Nuffnang

Monday 30 June 2014

Welcome to South Korea! #97



aku touch down korea selatan lebih kurang 20 Jun 2014, 7 pagi. masa tu 5 pagi da siang wassalam pun. memang awal gila. kah! aku naik MAS dari KLIA ke Incheon Airport. thanks to my uni la yang kasi tiket flight pergi and balik. jadi aku akan flight balik ke Malaysia on 17 Julai 2014. lebih kurang aku macam lepak sebulan la kat sini. aku tak boleh nak tunjuk gambar banyak sebab kamera aku buat hal. I dont know what wrong with the memory card, tak boleh pulak nak masuk dalam lalptop aku. jadi aku kena tunggu balik rumah and ada USB baru boleh release gambar. kah! ayat nak kemain. release gambar katanya! bangang.

1) apa yang kau buat kat Korea Selatan sebenarnya?

ni macam semua orang tanya aku soalan ini. hahahahahaha. uni aku memang ada MoU dengan CNU *nama uni tempat aku belajar ni* jadi sekarang CNU ada buat summer camp, jadi bila uni aku bukak offer, siapa-siapa yang nak pergi summer camp, boleh la hantar borang and datang untuk interview. well, the interview is tough. ada 50 orang yang datang interview and kau memang all out habis la. uni aku bagi 5 nama dekat CNU tapi CNU amik 2 orang je which is aku and another indian girl, Yaya. jadi, aku berjaya lepasi interview and yeah, right now aku kat Korea. :) weehuuu dan bersummer camp sekarang ni. kah! sampai sekarang aku macam tak percaya yang aku berjaya dalam interview tu. tapi selain aku dengan Yaya dekat CNU, ada lagi budak uni aku kat Korea Selatan ni. Azmi dekat SNU and 2 orang lagi dekat KNU.

2) How's Korea Selatan?

bagi aku Korea memang negara yang menarik la. tapi a lil bit expensive. aku pulak bawak 300 000 won je bersamaan 981 myr je. memang wassalam tak cukup la. jadi buat sesiapa yang nak berjalan-jalan di korea and puas hati, at least bawak 2000 myr. yeah, anda bakal puas hati kalau macam tu. kalau nak banding barang-barang kat Malaysia, harga kat Korea memang agak mahal. tapi ada je harga yang lebih kurang sama. tapi most of it, memang mahal.

3) Summer kat Korea Selatan? okay?

aku ingat summer kat Korea will be really hot macam kat Malaysia jadi aku pun tak bawak la sweater and any long sleeve shirt. fuck habis. aku ada bawak kemeja and yeah, it is long sleeve, tapi takkan aku nak pakai kemeja hari-hari. masa aku touch down Incheon Airport, suhu ialah 21 darjah celsius. this is not summer, this is Cameron Highland woi! tapi da seminggu lebih aku kat sini, lama-lama panas dia macam Malaysia la. panas dia tak berpeluh. panas dia ialah terik yang memang buat mata kau tak boleh bukak langsung. disebabkan aku ni pakai cermin mata, jadi aku memang tak menggalakkan diri sendiri tanggal cermin mata kalau aku keluar sebab ianya akan terlampau silau dan mata aku akan sepet gila babi punya la. orang akan kata, "cina ke kau ni?" hahahahahahaha. takde la. gurau je. dengan kulit cokelat sebab main parit kecik-kecik, celah mana nak jadi anak cinanya! kah!

4) macam mana dengan makanan?

well, nak carik makanan halal kat sini memang payah sikit. aku makan kat kafe CNU and totally free. tapi kira bless la jugak sebab kafe CNU sediakan 2 menu. kalau set menu A ada Dwejikogi (pork / daging babi atau whatever kau panggil dia) set B, takkan ada Dwejikogi tu. depends la jugak. kadang-kadang vice versa. kadang-kadang dua dua menu takde pun benda alah tu. kadang-kadang dua dua menu tu ada Dwejikogi. tapi memang asing tepi je la tak makan kalau ada benda alah tu. tapi sumpah dekat sini most of the makanan ialah sayur. its like SAYUR everywhere! aku da macam pecinta makanan arnab kau tahu tak, and yeah. dari tak suka makan sayur kat rumah sendiri sekarang kena survive untuk kekal sihat walafiat di negara orang dengan makan sayur.

