Nuffnang

Wednesday 29 July 2015

Bromance #151

Volume 29
Chapter 7
Page 15
Paragraph 14 : 20
Tittle : Bromance
Music : Break the Ice [ Britney Spears ]


siapa kat sini suka bromance? pfft. siapa la yang tak suka bromance kan? siapa kat sini tak pernah bromance? haha. macam penipu je kalau korang semua tak pernah bromance even once. aku dengan kengkawan lelaki aku agak rapat. di mana, kalau orang lain tengok mesti rasa yang kitorang ni memang la gay gila babi padahal bukanlah pasangan gay pun. di mana kalau orang tengok kitorang bromance, mesti akan ada terdetik dalam kepala otak dia, yang dia nak rejam kitorang sebab buat bromance yang maha gedik. kah! kitorang bukan gedik. kitorang just.... manja antara satu sama lain. well, kemon. dia straight and aku pun straight. kononnya. KAH KAH KAH. siapa yang straight and siapa yang tak straight tu, pandai-pandai la korang teka. heh. and of course la aku yang straight. pfftt.

1) aku kalau dengan kawan-kawan aku ni, even naik motor pun, kitorang main geletek-geletak atas motor kadang-kadang. pastu main picit-picit bahu, urut-urut bahu. pastu main picit-picit perut. macam budak-budak and of course la boleh membahayakan keselamatan lalu lintas kalau main geletek atas motor, tapi seronok la pulak buat macam tu. hahahahaha. memang tak pikir orang belakang yang dalam kereta pun bila main geletek-geletek. selalunya kitorang takde la main geletek kat atas jalan raya 3 lane. selalunya dekat dalam uni je la di mana, trafik lebih perlahan dan kau jugak boleh geletek kawan kau dengan kadar yang selamat lagi mesra! hahahahaha. cuba la kau main geletek-geletek dengan kawan lelaki kau. mengeratkan hubungan silaturrahim aku cakap kau. HAHAHAHAHA. tapi kalau kau jatuh motor, aku tak jamin la.

2) aku dengan kengkawan aku, kitorang da biasa je tidur 2 orang kat single bed. kadang-kadang bentang 2 tilam kat tengah-tengah hostel, hadap movie seramai 3, pastu tidur sama-sama kat tilam tu. and kadang-kadang ada je peluk-peluk masa tidur. first reason sebab katil tak muat la kan. jadi kalau peluk, boleh jimat space sikit. akakakakaka. lagipun, kitorang memang kadang-kadang tidur peluk memeluk. jadi, kalau tidur peluk lepas tengok movie, apa la sangat kan. lagipun , course aku ni banyak pergi trip. trip ke pulau la, trip ke Taman Negara la,  and bila pergi trip ni, kitorang seolah-olah da boleh paham antara satu sama lain. jadi kadang-kadang, main peluk-peluk lengan masa malam hari lepak depan unggun api sambil sandar dekat bahu, benda tu da biasa bagi aku dengan kawan-kawan aku. pffttt. kalau orang luar tengok, mesti terus pop out dekat kepala otak dorang, apa la mamat gay ni buat. hahahaha. aku tak salahkan pun dorang sebab bila aku try nak buat benda alah cenggitu dekat orang yang bukan dalam circle bromance ni, dia akan buat muka pelik and kerut dahi gila babi. HAHAHAHAHAHAHAHH. and seolah-olah cakap "dude, kamon, nak kena rejam dengan orang sekeliling? nak orang tahu yang kita ni..."

kita ni apa? ppffttt.

3) aku ada rapat gila dengan sorang mamat ni. kawan aku la. bekas roommate aku. yang kalau aku jumpa dia, mesti kitorang peluk-peluk macam orang gila. and kalau nak balik pun, mesti kitorang akan peluk-peluk macam sedih nak berpisah. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAH. over gila. padahal bukanlah tak lepak dalam masa 10 tahun lagi pun. tapi dulu, masa kitorang tinggal sebilik kat uni pun, kitorang memang selalu tidur sama-sama and peluk-peluk. haha. not selalu la. kadang-kadang jek. sekarang ni dia duduk rumah sewa dengan kengkawan aku yang lain. and kalau aku tumpang sehari dua dekat rumah sewa dia tu, mesti dia ajak aku tidur sekatil dengan dia. KAH KAH KAH. aku kadang-kadang rasa nak je tidur lepak sekatil, tapi nanti kang jadi benda lain kalau tidur sekatil dengan dia. dengan dia ni, aku tak berani sangat tidur sekatil sebab takut tak boleh kawal nafsu. heh. tapi selain dari tu, tahap bromance kitorang adalah peluk-peluk masa jumpa and macam tu la. oh, dia jugak suka main geletek-geletek aku kat atas katil masa kitorang sama roomate dulu. pastu guling-guling atas katil. pfftt. kalau katil tu seluas lautan, memang tak habis guling gamaknya.

