Nuffnang

Tuesday, 1 October 2013

Cerpen pendek ; Blind Date. #52

heya guys. sory lambat and lambat. sory again sebab da lama sangat tak update belog. hidup aku akhir-akhir ni macam hectic gila. penat dan tak larat. tengah nak kumpul semangat supaya terus gagah dan berani untuk hadapi hidup mendatang. -,- okay, da melalut.

untuk Playboy la kan, aku terasa macam da writer's block. dia stuck dan tersekat dan entah kenapa tak nak bergerak untuk menaip. aku selalu cuba menaip di malam hari seawal jam 1 pagi dan di waktu senggang :3, tapi jari mesti terapung-apung kat atas keyboard and still thinking , "apa je la yang aku patut tulis?"

aku still terbayang-bayang dengan kisah Haikal, Paan and Hisha and people always asking me, day by day, time by time, chat by chat, twitter by twitter, same question they always asked me and same answer aku bagi dekat dorang

"bila nak update?"

"bila terasa rajin."

aku ingat nak update ASRAMA 2.0 version lepas aku habiskan cerita Playboy. tapi malangnya Playboy pun tak bertaip-taip lagi jadi aku patut mula pikirkan something. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA. about those Haikal and Hisha and Paan, I will think something about it. I will think. 

kawan aku hari tu ada bagi email dekat aku, dia ada tulis cerpen and dia kata, kalau kau rasa menarik, kau post la. aku bukak and baca, sumpah terus tergelak terbahak-bahak macam nokharom bila baca cerpen dia. aku cakap kat dia.

"weh, sambung la lagi! sambung la lagi!!!"

tapi dia kata 

"malas. kalau kau nak sambung, kau sambung la. ke siapa-siapa yang sambungkan."

"-,- kbai."

dan semoga yang lain baca rasa best jugak macam aku baca. dia tak letak tajuk pun untuk cerpen ni, aku je main tambah 'Blind Date' HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA, sory woi kalau kau rasa tajuk ni pelik. btw, cerpen dia ni sangat-sangat pendek tapi terasa macam kena je dekat diri sendiri sebab benda alah ni, selalu jugak aku buat. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA, tapi aku takde la sampai nak buat perangai belah macam tu je. 

selamat membaca!!!




Hey. Aku ni p*****. Hahaha aku nak try try anta cerpen aku. Mana tahu ko minat nak letak kat blog kau. Tapi kalau ko letak, jangan dedahkan aku yg tulis tau. Karang kantoi pulak. Kalau ko tak letak pun takpe, sebab aku pun suke2 je tulis bosan2. Hahahaha. Sila baca and bagi komen k?




Hakim masih diam. Tangannya saja yang bergerak. Jemarinya masih galak tekan handphone touchscreen yang dia beli tahun lalu. Dia tak pedulikan langsung orang yang keluar masuk ke dalam cafe tersebut. Tiba-tiba handphone Hakim berbunyi.

'Bringgggg'

Alamak. Dia toleh kanan kiri. Bunyi tu bunyi dari aplikasi 'Planet Lelaki Penggoda'. Ada mesej baru untuknya. Sial. Kenapalah lupa nak silent handphone. Kan dah bunyi. Hakim toleh kiri kanan lagi. Fuhh. Nasib baik tiada orang memandangnya pelik, terutamanya lelaki. 

Dia masih ingat kejadian dua hari lepas, masa tu baru lepas game futsal, dia lepak minum dengan Faisal dekat Al Safa. Handphone Hakim mengeluarkan bunyi yang sama, kuat. Dan tiba-tiba sekumpulan lelaki yang duduk di hadapan meja mereka memandangnya. Mereka kelihatan berbisik sesama sendiri dan memberikan senyuman penuh makna dekat Hakim. Lepas itu Hakim malu sendiri. "Confident tak silent phone. Kantoi busuk! Alamak malu gila lah wei! Imej abang-abang kot kau, baru lepas futsal pulak tu. Spoil la bunyi tu! Hahaha padan muka kau!," gelak Faisal padanya. Sah-sah lelaki-lelaki yang berada di depan mejanya pun datang dari 'planet' yang sama. Celaka!

Hakim semak mesej yang baru dia terima. Dari RIO26.

RIO26: hai, sorry datang lambat sikit. Jalan jam. Will be there in 15 minutes.

