Nuffnang

Wednesday 14 May 2014

Manuskrip Gay. Remaja chapter 6 #88

#37
shark, mintak wechat xP
- from
#AkhirIman #twitter


takde wechat. hahahahahahahahahhahahahaha. sejujurnya aku jarang sikit guna wechat sebab dia agak berat sikit. aku lagi suka guna whatsapp.



#38
ni respon aku dari soalan 16. pada pendapat aku nak berubah dr plu ke normal person bukan dengan layan video laki,perempuan. tapi sebaliknya dekatkan diri dengan majlis2 ilmu (aku pun bukan baik sgt pun). lagi senang nak berubah kalau kita x pernah lagi having seks dgn laki. lagi pun bila layan video2 yang macam tu kan buat titik hitam pada hati bertambah. lagi pun semua nie mind set kita juga. permainan minda

 pernah suatu ketika aku rasa diri aku keji+hina sangat2 sebab terlibat dlm dunia nie. aku x pernah buat hubngan sesama lelaki,cuma suka tgk lelaki dan tu yang buat aku rasa mcm orang bodoh+hina. Alhamdulillah one day pintu hati aku diketuk oleh mak cik hidayah. since that day, 2nd fb aku deaktif sbg one way utk aku elak dr dunia plu ni. aku pernh terfikir nak unfollow blog kau tp aku rasa x kot sebab aku nak tgk respon2 kau untk setiap soalan yg dikemukakan. Aku doakan kita semua jauh dr dilaknati Allah..:)

utk respon kau soalan 17, aku jugak ikut gak gol. yg mencari pasangan utk seks. aku terfikir diorang tak takot dosa ke?api nereka?sebab kebanyakkan yg aku kenal semuanya berlatar belakang agama yg mantap. mcm kau tulis ade yang nak cari adk/abg angkat yg akhirnya terangkat, cri partner, seks ramai2, orgy..memang manusia tak boleh elak dr rasa bosan sbb Allah ade berkata dlm al-quran berkaitan bosan nie. tapi bukan la dgn layan benda2 semua ni utk elak bosan, banyak lagi benda berfaedah yang boleh dibuat utk jauh rasa bosang...

lastly sory membebel pnjg2 dlm form kau nie..

p/s:pintu taubat adalah pintu yang paling luas sekali dan masih terbuka selagi nyawa dikandung badan


#39
Ada instagram ?

ada. tapi da lama tak berupdate sebab fon aku buat hal. hahahahahahahahahahah. 


#40
Shark ade prgi pesta layang2 sedunia kt pasir gudang aritu x? aq xtau knape mata aq meliar carik kw kt ctu..sdgkan xprnah tau pn mke kw cnne....hakhak....k.bai


tak pergi pun walaupun teringin. :( jauh sangat dari Selangor. okay, event ni da lama gila berlangsung. 

#41
Nice blog and awesome stories! Mendalam juga isi dan mesej dalam cerpen kau! Keep on writing dude (:


hahahahha, terima kasih terima kasih kerana menyukainya. ada mesej ke cerita aku tu? kah! kalau ada mesej , and korang paham, bagus la. sebab aku main taram menulis je. jadi aku pun tak pastilah setakat mana mesej aku itu wujud untuk semua orang. dan ye! saya akan teruskan menulis walaupun lembab tahap macam kura-kura galapagos.


#42
Sye nk tnye sket pnah x Abg Shark terlibat dgn hubungan sex sesama jenis? Sbb sye tgk abg ni mcm eager sgt nk kawin n kembali kpd fitrah.. N Abg buat bunyinye cm snang je nk brubah, even bkan snang nk kmbali kpd pangkal jln.. Kalo sye, sye mmg xleh nk kawin sbb takot menganiaya perempuan.. Lgipon sye tgk zmn skang rmai yg suke gunekn pompuan sbg kambing hitam.. Apa pndapt Abg? Btw, my name is Aril...

pernah buat? yes, aku pernah buat. eager nak kahwin? aku rasa, entah la. ye, aku memang akan kahwin nanti. by hook or by crook. perempuan sebagai kambing hitam? lain orang, lain la pendapatnya. aku kalau da suka kat someone tu, aku memang suka kat dia sorang je. kalau aku suka kat seorang perempuan tu, memang aku akan jaga dia betul-betul and then kahwin. masa zaman sekolah aku *walaupun aku da mula suka pada lelaki* aku still ada impian untuk berkahwin. aku ada impian nak ada anak. aku ada impian nak decorate bilik mcam mana. kinda cheesy tapi itu la bendanya. -,- pasal kambing hitam tu, bagi yang tak yakin nak kawen, tak payah la kawen. sila tahu kemampuan anda tahap mana.

