Nuffnang

Tuesday 4 June 2013

ASRAMA / Chapter 14 #28

Ini ialah penceritaan semula cerita ASRAMA. Aku decide untuk post balik and ubah cerita asal which is for me not appropriate and too much explicit thingy. Penceritaan semula ASRAMA atau nama lain dia ialah Volume I Remaja adalah lebih panjang, lebih sopan dan boleh dibaca oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat, bangsa, agama serta gender. Hahaha. Actually sesiapa nak baca, ah sekati korang la nak baca ke tak ke apa ke. There is no paksaan at all.

Penceritaan semula ASRAMA ialah berbeza almost 80% dengan cerita asal yang aku pernah post sebelum ni. Jadi kalau nak baca balik pun takpe sebab ada certain part yang memang totally different. Maybe ada yang pernah baca di Wattpadd which is kalau di wattpad, aku post cerita ini dengan tajuk bernama REMAJA

Apa-apa pun, enjoy!


Chapter 14
Haikal tulis notes Biologi dekat buku nota dia. Dalam satu buku nota tu la, dia tulis macam-macam notes dan notes tu mewakili banyak subjek. Kejap ada notes subjek Kimia, kejap ada notes subjek Matematik and kejap ada notes subjek Bahasa Melayu. Kau jangan la terkejut tengok buku nota dia tu kalau first page cerita pasal valance electron, page kedua cerita pasal heat and page ketiga cerita pasal Syurga dan Neraka dari subjek Agama Islam pulak. And totally, dia bukanlah termasuk dalam bebudak yang tulis nota cantik-cantik, tulisan berangkai segala bagai untuk tatapan guru-guru atau rerakan dia. Selalunya dia tulis nota cincai boncai je untuk diri dia sendiri. So, memang notes yang dia tulis tu tak cantik bagi orang lain tapi boleh la untuk dia baca, untuk pass test and exam dekat sekolah tu.
Cikgu Latifah dekat depan da terang pasal Life Cycle. Kejap cerita pasal Mitosis and kejap cerita pasal Meiosis. Lepas tu, kejap cerita pasal hormon la, kejap cerita pasal perempuan mengandung la apa la itu la ini and the list is continue. Hurmm, serius kepala otak da berserabut bila dengar segala perkataan-perkataan rumit dalam buku teks bio tu. Wondering, macam mana entah ada manusia dekat muka bumi ni, cita-cita dia ialah nak jadi doktor. KAH KAH KAH. 
Kau tahu la, masa kita semua darjah satu, mesti cikgu akan suruh kita perkenalkan diri. Apa yang kita perlu kenalkan diri kita pada seisi kelas ialah
1) nama penuh kita
2) nick name atau nama manja
3) hobi
4) cita-cita
Dia perkenalkan diri dia "Hai, nama saya Haikal. Nama manja, Bozo. Hobi ialah mengumpul setem. Cita-cita saya nak jadi doktor."
Masa darjah satu, dia acah-acah poyo, berkata dengan bangganya, "Saya nak jadi doktor, cikgu!" Haha. Bila fikir sesorang dalam hati sekarang, memang la rasa nak tergelak je. Ha kau sekarang, dia da tak terasa nak jadi doktor da lepas belajar bio. Ni baru biologi and bukannya macam lima tahun kena hadap degree Medicine kalau nak persue jadi doktor plus Housemanship la apa la itu la ini la. Dia memang tabik doink toink betul la dengan mereka-mereka di muka bumi ini yang memang bercita-cita sejak dari kecik nak jadi doktor and then lepas tu, memang betul-betul menjadi seorang doktor yang berjaya dan dicintai oleh orang ramai. K, yang itu mengarut. Apa-apa pun, kalau belajar Kimia dengan Fizik tu dia boleh tahan la lagi. Ni bila masuk bab-bab Biology je , for sure dia akan menguap lima saat lepas tu. Perrghh, sah aku ada hormonal Newton and Einstein lebih kalau nak banding dengan Darwin.
