Nuffnang

Sunday 13 October 2013

Manuskrip Gay. Remaja chapter 1 #53

heya, selamat kembali. hahahaha. sorry lambat post dan semoga kau orang gembira baca cerita ni. untuk cerita PLAYBOY, aku tangguh dulu. kalau ada rasa nak tulis, aku akan tulis la tapi buat masa sekarang ni, aku fokus kat cerita ni dulu. selamat membaca. :) sorry kalau tak best. heheh.



Haikal cium pipi maknya kiri dan kanan. Mulut still penuh dengan daging and roti. Gila tak senonoh perangai. 
“kau tak boleh nak jadi lagi senonoh ke?” keji Abang Umar. 
Haikal da malas nak melayan. “baiii.” Haikal lambai sebelum keluar dari rumah. Sekarang Dublin tengah musim luruh. Pokok da mula nak gugurkan daun-daun dia. Daun sebesar maple da penuhi laman rumah dia. Tanah da kena tutup dengan daun-daun warna emas, kuning, oren, merah. Memang superb cantik and dia terasa sangat blessed dapat duduk Dublin ni. Udara pagi ni pun tenang je. Mulut masih mengunyah. Tangan masih ada daging bersama balutan roti. ye, dia memang agak tak senonoh bak kata abang dia. tapi da makanan yang mak dia buat ni sedap, memang dia rembat habis je la! 
Dublin ni memang enjoy je dan dia sangat suka duduk Dublin ni atas beberapa perkara
1) Sebab dia rasa Dublin ni sangat cantik dan tenang
2) Sebab dia dapat lupakan kenangan bodoh dekat Malaysia dulu’
3) Dia malas da nak pikir pasal hal kengkawan dan pertaruhan bangang abadi tu. 
Dia bukanlah duduk dekat tengah-tengah bandar Dublin, dia dengan family dia duduk dekat kawasan sub urban je. Jadi tak berapa nak banyak sangat la pencemaran and bunyi bising tu. Harga barang pun lebih murah dari dekat bandar tapi still kawasan sub urban rumah dia tu tak jauh dari bandar. Nak ke bandar tak amik masa yang sangat lama pun. 
Dia suka duduk sini. Fresh air, fresh start. Dia jalan kaki je pergi ke sekolah dia. Bukan jauh mana pun. Serius tak jauh dan dia enjoy je jalan kaki sebab budak-budak sekolah yang lain pun mostly jalan kaki jugak pergi sekolah. Jadi tak rasa janggal sangat la kalau jalan kaki. Lagipun cuaca kat sini tak membuatkan dia putus asa nak jalan kaki sangat. Lain la Malaysia yang panas terik abadi tu, memang wasalam je la kalau dia jalan kaki. Kalau dekat Malaysia, memang awal-awal lagi dia da rasa give up untuk jalan kaki walaupun jarak rumah dengan sekolah hanyalah 200 meter sahaja. Malaysia sangat panas okay!!
jadi, berbalik kepada cerita berjalan kaki, so far, dia hidup sihat walafiat je kat Dublin ni. Dia jugak hidup sihat walafiat jugak dekat sekolah and takde la kena buli ke apa ke macam dalam Glee, Greek atau cerita western yang lain tu. Cerita tu semua syirik je. Dan kalau dalam cerita US tu, budak-budak football / ragbi mesti budak bajet hot atau budak bangang atau bodoh abadi tapi dekat sekolah dia ni, budak-budak football la yang bijak pandai and dapat scholar negeri untuk main Olimpik. Serius