#43
hye sambong lha lagi cerita remaja tuh still ternanti2 ni seronok ah bace..... btw my name zal's

ye ye, aku akan cuba mengupdate remaja sehabis baik. heh. terima kasih kerana suka membacanya!

#44
Tetiba saya terfikir nak tanya soalan ni, agak2 shark boleh tahu ke berapa peratus lelaki kat malaysia ni yang jadi gay? Terima kasih.


untuk soalan ni, saya tak tahu. tapi kalau google, might be ada jawapan dia. tapi tu sekadar nombor je la yang dorang buat kajian. lagipun susah nak determined and detect bilangan gay yang sebenar. ada orang tak ngaku yang dia tu gay walaupun dia tu gay. jadi bilangan dia da hilang kalau buat kajian. kalau pernah tengok Pitch Perfect, Fat Amy pernah cakap,
"dalam 10 orang gadis, mesti akan ada seorang yang lesbian."

#45
pilih bulu ! aku message kat sini takde pulak kau post kat blog ! hahaha shark babi...jangan la busy sangat dengan aktiviti kau tu shark..bawak2 la pegi masjid lepas ni hahaa :D

HAHAHAHAHHAHAAHAH, siapa ni? aku pergi masjid jugak kot. -,- time solat jumaat.

buat sesiapa yang nak tanya apa-apa, atau komen apa-apa mengenai blog ini, atau tanya pasal aku ke apa ke, atau pasal cerita ni ke apa ke, atau pendapat apa-apa ke, boleh la drop by dekat sini

@Google Drive Form    <-- really simple form  :) selamat menulis!


Haikal baring atas katil. Zahid da lama wasalam masuk ke alam mimpi. Tadi dia dapat mesej lagi dari Paan. Budak tu ajak keluar sama hujung minggu ni. dia kata, dia tak tahu lagi. might be dia akan busy ke apa. dia tak boleh nak kasi jawapan lagi pada Paan. Paan kata lepas tu, takpe la kalau dia busy. Maybe lain kali. Tapi dia nak jugak ajak keluar sama-sama one fine day. Masa tu dia da kerut dahi habis sebab Paan ni perangai pelik jugak. Pelik macam Imran. dorang macam sembunyikan something. -,- tapi kan Haikal, jadah pulak la dorang nak sembunyikan something dari kau. kau ingat, kau ni siapa? Anak keturunan maharaja Namek dari planet Marikh? Tapi dia suka tengok Paan. Kekekekekekek *gelak gedik* perasaan itu datang tak sama macam bila pertama kali jumpa Ermawan dan juga jumpa Imran. bila dia jumpa Paan tadi, hati dia da dup dap dup dap macam orang kena serangan jantung. Palpitation dia tu da tahap macam apa je. masa dia jumpa Imran atau Ermawan, dia Cuma pandang kosong kat budak berdua tu je. lain takde apa pun. 
Tapi kenapa bila tengok Paan tadi, dia rasa macam, waaa, beruntungnya siapa dapat jadi marka si budak itu. Dia tengok Paan tu macam complete package la. kalau orang lain suka tengok K Pop yang kulit putih semua tu, dia pulak suka tengok Paan. Paan kulit dia cokelat. Tanned. Macam pelik je suka orang kulit cokelat dan bukannya putih. Ah! Tapi gasak la. da taste dia macam tu, nak buat macam mana.
-,-
Gaya kau cakap ni Haikal, kau macam da tekad dalam hati yang kau memang suka dekat lelaki. Kau ni da kenapa Haikal? kau tu lelaki. Kau ada pedang. Kau sepatutnya cari sarung pedang untuk kau cucuk, bukan kau carik pedang untuk kau laga-laga asah kasi tajam. Aku ni ada mental disorder ke apa suka dekat lelaki? Aku ni tak normal ke? Aku ni pelik ke? Dia tak rasa diri dia pelik. Dia tak bernafus tengok Zahid. Dia tak bernafsu tengok Imran. dia pun tak bernafsu jugak tengok Ermawan. Dia tak rasa apa sangat pun bila first time jumpa Zahid. Dia pun rasa normal abadi masa jumpa Ermawan dengan Imran. Cuma dup dap dup dap sikit je kat dalam bilik masa Imran peluk dia dulu tu. dia rasa best. Dia rasa selamat. Dia rasa macam self – belonging. Dia rasa disayangi. 
-,- geli sangat Haikal cakap benda jiwang disorder macam ni.
Tapi kalau masuk kes Paan tu, dia tak tahu nak kata apa. entah kenapa tetiba body dia nak dup dap dup dap. Itu memang normal ke apa? dia tak rasa benda tu normal. Ye, memang betul dia hilang ingatan. Tapi dia belum hilang kewarasan. Dia tak gila lagi untuk cakap and tanya kat orang lain “kalau aku rasa dup dap dup dap tengok lelaki, kau rasa aku ni kenapa dan mengapa?”
Ye, dia tak bodoh lagi. Haikal tengok fon lagi. baca balik mesej Paan. Kalau dia jumpa Paan hujung minggu ni agak-agak apa yang dorang akan buat ye? Actually, sebelum tu Haikal, baik masa mula-mula jumpa tu, kau tanya dulu siapakah kau ni sebenarnya wahai Encik Paan yang tanned lagi bergaya. Kah! Stupid asbestosis soalan kau ni Haikal. soalan tak nak lagi mengancam je. 
Haikal guling-guling atas katil pastu peluk bantal golek. Kau patut tidur Haikal. esok nak pergi sekolah. Kang tak pasal-pasal lambat bangun esok. Sebelum dia lelap mata, Haikal tengok lagi fon kat tangan. Apa yang kau tunggu Haikal? balasan mesej dari Paan? Sengih sorang-sorang. Sah kau ni kronik Haikal! sebelum lelap mata tu, dia baca lagi mesej kat fon. ye! anda memang kronik!






