Nuffnang

Saturday, 13 August 2016

Bakat terpendam #209

Aku rasa semua orang ada bakat terpendam. Tapi cuma kita je tak tahu yang kita ada bakat terpendam. Kita ingat kita tak pandai menyanyi and selalu menyanyi dalam toilet je sebab takut kalau orang lain dengar and kena kutuk lepas tu. Ha kau, sekali nyanyi atas pentas, sedap namati and dapat pujian ramai. KAH KAH KAH.

Itu dinamakan bakat.

Hari tu, aku pergi sekolah rendah untuk jemput niece aku balik dari sekolah kebangsaan. Masa aku tunggu dua orang niece aku yang nakal namampus tu, aku secara tak sengaja (tak sengaja la sangat padahal nak usha cikgu PJ. KAH KAH KAH) pandang padang sekolah yang ada dekat depan mata, tetiba aku teringat masa umur aku 8 tahun, aku berada dekat padang yang sama, sekolah yang sama, jadi budak-budak, gelak-gelak tak fikir masalah.

Imma happy kid.

Sengih sendiri bila ingat balik kenangan sekolah rendah.

masa aku umur 8 tahun, yakni darjah 2, masih berhingus, badan aku masih fleksibel (aku boleh buat aksi macam ahli gimnastik, masa tu je la. BWAHAHAHHAHA) , aku masuk team ragbi sentuh sekolah aku. wait, what? Sharky masuk ragbi sentuh sekolah rendah? haha, jangan buat muka terkejut sangat la sial.

anyway, macam mana aku boleh masuk team ragbi sentuh sekolah tu, ianya berlaku pada hari isnin, atau selasa, aku tak berapa ingat, aku ada subjek Pendidikan Jasmani atau nama pendeknya PJ atau nama pendeknya, cikgu - PJ - bawak - kau - pergi - padang - kau - orang - main - 1- jam - pastu - masuk - kelas - balik. Aku dengan kengkawan aku main lari-lari dekat padang sebab obvious cikgu aku dekat mana entah masa tu.

Tetiba ada budak PJ class lain datang ke arah kitorang and cakap

"Cikgu Rosdi panggil semua budak lelaki."

Aku dengan kengkawan aku da cuak la. What the heck is this? Of course kitorang cuak sebab kitorang sangat la tak suka pada cikgu Rosdi tu sebab dia tu

Naga

Harimau

Singa

Dubok

dan suka pukul and cubit budak kepala bana dia. kah kah kah. aku darjah 2 waktu tahun 2000. cubit budak sekolah pada waktu itu adalah normal lagi bagi seorang cikgu dan kalau kau mengadu pada mak bapak kau, kau yang kena lempang lepas tu dekat rumah.

Jadi aku dengan kengkawan kelas aku pergi la menuju ke arah cikgu Rosdi dengan kadar yang gementar? dan juga tak suka? serta takut. haha. bila fikir balik kelakuan aku dulu memang la kelakar nak mampus. jadi, lepas tu kitorang satu kelas bebudak lelaki berdiri depan cikgu rosdi. cikgu rosdi si naga / harimau / singa tu membahagikan kitorang kepada dua kumpulan. aku da fikir dalam kepala otak aku, apa la cikgu ni nak buat kat kitorang? team 1 and team 2 equal ada 8 ke 10 orang macam tu.

lepas tu cikgu Rosdi suruh team 1 yang terdiri dari aku, ehem untuk get ready. rupanya cikgu rosdi suruh kitorang lumba lari. lepas cikgu rosdi sebut 1,2, 3 , terus la lepas tu aku lari sepecut-pecut aku. ye la, masa tu aku fikir, siapa yang menang maybe tak kena cubit dengan cikgu tu. masa tu berlari merupakan kelebihan aku. aku takde masalah untuk berlari dengan laju and even bila main Police Sentry, ramai prefer untuk grup dengan aku sebab aku lari laju. (ehem, KOH KOH KOH, gila macam cibai puji diri sendiri. haha)

and sangat menjangkakan, aku menang pusingan 1 tanpa ada masalah.

lepas tu cikgu rosdi asingkan aku dengan lagi sorang budak, Somad dari bebudak lain. and then pusingan dua bermula. pusingan dua dimenangi oleh Aidil dan juga Nazrin. tetiba cikgu Rosdi membuat pengumuman dengan penuh gayanya, esok aku, Somad, Aidil dan juga Nazrin kena turun latihan ragbi sentuh sekolah.

