Nuffnang

Thursday 23 January 2014

Manuskrip Gay : Remaja chapter 2 #69

sorry for the late update about REMAJA and happy reading guys!! kalau suka boleh baca banyak kali and share dengan kengkawan. -,- kalau suka je la ,kalau tak suka buat bodoh je. HAHAHAHAHAHAHAHA.



Haikal duduk kat dalam KFC sambil matanya pandang sana sini tengok orang ramai. Dia tak tahu kenapa tapi dia suka perhati orang, suka perhati gelagat orang. Kadang-kadang dia tergelak bila ada orang tu buat benda yang macam tak senonoh gila. Macam korek hidung ke apa ke. Ingat bajet orang lain tak nampak la tu. KAH KAH KAH. seems bangang bila usha orang sana sini. sumpah kau aneh Haikal.
Zahid pulak pergi beli snack plate kejap untuk dorang berdua. Zahid kata dia might be penat jadi duduk je la kat situ tunggu dia datang balik. -,- and seriously Zahid, aku memang penat sekarang , jadi kenapa nak sangat bawak dia jejalan. At least, please bagi rehat satu hari dulu ke apa ke. Haih.
Sejujurnya dia tak la berapa kenal Zahid sangat. Ye la, baru jumpa hari ni. dia langsung tak ingat pasal Zahid even semua orang kata, mak pak dia , abang dia kata, adik dia kata yang dia dengan Zahid tu da macam kembar. Nak ke mana-mana mesti bersama. Tapi like seriously, dia tak ingat Zahid. Dia tak ingat apa benda bangang yang dorang buat masa zaman kecik-kecik dulu. Well, dia teringin nak tahu jugak what kind of silly thing yang dia buat masa kecik-kecik. am Ia good guy? ataupun budak nakal yang maha nakal sampai terasa nak lempang bila jumpa?
Its kinda loser la jugak sebab kau tak tahu apa yang kau pernah buat. Actually sekarang dia macam kekeliruan identiti la jugak. What kind of act he should done. Nak jadi baik ke? Nak jadi nakal ke? Nak jadi jahat ke? Macam mana kalau tetiba dia nak react jadi budak nakal and menggatal habis tapi rupanya sebelum ni dia adalah budak tarbiah orang sana sini. Tak ke macam -,- oh my god, kau da berubah selepas kemalangan. seems pelik after all.
Well, orang memang akan berubah lepas kemalangan tapi tapi tapi :3 , dia still nak tahu jugak dia punya attitude masa zaman sebelum ni.
“woi, jauh menung.” Tegur Zahid. Budak tu ambil tempat depan Haikal dan meletakkan tray yang penuh dengan makanan.
Haikal senyum sikit. “tak la jauh sangat menung. Sikit je.”
“ingat pasal apa?” Zahid asingkan makanan untuk dia dan Haikal. “kau punya Mirinda and snack plate. aku punya sprite and dinner plate.”
Terus Haikal sisip Mirinda tapi lepas tu terus dia berhenti. “dulu aku suka minum Mirinda ke?”
“agak la jugak. Favourite kau dulu, Mirinda strawberi and snack plate. aku tak pernah nampak kau makan benda lain kalau kau datang kat KFC. Mesti Mirinda, Mirinda, Mirinda. Even kalau kita pergi mana-mana dulu, singgah 7e ke apa, mesti kau capai Mirinda. Coke and lain-lain ada jugak tapi agak jarang la.”
“oh okay.” Dahi Haikal berkerut sikit. “entah la. Bila aku minum Mirinda ni, tetiba aku teringatkan someone.”
Zahid yang tengan nak makan ayam goreng, terus berhenti makan. terus dia pandang Haikal. “serius? Siapa?”
Haikal angkat bahu. “entah.” Haikal cuit sikit ayam lepas tu suap masuk dalam mulut. “macam ada someone tapi aku tak ingat siapa. Malas la aku pikir banyak banyak sebab nanti aku yang sakit kepala sebab banyak sangat fikir.” Dia sejujurnya malas nak ingat sangat sebab setiap kali dia nak ingat something mesti kepala dia sakit sangat. It is just like, ah, baik tak payah fikir. Buat semak kepala je.
“aku dulu, macam mana?” tanya Haikal dekat Zahid.
“please define dulu ‘what is macam mana dulu tu’ ?” tanya Zahid. Zahid bahagi-bahagikan sos untuk dia dan Haikal.
“maksud aku, aku dulu ni macam mana? Am I terrible person atau aku ni poyo ke atau semua orang tak suka aku? I’m just.” Lepas tu Haikal tergelak kecil, tunduk bawah sedikit sebelum pandang Zahid semua. “mana la tahu semua orang annoyed dengan aku sampai nak baling asid kat aku ke apa ke. Tak ke macam , baik aku amik precaution dulu.”
Dua-dua budak tu sengih je.
“tak la.” Zahid cuba tahan gelak. “kau budak yang sangat baik. Kau tak jahat. Kau tak pernah buat jenayah. Kau macam anak emas semua orang. Semua orang sayang kau even kadang-kadang perangai kau boleh tahan macam cibs.” Zahid menyeringai.
“maksud kau?”
“kau bukanlah perfect kid. Aku tipu je bila kata kau tak pernah buat jenayah. Aku rasa kau banyak jugak la buat jenayah tapi kau pandai sorokkan dari orang lain supaya semua orang tak dapat tahu.”
