Nuffnang

Thursday 10 April 2014

Manuskrip Gay. Remaja chapter 5 #86

#31

cerita yang sgt best

terima kasih kerana menyukainya :) kalau suka, boleh la ajak kengkawan baca ya! hahahahahahahahaha. 

#32

I really love your storyline and how one series  interconnected with the others. I personally love Cerpen Asrama and I wish there's a sequel of that story! I wanna know what happened after Haikal reunited with Paan at Dataran Merdeka. Will they be together again? I just want to know.

Btw, no offense, but I really think you should use proper word instead of "like seriously" and "what a world/life/question/etc." And lessen the babbling. That's just my personal view.

Anyway! All in all! I love your stories and I hope you write more of it. Thanks for writing us that pleasure stories.

heh. ye ye :) sekual kepada ASRAMA ialah REMAJA. selamat membaca REMAJA ye! dan pasal ayat-ayat tu, aku main taram, main tibai je. sebab tu la wujudnya perkataan perkataan luar silibus macam itu. maafkan saya sebab guna ayat tak berapa nak betul. hee :)

#33

agak2 apply tempat kau belajar ok x?mksd aq ok tu dr segala aspek ^_^

bagi aku best la sebab aku suka tempat tu. tak la hulu and dekat dengan bandar. jadi senang nak bersuka ria join event sana sini. jangan malu-malu and segan-segan untuk mohon tempat belajar dekat sini. walaupun bukanla dekat luar negara, tapi still okay and cool :) heh. nanti kalau masuk tempat belajar sama dengan aku, roger-roger la ye! 

#34

hohohohohhohohoh..hisha....

aku tahu sesetengah orang memang akan suka dengan Hisha dan memang harap Hisha tu akan menjadi bakal pakwe / suami dorang. harap-harap impian korang tercapai. heh. aku pun tak tahu what is the main reason dorang ni suka Hisha. maybe sebab Hisha tu romantik? errr, kot. kenapa korang suka Hisha?

#35

Hi. :)
Urm. Best cite Asrama tuh. I read all chapters just in one night. Haha. Somehow, sekolah dalam cite tu macam real je. So, aku sangatlah curious sekolah yang kau cite betul2 wujud ke tak?

woahhh. best sangat ke sampai baca satu malam je? HAHAHAHAHAHAHAHAHA. tak baik langkau langkau baca ni. heh. sekolah tu? Kolej Tengku Esfahan tu wujud atau tak? biar la jadi rahsia. nanti kantoi la pulak kan kalau sekolah tu betul betul wujud. :3 tak nak kasi tahu. :P

#36

dear shark,
ha...sya fans blog dan cerita awk.
actually sya dh lama tunggu remaja chap 4.Bila awk nk publish?
sya nk thu apa yang akan jadi kat haikal seterusnya.

ahhh!!!saya dah tak sabar utk selebihnya!saya harap awk update cepat tau!

-Kitagawa Kyouko

nampak sangat aku lambat post question dari dalam google drive tu. HAHAHAHAHAHAHAHA. apa-apa pun, sorry la kalau aku lambat post kat blog. aku busy dan yeah, I know korang semua pernah jadi pelajar and tengah belajar kat IPTA, IPTS or kat mana-mana la and might be ada yang kata belakang, aku bullshit lembab post entry tapi wait dude, kau ingat senang nak buat cerita pastu post dekat blog? sounds macam defensive tapi ye, susah sebenarnya nak buat cerita ni. dia tak mudah macam kau jawab soalan KBKK sekolah rendah. :( harap anda sekalian paham-paham la ye kalau saya post lambat :)
anyway, thanks awak sebab suka and tunggu eventhough lambat update! :) 

buat sesiapa yang nak tanya apa-apa, atau komen apa-apa mengenai blog ini, atau tanya pasal aku ke apa ke, atau pasal cerita ni ke apa ke, atau pendapat apa-apa ke, boleh la drop by dekat sini

@Google Drive Form    <-- really simple form  :) selamat menulis!





