Nuffnang

Monday 29 April 2013

ASRAMA / Chapter 7 #13

Ini ialah penceritaan semula cerita ASRAMA. Aku decide untuk post balik and ubah cerita asal which is for me not appropriate and too much explicit thingy. Penceritaan semula ASRAMA atau nama lain dia ialah Volume I Remaja adalah lebih panjang, lebih sopan dan boleh dibaca oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat, bangsa, agama serta gender. Hahaha. Actually sesiapa nak baca, ah sekati korang la nak baca ke tak ke apa ke. There is no paksaan at all.

Penceritaan semula ASRAMA ialah berbeza almost 80% dengan cerita asal yang aku pernah post sebelum ni. Jadi kalau nak baca balik pun takpe sebab ada certain part yang memang totally different. Maybe ada yang pernah baca di Wattpadd which is kalau di wattpad, aku post cerita ini dengan tajuk bernama REMAJA

Apa-apa pun, enjoy!




Chapter 7
Haikal humming kecil keluar dari kelas sejarah dia sambil menuju ke Dewan Makan. Sekarang waktu rehat antara kelas. And nasib baik la kuiz sejarah yang cikgu kasi tadi agak okay and senang la jugak and tak berapa nak mengancam susah barabas. Soalannya cuma berkaitan dengan Bunga Emas, Burma, Tamadun Yunani serta KBAT Wawasan 2020 and it’s quite okay la.
Walaupun malam tadi dia tak berapa nak kampoi seperti apa yang dia rancangkan sebab Paan suruh buat macam-macam malam tadi, tapi disebabkan dia suka akan subjek sejarah tu and agak dork dekat Sejarah tu and tak la rasa subjek sejarah tu bosan macam apa yang kengkawan dia rasa, dia still boleh je jawab all those quiz tu.
Haikal masuk dalam Dewan Makan sebelum letak beg dia kat meja makan dekat area hujung dewan. Malas pulak dia nak kongsi duduk makan dengan sesiapa. Dia tak nampak pulak roommate dia kat Dewan Makan ni. Maybe tak habis kelas lagi kot. Sistem sekolah dorang ni, memang totally ikut macam sistem sekolah luar negara which is kelas sentiasa akan berubah mengikut jam. Pelajar yang akan bergerak mencarik kelas dan bukannya cikgu yang datang mencarik kelas.
Dia pun tak tahu la kenapa sistem sekolah Malaysia memang mengamalkan, cikgu yang akan bergerak masuk ke dalam kelas and bukannya student yang carik cikgu. Sebab, apa yang dia rasa, mengikut pendapat dia la, kalau seseorang tu nak menuntut ilmu, mesti la kita yang kena carik cikgu and bukan sebaliknya. Bila dia rasa sistem sekolah Malaysia ni, student duduk dalam kelas, menanti cikgu datang, it’s like, bebudak ni macam... there is no eager in them to study. Semuanya disuap oleh cikgu yang datang ke kelas. Semuanya tertunggu disuap oleh cikgu yang mengajar ke kelas. Semuanya tahu menunggu dan menunggu dan menunggu and takde effort nak mencarik ilmu dengan bergerak mencarik cikgu. Perghh. HAHAHAHHAHAHAHAH. aku ni da kalau dapat jawatan as a Menteri Pelajaran, da boleh ubah dasar pelajaran sekolah. KAH KAH KAH. Da boleh buat Penyata Haikal 2009 serupa sebijik macam Penyata Razak 1956.
Okay, cukup la tu mengarut.
Haikal terus gerak ke kaunter makanan yang sedia ada kat dalam Dewan Makan tu. Ada berbagai jenis kaunter makanan kat dalam tu. So, boleh la pilih nak pergi kaunter makanan melayu ke, kaunter makanan jepun ke , kaunter seafood ke apa ke. Perks of sekolah dekat sekolah private, everything is really good actually. Facilities dia semuanya memang terbaik. Cuma yang tak berapa terbaik ialah kekanak yang study dekat situ. Well, ada yang okay. Ada yang tak berapa okay. Once kau masuk private school, kau kena tahu, ada 3 level of hierachy kat dalam sekolah.
1) Anak menteri
2) Anak orang orang kaya / anak lord / keturunan sultan
3) Anak businessman
Just make sure, kau berkawan dengan manusia yang baik hati dan bepekerti mulia. Once kau stuck dengan manusia durjana macam Paan atau Imran, semuanya akan jatuh bertimpa kat kau macam apa je. Tapi ada je manusia baik hati, contohnya macam Hisha and roommate dia. Well, Hisha is a pretty good human being . Help him a lot la. Kadang-kadnag dia terfikir, apesal la manusia macam Paan and Imran tu boleh wujud? Apesal dorang tak macam Hisha? Hisha kadang-kadang tolong dia study and kalau dia bosan, selamba je dia masuk bilik budak tu kat blok 2. Speaking of Hisha, da lama tak lepak sebenarnya dengan mamat tu. Malam ni kalau ada masa, boleh la kejap pecah masuk bilik and kacau budak tu. Haha.