Haikal terdiam kejap. Dia terpikir, apa je la jenayah yang dia buat dulu sampai orang lain tak tahu. Mesti jenayah light light je kot. That is why takde siapa yang tahu. Haikal sisip lagi Mirinda.
“dulu kau pernah bunuh anak kucing masa kau sekolah rendah.” kata Zahid bersahaja. Mirinda yang dia nak minum tu hampir nak tersembur keluar. Haikal terbatuk-batuk dan sesak dada. Haikal tepuk dada dia sikit. Zahid tergelak tengok reaksi Haikal.
“apa? Apa?” mata dia berair sebab banyak sangat batuk. Dia pandang Zahid hendak memastikan kebenaran cerita tu.
 “well, kau agak mean la jugak.”
“kenapa aku bunuh dia? kau bergurau ke apa?” Haikal cuba legakan anak tekak dia.
“still wondering. Aku teringin nak tahu jugak tapi kau tak pernah bagitahu. And sekarang, kau tak ingat apa-apa pun. Tapi just lupakan je la. Cerita lama.” Zahid masukkan kentang ke dalam mulut. Gigit sikit demi sedikit. bergaya.
Terdiam kejap Zahid dan Haikal. Masing-masing mengunyah kentang dan ayam.
“err, selain dari bunuh kucing? Apa lagi yang aku buat?” Haikal tak nak tahu pun sebenarnya tapi dia da pegunkan hati untuk tahu jugak. mana tahu ada yang lagi jahat ke apa ke.
“emm.” Zahid kelihatan macam berpikir secara serius. Siap kerut dahi lagi. “kau pernah belasah budak. Kau siap ugut budak tu jangan bagitahu siapa-siapa yang kau belasah dia.”
“and I caught?”
“nope. Kau terlepas.”
“wohohoho. That is really surprise.” Haikal macam bangga gila.
“agak la. Aku macam pelik jugak macam mana kau terlepas pasal belasah budak tu. dan dan je budak tu ikut cakap kau.”
“and mana kau tahu cerita semua ni?”
“kau cerita dekat aku masa kita lepak sesama. Even we are not in the same school tapi kau selalu cerita dekat aku apa yang selalu terjadi dekat kau and apa yang kau da buat and macam-macam lagi la. Tapi kau tak pernah la pulak bagitahu reason dia apa. Kau always cerita tapi diam bila aku tanya sebab kenapa kau buat macam tu. by the way, kau memang da macam adik aku. Selalu sharing story and macam-macam lagi.”
Haikal terdiam kejap dengar jawapan panjang lebar Zahid. Lepas tu Haikal tersengih sambil pandang Zahid. “sweat.”
“what.” Zahid angkat bahu lepas tu sengih. “ aku just cakap je. apesal ? tak percaya yang kau selalu sharing story dengan aku? And kita ni macam adik abang?”
“agak la.” Haikal pandang suspicous dekat Zahid. “kenapa kau jadi abang and aku adik? Kenapa bukan aku yang abang and kau yang adik?”
“pfft.” Zahid tunjuk muka meluat. “macam la aku tahu. Da da , drop the subject.”
“oh okay.” Lepas tu, Haikal dan Zahid diam lagi sambil makan ayam dan kentang. Haikal sebenarnya nak tanya banyak lagi dekat Zahid tapi maybe next time. Dia masih tak puas hati, betul ke dulu dia dengan Zahid ni rapat abadi? Ye ke? Ke Zahid ni kencing dia je?
“haip.” Tegur seseorang. Haikal dan Zahid mendongak tengok orang yang menegur secara tetiba tu.
“err, hai.” Tegur Zahid dulu. “ye?”
“err, ni Haikal ke?” tanya lelaki tadi. Haikal terkejut. Riak muka Zahid lagi la jangan cakap. Bila Haikal tengok Zahid, dia rasa nak tergelak pulak. Ehemm, maybe not in the right time untuk gelak. Tapi riak muka Zahid memang lawak.
“ya, Haikal. Err, siapa ni ye?” Haikal memang da tak tahu langsung la kan siapa orang yang tegur dia dan kenal dia ni siapa? Kenalan zaman sekolah dulu ke? Ke kawan entah kat mana-mana? Haikal tengok lelaku tadi tersenyum ceria dan lebar.
“aku la. Tak ingat aku ke?”
-,- Haikal berkerut dahi. “ ye la. Siapa aku tu?” haih, budak ni boleh tahan.
“Ermawan. Tak ingat? Festival Seni Kebangsaan. Kita pernah borak kejap dulu.”
“err.” Haikal pandang Zahid lepas tu dan Zahid pandang Haikal balik. “sorry, tak ingat.” Haikal tengok muka budak yang bernama Ermawan tu da kecewa habis. Haikal legakan anak tekak dia. “actually, err, aku memang tak ingat kau. aku pernah kemalangan and aku hilang ingatan.” Makin lama ayat tu makin perlahan keluar dari mulut Haikal.
Ermawan da pandang suspicous dia pelik. Ni yang Haikal benci bila dia bagitahu yang dia hilang ingatan and semua orang akan pandang dia pelik seolah-olah dia buat drama tengah hari buta.
“serious? Like seriously?” tanya Ermawan lagi.
“this is just frustrating.” Haikal tolak rambut ke belakang. “nak pergi gents kejap.” Lepas tu, terus dia berlalu dari situ dan menuju ke tandas.

