Nuffnang

Monday 27 June 2016

Magis chapter 6 #205

Aidan tengok jam. “da pukul 4 petang. Aku rasa semua barang pun da beli.” Dia tengok-tengok plastik yang dia, Adriana, Lilo and Nawfal pegang. “ada ke barang yang kita tak beli lagi?”
Adriana keluarkan senarai barang keperluan dan tengok senarai barang yang perlu dibeli. “aku rasa semua da beli kot Aidan.” Adriana cek list tu dari atas sampai bawah pastu balik semula ke atas.  “lapar.” Adriana buat muka lapar, penat and letih kat Aidan.
“sama la Aidan.” Lilo usap perut sambil tersengih lebar. “lapar. Last aku makan pun masa kat rumah tadi.”
“lapar jugak.” Adu Nawfal. Lepas tu mamat tu pun sengih sama join Adriana and Lilo.
“okay kakak dan adik-adik sekalian. Kita pergi makan kay. Da tak payah nak buat muka dengan aku.”
Gelak.



Dorang berempat duduk kat meja makan mamak area PWTC tu.
“kenapa kita makan dekat sini?” Tanya Lilo. Punya la banyak kedai makan dekat KL ni, nak jugak makan kedai mamak area pwtc ni.
“sebab Aidan suka sangat makan kat sini.” Jawab Adriana pantas. “dia suka sangat makan nasik beriani kambing dekat sini.”
“whoa!” Aidan angkat kedua tangan tanda tak bersalah. “tapi memang sedap pun. Air kelapa dia pun terbaik jugak apa. Whip whip. Da . Pergi amik makanan sana. Aku jaga tempat duduk dekat sini.”
Lepas tu Lilo, Adriana and Nawfal terus amik makanan dekat kaunter makanan yang sedia ada. Lilo memang da rambang mata sebab dia lapar gila. Last-last dia amik nasi beriani, daging ambing, kuah kari and telur sebiji. Untuk air pulak , dia order lai chee kang. Nawfal pulak amik nasi putih, ikan keli goreng, kacang panjang dengan telur hancur dan juga air cincau bandung. Lepas tu dorang berdua menuju ke arah aidan yang tengah main fon. Lepas dorang duduk, Aidan pulak amik turn untuk amik makanan. Masa dorang datang letak makanan atas meja, Aidan da tak keruan tengok nasi beriani tu. Hahahahhaha. Mamat tu sah la ahli sihir yang pelik.
“itadakimas!” Ucap nawfal dan budak tu mula makan. Dia pulak terus baca doa makan and terus suap nasik ke dalam mulut. Sorry la cik akak Adriana and cik abang Aidan. Saya tengah lapar sangat-sangat ni. Jadi nak atau tak nak, memang nak sumbat je nasik ke dalam mulut sekarang.