Apa-apa pun, semua kat dalam Dewan Makan tu berbentuk buffet and one of the other thing dia suka dekat sekolah ni ialah makanan dia memang terbaik dari langit sungguh. Even though senior blok dia macam nate lahanat (most of them macam budak nakal masa orientasi je, once orientasi habis, semuanya jadi okay. tapi tu la Imran and Paan still la jahat je) tapi disebabkan makanan yang barabas sedap, jadi dia boleh tahan lagi untuk sekolah kat situ. KAH KAH KAH. Makanan is bae. Full stop. Jangan argue dengan aku.
“Yo Haikal!” Panggil seseorang.
Haikal terus keras badan and berhenti berjalan. Damn. Suara tu macam kenal je. Dia pandang belakang ke arah suara orang yang panggil dia tu. Imran. Apesal la dia rasa nasib dia macam tak berapa baik betul bila sekolah dekat situ. Ada je jumpa dengan nasib malang. Masalahnya, nasib malang dia tu datang dalam bentuk manusia yang bernama Imran dan juga Paan. Takde pulak manusia lain ada buat pasal atau cuba nak kacau dia ke apa, tapi mamat dua ekor tu, memang la, nauzubillah min zalik. Nak kata aku buat dosa kat dua ekor tu, serasa aku takde la pulak. Like serious shit, kalau aku ada saka, da lama aku suruh saka aku rasuk budak berdua tu sampai tahu eja perkataan ampun.
Haikal hela nafas berat sebelum melangkah menuju ke arah Imran. Mamat tu duduk berdua dengan Paan je dekat meja bulat dorang. Dasar memang takde kawan la tu duduk berdua je. Imran da sengih-sengih pandang dia. Paan pulak selamba main fon kat dalam Dewan Makan tu which is serasa dia, fon adalah tak boleh dibawa ke sekolah. Haikal julingkan mata ke atas. Anak lord la katakan.
One of the basic rule kau nak survive kat sekolah , sama ada survive dari pembuli atau cikgu atau cikgu disiplin atau disiplin sekolah, sejahat mana, atau mana-mana peraturan kau langgar sekali pun, kau membuli ke, ponteng ke, beromen ke , vandalisme ke,  selagi parents kau penyumbang terbesar atau pengerusi PIBG dan sewaktu dengannnya, kau tak akan dikenakan hukuman langsung oleh sekolah.
Tak adil kan?
Contoh paling dekat nak telek ialah syaiton nirrajim bernama Paan depan mata dia ni.
“Hai abang Imran.” tegur Haikal sambil sengih tak berapa nak ikhlas. Yang penting dia cuba berlakon sehabis baik. “Kenapa....”
“Imran je kau cakap hai? Aku ni?” Paan bersuara disebalik dia main fon tu.
Haikal da gelabah sebab tetiba je Paan cakap macam tu. “Hai abang Paan.” Dia cuba sehabis manis cakap dengan budak tu. Getar.
“Emm.” Tu je reaksi Paan.
Haikal pandang Imran balik sebab Paan tu hell yeah serious shit menakutkan. Memang la dia selalu mengumpat Paan macam-macam dalam hati tapi dalam real life, memang dia tak berani nak kata macam-macam depan mamat tu. Malang la siapa couple dengan budak tu. Mesti selalu kena marah je. KAH KAH KAH. Okay, yang ni sempat mengumpat lagi.
Imran sengih. “Macam mana kuiz tadi? Okay?”
Haikal kerut dahi. Macam mana mamat ni tahu aku ada kuiz hari ni? “Err, macam mana abang Imran....”
“Apa-apa pun,” Imran terus potong cakap Haikal laju. “Kitorang lapar, amikkan kitorang makanan boleh tak?” Pastu mamat tu sengih lagi.
Haikal pandang tak percaya dekat Imran. Aku tengok selamat je ada dua kaki elok tercantum dengan pinggang tapi nak amik makanan pun malas.
Paan letak fon kat atas meja. “Kau nak tunggu apa lagi baru nak amik makanan?” Kata Paan malas.  “Nak tunggu aku tolak kau atas katil baru tahu nak amik makanan untuk kitorang ke?” Kerut da naik kat dahi Paan tanda nak naik angin. Haikal makin gelabah bila Paan mula nak naik angin. “Da cepat gerak.” Gesa mamat tu.
Haikal terus telan liur laju. “Okay okay. Saya terus gerak amik makanan.” Haikal gerak laju cuak. Apesal la aku ni takde kuasa macam super saiya ke apa ke. Hurm. Kalau aku ada kuasa macam Goku, da lama aku buat Kamehameha dekat mamat setan berdua tu.




