tu pun sebenarnya dia malas nak pikir jugak sebenarnya. Lantak korang la. yang penting sekarang dia malas nak layan perasaan. Dia muda lagi. 17 tahun. Semua ni benda-benda bodoh yang tak membawa faedah pun. KAH KAH KAH, gaya cakap macam semua orang minat kat kau je Haikal. padahal entah-entah dorang tak suka kau. macam dulu, kena tipu dengan Paan, kena maki dengan Hafid. Level kau macam tahap tapak kaki je dekat si Paan tu.
Ni bila syaiton da mula bisik-bisik kat telinga, mula la tanduk nak tumbuh dekat kepala. Fuck betul la minda ni. cuba la kau jadi baik sikit and stop bagi pikir benda-benda negatif. Apa kata kita pikir benda-benda baik je. contohnya macam Paan tu hansem dan bergaya. Mana tahu dia memain je kenakan kau. dia tak pikir pun nak kenakan kau sebenarnya. Mana tahu dia terikat dengan janji kawan-kawan dia? and mana tahu benda lagi best, sebenarnya dia err, sayang kat kau ke?

“jatuh cinta?” Paan tergelak kuat. “kau ni gila ke apa? Sekarang ni kau da pergi beromen dengan jantan lain pastu kau cakap kau jatuh cinta dengan aku? Lagi satu, sejak bila pulak yang kita ni bercinta. Hei!”Paan tampar pipi Haikal perlahan berkali-kali. “kau dengar sini elok-elok, untuk pengetahan kau, kita ni tak boleh bercinta. Kau ingat aku layan kau baik-baik, kau ingat aku betul-betul jatuh cinta kat kau ke? Dan untuk sampai 1000 tahun sekali pun, kau tak akan dapat buat aku jatuh cinta dekat kau kalau kita ni boleh bercinta. Budak, kau dengar sini, boleh tak kau jangan berangan. Kau-tu-tempat-lampiaskan-nafsu-seks-aku-je. puas hati kau! kau kena ingat, kau ni macam air ludah aku kat lantai tu je. kau pikir kau sama taraf dengan aku?

-,-
Dasar kepala otak minat kat Paan. Bila dia ingat-ingat balik, ayat Paan kat bilik persalinan tu memang macam babi. Why Paan is so babi masa tu? and kenapa Paan baik nak mampus masa dorang jumpa dekat Dataran Merdeka? Why? Why? Why? Why Paan? Kenapa? Sekarang kenapa kau nak baik-baik dengan aku?

“Kau sedar ke tak selama ni yang aku bukannya serius couple dengan kau? kau tak sedar ke yang selama ni aku memain je? kau sedar ke tak ni??!!” tengking Paan. 

Tetiba dia rasa macam nak bom muka Paan pulak. Oh why syaiton? Fuck fuck fuck. Kenapa kau hasut aku untuk buat jahat kat Paan? Bukan ke memaafkan tu benda paling suci kat dunia ni?
Tapi tu la. kau jugak cakap, dengan memberi maaf, sesuatu masalah tu bukannya terus selesai.  bila kepala otak da mula gaduh sesama sendiri, terasa diri sendiri macam orang gila. Kau pernah tak berkeadaan di mana, kau nak buat baik pada seseorang tapi ada suara dalam kepala otak kau melarang and mula ungkit benda-benda jahat yang orang tu pernah buat dekat kau. dan dalam kepala otak kau tu asyik pikir suruh balas dendam je. kadang-kadang dia terpikir macam kartun malaikat dengan setan yang gaduh dekat tepi kepala otak tu.
“woi makhluk,”tegur Zahid. “kau pikir apa?” budak tu bawak dua mug masuk dalam bilik and kasi satu mug gambar dinasour dekat Haikal. Zahid pulak pegang mug gambar lipas kat permukaan mug tu. macam tak boleh nak letak gambar lain kat mug. Lipas jugak jadi model. Haha.
“aku tak pikir apa pun. Cuma terasa nak bom muka orang je.” Haikal minum air yang Zahid buat.”sedap!”
“suka sangat dengan nada terkejut kau tu.” Zahid tekan space bar balik untuk layan movie. “kamon,tukang buat air diraja pun kalah okay kalau nak banding dengan aku.” Budak lelaki tu minum sikit air kat mug dia tu.
“riak nak mampus.” Haikal da sengih-sengih. “kau patut bukak kedai air and berhenti belajar.”
Gelak.
“matilah aku kalau mak aku tahu aku nak buat macam tu. mahunya kena hambat dengan penyapu sebab kerja jual air je.”
“keje jual air is not bad what. Aku tengok macam laku je orang jual air dekat pasar malam tu. modal kau ais, air, kordial or buah. Laku.” Komen Haikal.
“ye, ye. Da da, berhenti bebel pasal impian jual air kau tu, jom layan cerita ni.” putus Zahid.

Paan : da tidur ke? Alamat rumah please -,- kang tak jumpa rumah esok.

Haikal : ops. HAHAHAHAHAHAH. Sorry. Tengok movie. Kejap , Haikal hantar location.

Paan : okay, got it. Esok abang ambik. Jangan lewat bangun sayang.

Haikal : ok.

Malas dia nak layan Paan. Lagi lama dia layan Paan, lagi la terasa nak baling mug kat muka budak lelaki tu. mata pandang balik kat laptop and nampak jambatan kat movie tu terbakar and mula roboh.
“by the way, tadi kau cakap nak bom muka orang. Muka siapa?” tanya Zahid.
“ada la someone tu.” Balas Haikal sambil minum air sikit.
“level nak bom muka?”
“aku nak kasi muka dia hancur sampai takde rupa langsung.” Heartless.
“over la kau.”
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Bilik da penuh dengan gelak.
"macam tak kenal aku."




Paan : abang da sampai.

Haikal : wait a sec.

Haikal sembur Axe dekat badan sebelum baling bantal dekat Zahid. “woi mandi la lembu. Main game je dari tadi.” Haikal pandang Zahid yang pakai boxer je hadap skrin laptop dengan rambut kusut masainya. bilik da memang bising dengan bunyi tembak-tembak sebab bilik dorang memang ada speaker power gila barabas.
“malas.” Zahid baling bantal balik tanpa pandang alihkan pandangan ke arah Haikal. matanya husyuk pandang skrin. “baii.” Balas Zahid. “nanti jangan lupa tutup pintu.” Laung Zahid.
“ye la.” Haikal tutup pintu sebelum bergerak keluar dari rumah and dia dengar jeritan Zahid cakap thanks dari dalam bilik. Haikal terus pakai kasut and masuk ke dalam kereta Paan yang tunggu dekat luar rumah makciknya tu.
Lepas Haikal tutup pintu je, terus kereta bergerak dari situ. Haikal pandang Paan. Gulp. Impian nak letupkan muka Paan da terbang melayang entah ke mana. Mamat ni memang sentiasa hansem abadi ke apa. Paan pakai glasses hitam. Memang pagi tu agak silau sikit. Ni pun mata dia da sepet je kat dalam kereta. Dalam kereta da bising dengan lagu-lagu dari Fly FM.
“bukak dashboard.”arah Paan.
Haikal bukak dashboard menurut kata.
“ada jumpa glasses hitam?”
Haikal selak-selak barang dalam tu. “ada.” Kata Haikal perlahan.
“pakai la. abang tahu sayang silau.” Paan pandang Haikal. Haikal pandang Paan. Paan senyum pandang dia balik. “cermin mata Haikal dulu. Kita beli kat kedai-kedai dekat dengan sekolah dulu. Banyak barang Haikal dalam kereta abang sebenarnya. Selipar jepun Haikal pun ada bawah kerusi abang ni.” bagitahu Paan lagi.
“oo okay.” Lepas tu terus Haikal pakai cermin mata hitam tu walaupun rasa awkward. Emm. Takde memori la pulak pasal cermin mata hitam ni. lagipun mata dia da boleh tahan pedih la jugak bila nak hadap cahaya matahari ni. Paan da humming kecil dalam kereta ikut lagu dekat radio. Dia baru perasan kereta yang Paan bawak ni da masuk ke lebuh raya. “err, kita nak pergi mana ni sebenarnya?” Haikal tanya teragak-agak.
“agak-agak?” Paan da sengih-sengih je.
Haikal da kerut dahi. eh eh budak ni. dari takde perasaan aku nak bom muka kau, terus aku terasa nak baling C4 kat muka dia ni. “entah.” Haikal angkat bahu. “malas nak meneka.”
“alaaaa, sayang.” Balas Paan. Badan Haikal terus keras bila dengar Paan keluarkan perkataan sayang tu. “marah ke?”
Erk? Haikal terus pandang Paan pastu sengih-sengih. “motif la nak marah-marah?”
“kita nak pergi Cherating la sayang.”
“Haikal mana ada bawak baju.....” dan kata-kata Haikal tu pantas dipotong oleh Paan dengan gembiranya.
“abang bawak baju lebih. Boleh guna abang punya. Macam tak biasa pakai baju abang.” nada seakan merajuk.
Errrr. Ye ke? “pernah ke Haikal pakai baju abang.” Entah-entah si Paan ni goreng barabas je aku je bila dia tahu yang aku ni da tak ingat apa. tapi kan Paan, aku ingat je pasal ayat kau dalam bilik persalinan dulu tu.
“pernah sayang.” Kata Paan perlahan. “banyak kali. Hurm. Takpe la kalau tak ingat.” Nada da macam sedih.