gempak and all those mitos dalam cerita inggeris tu memang menipu je lebih. Kat sekolah dia, budak-budak sukan ni yang sangat bijak sebab diorang nak mantain biasiswa and qualify sukan antarabangsa. Kalau stuck, memang sia-sia je la hidup kau bersukan dan belajar rajin-rajin. Kat sini, kalau nak tahu siapa yang budak bijak pandai, kita carik je terus budak-budak sukan. Memang jauh beza la kalau nak banding dengan negara lain. 
Yang bagusnya kat Dublin ni, budak-budak dia sangat tak lokek ilmu. Start dia masuk Dublin, dia senang je dapat kawan. Budak-budak memang peramah habis and sistem kat sekolah ni macam sistem sekolah antarabangsa lain, pelajar yang carik kelas dan bukannya cikgu yang carik kelas. Nasib baik dia da biasa sebab sekolah lama dia dulu pun guna sistem macam ni jugak. Bayangkan kalau first time dia macam tu? Mahunya tergagau-gagau carik kelas sebab sekolah dia ni memang besar bak hang. Boleh dikatakan sekolah baru dia ni antara sekolah terbesar dekat Dublin tu. Jadi sila bayangkan je la berapa kali dia tawaf sekolah masa first day eventhough sekolah lama dia amalkan sistem yang sama jugak sebelum dia ditunjukkan kelas sebenar oleh budak-budak sekolah tu sendiri. 
Dia da duduk kat sekolah tu pun almost 2 bulan. Da nak masuk bulan 3 pun. Dia da tak contact langsung kengkawan dari sekolah lama dia. tak pernah contact pun actually.  Dan dia memang takde niat nak contact siapa-siapa pun termasuklah Adam ke Ermawan ke siapa-siapa classmates lama dia. Yang dia contact cuma sepupu sepapat dia kat Malaysia je la. Yang lain takde. Duduk kat Ireland ni memang enjoy je semedang. Kalau ada match EPL yang best, dia dengan abang Umar akan redah ke UK untuk layan EPL. Tapi layan Celtic pun da kira okay jugak dekat Ireland ni. still quite okay what! Heh.
Haikal berjalan kaki menuju ke sekolah dan dari jarak 100 meter dia da boleh nampak puncak tertinggi bangunan belah utara sekolah dia tu. Telinga da berdentum dengan lagu BYOB daripada headphone. Dia terasa macam klasik gila bila dengar lagu System of A Down ni. zaman sekarang mana ada orang nak dengar lagu-lagu macam ni lagi. Semua stok dengar Justin Bieber tak pun One Direction. Dia tak kata yang dengar lagu JB tu teruk belaka taste muzik dorang, well, everyone have their taste of music right? Aku tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab ada orang kata headbanging macam aku ni bukannya ada taste muzik yang betul pun.
Pintu utama da tak jauh. Hanya terletak kira-kira 50 meter jauh dari dia je. dia tengok jam tangan. Da tak banyak masa sebelum sesi pertama akan bermula. Sesi pertama untuk hari ini ialah kelas Bahasa Perancis – Bahasa Antarabangsa.  Sekolah dia tu terletak seberang jalan dan lepas tu terus je dia berlari-lari anak melintas jalan tanpa pandang kiri kanan. Dan BOOM! dia terasa macam terbang melayang je.




