Nuffnang

Wednesday 14 August 2013

Pre Screening of PLANE dan movie lain. #41


PLANE

semalam tengok cerita Plane dekat Curve. dapat tiket Pre Screening. cerita ni keluar 15 ogos which is esok tapi aku da tengok semalam. hahaha. thanks to ma friend la yang bawak aku tengok cerita tu and belanja aku makan meatball IKEA yang marbeles tu.

cerita Plane ni macam cerita CARS - 2006 dulu tu. kalau cerita cars, pasal kereta la. kalau cerita PLANE, pasal kapal terbang. masa mula-mula cerita ni start, sumpah cerita ni macam cerita BOB THE BUILDER. aku da tergelak-gelak dalam wayang. what is the fuck of this story la. perasaan tu tetiba je pop out dalam kepala otak aku. tapi bila pikir-pikir balik , tak penting pun semua tu. yang penting mesej yang ingin disampaikan melalui cerita PLANE ni.

banyak cerita kartun hollywood macam BRAVE, EPIC, THE CROODS, dan banyak lagi, even semua cerita tu kartun tapi banyak mesej yang ingin disampaikan contohnya kekeluargaan, bantu membantu, jangan backstabbing kawan dan lain-lain *terasa macam tulis karangan BM* jadi, walaupun cerita Plane ni macam Bob The Builder sikit, tapi kinda worth la jugak tengok cerita ni.

cerita ni pasal watak utama *lupa nama* merupakan sebuah kapal terbang hambar yang dilahirkan sebagai farmer. hahaha. kiranya dia ni bawak baja busuk yang memang super busuk dan semai jagung la apa la. tapi lama-lama dia bosan sebab kehidupan sebagai kapal terbang farmer ni hambar. takde kemajuan dan sebagainya. *tipikal cerita, watak utama duduk kampung nak try benda baru* jadi dia ni masuk la pertandingan rali dunia kapal terbang which is pertandingan ini melibatkan peserta seluruh dunia. jadi ada la watak kapal terbang dari India, dari Mexico, dari Spain dan sebagainya.

macam dalam cerita Bob The Builder, cerita Plane ni pun ada je bajak, kereta, kapal perang, dan sebagainya. hahahahahahahahha. tapi cerita ni best la jugak cuma tak la super best macam THE LORAX ataupun THE CROODS. bagi aku, cerita ni so-so je. jadi, kalau nak tengok, boleh la pergi wayang esok dan kalau malas, download je la mana-mana. cuma one word je la. cerita ni amatlah sesuai untuk kau bawak budak kecik bersama dan sangat sesuai untuk golongan family yang ada anak kecik.


R.I.P.D

aku baru je tengok R.I.P.D tadi dengan kawan sekolah menengah aku kat Setia City Mall. RIPD ni stand for Rest In Peace Department. dia macam department untuk polis la tapi RIPD ni untuk polis yang dalam dunia roh je. err, paham tak? hahahaha. jadi polis RIPD ni akan tangkap Deado *okay, aku da lupa apa dia* untuk disumbatkan ke dalam penjara, Deado ni macam penjenayah la kiranya. aku nak tengok cerita ni sebab ada Ryan Reynolds. wakakakakakkakakakaak. dia tu kacak bergaya habis kot. melt woi, melt.

tapi aku agak kecewa la dengan RIPD ni sebab aku ingat cerita ni akan sangat gempak tapi rupanya agak hampeh jugak. CGI dia agak kurang la. jalan cerita da sangat superb. memang tabik habis dengan jalan cerita dia cuma cerita itu tak dijalankan seperti yng diinginkan. haih. cerita dia ada jugak ala-ala The Avengers and Transformers and Pacific Rim yang nak amik alih dunia tapi cerita ni kinda cool jugak.

bagi aku cerita ni best sebab 1) dia tak la tipikal macam cerita lain. kau akan tahu bila kau tengok. 2) sebab ada ryan reynolds. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA. 3) sebab cerita ni lawak bak hang. aku dengan kawan aku da tergelak macam apa je kat dalam wayang tu. jadi yang belum tengok tu, try la tengok kat wayang. hari rabu cuma kena 8 ringgit je. kalau kau student, lagi best bawak kad pelajar. dapat murah. weekdays dapat 8 ringgit di mana-mana wayang yang ada kat malaysia ni. :3