“kita bukan boleh bercinta...”

“err, kita nak tidur dekat mana?” tanya Haikal lagi.
“abang bawak K2 la sayang.”
Dia la kan, dengar Paan sebut ayat sayang tu , badan dia mesti terasa keras kejap. Mood nak jalan-jalan tu makin takde. Tak suka betul bila Paan panggil sayang tu. dan entah bila entah tetiba Paan nak panggil dia sayang. last dorang borak rasanya Paan tak bagitahu pun apa-apa hubungan diorang yang pernah berkapel sebelum ni. sekarang ni, yakin je si Paan ni panggil dia sayang. cuma dia je da tahu yang diorang  berdua dulu pernah kapel. tu pun dia tahu dari Hafid. dia tak rasa Paan tahu , yang dia si Haikal da tahu pasal hal yang - dorang - pernah - kapel dulu tu. Tapi nak sound Paan pasal hal sayang tu , kang kalau kena paksa turun dekat tengah-tengah jalan raya ni mampus aku. Takkan nak jalan kaki pulak. Tak pasal-pasal kena culik dengan sindiket penjual organ kat tengah jalan. Jadi dia biarkan je la Paan panggil dia sayang. Agak-agak dia da tak tahan, dia bagitahu je la kat mamat tu.
“bantal?” tanya Haikal lagi.
“aah la sayang.” Paan ketuk stereng sikit guna jari. “abang terlupa la nak bawak.” Paan pandang Haikal buat nada cuak.  “Abang bawak sleeping bag je. takpe la. nanti kita carik la dekat sana. Mintak-mintak ada jual. Tapi, kalau takde pun, sayang tidur je la kat lengan abang.”
Haikal terus kerut dahi. “tak mau la.”
Paan buat muka. “selalu sebelum ni okay je?”
“when is the selalu sebelum ni la? ke orang lain?” sindir Haikal. tetiba dalam kepala otak dia terkeluar ayat
sampai 1000 tahun sekali pun kau tak akan dapat buat aku jatuh cinta dekat kau! kau jangan perasan boleh tak?! da la selalu sakit je.
FUCK la! kenapa aku asyik terpikir je ayat-ayat Paan kat dalam bilik persalinan dulu tu je? ni yang tetiba dari aku tak nak balas dendam dekat Paan, tetiba dia terasa nak buat Paan menyesal sebab mempermainkan dia dulu. Ke ni pun salah satu rancangan Paan nak kenakan dia lagi and buat dia jatuh cinta balik, lepas tu malukan dia lagi macam dulu? Shiznitz. Sebelum Paan buat macam tu, baik dia yang kenakan mamat tu dulu. Biar jatuh tersungkur kat kaki dia sampai mintak ampun and menyesal sebab buat macam tu dulu. welcome to hell Paan. Kau buat jahat dengan salah orang. Sorry Paan, antara syaitan dengan malaikat yang duk berperang kat kepala otak aku, seems like syaitan menang and kau tunggu je la nanti.



Paan da selamat pasang khemah jenama K2. entah mana entah si mamat ni rembat K2, tu dia memang malas nak amik tahu. K2 ni mahal kot tapi memang khemah K2 ni bergaya habis. so worth la jugak untuk beli. Baru 2 petang. Laju jugak mamat ni pecut. Dia tak tahu la pulak kawasan ni boleh pasang khemah ke tak tapi hahahahhahahahaa, lantak la. pasang je la khemah. I dont care about other’s people thought. Kita ni hidup kalau nak pikir pasal pemikiran orang lain memang selamanya tak akan maju. Duduk la kau kat takuk lama tu. jadi, dia dengan Paan decide je pasang selamba dek je kat situ. Selagi tak kena maki, selagi tu tak alih. Kalau da kena warning baru dorang gerak pi tempat lain.
“mana beg baju, sleeping bag semua?” tanya Haikal. dua-dua tengok khemah yang dorang pasang sambil angin pantai lembut kena muka dengan rambut. Ramai je yang sebenarnya pasang khemah dekat situ jugak. Ye la, chalet dengan hotel dekat sini semua mahal bak hang. Mana mampu nak tidur 2,3 hari kat situ. Mahunya kena jadi orang gaji 3 bulan, baru dapat merasa tidur kat situ. Tapi tidur dalam khemah baru la adventure. Ada ke dalam hotel. Tak cool betul. Bagi dia kalau nak bercuti, kena la adventure sikit and jalan sana sini, cuti mata sana sini. Ni tak, kau pergi bercuti tapi kau duduk dalam bilik je. kalau macam tu baik kau duduk dalam bilik kau kat rumah sana. Sama jugak. Ianya bilik jugak dan takde beza.
“abang letak dalam kereta dulu. Nanti la, bila nak mandi and tidur baru kita amik. Jom kita pergi makan dulu.” Ajak Paan. “abang lapar.”
Haikal tolak glasses hitam ke atas kepala. Rambut Haikal yang panjang sikit terbang-terbang kena angin. “makan dekat mana?”
“da lama tak tengok rambut panjang sayang.” Paan gosok-gosok rambut Haikal pastu sengih. “berapa lama agaknya tak nampak rambut panjang ni.” Ayat Paan makin lama makin perlahan.
“Errr. Kita kan baru lepak sama hari tu.” Dia da mula rasa awkward. Ni yang dia mula rasa nak potong rambut sampai botak bila Paan kata dia suka tengok rambut panjang dia ni. padahal tak la panjang sangat. over la si Paan ni. “kita nak makan kat mana ni abang?” tanya Haikal sedikit kuat.
“okay jom gerak. Makan je la mana-mana asalkan kita dua kenyang.”
Lepas tu dua-dua gerak menuju ke kereta dan mula mencari kedai makan.



ehem. what happen next bila diorang start tidur? tu, kau orang kena tunggu next chapter la. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH.