Haikal datang balik ke tempat dia duduk lepas bermuhasabah diri dalam gents. Ah , gasak la orang nak percaya ke tak cerita dia, yang penting dia bagitahu cerita yang benar. Kau nak percaya, kau boleh percaya, kau tak nak percaya, suka hati kau la. Aku malas nak halang sebab itu hak kau.
Ermawan still ada dekat situ and sekarang Haikal tengok budak tu tengah borak-borak dengan Zahid pulak. Haikal amik tempat sebelah Ermawan. Ermawan senyum pandang dia and dia senyum balik pandang Ermawan. Kalau la dia boleh ingat siapa budak itu, sudah tentu dia akan cuba ingat. Pada pandangan Haikal, budak itu agak comel *agak pelik sebab bagi dia lelaki tak sepatutnya comel, lelaki sepatutnya macho dan kacak, macam Zahid!* muka jambu sedikit. Maybe usia dalam sekitar 18 atau 19 tahun dan ada janggut seciput sedikit. comel! *again -,- pffft.*
“sorang je ke datang sini?” tanya Haikal pada Ermawan. “kalau datang dengan kawan, ajak la dia makan sini sekali.”
Ermawan macam berpaling ke meja belakang, “tak, tak, tak. datang dengan adik, nak teman dia beli barang untuk masuk hostel. By the way, aku mintak maaf sebab errrr macam tak percaya cakap kau.”
“oh,” Haikal tak tahu nak buat reaksi apa. Lepas tu Haikal sengih kejap. “takpe la, abaikan je. da biasa dengan reaksi macam tu.”
“just macam sedih la jugak sebab kau da tak ingat aku lagi.” Lepas tu Ermawan buat muka sedih. Haikal terus rasa bersalah. dia ada dan pernah alami beberapa situasi awkward di mana orang yang berada di hadapan dia akan terasa macam sedih gila babi sebab dia da tak ingat atas beberapa perkara. Contohnya macam