Haikal urut-urut leher. Dia tengah duduk kat dalam TGI Fridays. Kadang-kadang dia tengok sekeliling. Blerghhh, jarang pulak dia nak melepak kat tempat-tempat macam ni. Paan pergi tandas kejap. Sakit perut katanya. Hujung minggu tiba. Seperti yang dijanjikan, dia dengan Paan keluar walaupun pada asalnya dia kata kat Paan, dia tak boleh janji. Tapi sebenarnya , mula-mula dia nak jual mahal je. hahahahaha, nampak la macam bermaruah sikit. Tapi bila nak pikirkan, ah, bukan selalu aku keluar lepak dengan budak kacak membunuh ni. jadi, apa salahnya kita keluar jejalan pada hujung minggu mengisi masa lapang kan? Bila dia siap-siap pakai baju kemeja berkotak dalam bilik tadi, Zahid yang baru bangun tidur dengan muka sememeh terus tanya dekat dia dengan suara husky. 

“kau cantik-cantik nak pergi mana?”
Haikal sengih je. “jejalan.”
“siot tak ajak.” Zahid bulatkan mata dia segar. “nak pi mana?” Zahid datang mendekat kat Haikal.
“sibuk.” Haikal gelak-gelak. “tak payah tahu la.” lepas tu dia capai minyak wangi atas meja solek dan sembur kat badan dia. perghhh, segar mewangi bagaikan di taman bunga. Pelik kan bilik Zahid sebab ada meja solek? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH, yang tu kau kena tanya Zahid sendiri kenapa bilik dia ada meja solek. Aku pun tak tahu kenapa ada benda alah itu. Nama je meja solek, tapi rupanya tak la macam girly with pinkish barbie doll menjadi corak. Ada macam-macam barang Zahid atas tu. -,- well, biasa la, Zahid tu homosapian yang metroseksual.
Zahid terbatuk-batuk lepas Haikal sembur minyak wangi dekat badan. “gila syaiton wangi betul kau ni. nak attract lebah ke apa?”
Haikal terus sembur kat kepala Zahid. Zahid da jerit-jerit lepas tu. “woi babi!! Ni bukan penyembur lada la cibai.”KAH KAH KAH. Haikal da gelak macam apa je.
“aku chow dulu. Adios amigos.” 