buat sesiapa yang nak tanya apa-apa, atau komen apa-apa mengenai blog ini, atau tanya pasal aku ke apa ke, atau pasal cerita ni ke apa ke, atau pendapat apa-apa ke, boleh la drop by dekat sini

@Google Drive Form    <-- really simple form  :) selamat menulis! till then, babai! Annyonghekaseyo!


p/s
tetiba bila sampai bab Paan ni je, semangat pulak aku nak menaip. rindu Hisha ye korang? KAH KAH KAH. penat tau aku menulis. ahaha, siapa tak komen, korang bakal dirasuk. btw, aku cadang nak bukukan benda alah ASRAMA - REMAJA, emm emm, sebab aku perlukan duit. heh. ada tak yang nak beli? komen sikit ye pasal this buku - thingy

Wednesday, 20 August 2014

Minggu Orientasi yang ..... #105

minggu orientasi ni ada apa je? benda yang menakutkan sangat ke? dekat uni dulu, sekali je aku jadi pelajar untuk orientasi which is masa zaman aku asasi and bakinya sebanyak 4 kali aku jadi fasilitator uruskan student baru yang daftar masuk. masa aku daftar degree 1st year, aku terus jadi fasi uruskan student baru. HAHAHAHAH. aku la student baru, aku la jugak fasi. and aku daftar sorang-sorang tanpa ada family teman pun. uruskan semuanya sendiri dari hal bayar yuran, hal bank, hal itu ini. alone. bagi aku orientasi ni takde la teruk sangat pun. kau sebagai pelajar baru hanya perlu daftar, dengar cakap fasi and duduk dengar ceramah sampai bontot pun rasa nak tercabut. aku rasa , kalau jadi Fasi masa Orientasi lagi la penat sebab banyak benda kau kena handle and bagai-bagai lagi la.

1) kalau jadi Fasi ni, kau kena tidur lewat sebab setiap hari nak kena post mortem sebelum bincang balik untuk perjalanan hari esok. budak-budak baru ni selalunya dilepaskan tidur pukul 12 tengah malam atau 1 pagi sebab kena berlatih cheers la, apa la, bincang cheers la apa la sebab nak kena lawan kolej lain, itu la ini la, nyanyi lagi kolej lagi, hafal lagu uni lagi. macam-macam. jadi after budak-budak ni da tidur, baru la fasi-fasi ni akan buat post mortem and bincang balik apa yang tak kena dengan perjalanan hari itu. S/U akan catit and buat la report bla bla bla dengan harapan bila masa akan datang, kesilapan yang sama tak akan berulang. tapi aku rasa sentiasa berulang je. HAHAHAHAHAHAHAHAH. kau nak tahu kenapa? sebab setiap kali ada orientasi untuk pendaftaran pelajar baru, bukannya yang jadi Fasi tu baca post mortem lepas. jadi, macam mana la nak improve dekat situ. well, benda da ada, cuma masing-masing malas nak membaca. termasuk la aku. ye, semua orang memang pemalas untuk membaca!

2) waktu pagi, akan ada Fasi yang bertugas untuk kejutkan pelajar-pelajar baru ni. selalunya Fasi ni akan kejutkan budak budak baru ni around 5.30 pagi sebab suruh subuh berjemaah dekat surau . reason kejut awal yang lain jugak ialah supaya semua orang cepat turun untuk sarapan and kumpul and pergi ke Dewan Besar dengan naik bas yang disediakan. Setiap kolej ada beratus-ratus student yang nak dibawa ke Dewan Besar, jadi Fasi tak nak la ada student yang skip tak pergi dengar taklimat pulak sebab bagi fasi , kau pelajar baru, kau kena la dengar taklimat. tak kira la kau bekas pelajar diploma ke bekas pelajar matrik ke bekas pelajar asasi ke STPM ke apa ke, kau still kena dengar taklimat sebab ini tempat belajar baru untuk kau. might be atau mungkin kau sebagai pelajar baru akan cakap,

"Very the leceh la nak dengar ceramah ni. da la bosan. mengantuk pulak tu."

memang aku tak nafikan , dengar all those ceramah memang bosan gila sampai kau rasa nak tidur je. jadi, kau tak fikir pulak yang fasi ni da beratus berjuta kali dengar ceramah yang sama je tiap kali ada sesi orientasi.

3) setiap kali orientasi, ceramah yang ada ialah ceramah ulangan je. jadi, kalau menjadi Fasi ni sampai kau da boleh agak la ceramah apa yang akan diceramahkan. contohnya ceramah keselamatan, ceramah library, ceramah PTPTN , ceramah dari VC bla bla bla . da la dengar ceramah tu tiap-tiap kali orientasi, pastu kena jaga student lagi. jaga student dari kolej - naik bas - bawak turun bas- pergi iring ke tempat kolej yang disediakan - bawak ke bas balik untuk balik ke kolej - sambung orientasi kolej . tu semua kerja fasi. aku tak tahu apa yang budak baru nak rungutkan kalau kerja kau cuma ikut je.

memang ada fasi yang agak annoyed . alaa, biasa la. HAHAHAHAHAHA, aku pun kadang-kadang jadi macam sial jugak bila handle student tapi da perangai korang pun memang ngada-ngada, siapa yang tak akan jadi menjengkelkan. aku paling annoying kalau mak bapak asyik nak jumpa anak-anak. contohnya

"saya nak bawak anak saya keluar kejap la esok. macam mana ye?"

"saya nak bawak anak saya pergi kenduri la dua hari."

"anak saya yang bongsu rindu la dengan abang dia."

"saya nak jumpa anak saya nak kasi bekal makanan."

hey, anak pakcik dan makcik da besar kot. apa yang perlu dibuat ialah teman daftar dan pakcik-pakcik serta makcik makcik sekalian boleh balik pastu tengok TV ataupun pergi dating sepam dua dekat mana-mana. tinggalkan kanak-kanak riang itu di Universiti untuk mereka alami perasaan sebagai pelajar baru. aku annoyed betul yang asyik nak jumpa anak je. anak kau da besar kot -,-.

selalunya kalau team aku jadi fasi orientasi ni, kitorang akan bahagikan watak siap-siap kepada Fasi. takkan la semua Fasi nak jadi baik, nanti akan ada student baru yang pijak kepala. jadi? takkan la semua fasi nak jadi Garang pulak kan? nanti semua pelajar rasa Fasi ni over dan poyo dan nanti maybe ada yang ngumpat belakang tak suka kolej yang dia duduk tu. biasa la, kanak-kanak riang memang suka mengumpat selain dari usha dalam-dalam dekat Fasi handsome atau cantik yang dorang minat.

jadi, memang awal-awal akan buat pembahagian watak kepada Fasi-Fasi yang ada, aku tahu sebab pembahagian watak itu dilakukan secara terperinci tapi aku tak tahu nak terangkan macam mana. HAHAHAHHAHAH, siapa yang pernah jadi Fasi, dia might be paham la. siapa yang tak pernah jadi and first time bagi dia untuk dengar benda-benda macam ni, well, apa yang aku cakap, selamat datang dan selamat mendengar.