Dia bukak mata perlahan-lahan. Dia macam terasa badan dia baru kena pukul dengan kayu besbol je. Badan dia sakit. Kaki dia sakit. Kepala dia sakit. Tekak dia sakit. Tulang dia sakit. Tapak kaki dia sakit. Siku dia sakit, perut dia sakit dan dia haus. Dia cuba telan liur dan lepas tu dia menyesal sebab tekak dia terasa macam nak terbakar je.  Tekak dia terasa macam nak menjeluak keluar. Serius rasa perit abadi. Siling putih, selimut putih, tangan da berselirat dengan segala bagai wayar. Tangan da beku tak boleh nak gerak. Dia kemalangan ke tadi?
Nak gerakkan kepala ke kiri pun tak boleh. Tetiba dia terdengar suara perempuan menangis. Dia tak kenal perempuan tu siapa. Dan dia tak paham kenapa perempuan tu menangis. sebab dia ke? tapi da kenapa perempuan tu nak menangis sebab dia? keadaan aku ni menyedihkan sangat ke sampai orang lain pun nak nangis beria-ia. Sekarang ni dia ada kat hospital ke? Like seriously la? Dia baru kemalangan ke tadi? Dia cuba nak ingat balik apa yang terjadi sebelum dia jadi sakit-sakit badan macam ni. none =.=’ dia tak ingat apa. Dia rasa useless gila sebab tak ingat apa. 
Dia makin tak paham bila tetiba katil dia mula dikeremuni oleh beberapa orang yang tak dikenali. Dan yang lagi macam aneh bak hang, semua da start menangis. Ada bebrapa orang lelaki dewasa dan seorang wanita mula menangis teresak-esak. Da kenapa semua orang mula menangis? -,-‘  Sepatutnya dia yang rasa nak nangis sebab badan dia terasa sakit abadi. Terasa macam tulang belakang dia baru kena lenyek dengan steamroller. 
Tak lama lepas tu, ada seorang doktor  dan 2 orang nurse datang kat situ . Lepas tu doktor tu halau orang-orang yang menangis tu*pada perkiraan dia* dan tutup bidai katil dia sebelum doktor mula cucuk sesuatu pada salur yang ada dekat lengan dia. Tak sampai 5 saat , dia da mula rasa mengantuk balik. Siling putih mula hilang dan ganti dengan alam yang gelap. 