1) dia lupa tentang makanan feveret dia dan dia tak feeling apa pun masa emak dia masak Telur Kacang Pes. Terus mak dia menangis masa tu jugak dan dia terasa -,- terfaktab habis.  Tapi sampai sekarang dia pelik, kenapa sampai perlu menangis? Haih, mak buat drama samarinda la pulak.
2) abang dia macam tetiba buat muka bila dia tak nak teman abang dia tengok BOTY. And abang dia lagila double buat muka bila dia tanya, “what is BOTY?”
Hanya selepas abang dia cakap. “kau ni da makin pelik.” Lepas tu terus masuk bilik, terus membuatkan dia fikir-fikir dalam, macam mana aku yang dulu? Serius dia curious.

Apa yang dia suka makan? lagu apa yang dia dengar? Dia suka tengok cerita apa? Dan -,- what is BOTY anyway?
“eh, aku nak chow dulu la. Nak beli barang adik kau. dia nak kopakkan duit aku. Anyway, boleh aku mintak number fon kau?” minta Ermawan.
“err,” Haikal sengih bersalah. “aku tak sempat nak beli simkad lagi la.”
“pulak da. Where is your simcard?”
“oh, sebab aku baru balik dari Ireland.” Sekali lagi ayat yang keluar dari mulut Haikal , bunyinya makin perlahan. sekali lagi suasana awkward. Mesti Ermawan ingat dia ni suka asyik bagitahu benda-benda yang macam drama. This is just hell yeah. mula-mula hilang ingatan , lepas tu baru balik dari luar negara. da macam cerita drama orang kaya-kaya je.
“err,” Zahid pecah suasana. “Ermawan, kau bagi nombor kau kat aku dulu. Nanti bila Haikal da beli simkad baru, aku just pass your phone number dekat dia. amacam? okay?” cadang Zahid.
“oooo kies.” Ermawan pandang Haikal and Zahid banyak kali. “okay, this is my phone number.” Terus Ermawan bagitahu dekat Zahid and Zahid simpan dalam fon. “okay, chow dulu. Pape hal, contact aku la kalau ajak lepak ke apa. Bai.” Lepas senyum sepam dua, Ermawan terus berlalu dari situ dan kembali duduk bersama adik dia.
Zahid menyengih dekat Haikal. “ tak sangka femes sepupu aku ni.”
-,-
Haikal buat muka. “oh come on. Aku tak kenal pun dia.”
“tapi dia kenal kau and he seems legit.” Sengih lagi.
“kau ni pelik la. da , jangan nak mengarut. Jom balik. Aku letih la.” Haikal buat muka sememeh. “nak rehat. Jet lag.” buat-buat manja.
“ek eleh, bukan jauh sangat pun balik Malaysia ni. tak payah nak tunjuk muka sememeh depan aku. Aku sekeh je nanti” lepas tu Zahid gelak-gelak. Bila dia tengok Zahid gelak memanjang je, terus dia terasa nak baling kasut kat muka Zahid. Boleh tahan budak ni membahan dia.