WOLVERINE

aku tengok da lama la jugak. sebelum raya lagi and masa tu tengah bulan puasa. aku tengok dengan kawan sekolah menengah aku jugak dan di Setia City Mall juga. hahahahahahahaha. sejak ada SCM ni, aku da tak pergi JJ Bukit Tinggi lagi. wolverine semua orang tahu dia ni siapa. aku kenal wolverine sejak tengok kartun X men pastu tengok X men kat tv. Hugh Jackman yang berlakon jadi wolverine. kinda same la jugak macam yang kat dalam kartun tu. ada jambang semua. Hugh Jackman macam biasa memang gagah perkasa di mana-mana sahaja, *tapi still crush kat Ryan Reynolds la*

cerita wolverine kali ni, dia bawak korang pergi ke Jepun dan hari di mana Hiroshima dan Nagasaki kena hempas dengan bom atom. memang 90% cerita ni, setting dia ialah kat Jepun. aku takde intention pun nak tengok cerita Wolverine ni sebab Wolverine yang dulu pun aku tak tengok, kenapa pulak nak tengok yang ni. tapi disebabkan bosan dan aku bawak kad pelajar aku :3, *dapat 8 ringgit, hahahahahahhaha* maka aku pun tibai je la tengok.

kinda best la jugak cerita ni. ada lawan-lawan guna katana semua, ninja, yakuza and semua tu. part paling best masa lawan kat atas Shinkansen the Bullet Train. seperti biasa, cerita Hollywood without seks adalah penipu besar. semua cerita Hollywood, tak sah kalau takde dua benda ni 1) ending dia ialah bercium tipikal 2) beromen ,, tapi tengok kat Setia City Mall, ada part yang dia da cut awal-awal. aku dengan kawan aku da hampa. hahahahahahahaha. kali ni wolverine curang dengan Jean Grey and main dengan orang jepun *watak utama* mesti wolverine suka sebab Jepun kan suka mendesah pastu jerit kuat-kuat. setakat dengar dorang jerit pun da boleh buat aku leleh lagi la kalau tengok pastu main dengan dorang. eh?

for the whole story, not bad la cerita ni. aku paling suka fight kat atas bullet train tu. sangat gempak okay!!! aku rasa jantung da dup dap. heh. cuma cerita ni senang di agak. tu je la. siapa belum tengok, pergi la tengok dengan pantas. heh.


RED 2

 ni antara movie yang aku nak sangat tengok. aku tengok ni hari yang sama aku tengok ceita Wolverine. mula-mula tengok Red 2. habis tengok Red 2, baru sambung tengok Wolverine. perghhh , memang movie marathon masa tu dekat Setia City Mall. tapi lepas ni memang taubat tak nak da buat movie marathon dekat mana-mana cinema sebab rupanya tidak best. buat movie marathon dekat laptop jugak yang best.

apa-apa pun, cerita ni pasal assassin yang da tua berkumpul balik. cerita ni memang aku target sangat best dan lawak dan aku memang betul. hahahahahahahahahaha. cerita ni memang nokharom kelakar dan aku tergelak terbahak-bahak bila gelak. cerita ni unexpected dan kau tak akan jangka siapa mastermind yang jahat sebenarnya. tapi ada jugak part hampa la tengok Red 2 ni sebab dia tak tunjukkan detail sangat bila dia nak start rompak atau nak buat jenayah apa-apa. tengok-tengok dia da pecah masuk ke dalam satu-satu kawasan. tu je la yang hampanya. tapi yang lain-lain memang best

kat dalam cerita ni, bila tengok the oldie assassin berkumpul, perghhhh, memang legendary habislah. terasa sangat wow dan ini la cerita yang memang patut ditonton oleh semua orang *promot banyak Red 2* eventhough pelakon da tua semua, tapi cerita ni memang worth untuk ditengok. jadi, siapa-siapa yang belum tengok, pergi loa berbondong-bondong ke pawagam sana. siapa kata orang tua tak pandai bunuh orang. heh.

disebabkan aku malas nak taip lagi, jadi aku bagi short review je la.