Malam-malam memang best tengok bintang. Haikal duduk dekat beranda tu and termenung. Dia teringat apa yang dia dengar masa pagi tu. dia tak rasa dia mimpi. Dia dengar dengan jelas apa yang Imran cakap.
“sorry tak jaga kau masa mula-mula datang sini dulu.”
Apa maksud kau Imran? kau dengan aku dulu ada sejarah bangang ke? Ke kau dengan aku dulu ada sejarah sweet – sweat abdi tahap tak boleh belah. Ke zaman dulu-dulu sebelum aku accident, kau adalah pemegang mohor besar-besar diraja yang ada semua rahsia aku? Apa maksud kau , kau tak jaga aku masa mula-mula dulu? Aku pernah ada kecelakaan maha abadi ke zaman aku sekolah dekat situ?
Hari ahad tu, masa atas katil lagi sama-sama dengan Imran, bila dia dengar Imran cakap, well actually tak lama lepas Imran cakap macam tu, dia still cuba amik masa untuk tidak berkerut dahi padahal kepala otak dia laju je nak proses tangkap apa yang budak tu cuba sampaikan. Kalau tak nanti kantoi la dengan Imran yang dia tak tidur lagi bila nampak berkerut dahi. tapi dalam kepala otak masa tu memang cuba nak cerna habis. Proses sungguh-sungguh. Tapi susah nak paham and dia takde memori langsung pasal dulu-dulu. At least kalau dia ada sedikit benda atau cebisan memori (ayat skema gila! Kah!) maybe dia boleh ingat. Tapi entah la.
Dia tak pun terasa nak tanya dekat Imran lepas tu sebab dia rasa macam awkward nak tanya. And actually dia lebih kepada takut tahu perkara sebenar. Tak tahu kenapa tapi dia ada sikap macam tu. dia takut untuk tahu benda yang might be can hurt himself. Dia lagi suka kalau dia tak tahu benda alah tu and keep hiding so that dia akan ada memori atau benda baik pasal orang tu yang boleh dia pikir.

Kalau dia tahu somethin jahat pada Imran , end up, dia akan pikir je pasal benda alah tu and bila jumpa Imran lagi lepas ni, for sure dia akan kekok. Bila dia tak tahu pasal apa-apa yang Imran cakap tu, dia still akan bersikap baik dan positif terhadap Imran. tapi susah sebenarnya untuk dia act like that. Kau cuba cakap, manusia mana yang takde curiosity? Cuba kau cakap sikit dengan aku? Dan sepanjang perjalanan dari Tengku Esfahan ke rumah Zahid, kepala dia asyik berdengung pikir je pasal ayat Imran tu. apa-apa pun, sebelum dia balik, dia sempat tukar nombor dengan Imran. mesti korang tak paham sepatah haram pun apa aku cakap kan? HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAH. tak paham, kau buat-buat paham je la.
And tentang agakan dia pasal Imran ni bukan student adalah tepat! dang! Hahahahahahahhaaha.
“kau bukan student kan?” Haikal tanya dekat Imran. masa ni kat dalam kereta Imran. budak lelaki tu willing nak hantar dia pergi stesen komuter. Tak ke terasa bless habis sebab dapat jimat duit dari perhabis dekat teksi.
Imran kerut dahi sebelum pandang Haikal. “apesal tetiba kau tanya?”
Haikal angkat bahu. “saja tanya.”
Dan soalan dari Imran lepas tu memang boleh buat dia tergelak macam jilaka je lepas tu. “kau siapa sebenarnya? Kau bukan Haikal kan?”
“kalau aku bukan Haikal, aku siapa la pulak?” adus. Soalan Imran memang boleh buat dia ketawa terbahak-bahak sungguh. Tapi takde la dia nak terlepas ketawa macam apa je walaupun soalan tu memang barbie habis. tapi jantung dengan hati dalam badan dia da guling-guling gelak sakan.
“kau. pelik.” Kata Imran satu persatu. “apa yang jadi dengan kau sebenarnya?” tanya Imran lagi. kereta berhenti sebab lampu merah. Imran pandang Haikal.
“apa maksud kau?” tanya Haikal lagi. Imran ni macam dapat agak je yang dia da hilang ingatan.
“curious.” Imran ulang jawapan Haikal. “kau bukan Haikal. something happen to you.”
Haikal mendengus. “jangan nak mengarut. What? Kau ingat ada alien dalam badan aku yang da amik alih badan aku? Ataupun ada pontianak rasuk badan aku and now your are talking to her?”
“sort of.” Imran angkat kening sebelah sambil sengih. Budak lelaki tu masuk gear and kereta mula bergerak semula.
“takde apa la jadi kat aku.”
“then kenapa kau tak kenal aku?” Imran macam tunjuk muka kecewa.
“kau bukan orang penting pun.” Kata Haikal perlahan. dia pun tak tahu tapi dia rasa something. Betul ke dulu Imran bukan orang penting dalam hidup dia?
Imran mengeluh pendek. “da la, abaikan.” Tak lama lepas tu, Imran drop by Haikal dekat stesen komuter dan terus belah macam tu je. -,- Haikal yang baru nak lambai dengan penuh semangat, terus matikan hasrat.
Bila dalam koc 6 gerabak tu, banyak benda yang dia pikir, bukan la pasal ayat Imran “sorry, sebab tak jaga kau masa mula-mula masuk dulu.” Also kenapa muka si Imran tu nak bermuran durja sangat bila dia kata ‘kau bukan orang penting pun’



