Nuffnang

Monday 8 July 2013

Saya kembali semula #35

this is Kura-Kura Gembira



aku baru balik dari kem semalam. kem selama 2 minggu yang memang hardcore. hardcore pun tapi still enjoy. still gelak ketawa dengan kengkawan. still dapat nama kem yang macam cibs pastu bandingkan dengan kawan-kawan yang lain. nama kem aku macam bangang la jugak tapi kira releven la dengan aku. hahahahahahaha. yang paling best, kem aku ni ada kem survival which is ada Group Camp di dalam hutan. kitorang kena tinggal kat dalam hutan selama 4 hari 3 malam dan hanya dibekalkan dengan beberapa barang sahaja.

yang paling tak boleh belah bila kitorang hanya dapat 3 batang mancis je. =.=' seronok sangat. apa-apa pun, still boleh survived. yeppyy!!! potong pokok untuk carik kayu api. cari bertam untuk buat bumbung and lapik tanah. cari batang bertam untuk buat defend dari diserang musuh. buat bubu nak tangkap ikan. buat cawan, sudu, garfu, pinggan, para semua fresh dari buluh. yang ni memang jenuh carik buluh kat dalam hutan.

apa-apa pun, still boleh survived eventhough terasa kadang-kadang, sehari 1 kali je mandi. still enjoy sebab Group Camp dengan kengkawan yang sporting. kira okay la grup camp dari Solo Camp. mahunya menangis. HAHAHAHAHAHHAHAHAHA. group camp still ada kawan-kawan yang boleh support. kalau Solo Camp? mahunya aku kena sergah kalau sorang-sorang. ada kawan Group Camp aku, nama dia Tali Jute, dia pernah buat solo camp dulu dekat Sarawak. dia kata, masa dia tengah tidur, ada benda terbang kat atas dia. agak lama la jugak.

aku masa tu da =.='

what the hell is that? kalau aku kat tempat dia, memang terdiam, terpaku dan terjadah semua la. speechless is the correct word. apa-apa pun, sepanjang aku Group Camp ni takde benda yang tak diingini terjadi. still semua sihat walafiat tanpa ada gangguan pelik-pelik. even kelibat pun tak nampak langsung kat dalam hutan. cuma yang excited terlebih ialah , 2 malam kitorang kena serang dengan Gerila.

korang tahu Gerila tu apa? siapa yang tak tahu mohon google. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA. aku malas nak mencarikkan untuk korang. kat Group Camp, memang teruk la kena serang dengan Gerila. kena baling dengan tepung, kena curah dengan minyak. ada yang kena rendam dalam sungai. kena nyanyi lagu dangdut. kena buat lompat bintang sambil nyanyi la. dan macam-macam lagi la.

serius rasa macam perang. serius best. serius enjoy. serius cool gila kem aku ni. eventhough kem ni macam askar. kena buat star jump, buat burpee, buat kura-kura gembira, guling-guling atas badan kawan , kena rendam dalam sungai, kena merangkak dalam lumpur, kena grenade pukul 3,4 pagi, kena masuk paya and kaki masuk selut sampai paras lutut, kena orientaring sampai sesat dan rasa putus asa tu dah ada, kaki sejuk beku dan berkedut sampai ada lubang-lubang kecik, ada budak kena asma sampai macam apa je, still aku cakap, ni kem yang sangat best! kem yaang sangat enjoy.

masa mula-mula sampai memang asyik kira hari je bila nak balik. tapi dah nak akhir-akhir tu, rasa sedih la sikit. sedih sebab nak pisah-pisah dengan kengkawan. tak sedih sebab nak pisah dengan fesi pun. ada la jugak beberapa orang fesi yang kacak bergaya dan ahhhh, meltnya aku. HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAH. rasa macam keji gila bila suka kat fesi sendiri.

okay la, nak post gambar pun, aku takde gambar yang gempak-gempak. masa kat dalam kem, semua alat elektronik di ambil. dan semua perhubungan dengan dunia luar tersekat. nak amik gambar pun takde dan tiada la memori yang dapat aku tunjuk. sekian. :) untuk cerita ASRAMA, nanti aku update. untuk komen-komen dan feedback semua tu, memang tak sempat nak komen lagi. aku appreciate sangat yang korang willing untuk bagi feedback in order untuk bagi aku improve lagi. sayang korang! HAHAHHAHAHAHAHAHAHHA. till the end, babai, gracias muchos.

p/s
jom lepak jejalan sebelum puasa!!!!!!!!!!!!!!! siapa nak jejalan??


4 comments:

  1. kem apa tuh? tentera ke btn?

    ReplyDelete
  2. serius best dgr crita kau ttg kem tu. tetiba rasa kalaulah aku bleh join skali... hahaha

    ReplyDelete
  3. @khai ril kem fakulti ala ala askar. hahaha

    ReplyDelete
  4. @amysearch hahahaha. kenapa kalau boleh join skali? nak join?

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)