Haikal letak nasi berlauk kat depan Paan and Imran. Budak berdua tu tengah gelak apa entah non stop. Aku harap dua dua mati masa tengah gelak sakan. HAHAHAHHAHAHAHAH. Memang la kau makhluk keji gila babi Haikal. What? Dorang berdua jahat kot. Asyik suruh aku buat macam-macam je! Suruh la orang lain jadi macai korang. Apesal aku je yang asyik kena amikkan makanan la apa la itu la ini la yadaa yadaa. Okay fine, dia admit, dia buat semua benda ni sebab dia takut dengan Imran and Paan. Takut kena pukul. And takut kena liwat. Actually, dia takut kalau dia kena liwat lagi. Pikir pasal benda tu je pun, boleh buat badan dia tak selesa.
Kat dalam pinggan Imran, Haikal letak nasi putih, ayam goreng, kuah, telur mata kerbau and sayur sikit. Kat dalam pinggan Paan, Haikal letak ikan keli masak sambal, telur mata kerbau, serunding, sayur kubis and kuah sedikit. Dia baru nak berlalu dari situ untuk amik makanan dia and balik ke meja dia, Paan panggil dia lagi. Haikal berpaling hadap dorang berdua lagi.
“Aku tak nak makan ikan keli.” Paan tolak pinggan ke depan sedikit tanda tak nak. “Amikkan aku lauk udang.”
Pulak da. Tadi tak nak cakap awal-awal.
“Kau pergi amik nasik kau sekali, makan dengan kitorang. Kau amik lauk ikan keli ni.” Arah Paan.
Huh? “Apa dia abang Paan?” Jap, dia tak salah dengar kan? Apa? Mamat ni suruh aku makan sekali dengan dorang? “Takpe la abang Paan.” Haikal da tolak awal-awal ajakan tu. Haikal sengih nipis and serius dia nak belah cepat dari situ. Please Paan, please Paan. Lupakan ajakan kau tu.
“Jangan nak bantah cakap aku. Da cepat gerak. Tunggu apa lagi?” Arah Paan memaksa. Imran memang da tak pedulik apa da. Memang husyuk terus hadap makanan.
Haikal hela nafas berat sebelum gerak sekali lagi untuk amik makanan. “Ye, ye. Baiklah.” Setuju Haikal.