“uit.” Tegur Zahid. “tengah buat apa?” budak lelaki tu amik tempat dekat kerusi lagi satu yang ada dekat beranda tu.
“layan blues.” Kata Haikal menyeringai.
Zahid gelak “jiwang tak bertempat.”
“kau dari mana ni Zahid?” tanya Haikal. “bila malam baru sampai rumah. kau pergi clubbing ea?”
“mende la kepala otak dia ni. takde masa aku nak pi clubbing. Aku pi rumah Emier tadi. Main game kat sana. Tak payah nak cakap aku, kau pi mana hujung minggu? Menghilang tak cakap apa pun. Pergi rumah mentua ea?” teka Zahid.
Gelak.
“kau teka lagi macam cibs. Mende la rumah mentua. Tak payah nak buat tekaan bangang. Aku pergi sekolah lama aku.” Bagitahu Haikal.
Zahid pandang Haikal pantas. “ aku ingat kau tak nak pergi. Ni apesal tetibe pergi?” Tanya Zahid pelik.
Haikal angkat bahu. “saja je. mengisi masa lapang di hujung minggu.”
“kau boleh melancap kalau kau bosan.” Zahid kata benda bangang sambil sengih-sengih. “ke kau nak melancap dengan aku?”
Terus Haikal lipat kepala pandang Zahid bila dengar budak tu cakap macam tu. budak ni da kenapa cakap benda pelik cenggini. Tengah gersang ke apa? Haikal mencebik. “aku tahu la kau selalu melancap. Tak payah nak ajak aku.”
Zahid da gelak macam babi je lepas tu. “aku chow mandi dulu la. nak main sabun. nanti kita sambung lagi. Haikal, nanti aku nak pinjam jawapan bio kau. nak tiru.” Mintak Zahid sambil tolak sliding door dan masuk ke dalam bilik. “terima kasih!” kata Zahid terus lepas tu walaupun Haikal tak cakap apa.
Haikal sengih je dengan perangai sepupunya yang sorang ni. “pinjam je la Zahid. Jangan kau pancut kau buku aku sudah.” Kata Haikal perlahan. Zahid masa tu da masuk ke dalam bilik
“woi! Aku dengar la. aku tak la gila macam tu sampai nak pancut kat buku kau. baik pancut kat mulut kau je.”
“babinya perangai!”
Terus Zahid gelak terbahak-bahak . HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Haikal sengih je lepas tu. kalau dilayan lebih-lebih perangai Zahid ni, dia pun bakal jadi macam cibs sama. Dia dongak tengok langit lagi. langit cerah. Haikal senyum lebar. Cantik!
Dari beranda tu boleh nampak Orion. Libra. Saggitarius. Haikal berfikir-fikir lagi, kalau nak tengok dan ikut kronologi, mula-mula dia jumpa dengan Ermawan dulu. Ermawan perangai pun agak pelik. Tapi tak la pelik sepelik Imran. Si Imran ni lagi la perangai memang pelik cibs habis. Siap main peluk-peluk lagi. -,- tapi sebenarnya dia suka bila dapat peluk macam tu. kah! Macam cibs je perangai kau kan Haikal?
Kalau dia cerita dekat Zahid pasal dia pergi sekolah lama dia tu, agak-agak Zahid akan freak out tak? emm, lets think Haikal. which part of cerita yang kau nak cerita dekat Zahid? Pasal Dewan Makan dia yang cantik gila? Atau makanan dia yang ada chichken stew maha sedap? Ataupun ada mamat mana entah yang ajak dia makan secara tetiba dan lepas tu baru perkenalkan diri sebagai Imran? ataupun kisah dia dipeluk Imran dan dia err sebenarnya tersipu-sipu suka ? agak-agak kalau dia cerita, Zahid akan pandang pelik tak kat dia? ke Zahid akan baling dia ke bawah bila tahu cerita sebenar?