Lone Ranger - aku tengok cerita ni sorang dekat The Mines. time bulan puasa masa tu. tengok cerita ni sebab ada Johnny Depp. aku minat Johnny Depp dari cerita Pirate of Carribean jadi semua cerita yang ada Johnny Depp aku akan layan. cerita ni agak lama la jugak. 2 jam rasanya. disebabkan lama tu la, ada part yang best, ada part yang tak best. jadi cerita ni 50-50. tapi part dia lawan adalah sangat gempak dan worth untuk tengok. dalam cerita ni, kau akan terasa nak tumbuk Johnny Depp sebab watak dia dalam tu macam cibai.

Pacific Rim - aku tengok cerita ni sorang2 jugak kat Setia City Mall. macam hambar gila kan tengok sorang-sorang je. hahahahahahaa. aku rasa mesti ramai yang da tengok cerita ni. malas nak ulas panjang. cerita ni best eventhough ada ala-ala ultraman and power rangers sikit. jalan cerita pun menarik. worth untuk di download. :3

Despicable Me 2 - cerita ni pun one of the movie yang aku nak sangat tengok lepas layan Despicable Me. tapi boooo, cerita ni tak capai target yang aku nak. cerita ni memang lawak tapi tak la selawak yang kau jangkakan. cerita ni macam lost sikit tak macam Despicable Me yang sangat best dan kau paham jalan cerita. cuma Minion as always, sangat comel. aku tengok cerita ni dengan 3 kawan asasi aku yang lain dekat The Mines. aku ingat aku sorang je tertidur 5 minit kat tengah-tengah cerita, rupanya kawan aku yang lain pun sama je macam aku. hahahahahahhahahaa.

okay, untuk Monster University dan The Heat aku malas nak ulas da. letih pulak nak menaip lagi. heh.  jadi, selamat menonton di panggung atau selamat mendownload mana-mana movie yang korang minat. tapi ni pendapat aku je la. kadang-kadang pendapat aku tak sama dengan pendapat orang lain. kalau rasa nak tengok, kau tengok je. jangan bagi alasan takde kawan. kau tengok sorang-sorang pun best jugak. takde la lama sangat nak pilih seat. one of the thing yang aku paling bengang ialah manusia yang lembab nak pilih seat. antara manusia lambat tu ialah mereka yang couple. 1) pilih seat pun lambat pastu gelak-gelak macam kucing siam. nak je aku siku. tu la yang menyebabkan semakin panjang orang beratur untuk beli tiket bila ada manusia lembab nak pilih seat kat wayang. tipikal couple. pffftt.


okay, tamat membebel. :3 jadi sekian bersama saya untuk sesi movie pada malam ini. aku tak tengok lagi cerita The Conjuring. =.=' yang ni aku agak takut nak tengok. ada tak yang nak teman tengok kat Setia City Mall? hahahahahahhahahahahahahaha. till then, babai. :)



p/s
orang selalu tanya, cerita ASRAMA ni betul ke? tapi aku tak jawab. lepas cerita ASRAMA, akan ada cerita lain, nama watak dia ialah Zahid. :) Zahid si budak kampung yang rambut ikal dan wajah coklat manis. *double smile*

14 comments:

  1. Zahid vs Haikal?? hehehe

    ReplyDelete
  2. Haha, shark mcm mn nak contact u via fb, i ad story nk kongsi, cerpen la jugak 25 chapter and dah siap pun, interested x? Just call me Izz :D

    ReplyDelete
  3. Jom shark tgk kat curve..
    Btw cte ASRAMA tu yg mmg menarik la..waiting for last episode nie..

    ReplyDelete
  4. @mrdolphin hahaha. takde la :)

    ReplyDelete
  5. @anonymous contact me via email, n_anne93@yahoo.com or message me 01131506765. :)

    ReplyDelete
  6. @boyz malay hahaha. tak biasa sangat g curve tu. btw, thanks sebab suka baca :)

    ReplyDelete
  7. waaaa...da lame x tgk wayang...huhu. last ngn ex aku tgkk cite white house down...huhu...

    ReplyDelete
  8. aku download jer... hehe...

    ReplyDelete
  9. Shark when last episode release very excited for read

    ReplyDelete
  10. @tebuan keneng untung la tengok dengan ex. wakakakaka

    ReplyDelete
  11. @fallen angel aku buta IT. aku mintak kawan aku je. haha

    ReplyDelete
  12. @aires still think about it. sabar kay :)

    ReplyDelete
  13. @boyz malay kat mines, setia city mall, mid

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)