Haikal duduk dekat dalam bilik tu. Da lama dia keluar hospital. Doktor cakap dia hilang ingatan. Dia terasa nak nangis. Dia tak ingat langsung siapa nama dia. Dia tak ingat langsung siapa family dia. Dia tak ingat langsung siapa adik beradik dia. Dia tak ingat langsung siapa mak dia. dia tak ingat apa-apa langsung dari zaman dia kecik sehingga besar. Serius rasa macam sedih gila. Masa mula-mula tu rasa macam nak nangis je. terasa nak give up hidup pun ada. 
Pintu bilik berkuak.“Haikal.” Panggil seseorang. Haikal pandang pintu. Ada seorang perempuan masuk sambil menatang dulang. “jom makan.” ajak perempuan tu sambil tersenyum manis. “hari ni kita makan spagetti. Mak ada masak untuk Haikal.” 
Haikal tersenyum. Masa mula-mula, dia susah nak terima yang perempuan tu ialah mak dia. ye la, sebab dia tak kenal langsung siapa perempuan tu. Dia terasa macam tinggal dengan stranger habis. Masa mula-mula, dia almost nak mengamuk and baling pasu hospital dekat strangers yang mengaku sebagai family dia dekat hospital. 
Perempuan yang tengah suap dia ni, masa kat hospital dulu da menangis teruk masa dia cakap yang dorang semua bukan family dia. kau bayangkan la, siapa yang nak boleh terima dengan senang-senang hati kalau ada beberapa orang strangers datang dekat kau and mengaku yang dorang tu family kau. masa tu dia pikir dua benda je. 
1) Betul ke dorang family aku? Kenapa tak ingat apa-apa pun? Entah-entah dorang menipu pastu nak culik aku. 
2) Macam mana kalau betul dorang family aku and lepas tu aku pulak buat perangai bangang nak baling pasu sana sini. 
Untuk kes nombor 1, dia terasa macam bangang jugak. Dia pun tak tahu macam mana boleh timbul idea nak menculik semua tu. Tapi, dia memang tak ingat apa. Langsung. Kosong. Sifar. Zero. Non. Dan untuk kes nombor 2 pulak, dia pun terasa bangang jugak sebab boleh timbul idea nak baling pasu semua tu. 
Dia jadi sedikit tenang lepas one of the guy dekat situ tunjuk dia beberapa gambar. Lelaki tu perkenalkan diri dia as a Abang Umar. Well, he is sweet guy. Abang Umar cakap, “aku ni abang kau. kau ingat aku lagi tak?”
Dan dia geleng kepala sebagai jawapan kepada soalan abang Umar. Dia tengok Abang Umar macam da speechless habis. 
“kau tengok la dulu album tu.” arah Abang Umar.
Lepas tu dia bukak album tu and telek satu persatu gambar dalam tu. Gambar dia dengan perempuan yang mengaku emak dia. dalam gambar tu,  perempuan tu cium pipi dia. perempuan tu bagi hadiah hari jadi kat dia. perempuan tu tengah senyum manis dengan dia dalam gambar hari raya. Lepas tu ada gambar dia dengan Abang Umar tengah layan teh tarik. Gambar dia dengan seorang lelaki yang lebih tua sedikit. Lelaki tua tu mungkin ayah dia. Dia dongak pandang Abang Umar.
“abang Umar,what is my name?”
“your name? Haikal.”
“Haikal?”
“yap. Nama kau Haikal. Kenapa?”
“takde apa. Saja tanya.” Jawab dia pendek. Dia tunjuk gambar dekat album tu. “ni ayah ke?” 
“aah.” Angguk abang Umar. “tapi ayah takde sekarang ni. ayah kerja. Nanti ayah datang lawat Haikal kay.”
“ouh okay.” Dia telek lagi gambar dalam album tu. ada gambar perempuan lepas tu dia pandang perempuan yang da kesat hidung guna sapu tangan. “emak?” 
Perempuan tu terus menangis teresak-esak banyak sebelum abang Umar menenangkannya sedikit. Sumpah dia terasa bersalah gila sebab tak tahu yang perempuan tu ialah mak dia. and the rest is history.
“abang Umar mana mak?” tanya Haikal dekat mak dia. mak dia gulung-gulungkan mee lepas tu suapkan ke mulut Haikal. Haikal mengunyah diam. Dia bukannya tak boleh gunakan tangan pun. Da boleh pun tapi saja je nak ngada-ngada dengan mak dia. perasaan blessed bila tahu where is his mother adalah sangat ultimate. One day, kau rasa , kau terfaktab gila sebab kau da tak ingat siapa family kau. and another day, tetiba ada family lain yang datang and mengaku sebagai family kau. kau akan rasa blessed gila bila tahu yang kau rupanya ada family lagi eventhough sejadah haram pun kau tak ingat pasal dorang. Serius rasa bersyukur gila sekarang ni. jadi kalau nak ngada-ngada pun tak rasa apa pun la.
“abang Umar ada dekat bawah. Kejap lagi nak keluar katanya.”
“pergi mana?”
“kata nak pergi bandar kejap. Jumpa kawan dia.”
“nak ikut!!!”
Mak dia tersenyum. “habiskan ni dulu. Nanti baru ikut abnag Umar pergi Dublin okay.”
Haikal tersenyum lebar. “okay.”