Agak-agak kalau dia cerita yang dia ni suka usha lelaki dan bukannya perempuan, apa reaksi Zahid agaknya? Apa reaksi paling ultimate budak tu agaknya? Adakah menjerit tanda freak gila barbie macam dia baru lepas mengalami mimpi ngeri? Ataupun budak Zahid tu akan rejam dia dengan batu? Atau Zahid akan bagitahu mak dia pastu tak pasal-pasal kena halau? -,- mindfuck betul otak dia malam-malam buta macam ni.
“uittt.” Tegur Zahid lagi sekali. Rambut budak tu basah tanda baru lepas mandi. Budak tu tutup sliding door balik. “nah.” Zahid hulur mug cokelat suam.
Haikal sambut sambil tersenyujm. “Cepat betul kau mandi? alololololo. Baiknya encik Zahid ni. okay, berterus terang dengan aku, kau nak apa ni?” tanya Haikal suspicous. Dia picing mata pandang Zahid.
Zahid da gelak. “Tak jadi melancap, sebab tu mandi cepat je.” Haikal da julingkan mata ke atas. “apa la kau ni. aku punya ikhlas kasi kat kau, kau terus pikir macam tu. keji punya sepupu.”
“kau tak pernah ikhlas la Zahid. Tak payah nak tetiba jadi baik.” Haikal jelir lidah.
“suka hati kau la Haikal.” Zahid sengih. “malas da aku nak cakap lagi.” Haikal sengih juga. Zahid amik tempat sebelah Haikal. tuala basah masih dekat bahu.
 Jeda sebentar.
Dua-dua layan langit. Tengok bintang. Bintang cantik pujaan hati. bintang cantik nampak segala alam. Bintang cantik cinta hati. Haikal hirup sedikit air cokelat yang Zahid kasi tu sebelum mencicip sikit.
“not bad.” Puji Haikal lepas tu angkat kening pandang Zahid.
Zahid sengih. “tengok la siapa yang buat.”
“menyesal aku puji.”
Zahid da gelak sakan lepas tu.
Jeda lagi.
“Zahid.” Panggil Haikal perlahan.
“emm” Sahut Zahid tanda mendengar.
“aku nak bagitahu satu rahsia ni.”
“apa dia?”
“tapi aku takut kau freak out lepas aku kasi tahu rahsia ni.”
“da kata rahsia, mesti la siapa yang dengar akan freak out. Kau cakap manusia mana yang tak terkejut bila dengar rahsia seseorang? Tak kisah la rahsia bagus ke tak bagus ke apa ke, tapi still they will freak out macam orang gila lepas tu.” Zahid hirup sikit air cokelat dia tu.
Sengih.
“hiperbola melampau sangat tu Zahid." Haikal pandang sepupu dia tu. "Jadi, kau rasa kau akan freak out?”
“depends jugak. Harapnya takde la sampai aku terbaling mug ni ke bawah.” Diam. Zahid pandang Haikal. “jadi apa rahsia kau?” tanya Zahid perlahan.
“aku, aku...” Haikal hilang kata-kata. Dia telan liur banyak kali. Betul ke apa yang dia nak buat ni? betul ke? Betul ke? Ke tak betul? Apa agaknya reaksi Zahid? Oh dude. Susah dia nak bayangkan. -,- Macam mana kalau Zahid suruh dia pindah bilik lepas tu kalau dia bagitahu yang dia suka usha lelaki. What if?
“apa dia Haikal?” Zahid da kerut dahi.
“aku, aku..” Tergagap-gagap. ah! This is so kebabian alam. Aku memang tak boleh nak compute betul benda alah ni. “nothin la Zahid! Just abaikan je la. tak jadi nak cerita dekat kau.” putus Haikal.
Zahid buat muka. -,- “wow, so freak out.” Sindir Zahid. “cerita je la barbie woi! Apa ke jadah susah sangat kau nak cerita ni syaiton?!”
“malas la. lain kali la aku cerita. Takde mood nak cerita sekarang.”
Zahid picing mata. Haikal hanya angkat bahu.
“one fine day Zahid. One fine day aku cerita dekat kau.”
“Aku tunggu.” Zahid angkat kening.