Alamak kau ni. Lambat pulak dah. Pagi tadi mesej beria pesan kat aku jangan lambat. Muka dah hensem badan sedap. Tapi first impression dah tak best! Tolak 1 markah! Potong betul!

Itu kata hati Hakim. Tapi tangannya pula menaip:

kim1988: okay. no worries. I dah ada kat sini. take your time!

Hahaha bodohlah Hakim. Cakap tak serupa bikin! Tak pe kita tunggu. Mana tahu ada jodoh. Eceh. Hakim harap kali ini betul-betul okay lepas banyak kali dia sentap sendiri dengan aplikasi tu. Ye lah. Hakim pun satu. Feeling nak mencari cinta bagai, tapi kat aplikasi tu. Dah sah sah semua orang kat sana nak memantat je kerjanya. Pernah kena gelak dengan Faisal pasal benda ni. Kata Faisal, Hakim ni berangan lebih. 

Tapi Hakim percaya, kat mana lagi nak cari cinta kalau bukan kat situ. Nak tunggu ada lelaki kacak hulur salam perkenalan ke sewaktu Hakim membeli barang dapur di supermarket? Memang tak lah nak jadi macam tu, ini KL, bukannya Amsterdam! Mau kena rejam dengan makcik-makcik yang juga sedang membeli belah di supermarket yang sama kalau perkara yang dia angankan tu terjadi. Kehkehkeh.

Sebelum ni Hakim banyak kali kecewa. Ada orang yang dia jumpa dari 'planet' yang sama, kebanyakan ajak main. And ada yang pelik sikit, ajak join masuk MLM. Alahai. Hakim tak nak macam tu. Apa yang dia mahu hanyalah sebuah casual chat. Perkenalan dengan mana-mana lelaki yang boleh membuahkan hasil ke arah cinta tulus suci. Dan dia harap kali ni menjadi. Harap-harap.

Hakim belek lagi sekali handphone nya. Dia tengok semula profile RIO26. Boleh tahan, duduk Sentul, masih single. Yang penting muka kacak habis. Ada goatee, kening tebal, rambut tersisir rapi. Badan pun boleh tahan, mesti selalu pergi gym. Kulit pula kuning langsat. Tak sabarnya!

Tiba-tiba, handphone Hakim bergegar. Ada mesej dari aplikasi tersebut. Yeah! Kali ini dah silent so vibrate je! Pesanan dari orang yang ditunggu.

RIO26: I dah sampai. U kat mana?
kim1988: dalam cafe, meja hadap dinding. i pakai kemeja coklat.

Hakim nampak kelibat orang yang dinanti. Tinggi orangnya. Kacak, memang kacak. Pakai singlet warna biru laut dan seluar pendek kuning. Hakim mula tak sedap hati. Dan tangannya menjinjit beg. Beg besar yang designnya khas untuk mereka yang cantik-cantik. Eh. Lain macam ni. Beg kakak-kakak ni. Ke dia ni baru balik gym?

Mamat tu sampai depan Hakim, sambil senyum. 

"Hai, sorry u, i lambat. I lah Rio, tapi nama betul i Azhar," jelas mamat tu lemah lembut sambil hulur tangannya yang lentik. 

Hakim sambut ragu-ragu. "Hello Azhar, i pulak Kim, nama betul Hakim." Suara Hakim seakan tersekat. Dan Hakim sedaya upaya memberikan senyuman dekat Azhar. Tapi senyumannya kelat.

Alahai tak taste lah wei! Muka abang-abang tapi perwatakan kakak-kakak! 

"Err you. Kejap ye. I nak ke toilet, nak touch up kejap," Azhar bersuara sambil tersenyum simpul dekat Hakim. Tangan Azhar lekas mengeluarkan bedak kompak dalam begnya.

Saat Azhar berlalu ke tandas, Hakim tanpa teragak-agak, pantas mengeluarkan not RM10 dari koceknya lalu diletakkan di atas meja. Cukuplah ni nak bayar air yang dia minum kat sini sementara tunggu Azhar sampai. Segelas RM7. Boleh keep the change! 

Hakim lantas bangun meluru keluar dari cafe tersebut. Sepantas mungkin, macam lipas kudung. 

Pada masa yang sama, Hakim belek lagi handphonenya. 