Haikal tarik windbreaker supaya sejuk tu berkurang. Dia pun tak tahu apesal dia nak rasa sejuk sangat padahal suhu dalam sekitar 24,25 je pun. Dia jalan agak terkedek-kedek sikit. Dublin agak sesak hujung minggu. Semua sibuk nak beli groceries. Satu yang dia suka Dublin ni, bila keadaan dia sesak, dia tak la sesak ultimate macam Manchester ataupun London. Tu memang sesak mega. Dublin still so-so je. tapi kalau malam Krismas atau da masuk hari easter, tahap sesak dia tu memang ampun susah nak dimaafkan la. 
“da tahu sakit tu, buat la cara sakit.” Kutuk Abang Umar sebelum gelak kecik. “lain kali duduk rumah. sibuk nak ikut aku jugak.” Kata abang dia sebelum messy kan rambut dia.
Haikal buat muka. “came on. Bosan kot duduk dekat rumah. asyik terbaring je atas katil. Kita nak pergi mana ni sebenarnya?” Haikal menarik sikit windbreaker abang dia. “jangan la jalan laju sangat. Penat la.”
“kita jejalan pusing Dublin je.”
“abang. Like seriously la.” Haikal buat muka lagi.
Abang Umar da gelak. “sibuk nak ikut aku jugak tapi tak tahu aku nak pergi mana. Aku nak jumpa kawan aku dari Malaysia. Kitorang sama kelas masa dekat IB dulu. Dorang belajar kat Soton. Sekarang pulak dorang tengah cuti. Jadi dorang tengah backpackers la and kebetulan dorang datang Dublin time aku ada dekat sini.”
“ooooo.” Tu je reaksi yang Haikal mampu buat. 
“kau tak rindu kengkawan Malaysia kau ke?” 
Dorang berdua masuk kat starbucks kejap sebelum duduk dekat situ. Haikal kata dia sejuk sangat, that’s why dorang berhenti jalan kejap. 
Haikal main-main kaki dia. “tak ingat sorang pun. Jadi nak rindu macam mana?”
“make sense jugak sebab aku pun kau tak ingat apa masa kat hospital. Jadah nak baling pasu masa tu.” 
“bangkai la kau abang!” marah Haikal. Abang Umar da gelak besar kat situ. 
“hey. Kau yang overdose sangat react. Aku tak rasa orang hilang ingatan yang lain overeact macam kau. kau kelihatan agak bangang jugak masa tu.”
“shut up.” Muka Haikal da memerah. Kalau diingat balik, benda dan isu baling pasu dia tu agak macam bangang abadi. Tak tahu la jadah mana syaiton yang merasuk dia untuk berpikir sebegitu rupa. 
Pesanan dorang berdua sampai tak lama lepas tu. Haikal terus capai cawan untuk hangatkan diri. Kalau nak tengok udara sekeliling, tak la sejuk sangat. Still ada je cahaya matahari tapi tu la, biasan cahaya tak sampai kat kulit. Abang dia mula tanggalkan windbreaker dan sangkut pada beg. Dia je masih pakai windbreaker.
“kau sejuk sangat ke apa?”
Haikal angkat bahu. “tak tahu kenapa sejuk semedang.”
“da sampai ajal la tu. da tak lama.” Bibir Umar da tersuging.
“kang terbang kejap lagi cawan aku kat muka kau.”
Umar angkat kening. “berani la. Aku campak je kau masuk sungai je kejap lagi.”
“keji punya abang.”
“abang yang kau sayang jugak kan?” kata Umar sambil angkat cawan dan mencicip sedikit. 
“whatever.” Kata Haikal pendek. Lepas tu dua-dua diam sekejap layan kopi kat tangan. “abang.” Panggil Haikal. 
“apa dia?” sahut Umar tanda mendengar. 
“aku dulu ada awek tak?”
Huh? Umar tergelak. “soalan bangang apa kau tanya tu? nasib baik aku tak minum kopi masa kau tanya soalan tu. memang wasalam tersembur kat muka kau.”
Haikal buat muka. “dus, aku just tanya je. perlahankan gelak kau celaka. Semua orang pandang kita.”
Umar terus gelak sebelum berhenti untuk bertanya. “apesal tetiba kau tanya soalan tu?” tanya Umar serius selepas beberapa puluh saat yang menggelikan hati dia. tu pun dia berhenti gelak sebab Haikal tak sudah buat muka kat dia. Umar angkat bahu. “sejujurnya, aku tak tahu. Kau tak pernah cerita pasal lovelife lovelorn kau dekat aku. Kita jarang kongsi cerita. Kau lagi banyak cerita dekat Zahid.”
“Zahid? Siapa pulak Zahid jadah ni?”
“sepupu kita. Bestfriend kau dulu. Habislah kau kalau Zahid tahu yang kau tak ingat langsung pasal dia. korang tu da la rapat nokharom. Jadah langsung kau tak ingat pasal Zahid?”
“who – is – Zahid?” tanya Haikal satu persatu. 
“anak Mak Ngah. Ah, malas aku cerita kat kau. kau bukan ingat apa-apa pun. Nanti la, kalau kau jumpa Zahid depan mata, kau buat la sesi suai kenal dengan dia.”
Haikal terdiam. “jadi kau tak tahu apa-apa pasal kisah cinta aku?”
“shesshh. Jiwang. Geli telinga aku dengar. Nope!” kata Umar tegas. “kau tak pernah kongsi kisah cinta kau dengan aku. Dan aku pun tak la galakkan kau untuk bercinta. Dan sepanjang aku hidup dan nampak kau depan mata, aku macam tak pernah nampak petanda yang kau ni bercinta. Duss. Kebabian apa. Kau baru 16 tahun la. Jadah tanya soalan macam esok nak kahwin.”
Haikal gelak. “aah kan. Stupid question.” Haikal geleng kepala. “i’m just 16 y/o. How come la nak bercinta.”
“true. Dan jangan tanya soalan bangang abadi pasal bercinta lagi.” Lepas tu kedua-dua adik beradik tu diam lagi sebelum Umar memecahkan suasana. 
“apa perasaan hilang ingatan?”
“teruk.” Kata Haikal pantas tanpa perlu pikir banyak. “kau terasa loser gila. Kau terasa macam manusia tak berguna. You even dont know siapa mak kau. kau even dont know siapa ayah kau. lagi loser bila aku takde kenangan masa kecik-kecik dulu. Dan terasa loser bila aku tahu aku ada abang macam kau.” Umar terus muncung bibir. Haikal pulak gelak besar. “like seriously bro, kau abang yang baik.”
“ye ke?”
“ye la. Belanja kopi ni boleh? Kau kan abang yang baik.” Haikal gelak kecil.
“bai.”