“apa yang korang expect kat sekolah nanti?” Tanya Aidan. Budak lelaki tu sedut air kelapa gelas besar dekat depan mata dia.
Lilo angkat bahu. Dia telan nasi beriani dalam mulut baru cakap pada Aidan. “entah la aidan. Takut. Cuak. Macam-macam perasaan ada. You know. Mixed feeling. Aku takut kalau aku tak boleh buat sihir langsung dengan tongkat sakti. Aku happy sebab you know, i’m different from the others. Cuak jugak kalau aku ni tak diterima and susah nak berkawan dengan orang lain.”
“kenapa kau cakap macam tu?” Tanya Aidan.
“takde apa la sangat. Just nak tahu, ada beza ke kalau student yang mak ayah dia memang ahli sihir and student yang mak ayah dia bukan ahli sihir.”
“Tak la beza sangat pun. Tapi selalunya akan ada yang batak and bangga diri la yang mak pak dorang tu ahli sihir.” Jawab Adriana. “ Mak aku ahli sihir. Ayah aku manusia biasa je. Parents Aidan baru la dua dua ahli sihir. Tapi actually takde beza pun semua tu. Sama je sekarang. Ahli sihir yang baru tahu dia ahli sihir and ahli sihir yang memang dia tahu sejak dia kecil lagi yang dia seorang ahli sihir ialah sama je. Tapi takde la kes macam Darah Tulen atau Darah Lumpur dan sewaktu dengannya macam kes Lord Voldermort – Harry Potter dulu tu kat zaman sekarang ni.”
“oh,” Lilo terfaktab lagi. Sejak dia tahu and kenal dunia sihir ni, dia da terasa sejarah dunia and sejarah Malaysia yang dia belajar terus jadi kucar kacir and tak berapa nak betul. Semuanya da bercampur aduk.
“lepas kejadian Voldermort mati dekat Hogwarts tu, dunia sihir da makin okay la. Da kurang la sikit kes segala bagai tu.”
“Malaysia pun kena tempias jugak ke?”  Tanya Lilo.
“Siapa Lord Voldermort tu.” Tanya Nawfal. Lilo, Aidan and Adriana terus pandang Nawfal. Nawfal yang tengah sedut air minuman dia terkedu kejap dengan perhatian yang dia terima. “err, kenapakah?”
“kau tak pernah dengar nama Lord Voldermort?” tanya Aidan pelik. Adriana da kerut dahi.
“err, tak. Siapa dia tu?”
Aidan dengan Adriana da makin pandang pelik dekat Nawfal.
Tapi Lilo da boleh paham kenapa Nawfal tak kenal and tak tahu siapa itu Lord Voldermort sebab budak lelaki tu tak layan / tak baca / tak pernah tengok movie Harry Potter. In the other hand, Adriana and Aidan rasa pelik sebab dorang dengar nama tu sejak dari kecil lagi which is parents dorang ahli sihir.
“kenapa kau tak....”
“sebab Nawfal is Nawfal.” Pintas Lilo. “mak pak kitorang bukannya dari keluarga ahli sihir pun. Jadi tak mustahil kalau Nawfal tak kenal siapa tu Voldermort.”
“tapi kau..”
“sebab aku layan movie and buku Harry Potter. That’s why aku tahu pasal semua tu.”
Terdapat pengertian pada muka Aidan and Adriana.
“jadi siapa Voldermort tu?” tanya Nawfal lagi. Adriana pandang Aidan. Aidan pandang Adriana sebab tak tahu siapa yang patut cerita pasal Voldermort pada Nawfal.
Aidan berdehem. “well basically dia ni macam Bush USA tu. Jerk. Annoying. Jahat. Powerful. Tak berguna. Macam setan. Salah guna kuasa. Suka membunuh. Even ada orang cakap dia tu dajjal.” Adriana da mendengus bila Aidan cakap macam tu.
Aidan sambung cerita lagi. “Well, basically, Voldermort is the most evil ahli sihir yang pernah wujud dekat muka bumi ni. Dia sangat-sangat berkuasa dekat Europe sana and antara tahun dia paling berkuasa ialah antara 1992 and 1993. Around that year jugak la dia berkuasa. 1993 ialah tahun dia paling berkuasa and at the same time, 1993 ialah tahun kejatuhan dia jugak. Nanti korang ada belajar, 1993 ialah Tahun Kejatuhan Ilmu Hitam selain daripada tahun 1478 iaitu runtuhnya Majapahit. Not really berkuasa dekat Asia Tenggara tapi Malaysia ada je kena tempias masa zaman Voldermort.”
“contohnya?” tanya Nawfal ingin tahu.
“runtuhnya Highland Tower.”
“what?” Lilo yang agak da tahu serba sedikit pasal Voldermort buat dono je masa mula-mula Aidan bercerita tapi lepas Aidan mention pasal runtuhnya Highland Tower terus dia terkejut. “serious shit? How come la?”
“ahli sihir negara malaun mana entah serang Malaysia and for god sake la, dorang tu memang bersekutu dengan Voldemort si setan tu.” Jawab Adriana. Lilo tetiba rasa yang Adriana jadi bengang gila. “setting lawan-lawan masa tu memang area Bukit Antarabangsa sana. Mak aku cakap, that’s the worst thing ever yang pernah berlaku kat Malaysia. Ye la, sebelum tu aman damai je. Orang biasa memang totally clueless, macam mana Highland Tower boleh runtuh macam tu je. Tapi kitorang kat dunia sihir, of course tahu apa yang terjadi sebenarnya.”
“tapi kalau nak difikirkan, tahun 1993 memang banyak kejadian buruk berlaku dekat dunia pun. Not Malaysia only.” Sambung Aidan. “Perang Bosnia. Battle of Mogadishu, Gulf – Iraq War, bombing of World Trade Centre dekat New York, Nuclear accident dekat Tomsk 7 , Rusia, Hurricane Calvin dekat Mexico, Tsunami dekat Hokkaido and yadaa yadaa banyak lagi kerosakan yang lain. Manusia biasa ingat, oh ianya hanya kejadian biasa je. Tapi dude! kitorang tahu je apa yang terjadi di sebalik kejadian tu.”
“It was really wowed.” kata Nawfal
“It is not wow. It is totally fucking creepy.” Lilo pandang tak percaya kat Nawfal.
“I mean, ye la. memang creepy segala bagai kejadian tu. Tapi aku sangat tak sangka la yang ahli sihir ni sebenarnya banyak je dekat sekeliling kita and never realize it until kau bagitahu kitorang, Aidan segala bagai cerita ni.”
Aidan senyum. “banyak lagi yang korang akan belajar once korang masuk KGMS. and it’s fun.”
Adriana tergelak kecik. “well, depend kepada siapa yang mengajar korang. Kalau dapat lecturer tak best, memang tak seronok la kat kelas. Tapi apa-apa pun. Just have fun je dekat KGMS nanti.” Pesan Adriana.
“we’ll try.” gumam Lilo.
“okay, sekarang semua sambung makan cepat, lepas tu kita boleh terus balik rumah.” Arah Aidan.



p/s
haha. sorry for the short update by the way for this Magis episode! thanks for reading it! :)


1 comment:

  1. Crite nih best. Harap ad smbungan kt wattpad

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)