Lepas kelas bio ni, dia ada kelas Kimia. Lepas kelas Kimia, dia ada kelas Matematik Tambahan and then rehat and then sambung dua sesi kelas lepas tu which is Bahasa Melayu dan Matematik. Baru dia sedar, tiga kelas pertama dia untuk hari Isnin ialah tiga subjek susah barabas. Haikal mengeluh kuat. For god sake, again, kenapa aku boleh terperangkap dalam badan budak berusia 16 tahun. How I hope sekarang ni aku da berusia 25 tahun, tengah melancong kat Bahamas sambil minum coconut shake. KAH KAH KAH. Berangan la kau setan. Apa-apa pun, dia memang da malas nak tumpukan perhatian dekat depan. Entah apa yang cikgu cakap dekat depan tu pun memang da masuk telinga kanan , keluar telinga kiri.
Emm tu la kau Haikal, sebelum nak belajar tak baca doa belajar. Kan da susah nak telan ilmu. Dia boleh rasa banyak sangat setan dalam kepala otak dia yang membuatkan dia memang sangat tak tumpukan perhatian apa yang ada dekat depan. Budak lain angguk, dia pun angguk. Budak lain gelak, dia pun akan gelak sama. Haha. Loser gila kau ni Haikal.
Dia sebenarnya suka je sekolah ni. Sangat-sangat suka. Sekolah ni best. Belajar pun best je sebenarnya (kecuali subjek bio la. hahaha) Dia ada roommate yang best. Dia ada kengkawan dan classmates yang best. Makanan kat sekolah ni pun best. Kemudahan dekat sekolah ni macam bilik gym ke bilik TV ke kolam renang ke semuanya best dan bagus belaka. Hisha best, John best. Emm, Paan tak berapa nak best.
=,=
Macam mana bab Paan boleh masuk sini pulak?
Actually, Paan da semakin best. Dan err baik.
Tak la bertukar menjadi baik macam malaikat and still mamat tu macam hantu jugak kadang-kadang. Dua tiga minggu kebelakangan ni, lepas main paintball tu, mamat tu macam baik la pulak. And malam dia tidur kat bilik budak lelaki tu, tahniah la dekat diri sendiri sebab takde la pulak dia kena liwat ke kena gari ke apa ke. And dia rasa nak buat sujud syukur bila keesokan harinya dia berjaya keluar dari bilik tu tanpa ada kesan air mani terpalit kat dia.
HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAH
Gila aku cakap pasal air mani macam cakap pasal air sirap dalam kehidupan seharian biasa.
Tapi yap. Paan da macam makin baik. Dia tak nampak Paan sepanjang hujung minggu hari tu , so dia tak tahu la perangai malaun tu da makin baik terhadap dia atau still nak membuli macam selalu. Atau maybe sebenarnya, mamat tu tersampuk dengan hantu jin kat padang Paintball Seksyen 13 tu and hantu jin tu tak suka Paan buat kekerasan kat dia. That's why la Paan tak jahat mana pun sejak dua tiga minggu kebelakangan ni. Haha, gila aku merepek lagi.
Tadi pasal air mani. Ni pasal jin pulak. Semalam dia nampak Imran dekat Dewan Makan. Rupanya Imran ada Tournament Kebangsaan nak kena attend and sebab tu la seminggu lebih dia tak nampak budak lelaki tu dekat area hostel ataupun bilik mandi ataupun Dewan Makan ataupun laluan ke kelas (not like dia suka terserempak pun dengan Imran).
Macam mana dia tahu Imran ada tournament dekat tempat lain? Tu pun dia terdengar perbualan William dengan Adam dekat dalam bilik which is Adam pun budak taekwando sama macam Imran. Adam gelarkan Imran sebagai budak setan neraka tak guna - the list Adam mencarut is go on seperti babi, bangang, bodoh, bangsat bla bla bla yadaa yadaa - sebab selalu buat latihan tense dan teruk gila nak mati. Masa dia dengar tu, dia da terbahak tergelak seseorang. Well, bukan dia seorang je la kan cakap yang Imran tu jahat. Adam pun cakap mamat tu macam setan.
