Nuffnang

Thursday 9 June 2016

Pengalaman puasa di perantauan #202

Once, aku pernah berpuasa dekat luar negara. Perghh, gua pun tak boleh percaya yang once gua pernah puasa kat luar negara. aku pernah puasa dekat Korea Selatan selama 3 minggu sebelum minggu yang terakhir bulan ramadhan tu, aku balik rumah. Masa tu aku ada exchange program dekat Chungnam National University, Daejeon, South Korea.



Question 1 
Apa perasan puasa dekat luar negara?

Perasaan tu sedih la. It's not like first time aku berpuasa and berbuka jauh dari family. Since I was 18 aku da start berpuasa and berbuka dekat universiti aku instead sambut dekat rumah. Tapi puasa dekat negara lain, still la kau akan rasa aneh gila. wakil universiti aku masa tu ada dua orang je which is aku and lagi seorang ialah budak engineering perempuan but dia india. kiranya aku sorang je la dari Malaysia yang boleh berpuasa. Classmate aku yang lain semuanya non muslim as dorang ada yang dari Germany, France, US, Kanada, Brazil, Taiwan, Jepun, Thailand and banyak la lagi. Kenapa aku cakap sedih? sebab aku ingat lagi masa aku bukak puasa first day of Ramadhan. Im freaking alone, not literally alone la. actually masa tu aku dalam perjalanan balik dari Seoul ke Daejeon dengan kengkawan aku yang lain (kengkawan exchange student) . Masa tu jam 740 petang, dalam bas seseorang, makan roti and minum air coca cola je waktu berbuka! That's it! Tu je aku bukak puasa masa tu. Bila sampai bilik pun, I just have maggi instead makanan berat yang lain sebab

1) Takde dapur dekat hostel
2) Takde pantri jugak
3) Aku pun bukannya tahu memasak.

Serius masa tu nak nangis. Im freaking alone!

Ni je la makanan berbuka aku first day puasa hahahahaha.


Question 2
Cabaran terbesar puasa dekat luar negara?

Cabaran terbesar dia bila aku puasa lagi lama dari apa yang aku pernah puasa dekat Malaysia. Beza and selang waktu Korea Selatan - Malaysia tak la jauh sangat pun. It's just 1 jam je pun. So aku takde nak jet lag sangat pun bila sampai korea and nak bangun pun agak senang sebab jarak and perbezaan waktu yang tak ketara sangat. Tapi puasa dia agak panjang la kalau nak compare to Malaysia sebab masa aku pergi Korea, masa tu ialah musim panas, so siang dia lebih panjang dari malam.

Aku start puasa jam 319 pagi and selalunya berbuka around 740 malam. I was like -,- aku sahur lagi awal dari orang kat Malaysia and berbuka lagi lambat dari kat Malaysia. hahaha. Apa-apa pun, ianya memang dugaan la. Satu, da la puasa lama. Dua, aku tak pandai masak. tiga, actually I dont have much enough money to survive kat korea sebenarnya and aku kena catu duit aku sungguh-sungguh. Jadi nak makan sedap-sedap tu memang tak la.

Question 3
Macam mana puasa pada musim panas / summer di Korea Selatan

Literally summer di korea selatan adalah lebih sejuk dari cuaca normal di Malaysia. Bila aku balik Malaysia, aku memang haus gila and rasa nak berbuka tu memang ada la. Masa aku duduk hostel antarabangsa dekat CNU (nama uni aku), habis je kelas jam 4 petang, jalan kaki balik hostel ramai-ramai and then terus masuk bilik. Masuk dalam bilik pun terus on aircond semedang and tak panas la kan cerita dia. haha. Tapi bila balik Malaysia, and rumah aku pulak takde aircond, once masuk jam 3 petang ke 330 petang, sah, aku rasa macam ada dekat padang pasir. Tekak rasa kering gila. For 3 ke 4 hari, aku memang tak dapat nak adapt la dengan cuaca kat Malaysia sebenarnya sebab terlampau panas. Memang kat korea tengah musim panas tapi musim panas kat sana ialah panas terik and kering and berangin which is differ much compare to Malaysia.


Ni hostel budak perempuan, hostel budak lelaki betul-betul dekat sebelah dia. Bilik aku kat tingkat 5 :) Ada lif, so tak penat pun!

Question 4
Macam mana survive dekat sana masa bulan puasa?

Dekat CNU, dekat kafe dorang akan kasi breakfast and dinner free. Breakfast selalunya around 8 pagi and dinner pulak around 6 petang. Aku selalunya akan tapau benda-benda yang tahan lama and makan masa berbuka atau makan masa sahur keesokan harinya. Aku akan bawak bekas makanan siap siap and tapau kat dalam tu. Kat dalam bilik, ada peti ais, so tak risau makanan nak jadi basi ke apa. Memang aku sumbat semuanya dalam tu je. Even microwave pun ada. Tapi tu kena pi kafe la, tak pun convenient store.

Question 5
Classmates yang bukan islam ada tanya tak pasal puasa?

Of course! Soalan yang dorang keep tanya ialah kenapa muslim kena berpuasa? And aku kasi jawapan yang orang islam kena berpuasa supaya mereka yang ada makanan and boleh makan ni sentiasa ingat akan orang yang tidak berapa bernasib baik , yang sentiasa lapar , yang tidak dapat makan. Supaya orang yang agak senang, akan sentiasa teringat pada mereka yang kurang bernasib baik and knows feeling rasa lapar tu macam mana.

Question 6 
Kenangan best puasa dekat Korea?

Aku tak tahu nak cakap ini kenangan best ke apa tapi bagi aku ianya sangat sweet la. Aku rasa almost everyday, classmate aku akan tanya aku, sama ada aku okay atau tak semasa puasa.

"Are you okay?"

"Thirsty?"

"Want to eat something?"

Sangat-sangat sweet dan baik hati even though kitorang semua dari negara yang berlainan dan mempunyai agama yang lain, tapi dorang ter sangat la mengambil berat pada aku. Takde istilah dorang benci islam ke apa ke, they are nice and baik!

Half of the class. Serious dorang baik gila! 

Walaupun banyak dugaan berpuasa di luar negara, still bagi aku ianya adalah kenangan yang susah kau nak dapat kat mana-mana. Bak kata pepatah, pengalaman mematangkan seseorang. :p Tiga minggu puasa dekat sana kadang-kadang buat aku sedih namati sebab puasa sorang - sorang, berbuka sorang-sorang, sahur sorang-sorang. Da la aku tak tahu masak pulak tu. HAHAHAHHAHAHAHAHA. menyedihkan gila aku ni masa tu. Still I feel bless sebab aku ada dua orang roommate korea yang sangat memahami, yang tahu pasal puasa and islam, dorang siap belanja aku makan malam sebelum aku balik Malaysia! baik kan? 

haha, serius aku rindu nak jumpa dorang balik!


p/s
ada sesiapa nak ikut aku pi korea selatan? Like serious shit, bahasa korea aku da berkarat! haha.


Final exam paper korea aku.

4 comments:

  1. Gigih tahan ngantuk nak baca ni. Huhu

    Alhamdulillah. At least ada experience. Mahal tu pengalaman yang ramai orang lain takde. Untung kau.

    Lapar tak? Haha

    ReplyDelete
  2. sekurangnya ada pengalaman puasa di tempat orang...hehe..selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  3. That gonna be one of your experience that u will never forget !
    Kinda jealous la dengan kau !
    I wish I can face the same moment like this !

    ReplyDelete
  4. Ko tulis apa dekat paper tu? Translate sikit..hehehehe

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)