“da tempah makanan?” tanya Paan. Tamat segala benda bangang perbualan dia bersama Zahid pagi. Lepas tu, Paan duduk depan dia dan pandang muka dia sambil senyum. Haikal merasakan senyuman budak itu adalah comel sangat! 
“belum lagi. tunggu abang sekali.” 
“laa ye ke, alaa, tempah je la dulu. Abang tak kisah pun. Haikal nak makan apa?”
“entah.” Haikal angkat bahu. “apa yang sedap?” sengih. “dan murah.” Sengih lagi. “dan mengenyangkan! Orang takde duit sangat la.”
“still tak berubah macam dulu.” Gumam Paan perlahan sambil senyum.
“apa Paan cakap? Tak dengar la.” budak tadi mengumpat aku ke apa? Haikal da rasa dup dap. Padahal dia sengih cool tu sebab nak kawal nafsu gelora bergelojak aneh dalam jantung dia tu. Ah, shiznitz. Walaupun mamat ni baru keluar dari tandas tapi dia still nampak kacak bergaya. Aku rasa, aku ni memang la da tahap kronik melebes habis. Dia tahu dia cuma crush dan minat tengok je. CRUSH is perfect word. Dia rasa dia dup dap tengok Paan ialah sebab Paan sangat wow! Dia tak rasa dia dup dap sebab dia jatuh cinta ke jatuh kasih ke jatuh cupid ke apa ke itu ke ini ke, (gila jiwang kau ni!) hahaha, tapi semua tu tak mungkin. Well, cuba kau bagitahu aku, manusia mana yang tak dup dap bila tengok lelaki kacak bergaya yang ajak kau keluar bersama. 
Well, ada la perasaan . eh? Sukanya dia ajak kita keluar!! Dalam hati nak melonjak gembira je. masa tu terasa macam happy gila sampai nak jerit kuat-kuat dan bagitahu satu dunia yang dia dapat keluar bersama seorang yang .... errr, agak kacak. Kau tak rasa ke kau macam overdose memuji seorang manusia yang tanned bernama Paan ni? oh ya, terus dia teringat azam abadi dia dulu yang bahawasanya dia keluar ni sebab nak tahu siapa itu manusia bernama Paan.
“Paan.” Panggil Haikal perlahan. masa tu Paan main-main dengan fon dia kejap. Paan terus pandang Haikal lepas budak tu panggil.
“apa dia?” tanya Paan. “ni kejap panggil abang, kejap panggil Paan, nak panggil mana satu sebenarnya?” tanya Paan.
Haikal menyengih je. “takut Paan rasa pelik je kalau panggil Paan as a abang.”
“Im okay la with that.” Menyeringai lagi.
“oh okay. Kalau macam tu , orang panggil abang je la. by the way, I want to ask something.”
“yes. Apakah itu soalannya?” Paan tenung mata Haikal. mata dia yang coklat bundar tu pandang dalam-dalam. Dude Haikal! sila kawal nafsu kau tu. jantung dia da terasa macam nak melompat keluar dari anak tekak.
“err,” adalah sukar untuk dia menumpukan soalan dan bertanya pada Paan bila ada mata macam biji guli beria-ia tenung ke arah dia. “kita kenal macam mana?” 
Jeda. Paan diam. Dia pun diam. Lepas tu Paan mengeluh. “ memang betul-betul tak ingat ke?” Paan sandar tanda kecewa.
Haikal geleng-geleng kepala. “memang tak ingat langsung.” Lepas tu dia sengih bersalah. dia pun tertanya-tanya kenapa Paan beria-ia mengeluh sakan. Dekat mana agaknya diorang berdua kenal ye agaknya? Serius nak tahu bak hang!
“err, dulu kita sekolah yang sama.” Kata Paan dengan nada yang makin perlahan. “you were my junior back then.”
“eh?” Haikal kerut dahi. “you mean, you were my senior back then?”
Paan angguk.
“kalau macam tu, abang Paan kenal la dengan Imran?”
Paan terus tunjuk muka terkejut. “eh? Da jumpa dengan Imran? jumpa dekat mana?”
“jumpa dekat sekolah.” Haikal sengih. “lepak dekat sekolah lama sehari dua kat sana. Tumpang tidur satu bilik dengan Imran kat sana. Kenal Imran ke?” tanya Haikal lagi. 
Paan tunjuk muka terkejut lagi. “tidur satu bilik? apa Imran buat kat sana?”
Haikal angkat bahu. “entah. mana la Haikal tahu.” 
Tak lama lepas tu pelayan datang dan menghidang makanan di atas meja mereka berdua. Dua-dua diam dan menunggu pelayan chow cin cau dari situ, baru la mereka sambung berbual semula.
“errr, jadi abang Paan kenal Imran?” tanya Haikal perlahan-lahan. 
Paan diam. “kita makan dulu. Nanti kita borak lagi.” budak tu lepas tu angkat garfu dan pisau dan mula potong daging dalam pinggan.