5) macam mana dengan hostel? seronok?

masa aku masuk hostel dia ni. perghhhh. terbaik duh! macam aku duduk CNU International House, Oh Dong. Oh dong ni maksudnya Blok number 5 / Blok 5. jadi dalam bilik aku ada 3 orang roomate termasuk la aku. 2 orang roommate aku yang lain ialah korea jugak. sama umur and dua dua budak korea tu amik Aerospace engineering. nama diorang ialah Dong Joo and Seng Woon. dua dua memang baik and alhamdulillah la dorang boleh cakap inggeris jugak. jadi sepanjang masa kat sini aku cakap bahasa inggeris unless aku jumpa Yaya baru la aku cakap Bahasa Melayu. tu pun boleh kira dengan jari je. hahahahahahaha. jadi, dalam bilik aku ada 3 katil. 3 almari. 3 meja belajar. 1 air cond. 1 kipas siling. 1 bilik mandi 1 beranda. 1 tempat sidai baju. 1 peti ais. 1 mesin basuh. kalau da ada TV dalam ni memang aku bless habis la. bilik aku kat aras 6. so, yeah. quite okay la :)

6) macam mana dengan kengkawan? best?

part ni paling terbaik dan seronok gila. disebabkan CNU ni banyak MoU dengan negara lain, jadi banyak bebudak dari negara lain join sama la Summer Camp ni. jadi, dalam satu kelas tu lebih kurang ada 20 orang pelajar ke entah berapa the exact sebenarnya. aku tak amik peduli untuk kira. jadi aku dengan Yaya dari Malaysia. 4 orang budak nursing dari Thailand. Meeghan and Tinuke dari USA. Paul, Lucas, Kelly, Francois dari Perancis. Doris, Rolf and Daniel dari Germany. Vivianie plus Wellington dari Brazil, Hermen and Elle pulak dari Kanada and last sekali Tim dari Taiwan. jadi bila kau ada kawan dari banyak negara ni memang seronok la untuk borak. banyak benda kau boleh borak and banyak benda kau boleh share and banyak benda kau boleh tanya bla bla bla. memang seronok habis. even kadang-kadang tajuk perbualan kitorang ialah.

"hey, what is your favourite cartoon?"

ataupun

"do you guys know this cartoon or anime....?"

dan yeah, memang seronok :')

7) kat summer camp tu, apa yang kau buat?

apakah yang aku buat kat summer camp? it is like, semua kawan aku macam, "weh, nak souvenir" nak itu la nak ini la. memandangkan aku pun cemberut and ikat perut nak survive dekat sini, so, say babai la kepada segala jadah souvenir tu. untuk coursemate, next semester, kita punya trip memang akan ke Korea Selatan pun, so, kau orang tak payah nak souvenir jadah-jadah semua tu. jadi, kat summer camp ni, bukan la aku berfoya foya 24/7 keluar berjoli - joli sana sini macam apa je. aku ada kelas la sebenarnya. kelas sesi pagi. 9 pagi sampai 12 tengah hari. kelas Cross Cultural Language and dari 1 tengah hari sampai 4 petang aku ada kelas Korea Level 1. and alhamdulillah la , apa yang aku dengar cerita, aku boleh transfer kredit untuk bawak balik uni. Cross Cultural Language is 3 kredit and Korea Class is 2 kredit. -,- aku pun tak paham kenapa Korea Class tu 2 kredit je padahal sama panjang waktu jam belajar dengan kelas Cross Cultural Language tu. apa-apa pun, aku suka Cross Cultural Language class sebab kitorang macam banyak buat perbincangan sana sini dari dengar lecturer kat depan cakap. belajar kat sini memang different. aku suka gaya belajar kat sini.

8) ada jumpa Malaysian dekat Korea?

ada, ada. masa aku sampai Korea, aku mintak tolong kawan aku untuk bagi contact number sepupu dia yang study dekat Korea. jadi , nama dia ialah Anis. lepas kenal Anis, aku kenal pulak dengan Farouq. lepas tu kenal pulak dengan Epin. then kenal Hadi, Hatta, Zahir, Khoka dan macam-macam lagi. hahahahahaha. jadi Anis dengan Epin bawak aku pusing Seoul. pusing sana sini naik Subway and Bus. Hatta and Zahir pulak bawak aku pi beli barang untuk dorang buat lauk berbuka. Farouq pulak bawak aku jalan kaki, aku rasa aku jalan 2 km kot! ahahahahah, lalu kat tepi Han - Gang. Han Gang ni sungai terpanjang dekat Korea Selatan. dia merentasi Korea Utara dengan Korea Selatan. Gang tu sungai sebenarnya. jadi nama dia ialah Sungai Han. aku suka subway dekat Seoul sebab dia sangat bagus dan power. dia ada 9 line semuanya dan kau boleh pergi ke mana-mana guna subway. aku sempat jugak pergi Itaewon untuk tengok masjid dekat Seoul ni. not really big masjid but yeah boleh la dari takde langsung.