Hari ni again, macam semalam, dia tak nampak Paan. Entah ke mana entah mamat tu. Tapi bagus jugak kalau mamat tu takde. Walaupun perangai budak lelaki tu da jadi baik sikit. Em, baik sikit je la. Still dia rasa tak selesa nak berborak selesa bagai dengan senior dia tu. Yeah, memang dia rasa Paan is super hot (eh? tetiba pulak nak puji Paan) and kadang-kadang dia rasa macam nak develop crush pada Paan sebab... Err, what? Okay gurau je. Paan kan lelaki, mana boleh nak develop crush pada dia <---- ayat denial seorang Haikal. Her her her *gelak awkward*
Okay tukar topik.
Apa-apa pun, ketiadaan Paan buat sementara waktu ni memang la buat dia bernafas dengan lega sikit. Kau gila aku tak rasa nak bernafas dengan lega? Paan buli aku dalam masa yang lama kot! It's not like aku akan rasa selesa dengan dia eventhough dua tiga minggu kebelakangan ni dia jadi baik and it's not like aku akan rasa tak happy kalau dia takde kat sekolah ni. Of course aku happy! Happy yang superior happy kot! And happy sampai rasa nak melompat ke langit. Exaggerate much? Try kau kena buli dulu, then baru kau tahu perasaan bila pembuli kau tu takde. Perghh, rasa macam nak buat sujud syukur tiap-tiap hari babe.
Dia pun tak tahu apesal dia yakin sangat yang Paan takde dekat sekolah ni. Tapi dia memang pasti budak lelaki tu takde kat sekolah ni. Ke sebenarnya kau selalu usha kiri kanan atas bawah depan belakang and harapkan ada Paan sebenarnya? And sebab tu la kau yakin Paan takde dekat sekolah ni sekarang sebab kau da habis usha segala ceruk and still tak nampak Paan dekat mana-mana.
=,=
Loceng sekolah berbunyi tak lama lepas tu tanda waktu pertama kelas da tamat. Dia kemas barang and terus masukkan buku teks, notes and pencil case segala bagai ke dalam beg sekolah dia. Mari kita bergerak ke kelas yang seterusnya iaitu Kimia. Haha, ceria betul kau hari ni. Apa yang dia suka pasal kelas kimia ni, actually dia satu kelas dengan kesemua roommate dia which is Dani, Adam dan juga William. Most of jadual kelas dia, dia banyak kelas dengan William je and agak kurang bersama kalau nak banding dengan dua orang lagi roommate dia tu. Cuma Kimia je la satu-satunya subjek yang dorang berempat duduk dalam kelas bersama.
Ada banyak pro berbanding cons sebenarnya bila roommate kau dalam satu kelas yang sama, titik dua bertindih
1) senang nak tiru homework
2) senang nak copy nota kalau kau memain dalam kelas
3) da ada gang nak buat eksperimen
4) dalam kelas automatik da ada kawan and takde la rasa awkward nak mati sangat waktu memula masuk kelas dulu.
5) senang nak buat study grup kalau ada kuiz ataupun test pada keesoikan harinya
Haikal amik tempat sebelah Adam meanwhile William duduk sebelah Dani. Haikal da buat kira-kira dalam hati.
Lima
Empat
Tiga
"Kau nak tahu tak,"
Whoops, dia da mula da.
Dua
Satu
Adam da mula da nak bergosip. Dia memang tak pernah silap bila buat kira-kira Adam nak mulakan gosip. Adam dan kecoh dan suka berborak dan gosip memang tidak dapat dipisahkan dalam satu perkataan.
"Aku dengar ada budak kena belasah weh."
"Siapakah?" Haikal angkat kening. Well at least berita yang Adam yang bawak kali ni agak okay la jugak kalau nak banding cerita malam tadi yang Adam cerita which is pasal budak bilik sebelah beli boxer mahal. Like sheriously Adam? Who cares seseorang itu pakai boxer jenama apa? Tapi, yeah. Adam seorang yang amik kisah. He cares for everything. Dia amik kisah pasal semua benda. Dia amik kisah dari sekecil-kecil benda dari huruf A dan sampai sebesar-besar benda sampai huruf Z. Sometimes Adam macam kawan yang sweet la jugak sebab tanya kau sihat ke tak, kau sakit ke tak, kau okay ke tak, kau da makan ke belum and kalau belum aku ada jajan dalam almari, kerja sekolah da siap ke belum and bla bla bla. That's what makes Adam as a really good roommate and good friend la. Tapi kadang-kadang Adam boleh jadi annoying jugak. Rasa nak tampar je kadang-kadang. KAH KAH KAH. And boleh la kau nak cakap yang Adam ni macam radio bergerak and ada antenna dekat kepala dia tu. He knows everything. He is a living legend Gossip Girl.