Dua-dua Haikal dan Paan duduk kat Taman KLCC. 
“masa tidur dengan Imran, kau orang buat apa je?”
Eh? Haikal da gelak-gelak. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA. “what kind of question is that?” Haikal cuba kawal gelak. Paan termangu-mangu. 
“salah ke apa yang abang tanya?” tanya Paan keliru. 
Ketawa lagi. “jap.” Haikal pandang Paan. “what do you expecting me to do with Imran?”
Muka Paan memerah. 
“ni da kenapa memerah ni? hei, kitorang tengok movie je la. bukannya buat apa.-apa. Your question -,- gaya macam kitorang ni buat benda pelik-pelik je. what? Ingat kitorang ni mat ganja ke hidu gam."
Paan kelihatan macam hela nafas lega. “mana ada. Abang just tanya je la.”
“a really weirdo question to ask and to be asnwered by.” Haikal julingkan mata ke atas. “lagipun buat apa nak tahu kitorang buat apa? is that important?”
Paan diam je. dia tak menjawab soalan Haikal. 
“eh! Abang Paan tak jawab lagipun soalan Haikal kat  kedai tadi. Macam mana kita kenal sebenarnya?”
“bukan abang ada bagitahu ke?” tanya Paan kembali dan tidak menjawab soalan.
Haikal angkat bahu. “ada la bagitahu. Just jawab kita just senior-junior je. tak kasi tahu dengan lebih mendalam. Kita ni rapat ke? Ye la, sampai peluk sakan masa malam merdeka hari tu.” Haikal dan sengih-sengih. “rapat ke? Gaya peluk and beria-ia tu macam rapat je.” teka Haikal. 
Paan pandang Haikal. Haikal angkat kening nakal. “kenapa peluk beria malam tu? nasib baik tak kena pukul je dengan kasut. Ingatkan stranger gila mana yang main peluk.” Haikal da gelak. Paan da geleng-geleng kepala. “kalau tak, selamat je la abang Paan kena pukul and kena dakwa sebab buat sexual harrassement dekat tempat umum.”
“keji.” Paan sengih. “abang Cuma peluk je. bukannya bercium ke apa ke. Bukannya apa sangat peluk tu. kita pernah buat lagi lebih dari tu.” senyum. Manis. Nampak dimple kat situ. Haikal tetiba terasa nak cium pipi budak yang dimple yang ada di hadapan dia tu. 
Tapi, eh? Wait a sec, buat lebih dari itu? Haikal kerut dahi pandang Paan. Haikal hela nafas keluar masuk. Kawal nafsu Haikal. jangan tetiba ada kes masuk metro sebab berlaku kes rogol dekat Taman KLCC. Tak pasal kena halau balik Ireland. Apa-apa pun, berkenaan tadi, “apa maksud abang Paan.” Kata Haikal perlahan. -,- apa je la budak ni merepek? Apa maksud dia yang dorang berdua pernah buat lebih dari itu. Adakah sebenarnya dia memang betul-betul hidu gam dan rupanya bukan bersama Imran, tapi bersama Paan. Adakah? Tapi da kenapa dari tadi kau bercakap pasal hidu gam tak sudah wahai Haikal. da kena sampuk dengan hantu gam ke apa? 
“betul-betul tak ingat apa yang jadi dulu?” tanya Paan.
Geleng.
“betul tak ingat?”
Geleng lagi.
“teringin nak tahu?”
Angguk.
“betul?”
Angguk lagi.
“nak dengar satu cerita?”
“cerita apa?” tanya Haikal. dia pandang tingkah laku Paan. Paan hayun-hayunkan kaki dia tu sambil tunduk bawah. Hela nafas sebentar sebelum budak lelaki tanned kacak tu mula bercerita.
“well, most likely about,” dia pandang Haikal. “cerita ni bermula pada tahun lepas. Tak la genap setahun lepas. almost satu tahun  3,4 bulan macam tu, I’m not sure. Cerita tentang seorang budak yang dibuli di sekolah. Cerita tentang seorang budak dipermainkan. Cerita tentang seorang budak yang sabar. Cerita ni bermula pada suatu hari Selasa yang mendung tapi bising dengan pendaftaran pelajar-pelajar baru yang masuk....”