4) aku tak tahu kau orang perasan ke tak , tapi setiap kali kau orang sebagai pelajar baru nak ke Dewan Besar, mesti korang terus je dapat tempat duduk kat dewan sebab Fasi korang suruh duduk kat situ. aku tak tahu la sistem uni korang macam mana, tapi kalau kat uni aku, setiap hari mesti budak-budak baru ni akan duduk dekat kawasan yang berlainan setiap hari kat Dewan Besar tu. kalau hari pertama , dia might be duduk kat belah kiri dewan, hari keduanya, might be dia duduk kat belah depan dewan and the next day, dia akan duduk dekat tempat lain pulak. ianya sentiasa bertukar. tak akan pernah sama. korang pernah tahu tak kenapa kedudukan tempat korang tu sentiasa bertukar atau kau orang malas nak berfikir and terus duduk je pastu dengar ceramah, balik, ikut cakap fasi tanpa pikir apa-apa.

fasi selalunya akan berpecah pada dua bahagian pada pagi hari. satu team akan jaga kolej which is bawak budak-budak naik bas and turun bas once sampai dewan besar. and another team ialah team yang sampai awal kat Dewan Besar untuk rebut kedudukan and jaga kerusi untuk beratus - ratus student under bawah jagaan diorang. macam dekat uni aku, kitorang ada berbelas kolej . jadi bayangkan la, wakil-wakil fasi dari berbelas kolej ni selalunya akan fight untuk dapatkan tempat duduk untuk bebudak baru. nak kompromi antara satu sama lain tu memang la payah gila abadi. it was like -,- sampai kau nak baling kerusi pun ada semata-mata nak carik tempat untuk bebudak under kolej kau. kalau takde tempat, memang memalukan la untuk kau sebagai budak baru. takkan la kau nak duduk asing-asing daripada bebudak kolej kau dalam Dewan Besar kan? mesti la kau sebagai pelajar baru nak duduk dengan kawan-kawan bilik baru and kolej baru. nak buat cheers pun kena la dengan kengkawan kolej. kalau berpecah , macam mana nak buat cheers.

5) kenapa kalau time orientasi je mesti ada raging. apakah?

HAHAHAHHAAH, itu aku tak tahu la. well , sebenarnya itu depends bergantung dekat Uni mana kau belajar, kolej mana kau duduk dekat uni kau tu. macam dekat uni aku, memang ada several kolej yang jaga reputation and seniority tu kuat gila babi sebab bekas-bekas pelajar kolej tu da buat  seniority. Maka ia akan jadi event turun temurun which is raging student baru yang masuk.

benda-benda raging yang normal macam kena mintak tandatangan senior la, buat benda bodoh itu la, buat benda bodoh ini la. bagi aku -,- kau sangat tak releven kot nak buat benda-benda macam tu. kau orang semua da besar. I know, maybe some of you akan cakap,

"alaaa, nak kasi mental lebih kuat je."

ye aku tahu part of raging is nak kasi mental kuat la apa la, tapi kadang-kadang apa yang dorang kena buat is very tak relevan langsung. contohnya kena jalan dalam longkang besar la, kawad pakai kain pelikat tak pakai baju la, masuk dalam kolam ikan, merangkak and carik duit siling la. itu sangat-sangat nonsense la. budak-budak yang baru masuk tu bukannya semua umur 19 tahun. kadang-kadang ada je yang da 24, 25 years old pastu Fasi tu pulak baru 19, 20 tahun. bagi aku, memang la seronok buat raging semua ni tapi ada limit la. jangan sampai memalukan budak baru tu. kesian kot. -,- da la baru masuk, tetiba kena memacam. HAHAHAHHA, aku dulu jadi fasi yang baik kot. paling teruk aku buat pun just tanya soalan bangang-bangang je macam kau pernah melancap tak? atau ,, kau pernah tengok redtube? posisi apa yang kau tahu? very the pervert question kan? haha, kalau orang mintak tandatangan aku pun, aku akan main teka teki dengan dorang. tak dapat selesaikan, tak dapat la tandatangan.

6) apa yang best masa minggu orientasi ni?

bagi aku , part paling best gila abadi masa minggu orientasi ialah CUCI MATA TIME! hahahahhahahaha. aku suka orientasi sebab ni la. ada banyak sangat pelajar-pelajar baru yang mendaftar and masa tu mula la kau scan siapa yang cool, siapa yang handsome, siapa yang sado, siapa yang bajet macam cilaka, siapa yang cantik dan macam-macam lagi. selalunya time orientasi ni la minggu-minggu miang berlaku.

KES 1 : budak lelaki baru akan cuci mata ngorat budak perempuan baru. dorang akan kapel tak lama lepas tu.

KES 2 : Fasi akan cuci mata and usha budak-budak baru. dengan ayat yang jet jet kasi macam pelindungan dekat budak baru, tak lama lepas tu dorang kapel.

KES 3 : budak-budak baru akan cuci mata sesama sendiri, jual minyak. kata diri sendiri single kat satu kolej padahal dekat MATRIK / ASASI / TEMPAT STPM / DIPLOMA dulu da ada kapel sendiri. biasa la, tempat baru, kena carik spare part sikit.

KES 4 : cuci mata. stalk. admirer. dan mula ngumpat serta membandingkan crush masing-masing. *rolling eyes*

alaa, siapa yang bakal masuk jadi pelajar baru tu, kau relax je la. takdenya sampai kau kena rogol macam haikal ke apa ke. kau chill dan tenang , carik kawan baru dan tarik nafas. apa yang kau perlu buat masa minggu orientasi ialah

1) tak perlu menonjol sangat. bila kau menonjol terlalu awal, ia akan menjadi masalah untuk kau.
2) jadi wallpaper
3) jangan pendiam sangat. jadi sedang-sedang sahaja.
4) jangan riak
5) jangan banyak mulut sangat. kau bercakap bila kau rasa perlu untuk tambah kawan
6) carik kawan sebanyak mungkin
7) kenal dengan roomate sehabis baik
8) cuci mata puas-puas
9) jangan terlalu cerita pasal kejayaan atau pointer kau lepas-lepas. sumpah orang akan annoying dengan kau.
10) jangan over react sangat. stay chill, cool, tenang dan sama waktu dengannya.
11) yang penting kekal kacak bergaya dan senyum lebar sampai ke telinga...

banyak benda aku nak share lagi tapi malangnya aku pemalas nak tulis. HAHAHAH, tapi apa yang aku boleh cakap, minggu orientasi memang seronok. maybe seronok sebab aku memang suka berada dalam crowd yang bising and suka tengok telatah orang. tapi aku rasa most of reader aku semuanya pernah lalui minggu orientasi. yang aku perasan, range umur reader aku ialah 17 - 29. tapi area yang dense pembaca ialah umur 21-24. jadi, siapa-siapa nak share zaman orientasi dia wether baik atau tak baik atau okay atau tak okay, boleh la share dengan aku sama ada comment ataupun letak dekat Google Drive. aku rasa ramai jugak yang pernah jadi Fasi kan? aku suka jadi Fasi sebab lagi senang nak cuci mata! HAHAHAHAHAHAHAHAHAH, keji nokharom. tapi tu la. setakat cuci mata je aku buat and takdenya aku nak lebih-lebih approach sebab benda tu akan jadi sangat pelik lepas tu.

kalau aku crush kat orang tu, memang aku tak akan kasi tahu dia. kecuali dua orang. dua orang je yang aku pernah kasi tahu, aku crush kat dia. satu, masa zaman aku sekolah menengah aku. yang kedua ialah kesayangan aku sekarang ni. HAHAHAHAHAHAHAHA. hai kesayangan , saya pernah crush kat awak!! okay,
-,- over, better stop daripada jadi makin annoying.

@Google Drive Form    <-- really simple form  :) selamat menulis! till then, babai! Assalamualaikum! =) happy reading semua!

p/s
da setahun since accident tahun lepas. Alhamudlillah,Im still alive .