Haikal baring terkebil-kebil dalam bilik. dia pandang siling bilik. Zahid kat sebelah dia da lama tidur lepas buat revision Kimia tentang acid base titration. Masa dia tengok Zahid buat latihan tu, dia terdiam dan tengok dan terkebil-kebil tengok je latihan yang Zahid buat. Dia lagipun malas nak kacau Zahid dengan tanya soalan mengenai zaman dia dulu-dulu. Dia terus belek-belek fon yang baru dia beli tadi and masukkan sim kad ke dalam fon tersebut. Terus lepas tu dia mintak kat Zahid nombor telefon Ermawan walaupun pada asalnya dia tak nak kacau Zahid. Ah gasak, KAH KAH KAH, bukannya Zahid akan mengamuk baling batu pun kalau aku kacau dia.
Lepas dia dapat dan simpan nombor Ermawan, terus dia tekan compose message. Dia pantas taip, ‘hai’ dan hampir tekan button send tapi jarinya terhenti. Betul ke ni? betul ke ni dia nak hantar mesej dekat Ermawan , orang yang dia tak kenal langsung? Entah siapa-siapa entah Ermawan tu. entah betul atau tidak itu kawan dia? mana tahu dia tu musuh ke apa masa zaman dulu-dulu? Tak ke terasa bangang kalau mesej musuh sendiri. Terus dia campak fon ke tepi dan capai gitar lepas tu bergerak ke beranda dekat luar bilik.
Dia tutup sliding door sebab tak nak kacau Zahid buat kerja sekolah dan duduk dekat kerusi yang berada di beranda tu dan hadap tasik depan mata dia. memang best suasana dekat kawasan perumahan Zahid ni. agak sub urban sikit, lebih kurang macam rumah dia dekat Dublin dulu. Bezanya, rumah dia dekat Dublin bukan hadap tasik, tapi hadap padang bola sepak untuk budak-budak main bola / ragbi waktu pepetang. Dia da tak ingat sangat main gitar tapi entah kenapa dia bawak gitar balik Malaysia. -,- am I good with guitar? Haih, dia bawak jari dia ke tali gitar. Menggigil tangan dia.
Haikal mengeluh lagi. Dia tak ingat cara nak main and petik gitar. Menyedihkan. Dia terus letak gitar ke tepi. Dia pandang langit nak carik bintang. Cuaca cantik malam ni. tetiba teringin nak duduk atas rooftop. Atas bumbung. Tapi rumah Zahid ni takde pulak kawasan rooftop yang boleh untuk di lepak. Beranda pun beranda la.
Dalam dunia ni, banyak benda yang dia musykil. Ada beberapa benda yang dia suka buat dan terasa nak buat tapi dia tak tahu sebabnya apa. Macam rooftop tadi tu, dia bukan la pernah lepak rooftop pun, *seingat dia la* tak tahu la sebelum dia kemalangan , dia selalu lepak mana-mana bumbung. Tapi , entah kenapa malam ni dia terasa macam nak star gazing. Tetiba dia terasa macam teringat dekat someone. Bintang – bumbung – borak-borak. kenapa benda tu nampak macam familiar sangat. Haikal mengeluh.
Sliding door ditolak ke tepi. “layan blues ke?” tegur Zahid.
Haikal beralih ke tepi untuk bagi Zahid duduk sebelah dia. “sort of. Apesal? Kau da siap ke latihan kau tu? nampak macam rumit.”
Zahid regangkan tangan. “well, nanti kau kena belajar jugak. Aku rasa kau lagi misery sebab kau tak pernah apa yang kau belajar masa zaman form 4.”
-,-
Betul jugak apa yang Zahid cakap tu. aku rasa tu lagi la masalah besar yang aku kena hadap bila masuk sekolah esok. I am totally zero. Tak tahu apa. Terasa nak masuk kelas hujung-hujung je. malas nak hadap kelas sains macam apa yang Zahid hadap.
“eh. Aku masuk tidur dulu la. Esok nak kena pergi sekolah. Kau pun jangan lupa tidur. Kau pun kena pergi sekolah.”
“dulu aku sekolah dekat mana?” tanya Haikal tetiba. dia mengekor Zahid masuk ke dalam bilik. sebelum tu, dia tutup balik sliding door.
“entah. private school. Aku tak pernah pergi tapi nanti aku tanya dekat Abang Umar. Apesal? Nak try catch up memori dekat sana ke?”
Haikal sengih. “lebih kurang la. Nak try la jejak balik dekat sana.”
“okies. Apa-apa pun, jom tidur dulu. Kang nanti menguap je dalam kelas esok.”
“macam mana nak pi sekolah esok?” Haikal tanya soalan dungu.
“naik motor dengan aku.”
“oh, aku kelas sama dengan kau?”
“aah.”
“best tak?”
“apa maksud kau best ke tak?”
“entah.”
“kau memang suka tanya soalan bangang kan?” Zahid da bengang. Zahid light off lampu bilik, baring atas katil dan ucap. “goodnight.”
Haikal merebahkan badan sebelah Zahid. Lepas Zahid tidur, dia cuba juga untuk tidur. Dapat la lelap mata 15 ke 18 minit sebelum dia terjaga semula. Dia terkebil-kebil pandang siling dan mengutuk dirinya dalam hati, tadi masa jejalan punya la nak tidur,sekarang tak nak tidur la pulak. What is wrong with you la mata? terus dia capai fon dekat sebelah bantal dia.
Tekan compose message dan taip.
Hai Ermawan. This is Haikal
Dan send tanpa ragu-ragu. Tunggu esok untuk dapatkan balasan.