Apa apa pun, siapa la belasah budak tu and manusia mana la yang jadi mangsa tu? Entah-entah Paan kot belasah budak? Budak tu bukannya betul sangat. "Apesal budak tu kena belasah weh?" Tanya Haikal ingin tahu.
"Kau kenal Harris tak?"
Haikal kerut dahi. "Harris mana ni? Budak fiver yang ada tindik dekat kening tu ke?"
Well actually, siapa yang tak kenal Harris dekat sekolah ni. Anak datuk bandar dekat negeri Johor sana tu, ada tindik dekat kening and kalau tak silap dia, mamat Harris ni ada tattoo dekat belakang bahu dia and paling tak boleh belah, dia dengar cerita jugak yang budak lelaki tu kuat buat seks. I mean, kuat buat seks dengan budak perempuan la. Harris ni macam typical jocks dalam mana-mana cerita US. Harris ni pun main bola sepak dekat sekolah dorang and arrogant much sebab mamat tu striker terbaik yang sekolah ni ada. Tu apa yang dia dengar je la dari mulut bebudak ni and macam la semua orang amik kisah sangat pun mamat tu terbaik ke apa ke. Kau maybe terbaik dekat sekolah but it's not like kau akan wakil malaysia ke piala dunia ke apa ke. Malaysia dan FIFA tak mungkin bersatu dalam abad ke 21 ni. Titik.
Menyedihkan sebenarnya.
"Aah." Adam angguk sebelum tundukkan pandangan sikit. Suara budak lelaki tu makin perlahan seolah-olah takut Harris dengar perbualan dorang berdua. Haikal pun ikut tundukkan pandangan sekali. "Aku dengar cerita dari Joshua, which is Joshua dengar cerita dari Fisher which is Fisher kata ada abang senior cerita dekat dia, Harris ada belasah seorang budak dekat area padang sekolah sana sebab Harris kata budak tu gay."
Haikal duduk tak selesa. "Woah, sheriously la?" Dia buat ala-ala suara teruja nak dengar cerita tu padahal dalam hati jantung berdegup laju. "Tapi da kenapa Harris belasah budak tu kalau budak tu gay? Budak tu ada try nak mengorat Harris ke?"
"Entah la weh," Adam angkat bahu. "Joshua cakap budak lelaki tu macam nak try meluahkan perasaan dekat Harris tapi Harris belasah budak tu lepas tu. For sure la Harris akan belasah budak tu kan? Budak tu ingat Harris tu gay ke apa sampai nak mengorat segala bagai."
Haikal gelak hambar.
"Budak tu pun bangang." Kutuk Adam tak menahan. "I mean, kau gila ke apa pergi luahkan perasaan dekat Harris tu? I know kau suka dia tapi fikir la secara waras." Adam julingkan mata ke atas pulak. "100 percent Harris tu bukannya mamat gay atau satu gereja dengan budak tu. Satu, kau da la gay. Dua, kau tu bodoh. Kalau kau nak jadi gay sekali pun, jangan la jadi bodoh. Or kalau kau nak jadi bodoh sekali pun, jangan la jadi gay. Takkan la budak tu tak tahu si Harris tu macam mana. Straight macam tiang lampu kot. And know the reputation, mamat Harris tu super jahat kot."
"Siapa budak lelaki yang kena belasah tu weh?" Actually dia sangat tak menyangka la rupanya ada jugak budak lelaki yang boleh masuk kategori homosapien homoseksual dekat sekolah ni. And dia pun setuju jugak dengan apa yang Adam cakap pasal meluahkan perasaan pada budak straight macam Harris adalah silap besar sebab Harris tu straight macam , apa yang Adam cakap , straight macam tiang lampu kot. Takde siapa boleh cakap yang Harris tu gay.