Haikal baring kat katil. Dia silang tangan kat atas dahi. Dia macam susah nak cerna dengan apa yang da jadi. Taman KLCC mula datang perlahan-lahan dalam kepala otak dia.
“dulu kita kenal masa zaman sekolah. You were my junior. I was your senior back then. Nak kata kita rapat tu , tak la sangat . quite okay macam tu je la. tapi kita duduk satu aras yang sama.” Paan goyang-goyang kaki lagi. “tak ingat sangat macam manakita jadi rapat tapi tetiba one day tu, kita jadi rapat. Rapat sangat-sangat. Kita pergi pantai sama-sama. Kita makan aiskrim sama-sama. Kita main suap-suap makan.” Paan tergelak. Haikal da terbelahak.
“eh? Biar betul sampai main suap-suap?” Soal Haikal langsung tidak percaya.
“gurau je la kiddo. Takde la sampai main suap-suap.” Paan da geleng-geleng kepala. “tapi , memang da tak ingat apa-apa langsung ke masa zaman sekolah dulu?” tanya Paan lagi takde jemu. Pandangan Paan still tunjuk pandangan dan muka berharap. Dia pun tak tahu nak cakap macam mana dekat Paan yang dia memang da tak ingat langsung pasal hal-hal zaman sekolah.
“actually , macam mana boleh hilang ingatan ni?” tanya Paan pada Haikal.
“eh?” Haikal da kerut dahi pandang Paan. “tak bagitahu ea? Nanti la orang bagitahu, tapi habiskan la your cerita tu dulu.”
“oookies. Tapi one day, kita macam ada konflik sikit la.” Paan berdecit.
Haikal kerut dahi. “konflik apa?”
“err, err,” Paan teragak-agak untuk beritahu. “ada la konflik tu. kita macam bergaduh pasal hal sekolah, pastu kita gaduh hal remeh temeh itu ini sampai la kita tak bercakap and then, you kiddo pindah sekolah sebab ikut family pi Ireland. Tapi yang paling frust bila kita tak sempat berjumpa pun sebelum Haikal fly pergi sana.” Paan goyang-goyang kaki lagi.
Haikal hanya diam tengok.
“and then, bila kita jumpa lagi kat Dataran Merdeka beberapa hari lepas, more frustrated, you didnt remember anything.” Paan pandang Haikal. “now you tell me, siapa yang tak akan frust kalau berjumpa kawan yang kita rapat sangat sebelum ni, tapi tetiba tak ingat apa-apa langsung.” Paan angkat bahu pastu hela nafas sikit. “nampak macam benda apa-apa entah tapi kita dulu memang sangat-sangat rapat. Sangat rapat.” Paan cuba sengih tapi nampak macam hambar gila.
Haikal pandang Paan. Paan senyum. Nampak dimple belah kiri Paan itu. Haikal senyum balik. Paan gosok-gosok rambut Haikal. Haikal sengih-sengih je lepas tu.
“sengih pulak dia.” kata Paan lepas tu sambil sengih-sengih.
“biar la.” Haikal gelak kecil. “jadi, tahap mana kita rapat tu?”
“emm, emm.” Paan jelas berfikir. “rapat la jugak. Kita kadang-kadang tidur sama-sama kat bilik abang. Tak pun kita keluar jejalan. Part yang main suap-suap tu, memang betul pun. I’m not kidding.”
Rahang Haikal macam nak terjatuh da.
“shut your mouth la Haikal.” kata Paan sambil tolak dagu Haikal ke atas.
“lagi?”
“emm, emm” Paan teragak-agak untuk beritahu.
“apa dia?”
“emm , emm.”
“apa dia abang Paan?” tanya Haikal tak sabar.
“kita pernah bercium.” Kata Paan sangat perlahan.
“huh?!”
“so, macam mana dulu accident kat Ireland sana?” Paan tukar topik terus. Tapi nampak je muka budak tu da merah-merah tanda segan.
Tapi dalam kepala otak dia tu still terfikir pasal hal cium dan cium itu. Really aaaa? Dorang berdua pernah bercium?

