Nuffnang

Wednesday 3 June 2015

Mari jelajah Banding #145

Volume 3
Chapter 6
Page 15
Paragraph 16 : 52
Tittle : Mari jelajah Banding
Music : Mighty Fall [ Fall Out Boy ]


aku sebelum ni pernah pergi Banding. Banding terletak dekat area Royal Belum sana. aku pergi Bandung sebab ada amali dekat sana. kiranya, aku dengan kawan-kawan berkampung dekat Tasik Banding selamat 10 hari 9 malam. there are a lot of activities yang aku dengan kawan-kawan buat and kena buat. Also, amali Tasik Banding jugak is part of our test and exam, jadi masa kat sana, apa-apa aktiviti yang kitorang buat, bukan setakat enjoy semata and riang ria raya 24/7. tapi kena buat and belajar betul-betul all those amali. haha. tak kisah la nak enjoy ke apa, bukannya tak boleh enjoy pun, tapi kena ingat selalu la, selain dari enjoy, kena alert selalu dengan segala amali yang berlangsung and kena ingat step la apa la itu la ini la. yadaa yadaa. aku rasa dekat entry ni, aku akan banyak letak gambar je la kot. hoho. baru senang nak layan.


tiap-tiap pagi, selama 10 hari 9 malam, kitorang kena susun kayak ni dekat air nu ha. memang la setiap pagi, basah bagai sebab kena susun kayak. kena ikut warna bagai and all that. bila petang pulak, bila nak masuk waktu maghrib, kena bawak kayak semula naik ke atas , i mean,kena bawak dari air ke darat semula and susun dekat kawasan yang da setting awal-awal. selain kena susun kayak pada waktu petang hari, kitorang pun kena susun kepala enjin bot saiz 8 , 16, 24, dinggy and jugak bot besi. -,- like serious, amali ni kadang-kadang buat kau sakit belakang pun ye jugak.


bila petang hari, selalunya kayak ni memang akan berkurangan sebab akan ada yang pergi buat amali dekat tempat lain. masa amali ni, kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan. kalau waktu petang tu, might be kumpulan A pergi buat Abseiling, Kumpulan B pergi belajar kayak Rescue dan lain-lain lagi. waktu amali pulak, kitorang bahagi kepada 3. 

1) waktu pagi
2) waktu petang'
3) waktu malam.

mostly waktu malam tu, kitorang kena kayak dalam gelap je la. -,- kena buat straight formation. tak mampu la pulak nak buat diamond formation kalau dalam gelap. KAH KAH KAH.


and setiap kumpulan tadi, masing-masing kena ada bendera. setiap kali nak buat aktiviti atau amali kat mana-mana, bendera ni jugak la kena angkut ke hulur dan ke hilir macam apa je. hahaha. bawak bendera macam nak pergi berperang pun ye jugak.


masa ni tengah prepare and get ready barang untuk buat flying fox. wiiiii. yesssszaa, you heard that, kitorang kena buat flying fox and then main lepas tu. tapi aku banyak tengok je. KAH KAH KAH. orang suruh tarik, baru la aku tarik. orang suruh stay, aku pun stay. terasa macam lembu sangat :3 .jadi, antara barang-barang yang kena ada dan prepare is tali semi statik, carabiner, sling, tandem, halmet, harness, pulley dan lain-lain. 



dan Flying Fox pun siap and da ready untuk dimainkan!! eyahhhhh. selalunya kalau kita main Flying Fox, at the end of Flying Fox mesti akan ada breaker. selalunya kalau Flying Fox dekat tanah, mostly human breaker yang akan digunakan. tapi kalau kes ni, disebabkan penghujung dia ialah air dan tasik, tak boleh nak apply la human breaker tu. jadi kita apply water breaker ; iaitu perberhenti (perberhenti????? betul ke ayat ni? hahahaha. gasak!) kepada flying fox ialah air. masa main flying fox tu, yang penting kena pakai halmet dan pastikan carabiner selalu attach dekat sling and all that. kalau tak pastikan carabiner kau tu dalam keadaan selamat dan elok, memang wasalam je la kau tercampak dalam air. haha. masa aku main flying fox tu, bila sampai dekat air je, kitorang kena berenang naik semula ke darat. heh. best gilaaa!! jenuh jugak la berenang dari end point flying tu ke dek kayu yang kitorang buat tu. tapi yang pasti kena pakai BA la. mahunya aku lemas kalau tak pakai BA. -,-; da la tak gua ialah makhluk yang tidak tahu berenang. haha.