Tuesday, 19 August 2014

Press Conference of Sesame Street Live ; Elmo Makes Music. #104




16 Ogos 2014, aku terjah kat One Utama - New Wings untuk join Press Conference of Sesame Street Live ; Elmo Makes Music. buat yang pergi One Utama sabtu lepas, dia nampak la kot benda alah ni. masa mula-mula aku agak malas nak join sebab aku selalu datang Press Conference yang senang untuk aku pergi dan balik which is ada connection pengangkutan awam la. dan selalunya aku lagi suka gerak ke sana dan ke mari menggunakan KTM ataupun LRT walaupun mereka agak menyedihkan sedikit. but hey! aku still suka untuk menggunakannya.

jadi, sabtu lepas bersamaan 16 Ogos 2014 masihi, aku , kakak aku dan pakwenya terjah la One Utama. kakak aku dengan pakwe dia pergi dating, aku pergi la join Press Conference ni. jadi, apakah Sesame Street Live ; Elmo Makes Music ni?

Sesame Street ni memang popular habis dari zaman aku kanak-kanak riang lagi. kau tahu tak umur Sesame Street ni da 45 tahun which is lagi tua dari kau, kau , kau , kau dan kau yang baca blog aku ni. sebab aku rasa semua pembaca blog aku adalah muda belia lagi bukan warga emas. aku dari zaman kanak-kanak adalah usha-usha Sesame Street ni dekat TV3 and apa yang aku selalu ingat ialah Cookie Monster, Elmo, Big Bird, Bert, Ernie and Abby Cadabby. apa yang aku paling suka mestilah Elmo sebab bagi aku dia la yang paling comel. eh? comel macam aku. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA. okay, perasan sudah kau.

pada tahun ini, bermula dari 28 November 2014 sehingga 3 Januari 2015 akan ada Sesame Street Live ; Elmo Makes Music show dekat Resorts World Genting which is dorang akan buat persembahan almost 12 lagu. antaranya ialah C is For Cookie, The Alphabet Song dan juga My Little Pony. This show is proudly organized by Resorts World Genting and produced by VEE Production plus kerjasama bersama CIMB Bank.

Buat sesiapa penggemar Sesame Street atau nak have fun atau nak bawak anak buah tengok Sesame Street, boleh la pergi tengok dorang punya performance dekat Resort World Genting nu ha. jadi macam mana nak tempah tiket semua ni? well, korang boleh bukak website Resort World Genting

@www.rwgenting.com

ataupun call

03-61011118

harga tiket bermula dari RM88 dan ke atas. untuk pemegang Genting Rewards Card and CIMB bank card , anda semua akan diberi diskaun semasa hendak membeli tiket ni. jadi, apa tunggu lagi? HAHAHAHAH, jom pergi Genting Highland and tengok Sesame Sreet Live ; Elmo Makes Music sambil berdansa dan bergembira sambil berjiba. aku already got two ticket untuk tengok show dorang. how about yours?

bagi aku, show ni sesuai gila untuk family sebab

1) masa tu cuti sekolah
2) sesame street , ye la , benda berwarna warni dan menari. sesuai untuk kanak-kanak riang lompat sana sini.
3) sesame street ni popular kot. popular satu dunia. kau kena be part of it! haha, over gila. kalau tak bawak anak kau atau sepupu kau atau anak buah kau, but at least, kau kena join sambil gembira bersama Sesame Street geng. semestinya akan fun gila!



cant wait for this November! hip hip hooray!!

buat sesiapa yang nak tanya apa-apa, atau komen apa-apa mengenai blog ini, atau tanya pasal aku ke apa ke, atau pasal cerita ni ke apa ke, atau pendapat apa-apa ke, boleh la drop by dekat sini

@Google Drive Form    <-- really simple form  :) selamat menulis! till then, babai! Annyonghekaseyo!

p/s
supposedly aku da start backpacking sorang-sorang sekarang ni jelajah Malaysia. tapi cancel saat-saat akhir. bila nak gerak ni -,-

Monday, 18 August 2014

Soalan-soalan dari Google Drive! #103

#46

Nak tanya - kan ada orang kata, selalunya apa yang penulis tulis, itulah dirinya.

Bagi aku, kau romantik super. Even bila kau tulis scene asmaradana, still rasa macam......omg.....romantiknyer..... rasa manja dalam kehorny-an lol

So, kalau katakan, kau jumpa lah dengan seorang yang suka kau, dan kau suka dia, (of cos lah aku maksudkan lelaki kan lol); maka adakah kau akan romantik juga - macam Haikal?

Haha. Thanks! Suka baca cerita Haikal. Hehe


aku pun tak tahu aku romantik ke tak. tu aku kena tanya pada kekasih hati la. masa soalan ini ditanya , aku ada tanya kat ex aku and dia ada jawab something, tapi sekarang aku da lupa la pulak dia kasi jawapan apa. aku romantik ke? entah la. aku pun tak tahu. sebab takkan la aku nak nilai diri sendiri. kalau aku jumpa someone yang aku sayang, of course la aku akan menjadi romantik. takkan nak jadi hambar kan? tapi tak tahu la kalau orang lain anggap aku ni hambarian dan membosankan. tapi most of the time aku ni memang hambar. lagi-lagi time aku sakit. kronik betul perangai. romantik macam Haikal? HAHAHAHAHHAHAH, entah, tapi 80% perangai Haikal adalah perangai aku. apa yang dia suka, apa yang dia buat itu ini adalah dari perangai aku sendiri. dan terima kasih kerana suka membaca cerita Haikal itu. :) aku tak sangka, ada jugak cakap Haikal tu romantik. HAHA. 


#47

Nak tanya - siapa penulis kau minat? And asal? Sebab gaya kau tulis macam kau minat baca juga sebab teknik penceritaan kau boleh tahan superb

aku minat baca novel. tapi sekarang da kurang la. aku pun tak tahu kenapa. penulis kegemaran aku ada banyak. HAHAHAHAHAH. dan mesti la gaya penulisan aku ni dipengaruhi oleh dorang semua.
1) JK Rowling. aku membesar dengan buku-buku Harry Potter dan gaya penulisan JK Rowling memang sangat superb. imaginasi dia memang barabas WIN nombor 1.
2) Nurul Syahida. buku dia pun memang la power gila. buku dia ni pasal kehidupan manusia. semua novel dia sangat best dan kau tak akan rugi pun kalau beli. aku paling suka novel Aku kan Novelis and Aku.. Keliru
3) Noor Suraya. bahasa melayu dia memang superb habis. aku suka baca novel Jaja dan Din. kalau kau nak belajar bahasa melayu superb, kau boleh beli novel dia.
4) Nasz. aku suka baca Lazuardi and Sweet Sour. kalau aku nampak novel dia kat rak, aku tak akan baca sinopsis and akan terus bayar. bahasa dia sangat santai dan akan tergelak macam cilaka kalau beli.
5) Hlovate. aku tak tahu jantina dia. tapi aku pun agak terpengaruh dengan buku-buku yang dia tulis. aku tahu pasal BOTY and muzik-muzik yang superb pun dari novel dia. alos about skate, basket and impian nak belajar luar negara. really inspiring novel.
6) Nami Cobb Nobbler. penulis kat Lejen Press yang legend dengan buku Awek Chuck Taylor. novel dia tu siap da dipentaskan lagi. sumpah cool gila. aku rasa buku dia tu memang femes amos gila kat Malaysia ni. 