3O Ogos.
Malam Merdeka. Dataran merdeka sesak dengan orang ramai. Supposedly dia lepak dengan Ermawan malam ni dekat KLCC takpun Putrajaya. Si Ermawan tak tahu nak decide lepak mana lagi tapi cikgu muzik tu ada ajak dia lepak sama dulu. tapi tetiba , petang tadi cikgu Ermawan tu call and kata dia ada ermegency nak kena balik kampung. Sob sobing betul la.
 Jadi, nak tak nak Haikal memang terpaksa ikut family makcik dia lepak Dataran Merdeka. Kira okay what lepak Dataran Merdeka. Tak la bosan mana. Since dia ada hobi baru which is mengusha anak teruna orang *sounds creepy gila babi, HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA* dia agak teruja jugak pergi event-event yang banyak orang cenggini. Tak. geleng-geleng kepala. Dia bukan orang gila. Dia just seorang manusia yang mudah high bila orang ramai mula berkumpul. Dia bukan buat sesuatu yang salah macam amik gambar secara curi-curi ke apa ke. Dia err, just cuci mata. tengok pemandangan. Tengok ciptaan Allah. heh. So far,dia rasa , dia tak gila dan dia tak melanggar mana-mana hukum kat dunia ni. rasanya la -,-
Haikal duduk dengan sepupu dia kat Dataran Merdeka. Jam baru menunjukkan 11 malam. "weh Zahid, aku nak beli air kejap. kau nak ikut tak?"
"naaa. aku malas siot. rimas ramai sangat orang."
"ouh okay. kau nak air apa?"
"aku da nak bunting ni woi minum banyak sangat air. tapi aku nak nugget la. lapar. belikan boleh?" tanya Zahid.
"ye la pemalas, aku belikan. Mak Ngah dengan Pak Ngah nak apa-apa tak?" Haikal tanya mak pak Zahid.
"nope. malas. Pak Ngah dengan Mak Ngah da kenyang." tolak Pak Ngah dia. "ada duit tak nak beli air dengan nugget si Zahid ni?"
Haikal sengih. "ada je Pak Ngah. Haikal pergi dulu ea." lepas tu terus dia carik kedai jual air. sumpah haus gila sekarang ni. tapi si Zahid ngada-ngada nak nugget pulak. terasa nak sekeh je kepala budak tu. mana pulak la nak carik nugget si Zahid ni?
"Haikal?" panggil seseorang. dia pusing ke belakang, ada orang panggil dia. siapa je la pulak ni. dekat depan dia ada seorang budak lelaki pakai jeans, baju hitam pastu lengan padat dengan muscle, rambut pacak-pacak, ada taik lalat kat tepi bibir. pastu budak tu senyum. manis sangat! nampak dimple dia. wow, kacaknya! sumpah kacak habis.
"ye. panggil saya ke? kenal saya ke?" tanya Haikal pelik. siapa je la mamat hansem tera gaban ni. ke dia tegur orang lain. adui Haikal, bodohnya memalukan diri sendiri. terus tetiba dia kena peluk lepas tu. dia meronta sikit mintak lepas. "eh, kenapa ni?" dia cuba lepaskan diri dia. sumpah terkejut. tetiba je kena peluk dengan strangers.
"tak kenal abang ke?"
"huh?"
"ni abang Paan la." strangers tu goyangkan bahu dia sedikit.
"huh?"
terus kena peluk balik lepas tu. "I miss you Haikal." Pastu budak yang gelarkan diri dia Paan tu peluk dia erat-erat sebelum lepaskan pelukan. "selama ni Haikal pergi mana? now I meet you. I really miss you." tanya budak tu sungguh-sungguh
Haikal da tak tahu nak cakap apa. "errr, kita kenal ke sebelum ni?" Haikal tengok muka budak tu da kerutkan dahi dan terkejut.
"of course kita kenal. sampai hati tak ingat abang."
"I'm so sorry." Haikal senyum bersalah. " I lost my memory hujung tahun lepas sebab kemalangan jalan raya masa nak pergi sekolah kat Dublin dulu. I'm so sorry kalau Haikal tak ingat apa-apa pasal..." Haikal pandang lelaki depan dia tu. "your name again?"
"Paan."
"ah yes." Haikal peluk Paan sekejap sebelum lepaskan pelukan. "I'm sory Paan kalau kita sebelum ni kawan. are we close friend back then? are we? ataupun kita ni musuh ke apa ke?" lepas tu Haikal tergelak kecik. "sorry, Haikal memang tak ingat apa-apa. so far, Haikal ingat zaman kanak-kanak je."
"betul ke tak ingat?"
"serius tak ingat. sorry, serius sangat mintak maaf."
lepas tu Paan terdiam.
"serius mintak maaf." lepas tu pipi dia kena pegang kedua-dua belah dan kena tenung dalam-dalam oleh budak nama Paan tu sebelum dilepaskan balik. Ini lagi weirdo abadi dari kena peluk dengan Imran. well, at least dia kena peluk dengan Imran dekat dalam bilik which is takde siapa nampak apa yang dorang buat. tapi sekarang ni -,- depan orang ramai kot. Tapi semua macam buat hal sendiri je. agaknya kalau ada orang jadi gila , baru dorang ni baru perasan agaknya yang baru ada dua manusia berpelukan tadi. Bukan la peluk mesra pun -,-
"takpe la kalau tak ingat." Paan hela nafas berat sebelum raup wajah dia. "so, datang dengan siapa kat sini?" budak tu cuba senyum.
"datang dengan sepupu. kat Malaysia tinggal dengan sepupu. my family still ada kat Dublin. and Paan, datang dengan siapa? err jap, dulu I panggil you Paan ke? ke abang?"
"you call me abang."
"oo, kalau macam tu, i panggil abang la lagi." Haikal senyum. "and what you call me? Haikal ke adik?" tanya Haikal balik. Haikal tengok Paan macam terdiam tak tahu nak jawab apa. "err , okay nevermind. abaikan. okay la. I've got to go. nak beli makanan jap untuk my cousin. babai." Haikal terus nak belah lepas tu. nak buat apa tunggu lagi kan. dia tak rasa ada benda nak diborakkan dengan budak nama Paan tu. bukan dia ingat apa-apa pun.
"eh kejap." panggil Paan semula.
"ya." Haikal pusing balik.
"your phone number?"
"oo, nak buat apa?" tanya Haikal. dia ragu-ragu nak bagi.
"in case nak ajak lepak ke?"
"oh okay. 01XXXXXXXXXXXX"
Paan tekan-tekan fon dia. "okay done." Paan senyum manis sampai nampak dimple. lepas tu Paan masukkan balik fon dalam seluar.
"nice phone. I phone 5." kata Haikal sengih.
"kawan bagi." Paan senyum serba salah.
"wow! baiknya dia bagi fon free macam tu je." Haikal da teruja habis. "okay, la, babai. ada masa kita jumpa lagi." kata Haikal. sebelum dia belah, Haikal pandang Paan. "abang Paan ada tahi lalat kat tepi bibir, comel. and your smile." Haikal senyum. "nampak manis." lepas tu Haikal terus belah. Paan terdiam sekejap sebelum senyum.