Haikal gosok-gosok perlahan dahi dia tu. tak tahu kepala otak dia nak cerna macam mana. Dia macam tak percaya apa yang Paan bagitahu tu. pada suatu masa dahulu, mereka berdua pernah bercium. Adakah ianya mimpi ngeri atau mimpi fairy tale yang diingini oleh semua orang. 
Dalam satu aspek macam bangang la jugak sebab lelaki dan lelaki bercium antara satu sama lain. Memang nampak macam taboo gila la. and more, dorang ni siapa masa zaman sekolah. Kenapa kitorang berdua bercium?

Haikal pandang KLCC, “kita dua dulu betul ke kawan rapat sampai tahap bercium semua tu.”
Paan tunjuk muka lega. Tak tahu la pulak motif tunjuk muka lega tu sebab apa? adakah sebab dia, Haikal tidak terkejut lalu maki Paan bila mendengar cerita yang mereka berdua pernah bercium.
“agak-agak dulu kita ni siapa?”
Haikal angkat bahu. “malas nak teka.”
“then tak nak la bagitahu siapa kita berdua dulu.” Paan da sengih-sengih.
Haikal buat muka.
“but, like seriously Haikal. anda memang tidak pernah berubah. Sama je sebelum pindah dari sekolah. Riak muka. Memek muka bila tak paham sesuatu. Bila bengang , terus ternampak kat dahi, ‘saya bengang kat awak’. It’s all on your face.”
Haikal sengih pastu tumbuk bahu Paan. “over la tu. what? Ingat ada cahaya elektron terpancar kat dahi macam lampu neon batman kat langit malam?”
Paan da gelak kecil. “I really miss you kiddo.”
Haikal pandang Paan lepas budak tu cakap macam tu. Haikal tarik nafas. dia suka tengok biji mata Paan yang bulat macam guli tu. siapa kita berdua pada suatu ketika dahulu? Hati dia da berdetak-detak mengatakan yang dia dan Paan ni adalah couple pada suatu masa dahulu. Not really suatu masa dahulu la. -,- da macam cerita Snow White la pulak padahal suatu masa dahulu tu adalah tahun lepas je pun. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. Tapi dia tak berani la pulak nak buat statement yang katakan dia dan Paan dulu adalah couple.
Kalau nak ditengokkan atas bawah kiri kanan, dia bagaikan gombal yang hina manakala Paan tu macam perfect gila. Okay over. Takde manusia yang perfect la kan. Tapi bagi dia, dia suka tengok Paan. With his cloth. Karisma semua tu. rambut lagi. blerghhhh, memang satu pakej yang lengkap la. might be akan ada orang cakap, ek eleh, Paan ni biasa-biasa je. tapi lantak la. dia still jugak nak kata, Paan is the best. - ayat promot paling over dover di dunia. Kah!

