Nuffnang

Friday 23 May 2014

Pengalaman pergi Indonesia #90 dan sedikit pasal kem



hari tu , awal bulan 5, aku pergi Indonesia untuk konferens dengan 4 orang lagi kawan aku. basically, this is first time aku pergi luar negara. yippy! kah kah kah, sounds a bit batak but hell yeah, eh biarlah, aku nak happy. yang lain jangan nak sibuk.

jadi kitorang pun bertolak la ke LCCT (still guna LCCT that time sebab baru 3 Mei, KLIA only beroperasi on 9th May masa tu) , ada MPP yang tolong hantarkan and are glad la actually sebab ada orang nak tolong. kalau tak , memang trang tang tang je kena bas untuk ke LCCT dari Bandar Tasik Selatan. satu hal nak tunggu bas. satu hal nak buat itu ini yadaa yadaa.

sampai je kat LCCT, semua perut da kriok kriok mintak diisi. as a jawa murtad, aku still need nasik but kat situ, pilihan apa je la yang ada kan, so makan la MCD yang super mahal tu. -,- aku still consider MCD mahal sebab bila aku makan, mesti tak kenyang. tak tahu kenapa. HAHAHAHA, nak kata aku perut tong, takde la pun sangat but MCD is my last preference if kau nak makan fast food. aku lebih tertarik untuk makan KFC. yum yum. haih, tetiba aku lapar la pulak. -,-.

apa-apa pun, siap je makan MCD, amik tisu lap lap mulut sikit, sekali kawan aku (nama dia Shida, and opkos bukan nama sebenar) macam a bit jerit disebabkan kehadiran seseorang.

"eh, kau buat kat sini?"

aku terus pusing belakang and cuba bertenang. jantung da dup dap dup dap tengok seorang budak laki tu pakai baju pink sambil diri aku sengih-sengih kawal jantung. wahai jantung, tenang la kamu ye. and pada masa yang sama kepala otak aku tengah cari alasan untuk kasi tahu pada yang lain, kenapa si baju pink itu ada di sini juga. let's call the baju pink itu sebagai PP. PP as a pink panther. kah! mampus aku kena bebel dengan dia bila dia baca ni.

jadi PP pandang aku. aku pandang dia. dia sengih. aku sengih. masa tu kitorang baru lepas gaduh. macam nokharom jugak la sebab aku ni agak emo sikit kalau berkenaan dengan orang yang aku sayang melebih lebih ni. terus aku cakap dekat semua kengkawan aku.

"dia datang sini sebab nak hantar aku. nak tengok sebelum chow pi indonesia."

hahahaha, aku pun tak tahu alasan tu valid ke tak untuk diterima oleh semua kengkawan aku sebab Shida tu banyak kali jugak jumpa PP. Cherry pulak baru jumpa sekali dekat kolej, tu pun sekejap je sebelum aku dengan PP pergi makan lepas tu and Hisham baru jumpa pertama kali kat LCCT tu. kawan aku lagi sorang, nama dia Beruang, dia pergi makan kat tempat lain.

terus lepas tu, Cherry yang tengah cemas sebab macam semua serba tak kena nak naik flight pergi Indonesia, (MH370 still menghantui kitorang masa tu) mintak tolong PP untuk tolong kitorang buat itu dan ini kat LCCT sebab rasanya Cherry tahu yang PP ni belajar pasal kapal terbang as a adik angkat dia pun belajar dekat tempat yang sama dengan PP ni cuma lain tahun je. lepas buat itu ini, lalu sana sini, tiba la masa untuk masuk Balai Berlepas. masa tu agak sedih sebab nak berpisah dengan PP. kitorang bukanlah pertama kali tak jumpa dalam jangka masa panjang pun sebab kitorang memang duduk a bit jauh and masing-masing belajar bukannya dekat tempat yang sama tapi entah kenapa nak rasa sedih. maybe sebab masa tu aku baru lepas gaduh maha ganas dengan PP. (agak bodoh bila ingat balik. hahahaha. tapi aku still merasakan yang gaduh is a sweet thing untuk kau ingat bila kau tengah bosan). jadi , PP tunggu dekat luar kawasan cek imigresen sebab dia da tak boleh masuk kawasan tu. aku pulak lalu untuk cek kawasan imigresen and lepas tanda aku tak bawak dadah atau benda2 yang boleh letupkan kapal terbang, KAH! and mula naik eskelator. sepanjang naik eskelator tu, aku pandang belakang je and lambai kat dia sungguh-sungguh tapi still kawal sebab takut Shida nampak and pandang pelik. -,- dan lama kelamaan , aku pun tak nampak dia. masa tu sob sobing betul.