"Nasib baik aku tak tukar nombor dengan dia. Nasib baik aku mesej kat sini aja! Ish tak taste! Kakak-kakak!," Getus Hakim sambil menekan butang 'delete account' di aplikasi tersebut.


*tamat*








aku selalu je buat Blind Date ni. macam da banyak kali je rasanya. itu dulu la. zaman terasa nak berjimba dan bosan dekat hostel, pastu ajak je la siapa-siapa kat facebook and twitter keluar jejalan. tak pun dekat Planet Romeo. tapi sekarang da tak layan Planet Romeo sebab da malas. jadi blind date ni macam da perkara biasa jugak, bukan untuk aku tapi aku rasa untuk semua orang yang baca blog ni. 

tak payah nak menafikan sangat la. tapi aku kurang gemar dengan certain sikap yang macam 

1) abandon once kau da jumpa orang tu
2) ajak kapel lepas jumpa

untuk kes number 1 , lepas kau jumpa dia, dan kau tengok orang tu muka macam pecah rumah, kau terus tak layan dia. even bukannya berkapel pun apa, just berkawan je. tapi disebabkan katanya ingin menjaga gengsi dan sikap macho , ingin berkawan dengan orang yang hotsetap aja, maka terus abandon muka yang pecah rumah dan malas nak layan wassap dan wechat orang yang sebegitu rupa. aku tak tahu nak kata orang macam ni bangang abadi ke atau poyo abadi atau sombong abadi tapi kau memang -,- aca - bitches.

untuk kes number 2, lepas kau jumpa dia, "oh kacaknya dia! marveles!" lepas jumpa first time, 

hari-hari terus ajak jumpa, 
hari-hari terus ajak beromen, 
hari-hari terus ajak mandi sama-sama, 
hari-hari terus ajak shopping sama
dan kemuncaknya "jom kapel"

dia macam tak tally gila bila untuk kes 1, dia tak layan orang yang pecah rumah. tapi untuk kes 2, boleh pulak dia layan orang yang sopan santun lagi kacak muka macam supermodel. da kenapa hidup kau untuk memilih?

tapi untuk cerpen pendek Blind Date atas tu, if you have balls, act like one and tak payah nak kepit suara, kepit peha, kepit telur. aku selalu terasa berapi bila orang selalu bagi alasan

"da memang takdir dari Tuhan, nak buat macam mana."

tapi malas la aku bagi komen lebih-lebih. nanti kena bambu pulak. :3 HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH, setiap orang ada opinion, jadi mari kita simpan untuk diri sendiri je. again untuk kes 1 and kes 2, kau siapa nak memilih kawan? paling obvious dekat facebook and twitter la. bapak annoying perangai. jadi, kalau ada sesiapa yang terasa dengan apa yang aku cakap, wa mintak maaf dan jangan la simpan di dalam hati. wa tak tuju kepada sesiapa pun dan most of important thing, da kenapa ada sesiapa nak terasa pulak? =.='

jadi, aku menutup entry 1 Oktober dengan tazkirah dan syarahan yang bertajuk
"janganlah memilih kawan dalam dunia kerana sesungguhnya anda bakal dipijak-pijak kalau anda sombong melangit."

kalau ada sesiapa yang terasa nak show bakat macam kawan aku ni, boleh la email aku kat 

n_anne93@yahoo.com

aku nak pergi beli barang dulu. babai :) terima kasih kerana membaca and sorry for the late update! *again*

p/s
mata da mula lebam macam Panda. aku rasa entry ni macam no point. KAH KAH KAH


5 comments:

  1. Hahaha suka gila lingo yang dia guna..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Hahahah yang paling kelakar "Planet Lelaki Penggoda" Lol.....tergelak aku hahahah

    ReplyDelete
  3. Preference tu penting dalam dunia OMK. Sebab tu ada yang kata lelaki ni kelemahan jatuh pada mata. Cuba nampak yang badan sador muka bersih mata sepet sepet jambang tipis... terus rasa nak pelok kan. Kalau nampak yang muka jambu manja sikit terus rasa nak cepung humban atas katil kan. Market babe market

    ReplyDelete
  4. baru jumpe blog ko...best lah blog ko,,,awesome beb,,,k hinestly statement aku dipengaruhi diri aku yg tak bape nak tegak...khakahkah

    ReplyDelete
  5. Makcik2 tu t rejam pakai brg2 dapur tu ke? Hahahaha

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)