"Entah. Joshua cakap budak blok dia, blok 2."
"So, apa jadi dengan budak tu sekarang weh? Err, teruk ke dia kena? Maksud aku, teruk ke dia kena belasah?"
Adam angkat bahu. "Entah la weh. Aku pun tak tahu apa jadi dengan budak tu sebab baru Joshua nak cerita, cikgu Melissa da masuk ke kelas."
Haikal hanya mampu OOOOO je lepas tu. Lepas tu dia carik buku nota dia dari dalam beg untuk melukis sementara tunggu cikgu masuk. Adam pulak terus selak-selak buku teks acah-acah buat kira-kira mole. Entah ke mana pulak cikgu Kamariah dia ni. Lambat pulak masuk kelas hari ni. Tapi tak masuk langsung pun bagus jugak. KAH KAH KAH. Boleh buat banyak benda.
"Tapi kan, aku tak paham, kenapa mamat tu jadi gay ea?" Tanya Adam.
"Entah la weh. Kau ingat aku ni nanny dia ke apa?" Jawab Haikal refleks.
Haikal yang tengah sibuk carik buku nota kat dalam beg, berhenti carik tiga ke empat saat sebelum sambung mencarik balik. Lepas jumpa buku nota dia, dia selak muka surat paling belakang sekali, capai pensel dan mula melukis secara random. Soalan Adam tu terngiang-ngiang dekat telinga dia. Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Tapi salah ke jadi gay?
Aisey, aku pun da keliru dengan diri sendiri. Dia sendiri pun tak tahu and keliru pasal diri dia sendiri, ini kan pulak soalan Adam tanya dia pasal orang lain pulak.
Bukannya dia tahu orang tu straight ke tak ke apa ke and bukannya dia tahu orang tu lesbian ke gay ke biseksual ke trans ke apa ke. And bukannya dia boleh teka kenapa seseorang itu boleh menjadi gay. Maybe sebab faktor sekeliling atau maybe sebab orang tu pernah menjadi mangsa seksual sesiapa sebelum tu.
Apa-apa pun, it's not like warna mata seseorang tu akan berubah kalau seseorang tu menjadi homoseksual. And bukannya biji mata orang staright akan menjadi hitam meanwhile biji mata orang lesbian akan warna merah and homoseksual tu hijau. Bagi dia, kau straight ke kau gay ke kau lesbian ke kau trans ke, kau still human being. Dia sendiri tak tahu nak gelarkan diri dia apa. Aku ni apa? Straight ke gay? Aku suka tengok perempuan and kadang-kadang aku suka jugak tengok lelaki. Tapi tak la semua lelaki. Most likely about , dia akan rasa affection much bila dia dekat dengan Paan dan juga Hisha. Dia tak la rasa tergoda and suka tengok roommate dia ataupun dia pun tak la rasa tergoda nak mengorat ke rasa nak melancap ke apa ke kalau tengok John. Apa tu? Biseksual? Ke Paanseksual atau Hishaseksual sebab dia cepat rasa teruja bila nampak dua orang budak lelaki tu. Ke ni cuma masalah hormonal yang memang semua orang alami pada usia 16 tahun?
I'm straight right? Aku straight kan? Of course aku straight!
Aku suka perempuan! Oh gosh, adakah ini salah satu ayat denial yang keluar dari kepala otak aku?
Adam tergelak dengan jawapan Haikal. "Yeah, for sure kau bukan nanny dia. Tapi kan, pelik la budak tu luahkan perasaan dekat Harris. Macam da takde perempuan lain kat dunia ni yang dia boleh mengorat and at the first place pun, da kenapa dia jadi gay?"
Haikal angkat bahu.
"Aku tak faham la dengan manusia yang suka sesama jantina ni." Ulas Adam.
"Kenapa?" Tanya Haikal curious. Apa la agaknya reaksi mamat ni once tahu yang aku ni pernah kena liwat dengan budak lelaki. Aku kena boo yeah dengan mamat Adam ni ke?