I was like =,=' what? cikgu ni buat lawak ke apa,

NI LAWAK APA LA SIAL???

dan sangat tak boleh lepas tu, bantahan tidak dibenarkan untuk dibuat dan arahan tersebut ialah mandatori. sejujurnya aku rasa tertipu. KAH KAH KAH. masa tu da mencarut dalam hati. Kalau aku tahu, aku buat-buat kalah masa lari tadi. dan sejak itu, aku , somad, aidil dan juga Nazrin menjalani latihan ragbi sentuh sekolah setiap hari Isnin sampai la Khamis dari jam 5 petang sampai waktu habis sekolah. Isnin and Selasa masa tu aku balik jam 630. Maksudnya, setiap isnin and selasa, latihan berlangsung selama 1 jam 30 minit manakala rabu dan khamis pula berlangsung selama 1 jam.

penat kot!

macam nak mati masa tu. haha.

tapi serius aku, somad, nazrin and aidil tak suka langsung latihan tu sebab penat kot. hari-hari kena lari 10 pusingan padang, pastu kena belajar baling bola ragbi la, kena belajar gelecek la timbang bola la apa la.

masa tu kitorang 4 orang je bebudak darjah 2 and ada la almost 8 orang bebudak darjah 3. and paling tak boleh belah, aku berlari lebih laju daripada sesetengah budak darjah 3 kat team ragbi sentuh tu. tapi like seriously, aku sendiri tak sedar yang rupanya aku ada bakat terpendam untuk bermain ragbi sentuh. KAH KAH KAH *gelak setan*

sampai sekarang aku terkejut.

Em, ragbi bhai.

masuk cerita lain pulak.

masa aku darjah 5, sekolah kebangsaan, masa ni aku da tak main ragbi sentuh da. :P and masa darjah 5 aku ialah Pengawas Pusat Sumber sekolah, pakai baju warna hijau, ada name tag warna hijau dekat baju, acah-acah nerd and dork serta baca buku selalu. haha. skema namampus. tapi yeah, aku memang suka baca novel pun and aku tak nafikan pun benda tu. Novel Konserto Terakhir yang jadi buku student form 5 untuk subjek BM (sekarang aku rasa da guna buku lain kot) , aku da habis baca since aku darjah 3 lagi sebab aku bosan kat rumah and aku rembat novel tu dari kakak aku.

cerita bermula pada perhimpunan pagi apabila terdapat pengumuman dari cikgu Azimah,

"Akan ada pertandingan catur yang akan berlangsung pada hari ini dan esok. Buat sesiapa yang hendak bermain, boleh la datang ke kelas sekian sekian pada jam 9.30 pagi"

disebabkan rehat budak darjah 5 ialah pada jam 10.10 pagi, maka aku dan bebudak lelaki kelas aku kebanyakan pergi main and join pertandingan catur atas alasan nak lawan chess padahal nak ponteng kelas je sebenarnya. haha. aku belajar main chess sejak aku 8 tahun lagi and kak ngah and kak long yang ajar aku main. Actually semua adik beradik aku tahu main chess cuma alang paling loser la. haha. Kak Long and Kak Ngah pulak memang superb main chess and dorang yang ajar aku masa cuti sekolah budak bulan 12 sewaktu aku umur 8 tahun.

kamonnnn,

hahaha, cuti sekolah orang pergi jejalan, main basikal, main parit, main ps1 ke xbox ke apa, kakak aku pulak ajar aku main chess. HAHAHAHAHHAHAHA. tak ke nampak skema gila babi kat situ. jujur aku cakap, aku jarang sangat main chess lepas tu. kat rumah kitorang memang ada chess board tapi jarang sangat la main benda alah tu. kalau memain sesaja tu ada la cuma tak la sekerap main hari-hari. kadang - kadang main sebulan sekali atau 5 bulan sekali. haha. tapi still la aku ada basic and tahu nak gerakkan kuda, king, queen and whatsoever yang lain.

apa-apa pun, untuk pertandingan chess tu, bebudak darjah 5 dan 6 akan lawan satu kategori. kau darjah 5 ke darjah 6 ke, kau tetap berlawan sesama korang. and masa tu pun, aku dengan kengkawan aku main sebab sesaja pun. takde niat nak menang. main chess sebab nak ponteng kelas.

teruk punya perangai.

pusingan 1 : Sharky vs Salleh (sekarang budak ni belajar dekat Aussie ), Sharky menang. eh? aku menang la. HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHA. sangat la tak sangka sebab Salleh ni budak paling pandai dekat sekolah and actually dia ke mana-mana sekali pun, dia la budak paling pandai. masa tu aku rasa macam nak berjoget riang ria sakan sebab aku kalahkan budak paling pandai sekali kat sekolah. KAH!

pusingan 2 : Sharky vs Irsyad (last aku tahu dia belajar dekat Johor ) . aku memang lagi. hahaha. aku da berjoget lagi. lagi banyak aku menang, lagi banyak aku ponteng kelas , well, siapa suka masuk kelas kan?

pusingan 3 : Sharky vs Hafizat . (Hafizat ni dulu sesama team ragbi sentuh dengan aku, cuma aku darjah 2, dia darjah 3) . Kengkawan hafizat masa tu semua keliling aku dengan hafizat untuk tengok pertandingan kitorang. Surprsingly, aku menang lagi masa tu. HAHAHAHAHHAHAHAH. masa tu aku rasa aku impress dengan diri sendiri. aku sedar aku tahu main chess cuma err, aku tak sedar yang aku memang betul-betul tahu main chess.