Haikal letak pinggan yang berisi lauk udang sebelum dia letakkan pinggan dia yang ada nasi and lauk kat atas meja yang sama dengan Paan and Imran. Pfft. Ni biar betul aku kena makan sama meja dengan dorang. Dia masih was-was tengok Paan dan Imran silih berganti.
“Haikal. Haus.” Bagitahu Imran.
Haikal mengeluh. Ni aku kena amik jugak ke apa ni? Terus dia gerak ke kaunter minuman untuk amikkan air minuman untuk Paan and Imran sekali. Bila aku nak makan ni? Nak rushing ke kelas lagi. Nak buat back up reading lagi. Tak ke mampus kalau cikgu tetiba buat pedajal and buat kuiz mengejut. Bukannya betul sangat perangai cikgu-cikgu kat sekolah ni. Rehat kat sekolah ni bukannya sepuluh belas jam sampai aku nak kena layan mangkuk berdua ni.
Haikal letak gelas minuman, satu depan Paan and satu depan Imran. Lepas tu dia kembali ke kaunter minuman untuk amik air dia pulak. Lepas tu terus dia rushing datang balik ke meja untuk makan laju-laju. Memang da tak ikut sunnah nabi da lepas ni makan tak kunyah 44 kali sebab nak cepat. Jangan terkejut la kalau dia tersangkut tulang ikan kat anak tekak. KAH KAH KAH. Dia tengok kat pinggan dia da ada ikan keli masak sambal yang Paan tak nak makan sangat tu. Pinggan yang ada lauk udang tu da selamat ada dekat depan budak tu and Paan pun da mula makan.
Dia baru je nak suap nasik ke dalam mulut,
“Tolong kopekkan udang.”
Huh? Haikal pandang blur dekat Paan.
“Tolong kopekkan udang.” Paan ulang arahan.
Imran da sengih-sengih tak berguna kat tepi tu.
Paan tolak pinggan yang penuh udang tu ke arah Haikal. “Tolong kopekkan.”
Haikal mengeluh. Damn. Seriously Paan memang annoying tahap lembu ni. Adik aku pun tak buat perangai macam ni. Memang semua anak orang kaya yang Lord bagai tu memang tak berguna macam ni ke? Babi betul.
Tak pasal-pasal dosa dia bertambah sebab kutuk Paan lagi dalam hati. Haih. Sabar la hati.
“Okay.” Haikal tutur perlahan. Dia amik satu udang, pastu dia kopekkan cantik-cantik dan asingkan ke tepi. Dia amik udang kedua, dia kopekkan cantik-cantik dan asingkan ke tepi. Dia amik udang ketiga, dia kopekkan cantik-cantik dan asingkan ke tepi. Udang yang da siap dikopek tu, terus Paan amik masuk satu persatu ke dalam mulut bersela dengan nasi kat pinggan. Haikal amik udang ke empat , kopek cantik-cantik dan asingkan ke tepi. Kekadang Imran join sama amik udang yang da siap berkopek tu.
And budak berdua tu, memang gigih berborak apa entah and kadang-kadang gelak macam-macam non stop . Tapi dia memang tak dengar apa da sebab dia nak kopek je udang ni laju-laju, makan cepat-cepat telan semua lauk pauk dalam pinggan tu, pastu belah dari situ. Dia amik udang, kopek, asing tepi. Amik udang, kopek, asing tepi. Da boleh masuk team FnB hotel da aku ni. And last udang! Heaven! Dia kopek pastu asing ke tepi.
Masa untuk aku makan! Hip Hip Hooray! Yessss.
Dia semangat suap nasik ke dalam mulut. Emmm, Yummy! Dia punya ikan keli masak sambal tu memang sedap habis. Dia tak tahu sebab dia memang craving ataupun sebab lauk tu memang sedap gila barabas. Baru je dia nak suap lagi nasik ke dalam mulut, loceng tanda waktu rehat habis da berbunyi.
Oh fuck. Dia da gelabah. Da habis rehat ke?
Paan and Imran terus basuh tangan kat kendi yang ada atas meja, amik beg,  sebelum terus belah dari situ tanpa ucap terima kasih pun. Budak berdua tu tak amik pedulik pun tentang dia yang baru nak dapat makan lepas gigih kopek udang and buat macam-macam untuk dorang. Bebudak kat sekeliling dia pun mula gerak dari Dewan Makan.
Haikal da makin gelabah. Ah lantak. Dia pandang sekeliling. Aku nak makan jugak sebab aku lapar. Pi mati yang lain-lain.
Dan akhirnya, dia kena detention class sebab lambat masuk kelas English lepas tu. Phew. Nasib baik kena detention class je. KAH KAH KAH. Apa la sangat kalau kena detention class. Apa-apa pun,memang lepas ni, seboleh-bolehnya, dia nak elakkan diri dari bertembung atau berjumpa dengan Paan and Imran. So far, hidup dia memang misery gila babi.
You guys can fuck off.
By the way Haikal, bahasa kau sejak masuk sekolah asrama ni makin teruk kan? kalau mak tahu, mesti da kena cabai mulut kau. HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA.

p/s
Korang pernah mengamali situasi nak naik angin macam ni? Hahaha.



11 comments:

  1. The story is start to hit up, good start ;)

    ReplyDelete
  2. lagi.. nak lagi... please... please...

    ReplyDelete
  3. hahahah... ni 1st time ak bce blog ko ni, ak abeskan trus sume post mlm ni gak (da kul 3am ok! huhu)
    sile teruskan kemengarutan ko esp dlm cite asrama ni, mesti ni sume pngalaman ko dlu kan? kankankannn??
    waahhahaha :p
    ko 'comel' laaa hahahaha

    ReplyDelete
  4. @the legends prince thanks!!! jangan lupa baca post lain jugak XD

    ReplyDelete
  5. @fallen angel. sabar, sabar., jangan gopoh kay.

    ReplyDelete
  6. @blp chester. hahaha. comel siap ada tanda tu. musykil, musykil. btw, thanks sebab membaca. ye, aku memang suka mengarut.

    ReplyDelete
  7. best kalo imran ajak kapel...

    ReplyDelete
  8. @azrin amisan hahaha. woah. ni first time jumpa ada orang minat kat imran

    ReplyDelete
  9. best. two thumbs up.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Hi. I think your story is nice.

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)