sampai Indonesia, keluar kawasan Imigresen and mula carik teksi. aku dengan Beruang usha usha kawasan sekeliling untuk carik teksi dulu. orang selalu pesan, bila sampai airport je, naik bluebird punya, jangan naik yang lain. aku pun asyik angguk angguk je bila dengar orang pesan macam tu. tapi menjadi permasalahan kitorang ialah kitorang ni ada 5. aku - beruanag - shida - hisham - cherry and bluebird tak boleh nak muatkan kitorang berlima. kitorang sapu kereta macam Alza and sumbat semua barang dalam tu. a bit mahal tapi takpe la, masing-masing nak selesa. lepas tu, naik teksi and tengok pemandangan Indonesia dari dalam kereta. paling dasat bila sesat tak jumpa tempat yang kitorang nak menginap tu. macam siot je. -,-





adalah sangat lega abadi bila sampai Malaysian Hall and mula check in. lepas check in, masuk bilik, letak barang, lepas tu terus keluar balik untuk carik makanan sebab masing-masing da mula lapar tanda kriok kriok. last makan ialah MCD. jadah haram memang lapar la lepas tu. so, mula la perjalanan mencari makanan kat sekitar kawasan Malaysian Hall tu. kitorang sebat je kedai tepi jalan entah mana entah lepas tu duduk and mula order. dulu, masa zaman aku kecik-kecik, orang selalu cakap Indonesia ni teruk la, kotor la, itu la ini la , and kau boleh nampak tikus besar pinggan dekat mana-mana and all that. -,- bagi aku, so far, aku tak pernah lagi nampak tikus besar pinggan kat Indonesia tapi dekat belakang downtown Mines, pernah la aku nampak tikus tikus besar pinggan main-main lari kat situ., macam siot je. aku - beruang and shida jenis yang taram makan apa-apa je. meanwhile hisham and cherry jenis couple yang tak declare tapi teman tapi mesra yang suka makan berkongsi and hisham agak spoil brat yang tak boleh nak makan tempat kotor-kotor macam tu. disebabkan lapar, kitorang tak pikir pasal hisham yang nak makan kat tempat bersih. kau nak makan tempat super maha bersih, then kau gerak je la sorang-sorang. makanan kat Indonesia lebih kurang sama je macam kat malaysia jadi feeling over shock tu takde la and mudah je dapat makanan. :)




malam.
Beruang and Hisham kata nak carik pub la disko la clubbing la apa la untuk enjoy pada waktu malam kat Indonesia. I was like -,- , aku tak kisah if you guys want to go to that place tapi Hisham adalah orang terakhir yang aku rasa akan pergi ke tempat tempat macam tu. Hisham tu kinda spoil brat anak sulung yang selalu dapat banyak benda dari family dia. kadang-kadang for each week, dia dapat rm500. not gila kaya but ayah dia hulur and he need money, so he took it. aku pun tak tahu apa yang dia buat dengan duit rm500 tu. <--- kes 500 ni last semester and memang guna banyak duit pun tapi -,- bebudak lain and termasuk aku takde la sampai spent 500 each week duh. nampak macam aku tak puas hati dengan Hisham kan? naaaa, aku dengan dia okay je cuma perangai dia kat Indonesia a bit annoying dengan pelbagai perkara berdegar-degar dia tu. apa-apa pun, Malaysian Hall terletak dekat kawasan yang agak elit sikit and susah kau nak jumpa kawasan yang ada all those pub and thing tu. kalau kat Malaysia, segi tiga emas ialah BB - Times Square and KLCC. and kat Indonesia, Malaysian Hall termasuk dalam kawasan segi tiga emas. yang aku tak puas hati tu, kenapa takde tempat macam BB langsung? alahai.