Haikal duduk dekat sebelah Zahid balik. Malas nak layan Zahid yang pot pet borak dengan mak ayah dia tak pun bising sebab sibuk bersorak tengok konsert. Haikal sisip air perlahan-lahan. Siapa je la budak tadi -,- kau pun apesal terfaktab sangat tak tanya budak tu siapa? I mean, sebelum ni kenal dekat mana? Kalau nak ikut kiraan, Paan tu orang ketiga yang dia suspicous tak kenal dan agak boleh tahan la. entah sejak bila entah dia ni suka usha dan boleh buat gred muka padahal kalau nak ikut telahan, wajah yang kacak dan tidak kacak itu hanyalah subjektif sahaja. Tiada jawapan yang pasti.-,- dan ye, entah kenapa kau cakap maha skema alam punya ni?
 First yang dia kenal, Ermawan. Yang ni lawak. Da la baru balik dari Dublin, kena seret dek Zahid melepak dekat TS. Pastu tetiba kena tegur dengan sesiapa entah. masa tu macam ala-ala depressed sebab tak tahu nak terang kat semua orang yang dia tu da hilang ingatan. Tapi lantak dengan Ermawan, dia kasi tahu je Ermawan yang dia da tak ingat apa-apa. lepas tu pasal Imran pulak. Tapi nasib baik la dia kenal Imran dekat sekolah lama sebab yeah, at least dia tahu Imran tu senior dia masa zaman dia sekolah dekat situ. Cuba bayangkan kalau dia kenal Imran dekat event mana-mana entah lepas tu tak pasal-pasal je kena tipu kalau Imran kata dia kenal aku. Tak ke macam haru lagi menyadiskan? Dia sendiri pun tak tahu sama ada Imran and Ermawan tu budak baik ke tak.