macam yang Epin kata, memang Itaewon ni kawasan mostly muslim, boleh jumpa masjid, boleh jumpa ayam halal, beef halal and all that, tapi adalah sangat ironik jugak sebab bersebelahan dengan kedai-kedai halal tu ialah kedai-kedai beer and clubbing sana sini. macam Epin cakap, kalau baru lepas sahur dekat Masjid Itaewon ni, nak balik ke rumah, mesti akan nampak lampu-lampu clubbing ni still bernyala lagi.

aku macam wow jugak actually sebab budak-budak Malaysia yang study kat Korea ni semuanya fluent gila barbie cakap korea. masa aku follow Epin dengan Anis pusing Seoul, Anis ni budak IU , sama uni dengan bini Ally Iskandar,  dorang ada pi satu pasar ni, aku tak ingat la pulak nama pasar ni tapi Anis kata, ni la tempat orang beli kain murah pastu jual mahal gila kat Malaysia. hahaha., macam sial je perangai. disebabkan this wednesday, Anis dengan Epin nak balik Malaysia, jadi dorang pun beli la souvenir untuk angkut balik Tanah Melayu. jadi dorang pun main la tawar menawar. aku da boleh nganga mulut jugak la sebab gaya dorang cakap dengan orang-orang kat pasar tu macam borak dengan rakyat malaysia je. memang tabik doink toink la. aku tanya Anis dengan Epis.

"berapa lama kau orang belajar korea?"

"9 bulan dekat Intec, setahun dekat SNU."

perghhh! dasat!

10) jadi apa perancangan lepas ni kat korea selatan?

bebudak Germany, Brazil dengan Taiwan kata dorang nak terjah Busan pulak minggu ni. disebabkan aku running out of money, jadi maybe aku stay bilik je kot minggu ni. ataupun pergi Downtown dekat district tempat aku belajar ni. sebab another week, roomate aku ajak pergi ChongJoo *tak tahu eja* la pulak. jadi memang kena simpan duit la gamaknya. lepas tu kena hantar terma paper 5 muka surat untuk kelas Cross Cultural Language and ada test untuk kelas bahasa korea level one.

jadi tu je la cerita pasal aku kat Korea Selatan ni. kalau ada apa-apa soalan nak tanya regarding Korea Selatan ke apa ke , boleh la tanya apa-apa soalan sekali pun. tapi kalau nak tahu over sangat pasal korea pun, aku bukannya boleh jawab and tahu sangat. hahahahahhaa. aku cuma tahu sikit-sikit je. tapi if you ask an experience, aku rasa aku boleh jawab la kot.

sekian, cerita dari aku. happy reading!

CNU - Chungnam National University
SNU - Seoul National University
KNU - Kangwoon National University
IU - Inha University

p/s
happy fasting semua!

6 comments:

  1. aku dgr org korea klu mandi bertelanjang.. even kat hostel pun mandi telanjang secara terbuka.. adakah benar? sbb tu apa yg org yg pernah study kat korea ckp kat aku..

    ReplyDelete
  2. walaupun aku x banyak tahu sangat pasal korea, tapi teruja juga baca kesah ini...

    insyaallah akan ke sana, tapi masih dalam perancangan..

    ReplyDelete
  3. Saya pernah ke sana..... Bawak studnet utk children folklore dance festival..... Mmg best.... Bersih..... Xde ternaak pun sebarang sampah.... Dan korea ada byk muzium...... Sedangkan di incheon sendiri ada berbelas muzium.....

    ReplyDelete
  4. PERGHHH...dengar cerita pown dh syok abes...mamat korea mang jambu2 eak?

    ReplyDelete
  5. jaga sket.. skang tgh puasa.. haha.

    have fun!!

    ReplyDelete
  6. aku pernah pi korea... tapi kat seoul 3 hari je termasuk itaewon... aku pi jeollanamdo (selatan korea) dan duduk kat tepi laut... memang best stay sana cuma hati2 ngan makanan...

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)