dan malam itu, adalah malam yang bosan.




esoknya, aku - beruang - hisham - cherry dan juga shida berjalan kaki dari Malaysian Hall ke Gondangdia Train Station untuk ke Bogor dengan menaiki tren. so, macam agak teruja la sebab akan naik tren buat pertama kali kat negara orang. selalu naik komuter, monorel ataupun Putra dekat Malaysia ni. awal-awal lagi Beruang da contact Faradila dari Institut Pertanian Bogor untuk sambut kitorang dekat Bogor Train Station. Faradila kata, dorang akan tunggu dekat KFC yang terletak seberang dengan Bogor Train Station. aku dengan Beruang kenal Faradila dari satu event dekat uni kitorang ni. so, alang-alang da sampai dekat Indonesia, why not kita jalan-jalan dulu and pusing sana sini. and yang lagi best Faradila bawak jalan-jalan, kiranya da macam ada tour guide la jugak. actually, selain dari Faradila, akan ada orang lain jugak yang akan join sama dari Institut Pertanian Bogor which is Defika, Fadila, Diko, Andri dan juga Mada. they are really good friends :') gila rindu dekat dorang. haih. cuma Dessy dengan Bai je yang kitorang tak dapat jumpa sebab Dessy sakit perut and Bai tengah kumpul data research untuk Final Year Project.

sampai je kat Bogor Train Station, kitorang terus bergerak ke KFC and jumpa Diko dulu. lepas tu Mada dengan Fadila sampai and after that Faradila sampai dengan rambut dia yang mengurai panjang tu. <-- gaya tulis da macam sastera la pulak. kah! tak tunggu Defika and Andri, kitorang semua terus gerak untuk carik lunch and naik Angkut. Angkut ni design dia macam van je. -,- actually memang van pun. hahahahahahahha. and thanks for the IPB ian sebab tolong bayarkan tambang Angkut sepanjang ada dekat Bogor.

lepak Bogor memang best la tapi manusia dia maha la banyak. jammed sesak sana sini macam apa je. kalau nak dibandingkan Jakarta dengan Bogor, aku akan cakap, Bogor lagi sesak kot. maybe dia over sesak hari tu sebab kitorang datang Bogor tu hari ahad, jadi might be akan over crowded sikit. apa-apa, we still have fun. bebudak Bogor tu memang la bawak kitorang pusing sana sini and jadi tour guide yang sangat bagus. dorang cakap

"masa event dulu pun, kamu da jadi organizer yang cukup bagus. now, it is our treat." aku, Beruang, Hisham, Cherry dengan Shida sengih-sengih je.





kalau ikut dalam sistem keretapi / tren dekat Indonesia ni, dia agak pelik sikit. dia bukan macam Malaysia yang ada banyak laluan. yes, dekat Indonesia, dorang still ada banyak laluan tapi keretapi dia tu adalah sama walaupun laluan yang berbeza. arghhh!! mesti tak paham kan? hahaha. okay, kita amik contoh. monorol, ktm dengan putra adalah 3 benda yang berlainan kan? they also have different route. and dekat depan tren pun ada tulis perkataan nak menuju ke mana kan? but Indonesia is different. tren dia sama walaupun laluan berlainan. dan dia jugak takde arah tujuan dekat bahagian depan tren. so, bagi mengelakkan kau tak salah naik tren, kau kena tanya orang ramai ataupun dengar dengan betul dari pencorong suara, kemanakah tren itu akan pergi? tapi disebabkan masing-masing tak la reti mana cakap Indonesia, terus je la tanya orang ramai,

"betul ke tren ni pergi Bogor?"

macam siot je sebab masa dekat Gondangdia Train Station, aku terus naik tren tu pastu tetiba Cherry tarik aku keluar.