“woi, berangan.” Zahid baling tuala basah kat muka Haikal. 
“ee, babinya perangai.” Haikal baling balik tuala Zahid ke arah budak tu semula. Zahid da gelak-gelak je. budak tu sangkut tuala kat tempat penyidai and bukak almari untuk carik baju. “apesal tuala kau bau air mani Zahid?” Haikal da gelak-gelak.
Zahid tutup pintu almari and sarung baju kat tubuh. “kau ingat aku tak tahu kau melancap pastu pancut kat tuala aku? Aku tahu la kau minat aku.”
“the most irritating answer ever. Stupidos barbados.” Haikal julingkan mata ke atas. Zahid da gelak balik. Walaupun dorang selalu macam gurau kasar dan gurau lucah tapi takde la dorang berdua ada cross the line. Mungkin orang akan cakap, kitorang berdua ni gurau nokharom macam barbie tapi bagi dia dengan Zahid, dorang gurau biasa-biasa je. kalau dekat sekolah tu , lagilah over. -,-, bukan setakat bergurau macam tu, siap kena main sauk telur atau batang lagi. ah, cam cilaka. Nasib baik la tak kena sauk masa tengah stim. Tak ke macam HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
“aku nak beli burger. Kau nak ikut tak?” ajak Zahid. 
“Burger mana?”
“hujung simpang tu je.”
“okay jugak.” Agak-agak dia patut tak cerita kat Zahid pasal Paan dan perasaan dup dap dup dap dia tu?



Sila teka!!

Soalan : Agak-agaknya Haikal akan bagitahu ataupun tidak pada Zahid berkenaan Paan?

Jawapan 1 : ye! Haikal akan bagitahu pada saat mereka membeli burger.

Jawapan 2 : tidak! Haikal akan terus pendam lagi dan lagi.



mana satu jawapan anda? HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHA. mari teka dan menang! okay -,- tapi takde menang apa-apa la. kah!

p/s
baru balik dari Indonesia. :) sorry kalau tak best chapter ni.

22 comments:

  1. mesti agak lambak nk tggu next episode...haiahhh

    ReplyDelete
  2. 2... haikal bio dulu... blom sampai masa nk cerita. dia pon tgh pening nak hadam ape yg paan bgtao...

    ReplyDelete
  3. Aww..really miss paan thou :(

    ReplyDelete
  4. Ble hisha kuar... nk hisha

    ReplyDelete
  5. mmg xkan bgtau lah..
    tp there will be a scene between zahid and haikal kan... ngeh ngeh ngeh..

    thx for the new chapter shark

    ReplyDelete
  6. #2.. haikal x citer lg. tp... ye ker???


    bila la haikal nak dapat memori dia balik? rasa sgt kesian pulak dipermainkan dgn paan sekali lagi.

    ReplyDelete
  7. Pls laa. Bilaa hisha nak kuar?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Not now... Tp tggu ttiba nnt something happen time diorang tdo... Ehemmm...please make it happen shark! Da satu bottom satu top... Perghhh adegan gurau2 kasar2 atas katil mcm baling2 tuala tu maybe... Then ttba Terrrrrrr something!! Awwwww btw... Please la bg tau Paan tu da tobat next chap... Tell the truth .....arggg angau aku ikut cite ko ni Shark!!!

    ReplyDelete
  10. I choose number 1.. make it happen shark..!

    ReplyDelete
  11. 1......!! Start episod lepas dah nampak "buah2" best antara zahid and haikal.. haha

    ReplyDelete
  12. VOTE FOR NO 2...
    Atlasttt... Miss u SHARK...!!™

    ReplyDelete
  13. 2...biar kasik lagi panjang ini cerita....

    btw..gud job....best best best...

    ReplyDelete
  14. I'm a girl but I don't know why I love this story hahaha. Keep updating. :)

    ReplyDelete
  15. kitagawa kyouko15 May 2014 at 22:50

    Ha3!sya pun girl jugak tapi minat giler dgn cerita shark!anyway shark,cepat update ye!

    ReplyDelete
  16. Best3, cepat2 la sambung ye.

    ReplyDelete
  17. update cepatlahhhh...hihu..

    ReplyDelete
  18. Akhirnya...lega bila ko dah kluar..mintak2 haikal dpt main gan hisyam..hehe..

    ReplyDelete
  19. aku macam nak gila tunggu kau update.tiap2 hari bukak =.=

    ReplyDelete
  20. cepatlah update shark!! atleast one chapter per week would suffice all the fan. please..

    ReplyDelete
  21. ade certain ayat yg ko gune annoying btol.sorry to say.kihkihkih.aku xpernah dgar pun pkataan nokharom la cibs la.and so on.mmg btol2 mmbencikan.lg satu ko ni mengalami kecelaruan dalam menggunakan perkataan DIA dan AKU.kadang2 tu mmbuatkan kitorang si pmbace terkonfius.jangan marah aku just nak gtau je.just my 2cent.

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)