#48

ko ni jenis truly gay ataupun bisex..... pernah ada partner??? maksud ak partner plu..... last soklan.... per pendapat ko ttg sex dgn cinta plu.... aku dgr org ckp..... sex adalah bukti cinta kita pd seseorang..... tak kira lar cinta plu ker tak...... betul ker?


aku jenis truly gay atau bisex? entah , aku pun tak tahu. tapi aku ada je nafsu kat perempuan cuma malas pikir nak kapel atau apa-apa je la. kalau partner PLU. yep. aku memang ada. apa pendapat aku tentang seks dan cinta PLU?
1) PLU dengan seks adalah benda yang kau tak boleh pisahkan. maybe sebab lelaki tak boleh mengandung, that's why PLU ni suka buat seks. apa yang kau perlu risau tentang seks sesama PLU ni adalah HIV dan penyakit-penyakit kelamin yang lain. jadi kondom amatlah penting. aku bukanlah menggalakkan kau pergi buat seks and hey, jom beli kondom tapi entah la. kalau kau nak buat seks, pergi la beli kondom tapi lagi bagus kalau kau tak payah buat seks. peluk-peluk je pun okay. :3
2) untuk fresh PLU atau orang yang baru masuk dunia gay atau baru lagi membuat seks dengan lelaki, dia memang automatik akan terus suka dekat orang yang fuck dia tu atau dia fuck orang tu. jadi, kita panggil ia sebagai jatuh cinta melalui seks. seks ni benda-benda yang kau tolerate masa kau buat. melibatkan dua orang. jadi, siapa-siapa yang fresh tu, dia memang tak akan dapat asingkan seks dan cinta. dia akan anggap, "oh, aku da jatuh cinta dengan kau."
3) seks adalah bukti cinta kita pada seseorang? jangan nak mengarut. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA. kau da banyak terpengaruh dengan ayat-ayat kat drama TV ni. kau take care kat dia, kau jaga dia waktu dia demam, kau kasi dia semangat masa dia tengah down, kau selalu wish dia pagi petang siang malam, teman dia, <-- benda-benda macam ni lagi win dari seks aku rasa.

#49

parent kau tau ke kau tak straight?

parents aku tak tahu. adik beradik aku pun tak tahu.

#50

pernah fall in love dgn kawan baik kau yg straight? and adakah kau akan confess dekat dia? or pendam je. Hahahaha XD

aku takde la sampai fall in love dekat kawan aku. tapi rasa crush tu ada la. sampai situ je la. crush and takkan la aku nak confess dekat dia. dia kawan kita kot, hahaha, takde la sampai aku nak beromen dengan dia. ianya rasa macam sangat tak betul. orang yang kau lepak, borak-borak and cakap benda bangang lagi lagha adalah sangat pelik untuk kau couple dengan dia. aku tahu, perasaan nak couple dengan dia tu memang ada, even aku sendiri pernah cakap kat diri aku,
"kalau la dia ni kapel aku, perghh, bahagia gila."
ataupun
"kalau la dia ajak aku kapel, memang aku setuju je."
tapi aku rasa macam sangat tak betul untuk confess dan pergi bercinta dengan kawan baik. rasa macam pelik untuk kau makan dia. HAHAHAHAHAH.

#51

shark : why all the story look like hangging bangging....belum abis satu story ko dah buat story lain walaupun all the story are related

entah la. aku tak perasan la pulak sebab aku main menulis je. aku ni kalau menulis, aku memang main tulis je. aku takde rangka cerita. aku takde jalan cerita. even aku sendiri tak tahu apa yang jadi seterusnya. aku sendiri teruja and nak tahu apa yang jadi dekat Haikal, Paan and Hisha. hahaha, sorry kalau cerita tu bangang sikit. aku cadang nak bukukan and jual. ada sesiapa yang nak beli? HAHAHAHAH, aku amat perlukan duit woi menjelang bukak sem. semestinya untuk hal-hal belajar aku dan aku sangat terdesak gila! jom ramai-ramai sila tolong aku dengan membeli. haha


#52

hai. awak.saya nak kenal leh? mcm mana nak kenal?ada wechat x?

hai awak. sudah tentu boleh berkenalan dengan saya. saya memang suka tambah kawan dan berborak. macam mana nak kenal? saya tak berapa suka sangat kasi wechat dekat strangers unless saya da kenal la. tapi malangnya saya tak kenal awak . jadi untuk kita borak-borak ialah di Twitter dan juga facebook. nama twitter : IncheThakif . nama facebook : Thakif Iman. sekian terima kasih =)

#53

Salam, lama dah saya nak komen kat sini tapi yelah tak tau nak tulis apa.

Ni saja nak kongsi betapa susahnya couple dengan lelaki straight/bisex (bagi aku bi paling sesuailah).

Dah ada 3 couple semuanya bi. Yang pertama lama gak hampir 3 tahun tapi putus sebab dia kawen mengejut. Awek ngandung. Yang ke dua plak 4 tahun, putus bab awek dia kontrol berabis dari fb sampailah hp diperiksa hari2 siap ugut break kalau dia selalu sangat kuar ngan saya. Yang ke 3 ni baru gak, ok dari yg dua org tu, sejuk je mata memandang, pandai melawak, biarpun dia ni ahli silat. Xtau sampai bila lah.

Entahlah, kita org ni jenis x expose. Kalau lepak ramai2 macam kawan biasa je tapi kalau berdua faham2 je lah.

Cuba saudara kupas isu bisex ni secara mendalam. Berminat nak tau pendapat saudara.

Tq


Bisex? susah jugak nak kupas sebab aku jarang borak isu bisex ni. tapi aku pernah couple dengan bisex and dia tinggalkan kapel dia tu semata-mata untuk kapel dengan aku and aku rasa amat bersalah gila masa tu. tapi aku pendam. hal-hal cenggini mostly aku pendam and ni first time la aku tulis. aku tak tahu la kalau ex aku akan baca benda alah ini ataupun tidak. kalau tanya pendapat aku pasal bisex ni, aku rasa semua orang kat dunia ni bukan gay 100%. bagi aku, mostly dorang ialah bisex. aku rasa most of ex aku ialah bisex. aku rasa aku bisex. aku rasa kau bisex. aku rasa siapa yang baca ni ialah bisex. aku consider seseorang itu bisex kalau dia even ada sikit rasa teruja tengok perempuan. sama ada teruja tengok boobs, teruja tengok bontot atau teruja tengok rambut, mata dan sebagainya.
aku consider seseorang itu bisex kalau dia rasa seseorang perempuan itu menarik walaupun sendikit. aku tak kisah la sama ada kau orang nak nafikan benda ini ataupun tak tapi aku rasa semua orang pernah terdetik kat dalam hati, "okay, perempuan ni cantik." ataupun terdetik. "terasa nak kahwin dengan perempuan ni." ataupun . "apa akan jadi kalau aku kahwin dengan dia?" <-- kira macam kau terpikir la jugak nak kawin.
dia bukan terdetik untuk memuji semata, dia ada perasaan lain. entah la. susah aku nak cakap. HAHAHAHAHH, tapi aku rasa semua orang paham apa yang aku cakap. orang cakap, macam apa yang kau cakap la. susah kapel dengan bisex ni sebab dia akan teruja dengan perempuan jugak and mana tahu dia akan tinggalkan kita untuk bersama dengan perempuan itu. entah la. aku takde la nak kasi nasihat kau pergi tolak perempuan tu masuk gaung. well, perasaan kan. benda-benda macam tu bersikap subjektif. benda yang kau tak boleh nak predict tapi kira bagus  la kalau dia nak kapel dengan perempuan . kira good la tu. even yeah, memang akan sakit sangat waktu tu. tapi nak buat macam mana kan. entah la, again, *sigh* aku tak berapa nak boleh kupas sangat hal bisex ni. maybe aku akan try tanya kesayangan aku pasal hal ni. sebab setahu aku dia pernah kapel dengan perempuan. tapi tunggu dia tak busy la baru aku tanya. sekarang dia busy dengan HO.
***************************************************************
kesayangan aku cakap : takde beza pun antara lelaki dengan perempuan. sama je. asalkan sayang. kalau tak sayang pun tak guna jugak.cuma kadang-kadang suka lelaki sebab lelaki lebih pandai layan lelaki kot. haha. 