tamat!! heh. aku tak tahu la chapter ni agak dull ke apa atau tak mencapai standard sebab takde scene rogol-rogol lagi tapi tunggu je la. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. by the way, jangan lupa untuk mengomen :) segala komen anda amat saya hargai *ayat skema habis*

jangan lupa join #CerpenShark ye :)


boleh baca entry #68 untuk keterangan lebih lanjut. terima kasih kerana membaca! :)

p/s
da dapat result :) alhamdulillah,lebih 3.5 tapi tak dean list. tapi takpe la. next sem nak cuba try harder! :)



12 comments:

  1. Best. Karya shark mmg lain drp yg lain. X sabar menunggu episod seterusnya.

    ReplyDelete
  2. Best.. Sbenarnya smalam aku bru jumpa blog ni.. And aku stay up until 6 pagi semata-mata nk abis baca smua cerpen kat blog ni.. Blog kau ni mmg terbaek bro.. Thumbs up!!

    ReplyDelete
  3. Best.. Sbenarnya smalam aku bru jumpa blog ni.. And aku stay up until 6 pagi semata-mata nk abis baca smua cerpen kat blog ni.. Blog kau ni mmg terbaek bro.. Thumbs up!!

    ReplyDelete
  4. Best bro.. Teruskan brkarya.. Btw kau ni bdak ladang kan? Hehe rasa mcm kenal ko..

    ReplyDelete
  5. At last.. can't wait for next chpter

    ReplyDelete
  6. Best.... chapter seterusnya bila?

    ReplyDelete
  7. nak lagi nak lagi nak lagi nak lagi nak lagi..... :)

    ReplyDelete
  8. sangat menarik cara penulisan ko bro...
    pagi2 terjumpa blog ni... melalui blog lain 'rasanya kau tahu siapa promote blog ko'.. apa2pun keep it up...
    teruskan berkarya... i'll support you...

    -AF-

    ReplyDelete
  9. next episode please..layan siak..

    ReplyDelete
  10. Best citer nie...so Haikal nk gi sklh lme die ke??Please update..can't wait for the next chapter

    ReplyDelete
  11. wah...makin best cerita ni... paling best sebab bahasa memang sempoi... aku suker..... setakat chapter ni ( remaja chapter 2 selapas asrama ( Full )...... masih tip top dan meletop.... thanks shark pada cerita yang best sangat dowh...huhuhuhu

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)