Haikal baring kat atas katil sambil tangan silang belakang kepala. Dia dengan abang Umar banyak jugak habiskan masa dengan kawan-kawan abang Umar. Tak sangka pulak budak-budak IB semuanya gila-gila. Dan dia pun melayan je la kepala gila kengkawan abang dia tu. tapi benda tu da almost a week berlalu. Abang Umar pun da balik kampus untuk sambung new semester. Trimister baru da nak start balik. Dia pulak akan balik Malaysia. Tu apa yang mak dengan ayah decide. 
“Haikal akan tinggal dengan mak ngah.” Kata ayah dia.
“sorang?”
“aah. Da tu? takkan nak suruh mak temankan pulak. Siapa pulak nak masak kat rumah ni, nak bagi adik dengan ayah makan?” kata Abang Umar. Masa tu dia rasa macam nak tendang ke kepala abang Umar. Tolonglah jangan bagi jawapan menyakitkan hati aku.
“macam bosan je tinggal rumah mak ngah.” Kata Haikal perlahan. “kenapa Haikal tak sambung dekat sini je?” 
“kau tinggal dengan Zahid nanti. Dia akan kembalikan ingatan kau.” kata Umar lagi. “kau rapat dengan dia masa kecik-kecik dulu. Doktor cadangkan supaya kau banyak habiskan masa dengan orang yang kau rapat masa kecik-kecik. Kau tak rapat dengan aku masa kecik-kecik. Kau banyak melepak dengan Zahid.”
Haikal mengeluh. “ jadi bila Haikal kena balik Malaysia and start tinggal dengan keluarga Mak Ngah?” Haikal pandang mak dengan ayah dia. 
“a really soon.”
Dan dia tak sangka la pulak a really soon tu ialah 2,3 hari lepas tu. serius terfaktab habis. Bila dia sampai KLIA pun, dia malas nak melayan Zahid sangat. Budak tu beria-ia cakap dengan dia. disebabkan dia penat and malas nak melayan, dia just senyum je and diam. Dia bukan tak nak melayan Zahid tapi dia jenis yang cepat penat kalau baru lepas perjalanan jauh. Tunggu la dia ada energy sikit atau beberapa hari kemudian, mesti dia akan banyak cakap dengan Zahid nanti. Sebab tu dia jadi hambar je masa jumpa Zahid kat KLIA tu. Mak dengan Mak Ngah je banyak borak-borak dalam kereta. Zahid still beria-ia nak dia borak padahal dia nak tidur je sebab kat dalam flight tak dapat tidur. 
“kita rapat tahap mana?” masa dia tanya tu, dorang berdua da ada kat dalam bilik Zahid. Bilik Zahid ni kemas je. ada katil queen untuk dorang berdua kongsi tidur. Pastu ada tv untuk layan cerita kalau bosan abadi. Kalau bosan sangat malas nak layan TV, boleh la duduk kat beranda and layan alam. Zahid sepupu dia ni jenis yang simple je pemakaian dia. pakai jeans and t shirt kosong tapi still nampak bergaya. Dia pun tak tahu nak cakap macam mana. Zahid is a person that kalau pakai baju compang camping pun dia still nampak bergaya dan akan nampak handsome. 
Dia tanya soalan tadi tu pun sebab dia nak tahu yang dulu dia ada awek ke tak dan kalau Zahid rapat dengan dia, mesti la Zahid tahu pasal lovelife lovelorn dia bak kata Abang Umar. dan selepas tu, Zahid ambil masa jugak untuk berpikir dan bagi jawapan dekat dia.
“ada benda pasal kau yang aku tahu, aku akan bagitahu. Kalau aku tak tahu,” Zahid angkat bahu. “then aku tak boleh nak cakap apa la. Eh da la. Jom makan dulu. Nanti kita sambung lagi kay.”
Dan lepas tu, perbualan pun tamat dan dia memang gembira sebab dia terasa nak rehat and tidur je. tapi jadah haram tak dapat tidur pun lepas tu sebab Zahid bawak dia pusing-pusing Times Square and BB. Masa tu rasa macam nak siku je muka Zahid sebab beria-ia nak bawak dia pusing KL. Masa tu dia bengang sebab ye la, takkan la takde hari lain nak bawak dia pusing KL.penat gila kot!  Apa-apa pun, masa kat Times Square, dia ada terjumpa seseorang yang mengenali diri dia. budak tu memperkenalkan diri dia as a Ermawan. Dan seperti biasa, dia lost tak kenal siapa itu Ermawan.  
Jadi, cerita aku, seorang remaja bernama Haikal yang hilang ingatan akan bermula di sini. Jadi, next story, akan bermula pada chapter yang seterusnya. Hahahahahah. Kbai semua! selamat menunggu. tapi aku ada one question, kenapa aku mula dup dap masa aku jumpa Zahid pertama kali kat KLIA. -,- serius rasa aneh. 