#54

hi Shark :) i br jmp ur blog last night n guess what, i dh hbs baca sume cerpen yg u tulis...great story with good plot!!!

at first i baca ur blog sbb nk layan b4 tdo, nak dpt mimpi best kekdahnye, finally i couldnt sleep until 4.30am dis morning. pastu d first thing yg i buat lepas blk kerja today is continue reading ur blog.

ASRAMA, PLAYBOY & REMAJA,  i suggest u compile it in a novel, memang boleh jd phenomena :). FYI, i already recommended ur blog to my frenz, xsabar i nak dgr their feedback.

TQ Shark. [eh tetibe :P]

ur sincere fan, LAHSEED


komen ni masuk google drive aku 7 April 2014 and aku baru komen pada 18 August 2014. sesungguhnya aku manusia yang teruk dan lembab. haha. sorry, sorry. aku tak tahu la pulak seseorang itu akan suka baca blog aku sampai macam tu. thanks again suka story ASRAMA, PLAYBOY and REMAJA walaupun entah pape je cerita tu. aku memang cadang nak compile jadi novel dan korang wajib beli novel aku. I need money right now. HAHAHAHAHHAHAHAHAH. and thanks jugak sebab recommend pada kawan-kawan, I hope your friends will like it as you do. =)
again, thanks Lahseed =)


#55

hai shark... story best sangat... and cerita tu ada sikit yang sama macam life aku dulu....

hai.. emm emm, thanks sebab suka. HAHAHAH. part mana yang agak sama dengan life kau dulu? and kalau sama, kau jadi watak apa? Haikal? Hisha? Paan? atau Imran atau siapa? heh. aku harap cerita-cerita yang aku buat boleh boleh inspire someone untuk jadi a better person. walaupun cerita tu bangang. ahaha


#56

Sebenarnya.. characters pa'an n imran ni sampai sekarang aku x boleh nak bayang diorang punya hensem tahap mana.. even kau tulis pa'an tu macam hensem gila barbie.. mybe sebab dalam banyak2 pa'an n imran yg aku kenal takde sorang pun yang handsome kot.. haha.


aku ada cakap ke Imran hansem? yang ni aku tak ingat . tapi Paan tu memang hansem gila babi. ex aku dulu selalu datang bilik aku kat hostel. tengok movie sama-sama and ada la borak-borak and tukar game dengan roommate aku. aku rasa sampai roommate aku pun da kenal dengan ex aku tu walaupun tak borak sangat. roommate aku dulu ada 6 orang, termasuk dengan aku sekali. kenal muka la and not really borak pun. and ex aku pun pernah jumpa Paan jugak sebab Paan ni roommate aku sem lepas. kau tahu apa komen dia?
"Paan tu memang hansem gila. melayu habis and manly."
jadi aku memang tak tipu bila cakap Paan tu hansem gila babi. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. more suara Paan tu sedap gila and pandai main gitar pulak tu. aku dalam bilik selalu humming je bila si Paan ni mula main gitar. roommate aku 3 orang main ragbi termasuk la si Paan ni. 


#57

aku x sure kau dah pernah jawab soalan ni or x, tp I'm just curious.. dari mana kau dapat idea nak tulis semua citer2 dlm blog tu?? bukan 1-2 citer lak tu. n bukan 1 blog je (as you've mentioned b4 ko ada 2 blog kan?) so... care to share???


A Samad Said pernah cakap, "nak kenal manusia berjalan la dan perhatikan perangai mereka." and dari situ aku dapat idea, kalau nak tulis novel atau cerita ni, kita kena berjalan-jalan and tengok perangai orang ni. bagi aku macam takde masalah la sebab aku suka jejalan and perhati perangai manusia. bukan la aku perhati as a menjadi stalker tapi aku perhati je la. macam couple with couple. adik beradik, kengkawan dan sebagainya. selalu spot aku nak perhati dan lepak ni ialah mana-mana stesen komuter atau LRT. HAHAHAHAHAH. ataupun foodcourt kat mana-mana. ada banyak benda kau boleh perhati dan belajar. ada banyak benda kau boleh olah dan tulis dari situ. yap. aku ada 2 blog. blog lagi satu tu da jadah haram aku tak menulis kat situ and entry kat situ da lebih 1000 entry pun. HAHA. cuma tu la, aku je yang makin malas untuk menulis. aku selalu berharap, apa yang terpikir kat dalam kepala otak aku ni tertaip kat blog. bagus gila kalau macam tu.
-,-


#58

hey shark. im just curious is it you study dekat s*****g? please just state yes or no.
i kinda confius which ipta i should go. hopefully i boleh kawan dgan you dekat sane.

mula-mula aku terpikir. apa la s with star star star tu. and aku tak dapat agak langsung apa nama tempat tu. tapi tak lama lepas tu, baru la aku tahu. HAHAHAHAH. aah. aku study kat situ. dan best gila study dekat situ. eh? keputusan IPTA da keluar kan? kau dapat sama uni dengan aku ke? kalau dapat, just let me know la. aku boleh buat tour untuk kau. haha. boleh bawak pusing jejalan , nanti takde la kau sesat ke apa ke.


#59

Mesti sampai satu chapter kau akan buat haikal punya ingatan pulih kan? *cerita melayu ni senang nak predict.. hope kau buat lain dari yg lain.. hoho.. tak pun, haikal bgtau kat zahid dia suka usha laki.. then zahid simpan perasaan kat haikal.. diorang kapel.. last2 haikal excident ngn zahid.. haikal mati.. zahid survive then.. ahh.. banyak sgt dh mengarut ni.. haha..


aku pun tak tahu cemana nak buat dia pulih dari hilang ingatan. dan ye, cerita melayu memang senang di predict. HAHAHAHAHAHAH, sama macam kau orang predict HISHA tu baik. aku gelak-gelak je bila baca semua komen bengang dengan HISHA. dan apa yang kau tulis tu memang mengarut gila.. kah kah kah. tapi somehow, kau ada idea. apa kata , kau start menulis and tengok la lepas tu macam mana. mana tahu progression kau makin okay and kau ada bakat menulis. =)

buat sesiapa yang nak tanya apa-apa, atau komen apa-apa mengenai blog ini, atau tanya pasal aku ke apa ke, atau pasal cerita ni ke apa ke, atau pendapat apa-apa ke, boleh la drop by dekat sini

@Google Drive Form    <-- really simple form  :) selamat menulis! and no worries. aku rasa macam best pulak buat soal jawab macam ni sebab aku rasa macam kita tengah buat some diskusi yang berilmiah. haha, terasa cool gila.



p/s
borak-borak dengan budak yang tengah HO tu pasal kes dia bertumbuk. haha, macam-macam betul budak zaman sekarang.