"tren ni bukan pergi Bogor. tren ni pergi Bekasi."

pulak da. lepas tu ada tren lagi sampai. Cherry terus tanya kat orang ramai.

"bukan Bogor. ni ke tempat lain."

and after that baru la tren yang sebenar sampai which is pergi ke Bogor. baru la dapat naik dengan senang lenang untuk menuju ke Bogor.







cerita baliknya, Mada, Faradila, Fadila, Defika, Andri and Diko sanggup beli tiket tren untuk hantar kitorang sampai masuk ke dalam koc. disebabkan Bogor adalah stesen tren yang terakhir, jadi ada banyak tren ke situ yang akan ke Jakarta Kota semula. susah aku nak terangkan, tapi apa yang aku tahu, semua tren dari Bogor akan ke Jakarta Kota dan akan melalui Gondangdia Train Station untuk kitorang turun. apa yang aku ingat, masa tu ada 4 tren kat landasan. landasan kat Bogor lebih kurang ada 8 - 10 landasan. It is an oldie train station and sangat besar. ye la, Bogor is the last station aite? jadi kitorang pun naik tren yang ketiga which is that train yang paling pantas akan berlepas ke Jakarta Kota meanwhile train lain akan a bit lambat. tengah duduk-duduk gelak-gelak dalam train, (bebudak indon kat luar tren semangat borak sesama sendiri dan hanya akan lambai kalau tren yang kitorang naik tu bergerak) tetiba ada pengumuman and pastu semua orang dari dalam tren lari laju-laju keluar dari tren macam ada kecemasan ataupun macam tren tu ada kena serang dengan resaksa ganas.

I was like, -,- what the hell is goin?

tetiba Mada cakap dekat kitorang.

"guys, lets go. train number 1. tu yang paling pantas untuk balik semula ke Gondangdia."

terus lepas tu aku, Beruang, Shida,Hisham and Cherry terus lari laju-laju ke tren lain. aku gelak-gelak sambil lari sebab bagi aku ianya macam agak fun la jugak. kah kah kah. tetiba aku teringat cerita Divergent yang aku tengok dengan PP dekat Alamanda dulu., memang feeling habis kejar tren atas landasan sambil kau masuk tren 2 pastu keluar balik, lari atas landasan, pastu baru dapat masuk tren 1 and carik tempat duduk. bagi aku, lari-lari tu memang pengalaman yang superb la. kau memang tak akan dapat pengalaman tu kalau dekat Malaysia. rare dan di Indonesia sahaja. dekat India might be ada kot. kah!





Indonesia terlalu sesak. banyak dengan orang awam naik motor, kereta and whatever kenderaan lagi yang ada. and cara kerajaan Indonesia untuk atasi kesesakan lalu lintas and at the same time semua orang dapat pergi ke tempat kerja atau urusan masing-masing dengan pantas adalah dengan menaikkan kemudahan kenderaan awam. macam contohnya bas. sistem bas dekat Indonesia sangat sangat bukan macam dekat Malaysia. kalau dekat Malaysia, kita ada laluan khas untuk motosikal, tapi kalau dekat Indonesia, kau akan tengok, bas yang akan ada laluan dia sendiri. and also bentuk bas jugak da macam monorel je aku tengok. haha.

kalau naik tren pulak, kau akan dapat refund semula masa kau nak keluar tren. dari Gondangdia nak ke Bogor, kau hanya bayar 5000 rupiah je which is aku rasa sangat murah sebab RM 1 lebih kurang 3000 rupiah je padahal jarak Gondangdia station ke Bogor station macam KL sentral nak ke Seremban. jauh gila babi. ada la 2 jam jugak dalam tren tu. kalau kau berdiri, memang kau boleh ucap takziah dan tahniah kalau kaki kau berjaya berdiri. sebab tu masa pertukaran tren yang lari lari semangat sambil gelak tu, semua orang beria ia termasuk 5 orang budak Malaysia ni sebab semua malas dan tak larat nak berdiri da.