okay tamat chapter 1. -,-; tak la panjang mana pun chapter ni. hahahahahaha. semoga korang terhibur la ye. heh. , aku pun tak tahu yang benda alah ni nice comeback ataupun tidak. kalau suka, boleh teruskan menunggu dan membaca. kalau tak suka, boleh tinggalkan je la. cerita ni akan syn dengan cerita PLAYBOY. okay, babai :) selamat malam :)

18 comments:

  1. permulaan yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  2. like...hehehe...2 kisah dalam penceritaan yg sama..nice..hehe..

    ReplyDelete
  3. I love'ya babeh...ummuah hahahahha

    ReplyDelete
  4. Welcome back shark..dh ok kaki??

    ReplyDelete
  5. best.. tu jer komen.. k, bye... hehe

    ReplyDelete
  6. best...ko memang ada bakat...superb..two thumbs up...:)

    ReplyDelete
  7. more!! more!!

    and also more playboy!

    and more sex scene!

    TQ ^^

    ReplyDelete
  8. nice, I really like your writing style!! :D :D :D More to romantic kind of story, I like it!!

    ReplyDelete
  9. Thankz ada smbungan lg dr cerita asrama tu..frust gak kalu cite tu abis mcm tu jerk.. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Bila nk sambung lg?

    ReplyDelete
  11. Adoooi...lambat giler citer ni nak update..cepat la sikit bro...dah x sabar ni...hahahaha...

    ReplyDelete
  12. aku dah bo bo bo bo,bosan dan meluat,bila nak update cite remaja tu hah??

    ReplyDelete
  13. 0197137691
    cari abang top umur 30 kebawah . area segamat johor ..

    ReplyDelete
  14. Tapi elok juga haikal tak ingat masa di ke romen di sekolah lama ..

    ReplyDelete
  15. Tapi elok juga haikal tak ingat masa di ke romen di sekolah lama ..

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)