Sunday, 17 August 2014

kenangan puasa dan raya #102

bila aku baca komen-komen dekat blog aku ni, kadang-kadang aku tergelak jugak, kadang-kadang aku kerut dahi, kadang-kadang aku macam eh? hahahahahahahaa, tapi most of the time aku akan gelak. walaupun komen tu macam bangang lahabau, aku akan gelak jugak. dan ye, aku memang suka gelak, bukan petanda aku gila, tapi aku ceria..... kononnya.

buat masa sekarang, aku memang takde mood nak raya. (masa aku buat entry ni, maa tu baru awal raya, sekarang da nak habis raya pun! HAHAHAHHAHAHAHA. tangguh gila masa aku buat entry blog ni) mood tu da habis tunggang langgang entah ke mana entah. tak tahu mana mood tu da kena culik. nak main mercun macam dulu-dulu pun da tak best sebab partner-partner main mercun semua da besar tagun and da mula balik lambat sebab kerja dan sebagainya.

ingat lagi kenangan puasa masa zaman kanak-kanak, masa umur 7,8,9,10 tahun, (kecik2 aku memang pemalas nak terawih, HAHAHAHAHA) lepas solat isya' je mesti terus main sorok-sorok dengan sepupu sepapat and jiran rumah. limit kawasan memang takde untuk kau menyorok and memang seronok habis la. kawasan rumah aku ialah rumah kampung and ada kawasan kebun, pokok kelapa, pisang pun banyak. jadi dalam bilangan 15-20 orang, mula main sorok-sorok setiap hari bermula satu ramadhan sampai habis puasa start dari 845 malam till 10 malam / 1030 malam.

aku membesar dengan sepupu sepapat and jiran-jiran rumah yang lebih kurang sama umur jadi kawan nak main tu memang ramai. dulu main sorok-sorok waktu malam masa bulan puasa tak berapa nak kisah sangat sebab tahu and da set dalam kepala otak, hantu, pontianak dan pocong memang tak akan ada waktu malam and waktu bulan puasa. we were sorok everywhere. bawah rumah . dalam jamban. belakang jamban. belakang pokok kelapa, pokok pisang, panjat pokok koko, sorok dalam kereta rosakm bawah kereta, tepi reban ayam, celah-celah pokok pandan and everywhere.

bila ingat balik sekarang, memang rindu semua orang. rindu partner main game sama-sama masa bulan puasa. kalau bosan main sorok-sorok, waktu puasa jugak , malam-malam kitorang akan main mercun and fight with each other. lagi seronok bila start main meriam tin and meriam ....... okay, aku tak ingat nama lagi satu jenis meriam ni. and bila main mercun, start la benda-benda bangang tiap-tiap tahun which is baling mercun dekat orang lain. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA. stupidos barbados. pastu mula mata buta, tangan putus, jari tercabut, kaki terbakar bla bla bla pastu masuk berita. tapi so far takde la kejadian final destinantion tu berlaku masa aku dengan sepupu sepapat and jiran main mercun. kitorang still teratur dan bermain secara sopan........ kononnya. tapi still la aku pernah alami kecederaan yang bangang-bangang . contohnya telinga aku pernah terbakar. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA, nasib baik aku tak hilang telinga and mata aku pernah bengkak sebab kena baling dengan batu. macam bangang jugak

tapi tu la, tu semua kenangan zaman kanak-kanak aku. bukan senang nak dapat masa besar ni. bila time raya zaman kecik-kecik dulu, aku dengan sepupu sepapat memang muka tembok tak malu. datang rumah entah siapa-siapa , bagi salam and cakap, "KAMI DATANG NAK RAYA!"

exactly the same macam dalam movie atau drama raya yang selalu korang tengok tu. bila tengok drama-drama raya and ada scene macam tu, mesti aku akan tergelak sendiri sebab teringat zaman kanak-kanak yang muka tembok habis. sebenarnya masa kecik-kecik bukan kenal and tahu sangat pun rumah orang yang kitorang datang raya pun. kalau kau kena culik waktu tu pun memang wasalam je la sebab bukannya tahu atau kenal tuan rumah tu pun. masa tu pikir nak duit raya je.

ada satu rumah tu, sepupu aku ni nama dia Apis, mulut memang celaka je kalau dapat duit raya. haha, sebab tu kitorang malas sikit nak raya dengan budak si Apis ni sebab mulut memang lahabau sikit. jadi, macam biasa, waktu kecik-kecik untuk isi masa lapang adalah beraya. jadi aku dengan yang lain-lain pergi la sana sini, ketuk pintu rumah siapa-siapa jam 9 pagi and cakap dengan muka tembok tak malu gila.

"Kami datang nak raya!!"

and lepas tu ada seorang budak perempuan ni bukak pintu. "jemput la masuk." ajak budak perempuan tu sambil senyum.

aku syak mak bapak budak tu da pergi kerja and dia tengah kemas rumah and uruskan adik beradik dia. lepas tu budak tu bagi la air manis apa entah ,, aku da tak ingat and hidang kuih. kitorang pun makan, borak-borak bla bla bla buang masa kat situ lepas tu bila agak-agak da bosan and nak pergi rumah orang lain pulak, kitorang pun cakap.

"kitorang balik dulu la."

and macam biasa sebelum kitorang balik tu, tuan rumah tu akan kasi duit raya and dalam kes aku pi beraya ni, tuan rumah dia adalah budak perempuan tadi tu sebab mak bapak dia takde. and after dapat duit raya, sepupu aku yang lahabau bernama Apis tu cakap kuat-kuat.

"dapat 30 sen je?!"

aku masa tu -,- kimak betul sepupu aku ni. tak payah la kau sampai nak cakap kuat-kuat. diam-diam sudah dapat 30 sen tu. HHAHAHHAHAHAHAHAHAAH, mulut tak boleh nak diam lagi ke, asyik nak mengomen je.

bila masing-masing da besar, semua da start kerja and busy and even ada yang da start kahwin pun. ye la, kau da besar tagun kan, takkan tak nak kahwin and dapat anak. jadi aku dengan sepupu sepapat aku ni da makin jarang berjumpa. jumpa masa kenduri kahwin and raya je la. selalunya kitorang akan berkumpul ramai-ramai bersama ahli keluarga yang lain and mula beraya dari satu rumah ke satu rumah which is orang panggil Baraa'n. Thanks to my arwah atuk la sebab dia masa muda-muda suka kumpul tanah jadi satu lorong tu ialah rumah sepupu sepapat aku. jadi, masa malam raya yang pertama, semua ahli keturunan atuk aku ni akan berkumpul dekat rumah arwah Pak Long aku and we start raya la dari situ. after rumah Pak Long, rumah orang lain pulak.

and aktiviti wajib aku dengan sepupu sepapat aku ialah borak-borak, tanya perkembangan masing-masing ; kau da ada awek ke belum? macam mana belajar  kat uni kau, macam mana bisnes part time kau, macam mana master kau bla bla bla, sekarang siapa the latest pakwe or makwe kau. satu benda yang aku perasan pasal sepupu sepapat aku ni bila kitorang berborak

1) cepat benar tukar pakwe and makwe
2) suka berjalan-jalan pergi mana-mana sama ada pantai, air terjun, tengok wayang, main bowling
3) selfie

pasal yang number 1 tu, sepupu sepapat aku memang semua hot belaka. sampai part aku je tetiba aku tak hot. cilaka betul. HAHAHAHAHHAHA. ada la yang baca blog aku ni pernah tengok gambar sepupu aku sampai dia pun bengang kenapa sepupu aku hot-hot belaka. HAHAHAHA.

pasal yang number 2 tu, aku tak deny la, aku pun suka jejalan and akan join dorang
untuk pergi sana sini.

pasal yang number 3, yes, semua sepupu sepapat aku memang suka sangat berselfie. haha, dari yang muda dan tua , kawin atau yang belum kawin, semua akan berselfie tak kira kat mana-mana rumah. but, yeah, aku akan rindu itu semua bila raya da habis. :') oh, yang pasal raya ni, bila sebut sepupu sepapat, aku cakap sepupu sepapat belah mak aku je. haha, aku tak berapa rapat dengan sepupu belah ayah aku sebab semua tinggal jauh-jauh. adik beradik mak aku ada 12 orang , so yeah, aku memang ada banyak sepupu yang gila dan over gila. KAH KAH KAH, tapi aku sayang dorang. till then, kita jumpa lagi.

p/s
aku da separuh jalan menaip chapter 10. kau orang sabar je la ye! =) tahun ni aku dapat 190 ringgit untuk duit raya aku. still okay jugak ni! HAHAHAHHAHAHAHAH