lepas pusingan 3, ada 8 orang je tinggal. jadi masa tu da tak buat pusingan kalah mati da. 2 daripadanya budak darjah 5 which is aku and acap. and the rest is budak darjah 6. masa pusingan ni, kitorang 8 orang kena lawan dengan semua orang yang lain.

paham tak maksud aku?

okay contohnya

Sharky
Acap
Hamka
Didi
Dodo
Alfred
Harith
Amir

Pusingan 1

Sharky vs Acap
Hamka vs Didi
Dodo vs Alfred
Harith vs Amir

Pusingan 2

Sharky vs Hamka
etc etc etc

Pusingan 3

Sharky vs Dodo

Pusingan 4

Sharky vs Harith


alaa, senang cakap macam Liga Super la. kau kena lawan dengan semua orang untuk dapat markah tertinggi. Jadi kalau nak dikira, masa tu setiap seorang akan berlawan sebanyak 7 kali sort of macam tu la. again, aku tahu aku boleh main chess, cuma aku tak tahu, aku boleh main chess level yang macam mana. bagus ke sedang-sedang ke teruk ke ...

apa-apa pun aku menang 6 kali and kalah 1 kali.

6 weh

aku menang 6 kali!

ENAM!

Freaking 6!

E-N-A-M.

KAH KAH KAH

aku sendiri tak sedar yang aku menang 6 kali. and tujuan utama pertandingan chess ini diaturkan / dibuat / dilaksanakan atau apa-apa yang korang nak sebut oleh pihak sekolah adalah bukan untuk carik pemenang satu, dua dan tiga lalu mendapat hadiah dan trofi, tapi adalah untuk mencari top 5 student untuk wakil sekolah.

okay, sekali lagi aku rasa tertipu. haha

apa-apa pun, and yes, aku wakil sekolah main chess lepas tu. aku wakil sekolah masa darjah 5 and 6. lepas tu sambung form 3 sampai form 5. KAH KAH KAH. kau bayangkan kalau pertandingan chess tu tak dibuat kat sekolah rendah aku tu, sampai sekarang la aku tak tahu yang aku ada bakat power dalam bermain chess.

aku sendiri tak sedar yang aku ni jenis ber ekspresive (sejak bila wujud perkataan ni?) sampai la aku masuk pertandingan bercerita masa aku darjah 2 kat sekolah agama and aku jadi johan masa tu. sekolah agama aku agak besar and satu batch ada 8 ke 10 kelas which is each kelas ada 40 orang student). Pastu darjah 3 aku masuk lagi pertandingan bercerita sekolah agama and jadi johan. Lepas tu wakil sekolah pulak untuk pertangan bercerita yadaa yadaa. :P Untuk Sekolah kebangsaan, aku dapat nombor 3 pertandingan bercerita. Lepas tu aku banyak masuk pertandingan yang lebih kurang sama like syarahan, debat, forum bla bla bla yadaa yadaa sampai aku form 5 sebab aku ada bakat yang ekspresif (again, ada ke ayat ni?) and aku ni banyak cakap? KAH KAH

aku sendiri tak sedar yang aku pandai menyanyi sampai la aku masuk pertandingan nasyid masa aku darjah 5. (sekarang suara aku macam katak puru sejak hit by puberty, BWAHAHAHAHHA) , masa tu ustazah suruh audition and aku punya nyanyi je la sesuka hati aku. lepas tu tetiba aku jadi ketua nasyid. KAH KAH KAH. macam bangang bila nak fikir balik. darjah 6 pulak aku masuk Marhaban and again, audition macam entah apa apa bangang bangang aku nyanyi, lepas tu dapat masuk team marhaban.

semuanya adalah sebab audition.

audition yadaa yadaa.

audition bla bla bla.

ehem, suara aku rupanya sedap bhai. haha. dan semuanya tak sedar ada bakat terpendam sampai la join segala bagai audition tu.

dan kita semua ada bakat terpendam cuma kita je tak tahu and kita hanya tahu bakat kita bila ada orang trigger atau paksa kita buat benda tu.

so , itu ialah story aku. haha.

apa pulak cerita korang? Apa bakat terpendam korang yang korang tak sedar korang ada, tapi korang sedar korang ada lepas masuk satu pertandingan. lets' share! hahaha. marilah share and cerita!

p/s

esok gua outstation! MWAHAHAHAHAHHAHAHA.

3 comments:

  1. Banyaknya bakat kau hahahah...bakat aku terendam tak timbul-timbul. Btw aku rasa adik beradik kau ramai weh

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik beradij aku termasuk aku hanya la 4 org sahaja. hahaha

      Delete
  2. erm...tak tahu, mugkin ada tapi tak perasan..hahaha.

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)