kitorang pun ada amalu bawak bot jugak. jadi masa tu, sorang-sorang diberi peluang untuk bawak bot. KOH KOH KOH. sesungguhnya ianya memang sangat seronok dan pengalaman yang luar biasa! feeling masa dekat Regatta pun ye jugak. hiks. 


ini ialah laluan yang kitorang gigih kena bawak kayak turun dan naik hari-hari setiap pagi dan setiap petang. -,- masa zaman senior aku, paras air Sungai Perak masa tu agak tinggi, jadi dorang tak perlu nak menapak sangat masa susun kayak. time batch aku, masa tu la pulak musim kemarau la apa la itu la ini la, jadi, memang cerun, and kena menapak banyak setiap kali nak susun kayak. her her. gua jadi sado setiap kali selepas sesi susun kayak. KAH KAH KAH


ni la suasana masa pi kayak! KOH KOH KOH. tapi aku ingat lagi, gambar ni diambil waktu kitorang tengah nak buat amali Kayak Orienteering. pernah main orienteering? Orienteering macam main explorace atau Amazing Race. cuma klu-klu dia diberi dalam bentuk bearing dan darjah. Orienteering ada pelbagai jenis. contohnya 

1) Foot Orienteering. Foot Orienteering ni orienteering yang paling common and selalu orang buat la. Foot Orienteering kebiasaannya dimainkan di dalam hutan. tapi kadang-kadang ada je organizer yang anjurkan Foot Orienteering ni dekat Urban Forest. 

2) Bike Orienteering. Bike Orienteering ni orang akan bermain orienteering menggunakan basikal. jadi nak bergerak ke mana-mana mesti menggunakan basikal. selalunya skala Bike Orienteering ni lebih besar dari Foot Orienteering. 

3) Kayak Orienteering. Kalau Bike Orienteering menggunakan basikal. well, kayak Orienteering pulak menggunakan kayak sebagai medium untuk bergerak. masa amali ni, pengalaman sebagai organizer pun aku ada rasa, pengalaman sebagai peserta pun aku ada rasa jugak. pengalaman jadi Organizer tu memang priceless la. haha. ye la, ada map tasik Banding - Sungai Perak bagai untuk set and tembak bearing. kebiasaanya, skala Kayak Orienteering ini adalah sangat besar dan agak susah untuk dimainkan sebab selalunya orang tak jumpa check point yang harus dorang pergi tu. kadang-kadang check point tu berada di sebalik pulau. KAH KAH KAH. 

sebagai contohnya, team Orienteering kena tembak 67 darjah dari first pin point (kebiasaannya akan ada flag dekat situ) . kebiasaannya peserta  akan ingat, first check point ialah di depan pulau (yang ada tanda merah tu ) . pastu dorang pun gigih la bersama kayak-kayak dorang berkayak ke situ. tapi bila sampai dekat depan pulau tu, tengok-tengok takde checkpoint tu pun. tapi sebenarnya , the real first check point ialah di sebalik pulau sana. and kalau checkpoint terletak di sebalik pulau agak troublesome sikit sebenarnya sebab kena buat detour and all that.. -,- hahaha, macam bingai kan main kayak orienteering ni. .by the way. -,- tak paham pun takpe apa yang aku explain ni. KAH KAH KAH. korang buat-buat paham je la. 



masa ni pulak nak pergi Grouping Camp. memang best gila. koh koh koh. kiranya macam kau akan pergi ke satu tempat yang baru ; macam dapat rumah baru, dalam hutan, dekat satu pulau, and kau kena design campsite kau. makanan pun kena carik sendiri which is paling banyak dorang kasi untuk buat bekalan masa tu pun ialah Kentang dan Ubi. so, gigih la kitorang buat umpan and tangkap ikang. 



ni pulak pemandangan dari pulau baru kitorang tu. troublesome untuk sampai ke pulau ini ialah ada banyak cerucuk kayu tu. and paling troublesome bila kau kena buat Night Kayaking. masa Night Kayaking, sah-sah penglihatan kau tak bagus, lagi-lagi untuk orang rabun macam aku ni HAHAHAHAHHAHAHAHAHA, memang tak nampak apa la. apa yang kau boleh fokus ialah kayak di depan kau. kebiasaannya Night Kayaking akan membuat Straight Formation. 