ye la, memang la da pernah lepak sama dengan dorang tapi still tak tahu perangai dorang macam mana. well, at least dia rasa Ermawan tu budak baik sebab dia kasi tahu dengan jelas dan tepat dekat diri dia yang dorang kenal masa Festival Seni Kebangsaan. Obviously dia tak menipu. Setakat ini. Tapi yang Imran tu, dia tak dapat nak tafsir lagi.
Soalan paling agung dalam kepala otak dia ialah, kenapa Imran peluk aku? Titik. Dia malas nak pikir benda lain. Dia nak pikir benda tu dulu pasal Imran.
Pasal budak tadi yang dia gelar diri dia Abang Paan tu, terus pop out dalam kepala otak dia, siapa budak tu? dan ye, terlupa la pulak nak tanya tadi, and then dorang kenal dekat mana? Macam bangang jugak sebab dia terlupa nak tanya yang dia kenal so - call abang Paan tu dekat mana? Nak pikir rumit abadi dalam kepala otak pun, dia bukannya ingat apa-apa. nak contact abang Paan tu pun, dia bukannya ada number contact budak tu pun. Lagi satu aktiviti bangang bernama Haikal. membiarkan orang lain mengambil number fon dia tanpa mengambil number fon orang tu semula
Dia tak tahu la nak gelarkan diri dia ni baik semula jadi alam atau apa, tapi dengan sewenang-wenangnya dia kasi number fon dia dekat abang Paan tu. kah!  Adakah sebab abang Paan tu hansem tera gaban maka dia pun dengan kadar suka hati memberi riang ria raya number fon dekat budak tu? ke aku da kena santau ni? -,-
Tak kisah la apa-apa, yanag penting budak tu hansem! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA. Gelak nak macam cibs je.
“woi, nak nugget sikit. Jangan habiskan.” Mintak Haikal.
“ye la, ye la. aku pun tak keji nak habiskan semua.”
Haikal tengok jam dekat fon. 1145 malam. Lagi 15 minit untuk bunga api keluar. Ada mesej masuk. Haikal bukak inbox.
Haikal, ni number Paan. Jangan lupa save.  we need to talk.  
Haikal sengih. Jantung da dup dap dup dap gembira. Tak tahu kenapa perlu gembira. Ya Haikal. kenapa perlu gembira suka ni? tapi tak boleh belah bila Paan tulis kat situ as Paan. Kenapa bukan abang Paan? Dan kenapa pulak dia berharap sangat si Paan tu tulis abang Paan? You are a dead meat Haikal. kau supposedly tak boleh suka lelaki. Kau supposedly and memang kena suka perempuan. -,- jangan buat benda bodoh la Haikal. tapi tak kisah la, dia boleh je buat bodoh and tak kasi tahu Paan yang dia macam agak crush dekat budak tu sejak pertama kali pandang dia iaitu tadi. kenapa cerita kau ni da macam cerita cinta pandang pertama kat novel-novel kat Malaysia ni Haikal? you are cliche la Haikal! HAHAHAHAHAHAHA. Well, setiap manusia ada perasaan. Based on you how control it and yourself. Dalam kes dia ni, yes, dia agak suka Paan tahap-tahap cenggitu je. tapi takde la die hardcore ke apa. dia tahu limit dia. dia tak bangang lagi. apa-apa pun, Haikal tekan button reply dan mula menaip. Sejujurnya dia tak tahu nak menaip apa. dia asyik tekan cancel je and then menaip balik and then cancel lepas tu taip balik. Last sekali, dia balas ni