okay, dari Gondangdia nak ke Bogor, bayar 5000 rupiah untuk setiap orang. lepas tu akan dapat macam kad tiket untuk setiap seorang jugak. keluar dari Bogor, kau still simpan kad tu untuk kau balik ke Gondangdia semula pada waktu malam. jadi lepas berjimba sakan bersama IPB ian, masa nak balik ke Gondangdia, pergi kaunter tiket , cakap nak pergi Gondangdia and hulur 5000 rupiah setiap seorang beserta kad tiket yang mula-mula dapat masa kat Gondangdia tu. dia akan macam refill semula la. bila kau sampai Gondangdia balik, disebabkan kau da tak guna kad tiket tu, kau pulang balik kat kaunter and akan dapat refund semula :) bagi aku macam bagus gila sebab kerajaan dia memang menggalakkan orang ramai guna kenderaan awam dengan buat cara yang sebegitu rupa!

disebabkan Indonesia da terlampau sesak and busy and hidup susah, mereka punya kehidupan sampai satu tahap akan be too creative semata mata untuk survive. bagi aku, dorang memang bagus in certain way la. tapi ada satu benda yang aku tak paham dekat Indonesia ialah rakyat dia akan hon di sana sini sama ada kereta , teksi, motor, bas atau apa apa sekali pun. kalau kat malaysia adalah sangat rare untuk kau jumpa orang yang hon kereta atau motor. kat malaysia, if those thing happen, maksud aku kalau seseorang hon kereta atau motor atau bas adalah disebabkan beberapa perkara berikut (titik dua bertindih)

1) kereta A hon kereta B sebab kereta B lembap bawak kereta
2) kereta A hon Motor A sebab motor A tak kasi signal nak lintas.
3) kereta A hon bas sebab bas tu bawak laju gila sampai nak langgar kereta dia
4) motor A hon motor B sebab motor B perangai macam kimak kimon
5) motor A hon kereta A sebab kereta A bawak senget benget pastu motor tunjuk middle finger kat kereta A

that thing is normal kat Malaysia. ye la, kau hon sebab ada something happen and you are mad about that tapi kat Indonesia atas tanpa beberapa reason , kereta - bas - motor akan hon 24/7 non stop dan ianya agak pelik dan menimbulkan tanda tanya yang over pada aku bersama rakan-rakan dari Malaysia yang lain. dia macam -,- what the hell? da kenapa kereta ni asyik hon je? padahal aku rasa takde la buat salah pun. jadah entah apa-apa. mungkin itu lifestyle dorang but who knows. *angkat bahu*




2 hari dekat Shangri La untuk konferens, okay , ada la several thing yang happen but let it be, malas aku nak cerita. -,-




habis konferens, aku,Hisham, Shida and Cherry balik Malaysian Hall dulu untuk berehat sebelum keluar jejalan kat sekitar bandar Jakarta. Beruang awal-awal lagi da keluar jejalan dengan bebudak dari Lambung Mangkurat University jadi memang terpisah habis la. rancangan awalnya, Beruang akan texting kitorang , dekat mana kitorang semua akan berjumpa tapi entah kenapa Beruang tak texting langsung. Shida da mula panas hati dengan Beruang sebab tak texting langsung and lepas tu kitorang berempat terus decide untuk terus keluar je tanpa ada Beruang. lepas siap-siap , tanya dekat guard Malaysian Hall, malam-malam ni kawasan mana yang best untuk jejalan? dia ada kata something tempat nama Festival - Pasar - something - like - that la. tapi apa yang pasti kitorang harapkan kawasan macam Uptown / Downtown sebab kitorang nak beli something yang boleh bawak balik ke Malaysia. dekat Bogor ada beli jugak tapi nak beli lagi dari Jakarta.