Kalau straight formation, apa yang kau kena buat ialah follow orang depan je. jadi pada waktu malam, possibility untuk kau sesat ialah rendah sebab kau memang follow orang depan je. melainkan , orang depan kau tak tahu guna kayak, sentiasa ke kanan dan ke kiri, dan guna kayak pun tak straight mana pun, memang agak carca marba jugak la and possibility untuk kau sesat dan menyimpang dari laluan asal adalah tinggi. kelebihan straight formation ni ialah kau akan tidak akan sesat and sentiasa selamat as long, kau follow kayak depan kau.

untuk Diamond Formation pulak, selalunya akan ada Penjaga Kayak which is kayak yang warna merah. Kayak warna kuning tu pulak kena berkayak dalam lingkungan Kayak Warna Merah. kebiasaannya, penjaga kayak ni adalah orang yang berkemahiran dalam mengendalikan kayak sebab dia kena sentiasa berada dalam formation diamond. and kayak warna kuning tu pulak, kebiasaannya orang yang tak berapa pandai sangat main kayak. jadi kiranya, dorang akan bergerak dalam kumpulan and kalau Penjaga Kayak nampak, kayak kuning macam ada masalah, Penjaga Kayak akan datang membantu.




ni pulak ialah Ujian Kayak Formation. which is kau kena buat bentuk bulat la , bentuk Y la, lambang BMW la apa la itu la ini la. macam-macam aktiviti and games yang kitorang main dekat Banding. end up, kulit pun jadi berbelang. HAHAHAHHAHAH, gua pada asalnya seorang remaja yang putih, tetapi selepas amali Banding *geleng2 kepala* KAH KAH KAH, gua menjadi remaja berbelang macam Kuda Belang. sobs.

kos aku ni memang banyak main sikit. banyak amali and banyak jalan sampai satu tahap, kau da tak daya nak pergi amali lagi sebab kau nak rehat je. preparation amali and aktiviti adalah sangat banyak dan perlukana banyak tenaga. -,-

sekian entry saya pada kali ini berkaitan Banding. haha. kalau ada masa, jom ramai-ramai datang ke Tasik Banding and jejak Royal Belum pulak! wehhuuu. Royal Belum pun quite nice jugak dia punya kawasan untuk buat aktiviti and all that *padahal aku pun tak pernah jejak lagi. haha*

sekian, till we meet again.

papai!! *lambai lambai*

p/s
gua sebenarnya tengah rindukan seseorang. T_T *nangis*

13 comments:

  1. Selalu lalu Banding bila berulang alik ke Kelantan satu masa dulu. The best place untuk bawa diri .. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau orang kelantan ke? haha. baru tahu. :3

      Delete
  2. Numan org kedah, dulu2 sblom clash dia slalu balik kg abam kat kelate nun.. Nak hirup budu katanya..

    Nextime nak p sana lg ajak abam k? Dah lama teringin nak pi, tp xde geng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Boleh boleh aja abang adam. Percutian ke dalam hutan

      Delete
  3. Pernah try flying fox..kayaking tak pernah lagi..

    Mesti Shark dah terer main kayak,lepas ni boleh laa ajar aku..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakkka. Mana ada teror. Biasa je

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Shark. Bile wak nk sambung chapter remaja tu. I miss at paan..

    ReplyDelete
  6. Tapi... kawasan ni menakutkan selepas senja melabuhkan tirai...

    ReplyDelete
  7. Royal Belum, mmg gempak habis. Ni aku nak ada evnt 6-8 Ogos kat sana. Tempat yg damai, paling best dapat tengok sendiri bunga pakma azlani.

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)