Adam angkat bahu. "I don't know. Setiap benda ada pasangannya kan? Kiri dan kanan. Depan dan belakang. Utara dan Selatan. Timur dan Barat. Lelaki dan perempuan. Betina dan jantan. It's feel wrong bila dengar lelaki dan lelaki."
"Well for me, sometimes tak semua benda ni perfect. Ada benda yang tak perfect dalam life ni. Macam ada orang lahir dengan sempurna and ada orang dengan kecacatan. Ada orang lahir without Down Syndrome, ada orang lahir with Down Syndrome. Tapi kita tak boleh nak disowned dia atau mengutuk dia , cakap dia cacat dan tidak berguna dan tidak diterima masyarakat just because dia cacat. If kita cakap dia cacat dan tidak berguna, tak ke sama macam kita kutuk ciptaan Allah. Bagi aku sama dengan kes lelaki suka lelaki. Memang bunyinya macam cacat, tapi tak ke kau rasa , once kau kutuk kecacatan tu, seolah-olah kau baru kutuk ciptaan Allah."
Adam diam dan berfikir-fikir sekejap. "Well said apa yang kau cakap tu. Tapi kau tak rasa ke benda-benda abnormal ni membawa kepada bahaya dalam masyarakat kita. Look, from gay, akan ada penyakit HIV dan sebagainya."
Haikal tergelak. "Kalau kau hisap dadah pun kau boleh dapat AIDS. And kalau lelaki buat seks dengan perempuan pun, dorang boleh dapat HIV jugak. What is the difference? Kau ni Adam." Haikal tergelak. "Seolah-olah kau cakap orang gay bawak penyakit dalam badan dorang."
"Bukan ke?" Bisik Adam.
Haikal jentik dahi Adam.
Adam mengerang sakit. "What's that for?" Adam menggosok-gosok dahi dia. "Sakit la Haikal."
Haikal tergelak. "Sesaja je jetat kepala kau."
Adam julingkan mata ke atas. "Asshole." Gumam Adam.
"Pada pendapat aku la, orang gay ni tak bawak penyakit. Gila apa? Kau ingat dorang zombi bergerak? Like what you said la, orang gay akan bawak HIV and effect people. What? dorang meludah orang lain ke and siapa yang terkena ludah tu akan dapat HIV?"
Adam dengan Haikal tergelak lepas tu.
"Not like meludah la. you know, from sex and buat anal segala bagai, orang boleh kena HIV. kan? It's dangerous kan? So menjadi gay ni macam tak bagus la." Adam bagi conclusion. "Yap, jadi gay ni tak bagus," Adam sengih. "Sila setuju dengan aku cepat." Adam angkat-angkat kening dia.
"Jadi macam mana pulak dengan gay yang tak buat seks dan jugak anal?" Haikal kerut dahi.
Adam terdiam kejap.
Haikal sambung cakap. "Kalau dorang tak buat seks dengan anal, maksudnya HIV tak merebak la kan? So, it's not dangerous la pada masyarakat? Then itu apa? Kita consider sebagai gay itu bagus pada masyarakat ke macam mana? Sebab apa yang kau cakap tadi, HIV come from gay people yang buat anal sex and seks luar tabii segala bagai, jadi kalau tak buat? Kiranya dia tak membahayakan pada masyarakat la kan? So? Kiranya itu gay yang bagus la?" Tembak Haikal.
And yeah Haikal. Da kenapa aku jadi defensive semacam ni? Nanti tak pasal-pasal Adam ingat aku ni gay and support's gay right.
"Emm, tu apa pendapat aku la. Kau jangan salah sangka pulak." Sambung Haikal. Tapi kan, tak semestinya aku menyokong gay, aku ni seorang gay. Sama la jugak macam aku tak sokong pembunuhan haiwan liar, and aku bukannya a fucking alpaca. Kan?
"No, actually you make a good point. Betul jugak kan apa yang kau cakap tu?"
Tetiba Haikal rasa nak buat aksi riakgila. "Well," Haikal angkat bahu sebelum sengih-sengih. "Bagus tak aku bagi hujah? boleh jadi lawyer paling awesome tak?"
"Boleh la." Gumam Adam malas nak cakap kuat-kuat. "Sikit." Rolling eyes. 
Haikal sengih lebar. "I know right." Haikal balas dengan gaya riak nak mati.
Adam tolak bahu Haikal. "Menyesal aku puji kau."
Haikal da gelak-gelak lepas tu. 