tahan teksi dari Malaysian Hall lepas tu cakap dekat pemandu teksi yang kitorang nak pergi Festival something apa entah. tak ingat the exact place yang aku sebut tu. dekat Indonesia memang semedang je naik teksi untuk ke mana-mana macam orang kaya Malaysia sebab 1) buta arah dekat Indonesia 2) sebab takut kena tipu 3) jadi adalah lebih baik naik teksi untuk ke sana sini. 4) lagipun teksi dekat Indonesia boleh dikira agak murah la and pemandu dia pun ceria ceria belaka. cuma yang tak boleh belah ialah pemandu dia agak buta arah sikit dan tak tahu tempat untuk dituju. lepas pusing sana sini, terus la kitorang sampai dekat tempat yang dituju. rahang jatuh dulu. nama dia ialah Plaza Harmoni, Jakarta Selatan. apa yang ada dekat Plaza Harmoni ni ialah tempat ni bagaikan syurga makanan fast food yang bukak 24/7. ia tempat fast food yang tak pernah mati. dia ada Mcd, dia ada KFC, dia ada domino, Pizza, secret recipe, itu ini bla bla bla. <--- tapi benda -benda macam ni bukan apa yang kitorang carik duh. kitorang carik something tempat yang ada soul seni. bukan soul bandar. nak something macam Petaling Street, macam Pasar Seni, macam Dataran Merdeka. -,- sampai je Plaza harmoni, makan sikit-sikit pastu tanya orang sana sini, mana tempat yang boleh spend night life and beli barang-barang kind like souvenir, ada orang makcik tu kata , try la pergi Tebet. and here we go, again, kitorang tahan teksi and heading to Tebet untuk misi mencari barang-barang yang boleh bawak balik Malaysia.


sampai Tebet, ucap syukur la sikit. well at least Tebet lebih kurang sama macam Downtown / Uptown tapi yeah far to cry from what malaysia have. dia cuma kedai kedai tepi jalan yang bukak cenggitu. dia bukan downtown atau Uptown yang kumpul satu tempat and macam agak syurga la kau cuci mata and impian untuk beli something. but Tebet, em emm, kira so-so la. kira okay la jugak dari takde kan? so, kitorang pun spend kejap kat situ beberapa waktu untuk beli itu dan ini. ada la menggila jugak beli sweater, topi, kasut , handbag itu ini kat Tebet tu. lepas habis pusing, tanya orang sana sini, apa tempat tempat yang boleh berlibur malam, dorang cakap, most of the place da tutup. dorang sebut Tanah Abang, Monas, Tamrin City and lagi and lagi and lagi tapi semuanya da tutup. tengok jam, baru 1130. -,- awalnya semua tempat tu da tutup. kitorang semua carik tempat macam BB tu tapi hampeh memang tak wujud dekat Jakarta. tak tahu la tempat tu tersembunyi ke apa, tapi entah la. rasa pelik pun ada.




last day, sebelum bergerak ke airport, aku, beruang, hisham , shida and cherry last berjalan-jalan ke Monas sebelum balik. well, nasib baik kat Monas ada benda atau jual barang-barang yang boleh dibawak balik. jadi kitorang pun borong la key chain, baju, souvenir itu ini , pastu kakak aku nak benda yang boleh tampal kat peti ais, aku pun belikan la untuk dia. kalau tak belikan, nanti dia bebel la pulak.  lepas sok sek beli itu ini, kitorang pun naik teksi balik Malaysian Hall and guna teksi yang sama untuk ke Airport. on the way nak pi airport , sekali pakcik teksi,

"airport ni ada 3 terminal, nak pergi terminal mana satu?"

aku dengan bebudak lain da gelabah tetek. aduss, jadi satu masalah lagi. aku tak pernah tahu la pulak airport kat sini ada 3 terminal and masa sampai hari tu pun aku tak perasan kitorang turun dari terminal mana. aku ingat semua kapal terbang akan turun dekat terminal yang sama. ni da boleh mendatangkan kekeliruan -,-

"turunkan kami dekat Terminal 2 la." gasak and gamble je. turun je dari teksi , keluarkan barang dari bonet pastu baru tersedar, -,- it is not our terminal. okay salah terminal. cilaka betul. tanya orang yang bertugas terminal dekat situ,

"kalau Air Asia, patut pergi Terminal mana ya?" (bertanya dengan loghat Indonesia) masa dekat Tebet, ada orang ingat aku dengan Shida ni orang Indonesia sebab kitorang dua perfectly speaking like them. kah!