4) kalau dalam kereta and pergi perjalanan yang jauh, mesti aku tidur dekat bahu kawan-kawan aku. its not like, aku main tidur je dekat bahu semua kawan-kawan aku. aku akan tidur dekat orang yang betul-betul rapat dengan aku la. da kalau aku tidur dekat bahu orang yang tak rapat dengan aku, mahunya aku kena pelangkung atau kena label, "da kenapa mamat ni?"

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAH

tapi selalunya kawan kawan aku pun selalu je baring dekat bahu aku, and baring kat riba kalau tidur dalam kereta pun biasa jugak. aku selalu tidur dekat bahu orang and orang pun selalu tidur dekat bahu aku. i mean, not semua orang la. orang yang aku maksudkan kat sini ialah kawan-kawan bromance aku. entah la. aku dengan kawan-kawan aku. (read : rapat) memang selalu bromance di mana kalau orang pandang, for sure orang akan pandang dua kali. sama ada pandang serong, ataupun pandang, "eh korang, tak payah nak buat aksi homosapien yang homoseksual la kan dekat public"



aku bukan la menggalakkan orang untuk bromance ke apa ke. kang tak pasal-pasal kau tak dapat kawal nafus. tak pasal pasal kawan kau jadi tak straight atau kena rogol oleh kau la pulak. HAHAHAHAHAHAH. apa yang aku nak sampaikan ialah, not kaum perempuan sahaja yang boleh ada bonding of sisterhood itu. lelaki pun boleh je buat jugak. kalau dekat France, dekat Brazil, dorang main je laga-laga pipi dekat public antara lelaki and lelaki kalau da rapat benar la. tapi dekat Malaysia ni, even yang da rapat benar gila babi pun, lelaki dengan lelaki tak akan main laga-laga pipi dekat public sebab takut kena bambu dengan orang sekeliling. sebab takut kena rejam pun ye jugak. sebab takut kena label buat benda luar tabii. buat luar tabii satu hal. buat dekat public satu hal yang lain. ianya macam satu kredit,

kalau perempuan dengan perempuan main laga pipi ianya adalah okay.

kalau lelaki dengan perempuan main laga-laga pipi, ianya adalah okay

kalau lelaki dengan lelaki main laga-laga pipi, ianya adalah tak okay.

pfft, padahal zaman rasulullah dulu pun, selalu je bersama para sahabat , dorang bercium pipi and laga pipi. tapi semestinya la, membuat perkara tersebut berdasarkan atas rasa friendship dan bukannay kerana nafsu. orang zaman sekarang selalu fikir, ooooh, depa tu homosapien yang homoseksual, mesti ada HIV. pffft, mentaliti orang zaman sekarang memang aneh. dia pikir , orang yang tak seteret ni buat seks 24/7 macam anjing ke apa? -,- aku rasa macam da tersimpang jauh la pulak entry ni. HAHAHAHA.

apa-apa pun, bromance la kamu. bukan atas dasar nafsu, tapi atas dasar kasih sayang sesama kawan. and kadang-kadang orang selalu tanya, macam mana kita nak bezakan antara kasih sayang dan nafsu? well, bro. deep in your heart, kau sendiri tahu apa itu nafsu and apa itu kasih sayang. kau da besar and takkan aku nak ajar kau berfikir lagi. kau sendiri boleh bezakan mana yang baik and mana yang buruk. :3 mana yang nafsu macam setan. and mana yang baik macam angel. kononnya. and entry bromance ni bukan entry lucah atau seks atas katil. ini entry tentang friendship arsehole. kah! kau salah tafsir, itu lantak kau. HAHAHAHAHAHAH. tapi yeah, aku ada certain kawan yang memang rapat gila babi. and aku rasa semua orang ada kawan yang sebegitu rupa. jaga dorang weh, jaga dorang. :p

they are good friends. jadi, apa kisah bromance anda dan kawan anda. heh. sila komen kalau entry ini ada kena mengena dengan anda :3

p/s
nak pergi johor minggu ni. wiwiwiwiwiw.