p/s
Hai guys! Kalau suka dengan cerita ini, jangan lupa komen and jangan lupa ajak kengkawan lain baca!

21 comments:

  1. mana button "like"? nak like seratus lima puluh juta kali... hehe...

    ReplyDelete
  2. Ok guess what, yang 3some tu maybe paan jugak hahaha...percayalah kat aku....semua story mmg mcm tu pon haha

    ReplyDelete
  3. good luck ler final mgu dpan :p

    ReplyDelete
  4. @fallen angel HAHAHAHAHAHAHAH. thanks sebab sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. aku tak tahu pun ada orang suka chaps ni T_T

    ReplyDelete
  5. @The Legends Prince hahahahaha. yakin je .

    ReplyDelete
  6. @his story heh. thanks !!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Lama tunggu last2 ada jugak pOst terbaru :)
    Terbaikkkkkkk..
    3sOme??? Hihh hihh..

    ReplyDelete
  9. ok..not bad..anyway good luck for ur final :)

    ReplyDelete
  10. @loveuk hahaa. apesal kau suka sangat dengan 3some ni?

    ReplyDelete
  11. @endolphin thanks wish that!!!

    ReplyDelete
  12. cool chapter... ak suka baca tulisan kau. santai sangat... dari tulisan kau, aku rasa mcm kenal je kau walaupun ak x kenal kau...

    ReplyDelete
  13. @amysearch hahaha. mana tahu kita sebenarnya kenal ke? who knows

    ReplyDelete
  14. hai...shark...aku first time baca novel macam ni...best sangat, btw aku pun x tau identiti aku..hahaha

    ReplyDelete
  15. @mior ihsan thanks suka baca. tak paham ayat hujung tu. ahahaha

    ReplyDelete
  16. @anonymous hahahahaha. rindu hisha ke apa?

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. bykkan kisah hisha...hisha more better than paan ak rse...

    ReplyDelete
  19. ok enough said, TOLONG BT MOVIE.. masa lagu titanium, it grab my heart, this is an interesting story-line!

    the "noty" part, well.. sumer da tengok '50 shades of grey' kan? a lil adoption should settle it...

    should join some comeptition this thang..

    ReplyDelete
  20. hurm letihnye tgok semue tulisan2 ni.

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)