Hai Paan  thanks. Will save your number.

Dan dia tahu, dia crush dekat Paan sebab budak tu hansem. Tu je. da namanya pun crush. Bukannya jatuh cinta sehidup semati. kau nak bercinta, jangan pandang setakat paras rupa. sure tak kekal. kalau setakat nak crush tu, boleh la lagi. heh. dan Haikal, sejak bila jadi mat jiwang cakap pasal cinta?


p/s
serius banyak nyamuk masa aku update cerita ni. sabar je la -,-

21 comments:

  1. First he2 best2 lama tunggu baru dapat baca hux3

    ReplyDelete
  2. Cerita playboy??lama tggu cerita tu..

    ReplyDelete
  3. :'D...speechless...akhirnya dpt bce smbungan...

    ReplyDelete
  4. crik top area portdickson n berhmpiran..0132032417/wechat/whatsapp..no chub k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. I need frenz.. Stay port dickson.. 0122095193

      Delete
  5. owh gitu kronologi nye...ingatkan jumpa paan dulu baru imran....terkeliru sebab chapter edisi malam merdeka keluar dulu...pasni mesti dia berjejak kasih dengan Hisha pulak...macam mana pulak scene pertemuan dorang nanti..x sabaq nak tggu ni hahhh!!!!

    ReplyDelete
  6. agak2..lama lagi x nk tggu nex chapter....hahah

    ReplyDelete
  7. hehe... bestnyer... keterujaan berada pada tiap2 frasa...

    ReplyDelete
  8. citer dah makin best.. tapi lagi best kalau kau dapat buat weekly update. kira senang nak estimate bila next episode will come out.

    ReplyDelete
  9. Wow..best..cepat skit ek publish next chapter k :)

    ReplyDelete
  10. semakin menarik cerita nie..Paan ttp di hati Haikal..hehe

    ReplyDelete
  11. Antara novel yang terbaik yang pernah aku baca, sungguh membuai perasaan.

    ReplyDelete
  12. kitagawa kyouko19 April 2014 at 20:28

    Hye,shark!happy awk dh updated smpai chap 5!shark sya harap awk dpat tunaikan permintaan saya ni.saya betul2 harap awk dapat update chapter6 secepat yg mungkin sbb lepas ni saya x dapat nk bukak blog awk lepas ni dah.sya kena balik kem (plkn) lepas operation sya kat hospital

    Saya memang dh tak sabar nk bca yg seterusnya!tapi...awk thu kan bila duduk dkat plkn apa yg kita tak boleh nk pakai?fon,dan mcm2 lagi.jadi shark,saya mohon ya?tlg update secepat yg mungkin.trimas.

    ReplyDelete
  13. terbaik bro . tlg laa update cepat skit . tak sabar nk baca sambungan die , papepun cite ni mmg terbaik .

    ReplyDelete
  14. Klu bleh bg r hisha plak main gan haikal.sian hisha.nak tau gak hisha ni powerke bila main.suka hisya.hehe.

    ReplyDelete
  15. Shark, please update setiap chapter by weekly. I love ur stories. Dan semestinya tak sabar nak tunggu kemunculan Hisha. :)

    ReplyDelete
  16. Bile na sambung ? Menantii ...

    ReplyDelete
  17. Shark,kau x nk buat kisah adam ngan john ker?nampk macam menarik jugak kalau kau buat side story kisah dia duaorang.kan?

    ReplyDelete
  18. Shark, bla nak post sambungan nye ni... Excited ... Please2 .... Nak hisha muncul balik.... N ingatan tuuu...pulihkan huhu

    ReplyDelete
  19. Shark, bla nak post sambungan nye ni... Excited ... Please2 .... Nak hisha muncul balik.... N ingatan tuuu...pulihkan huhu

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)