7 comments:

  1. Hai..no offend klau apa yg aq akan citer ni x valid dgn tajuk post kali ni..
    x tau nk kongsi apa.. haha
    nama aq ijat.. umo 19..
    baru² ni aq ada klua lepak dgan sorang mamat ni.. lg tua drpd aq..umo dye 24..aq panggil dia abg.. sanggup dia dtg dari jauh sampai sesat 1st time tu.. ada la noti² sket.. bg aq itu pengalaman pertama aq dpt buat camtu.. even aq ni jenis x banyak cakap kinda introverted person tp dia ckap dia x kisah..dia ni sweet sgt.. x mmaksa.. aq syg dia.. best sgt dpat lepak dgn dia tp pantai :) dia banyak nasihat aq.. aq harap dapat cari bf mcm dia satu hari nnti.. lpas ni maybe x jumpa dh.. sedih rasa cam nk nangis.. tp aq tau dia ikhlas kawan dgn aq.. hope kitorang jumpa lagi and x lost contact..bulan 9 ni birthday dia.. klau aq masuk uni x dpt la jumpa dia.. dia pun tgh dlm proses cari kje...tu je la kot..just skrg confuse sbb ada rasa sayang mula berputik..haha ntah la..haha jgn hate aq.. just nk kongsi citer je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well...just share what u want..sbb kite 'sama' hahahaha aq pun pernah alami...just keep contact.m

      Delete
  2. Yes...I have one..bromance. My classmate masa diploma yg agak alim orgnya. We share lot of things. Lentok2 kt bahu, tido sebantal n setilam. Jz imagine, candy yg ada dlm mulut(definitely dh bcampur aie liur), sanggup dipatahkan dua & we share with no doubt...punye kamceng la kami dua sampai cmtu skali. Masa study dlu dia ada group/geng sndri, and so do I. But we are so closed and our parent also knows each other.Our classmate labled me as his "gf"...Ada yg siap slongkar fon dia and tkr contact name, dari my name to 'sayang'...itu siyes lawak! Until today, eventhough masing2 dah ada anak, he still saved my number and named, 'sayang'. Kami x pernah ehem2 sbb xde nafsu lgsg. Kami berdua syg persahabatan ni dunia akhirat.

    ReplyDelete
  3. wah nak datang johor...area mana???mana tau leh bawak jenjalan...haha...

    ReplyDelete
  4. Wow!..bestnya.. hahahaha.

    ReplyDelete
  5. Selalu bromance dgn kwn² housemate maha rapat dr asasi smpai habis degree. Dorg lentok, aku pon lentok. Jln berpegangan tgn.. Berpelukan.. Haha. Dorg open minded. Even dorg tau yg aku ni jenis suke laki. Siap sakat aku lg bila dorg balik dr main bola (aku sebenarnye kaki bangku), "td ada abg sado ko kt padang. Rugi x dtg tgk. Siap die bentes kaki aku lg". I was like =.="

    Classmate (lelaki) pon ada suke sakat aku jgk. If ada lelaki sado lg hensem lalu depan kelas dan aku mcm tak berkelip mata tgk, adalah suara sumbang kedengaran, "n***.. Jaga mata tu...". I was like =.=". Segannye kantoi usya jantan.. Hahahaha

    Rummate aku lak satu geng sis ngan aku dr SPM sampai masuk u. Mmg tak la bromance. Nampak lesbian sgt kay. Xkan nak dildo sesama pulak. Haha. Geng sis kami 4 org je. Sbb pondan dlm batch kami tak ramai. Engine mmg tak ramai pondan kay. So, kami mmg kena la coverina segala dan tak terlalu keperempuanan utk still nampak okay dan diterima oleh masyarakat. Engineer pondan mmg kena pulau la.. Kena stay nampak jantan. Xboleh makeup overdose.. Gittuh. Once a week, wajib kuar makan sambil update gossip2 panas. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)