"kalau Air Asia, kena pergi Terminal 3."



lepas tu, kitorang berlima terus carik teksi. AGAIN and gerak ke Terminal 3. masuk kawasan terminal 3, cek itu ini and tunggu flight sampai dekat terminal kat kerusi yang disediakan. flight agak delay so tunggu macam celaka la jugak. tapi dalam hati aku and hati bebudak lain, semua malas nak balik Malaysia. semua tengah penat. hari tu ialah hari rabu. Khamis, keesokan harinya, Shida akan start amali. dia kena handle camp untuk bebudak special yang cacat penglihatan. Shida jadi Head of Department. aku, beruang, hisham and cherry hanya akan start amali hari jumaat which is kena handle camp untuk bebudak dari SBPI Temerloh. Cherry jadi Head of Department, Hisham jadi ketua Hygiene and Security, Beruang pulak jadi Bendahari Kehormat untuk tiga-tiga kem. (kitorang ada 3 kem dijadikan amali which is kem untuk kanak-kanak istimewa,kem untuk sbpi temerloh and kem untuk alumni), and aku pulak ketua aktiviti. kitorang berlima tahu, bila balik Malaysia je mesti kena hadap segala tugasan kem yang maha banyak tu.



sampai LCCT je, turun dari flight, amik bas ke BTS terus dapat call dari team kem SBPI Temerloh.

"da sampai Malaysia? kat mana weh? meeting dekat kolej. cepat untuk kem!"

cam siot je. dan bersama bagpack semua, aku, Hisham, cherry and beruang pergi meeting meanwhile Shida masuk mini library untuk meeting kem kanak-kanak khas. -,- lepas habis meeting around 2 pagi, masuk bilik, letak bagpack tepi katil , terus tidur dengan tak mandinya apa.

Khamis, bangun pagi around 845, notice da terlambat untuk ke kelas untuk naik bas. Kelas hari khamis start jam 9 pagi, terus mesej kawan aku untuk tumpang naik kereta. masuk kelas 930 and terus siapkan segala jadah persediaan kem sbpi temerloh. balik dari kelas jam 7 malam and masuk bilik around 730 malam. tidur. start meeting malam khamis jam 1000 malam and habis meeting jam 2 pagi again.  and esoknya dengan perasaan entah apa apa entah sebab banyak lagi tak siap, terus gerak ke kelas dan terus sambut SBPI Temerloh jam 230 petang pada hari jumaat tu.





Ahad. Kem tamat jam 430 petang. sambung post mortem till 530 lepas tu balik. masuk bilik tidur dan kawan aku terkejut.

"eh? ada kat bilik rupanya."

-,-

dan ye, entah berapa lama aku tak borak dengan kawan. aku cuma masuk bilik untuk tidur dan tidur lepas tu bangun untuk ke kelas dan program dan program dan program, -,-.

The end.

sekian kisah saya yang panjang dan penuh ranjau. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. aku memang penat sikit akhir-akhir, so harap anda-anda sekalian paham kisah kehidupan saya ni. sekarang ni aku busy dengan week 14 and banyak esaimen and at the same time aku nak kena uruskan hal aku ke Korea Selatan. I will goin for exchange student. -,- puasa kat luar negara. tahniah untuk diri sendiri sebab puasa time summer. dus. cabaran habis!

sekian, adios amigos. night fellas. love yolls. thanks for reading :)

p/s
will tryin to update remaja. :)



5 comments:

  1. Sgt pnjg.. Tekun baca mana tau terselit remaja but hampehh.. xpe2.. sbar menanti..

    ReplyDelete
  2. budak shark ni budak pandai sbrnye..

    ReplyDelete
  3. Still waiting for Remaja.....
    Last year aku p Medan Indonesia, lagi pening dekat sna hahhahaa
    Setia menanti #Remaja

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat pergi South Korea nanti

    ReplyDelete
  5. Xkan x jumpa boy boy cute kat sana?

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)