Nuffnang

Wednesday, 29 July 2015

Bromance #151

Volume 29
Chapter 7
Page 15
Paragraph 14 : 20
Tittle : Bromance
Music : Break the Ice [ Britney Spears ]


siapa kat sini suka bromance? pfft. siapa la yang tak suka bromance kan? siapa kat sini tak pernah bromance? haha. macam penipu je kalau korang semua tak pernah bromance even once. aku dengan kengkawan lelaki aku agak rapat. di mana, kalau orang lain tengok mesti rasa yang kitorang ni memang la gay gila babi padahal bukanlah pasangan gay pun. di mana kalau orang tengok kitorang bromance, mesti akan ada terdetik dalam kepala otak dia, yang dia nak rejam kitorang sebab buat bromance yang maha gedik. kah! kitorang bukan gedik. kitorang just.... manja antara satu sama lain. well, kemon. dia straight and aku pun straight. kononnya. KAH KAH KAH. siapa yang straight and siapa yang tak straight tu, pandai-pandai la korang teka. heh. and of course la aku yang straight. pfftt.

1) aku kalau dengan kawan-kawan aku ni, even naik motor pun, kitorang main geletek-geletak atas motor kadang-kadang. pastu main picit-picit bahu, urut-urut bahu. pastu main picit-picit perut. macam budak-budak and of course la boleh membahayakan keselamatan lalu lintas kalau main geletek atas motor, tapi seronok la pulak buat macam tu. hahahahaha. memang tak pikir orang belakang yang dalam kereta pun bila main geletek-geletek. selalunya kitorang takde la main geletek kat atas jalan raya 3 lane. selalunya dekat dalam uni je la di mana, trafik lebih perlahan dan kau jugak boleh geletek kawan kau dengan kadar yang selamat lagi mesra! hahahahaha. cuba la kau main geletek-geletek dengan kawan lelaki kau. mengeratkan hubungan silaturrahim aku cakap kau. HAHAHAHAHA. tapi kalau kau jatuh motor, aku tak jamin la.

2) aku dengan kengkawan aku, kitorang da biasa je tidur 2 orang kat single bed. kadang-kadang bentang 2 tilam kat tengah-tengah hostel, hadap movie seramai 3, pastu tidur sama-sama kat tilam tu. and kadang-kadang ada je peluk-peluk masa tidur. first reason sebab katil tak muat la kan. jadi kalau peluk, boleh jimat space sikit. akakakakaka. lagipun, kitorang memang kadang-kadang tidur peluk memeluk. jadi, kalau tidur peluk lepas tengok movie, apa la sangat kan. lagipun , course aku ni banyak pergi trip. trip ke pulau la, trip ke Taman Negara la,  and bila pergi trip ni, kitorang seolah-olah da boleh paham antara satu sama lain. jadi kadang-kadang, main peluk-peluk lengan masa malam hari lepak depan unggun api sambil sandar dekat bahu, benda tu da biasa bagi aku dengan kawan-kawan aku. pffttt. kalau orang luar tengok, mesti terus pop out dekat kepala otak dorang, apa la mamat gay ni buat. hahahaha. aku tak salahkan pun dorang sebab bila aku try nak buat benda alah cenggitu dekat orang yang bukan dalam circle bromance ni, dia akan buat muka pelik and kerut dahi gila babi. HAHAHAHAHAHAHAHH. and seolah-olah cakap "dude, kamon, nak kena rejam dengan orang sekeliling? nak orang tahu yang kita ni..."

kita ni apa? ppffttt.

3) aku ada rapat gila dengan sorang mamat ni. kawan aku la. bekas roommate aku. yang kalau aku jumpa dia, mesti kitorang peluk-peluk macam orang gila. and kalau nak balik pun, mesti kitorang akan peluk-peluk macam sedih nak berpisah. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAH. over gila. padahal bukanlah tak lepak dalam masa 10 tahun lagi pun. tapi dulu, masa kitorang tinggal sebilik kat uni pun, kitorang memang selalu tidur sama-sama and peluk-peluk. haha. not selalu la. kadang-kadang jek. sekarang ni dia duduk rumah sewa dengan kengkawan aku yang lain. and kalau aku tumpang sehari dua dekat rumah sewa dia tu, mesti dia ajak aku tidur sekatil dengan dia. KAH KAH KAH. aku kadang-kadang rasa nak je tidur lepak sekatil, tapi nanti kang jadi benda lain kalau tidur sekatil dengan dia. dengan dia ni, aku tak berani sangat tidur sekatil sebab takut tak boleh kawal nafsu. heh. tapi selain dari tu, tahap bromance kitorang adalah peluk-peluk masa jumpa and macam tu la. oh, dia jugak suka main geletek-geletek aku kat atas katil masa kitorang sama roomate dulu. pastu guling-guling atas katil. pfftt. kalau katil tu seluas lautan, memang tak habis guling gamaknya.

4) kalau dalam kereta and pergi perjalanan yang jauh, mesti aku tidur dekat bahu kawan-kawan aku. its not like, aku main tidur je dekat bahu semua kawan-kawan aku. aku akan tidur dekat orang yang betul-betul rapat dengan aku la. da kalau aku tidur dekat bahu orang yang tak rapat dengan aku, mahunya aku kena pelangkung atau kena label, "da kenapa mamat ni?"

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAH

tapi selalunya kawan kawan aku pun selalu je baring dekat bahu aku, and baring kat riba kalau tidur dalam kereta pun biasa jugak. aku selalu tidur dekat bahu orang and orang pun selalu tidur dekat bahu aku. i mean, not semua orang la. orang yang aku maksudkan kat sini ialah kawan-kawan bromance aku. entah la. aku dengan kawan-kawan aku. (read : rapat) memang selalu bromance di mana kalau orang pandang, for sure orang akan pandang dua kali. sama ada pandang serong, ataupun pandang, "eh korang, tak payah nak buat aksi homosapien yang homoseksual la kan dekat public"



aku bukan la menggalakkan orang untuk bromance ke apa ke. kang tak pasal-pasal kau tak dapat kawal nafus. tak pasal pasal kawan kau jadi tak straight atau kena rogol oleh kau la pulak. HAHAHAHAHAHAH. apa yang aku nak sampaikan ialah, not kaum perempuan sahaja yang boleh ada bonding of sisterhood itu. lelaki pun boleh je buat jugak. kalau dekat France, dekat Brazil, dorang main je laga-laga pipi dekat public antara lelaki and lelaki kalau da rapat benar la. tapi dekat Malaysia ni, even yang da rapat benar gila babi pun, lelaki dengan lelaki tak akan main laga-laga pipi dekat public sebab takut kena bambu dengan orang sekeliling. sebab takut kena rejam pun ye jugak. sebab takut kena label buat benda luar tabii. buat luar tabii satu hal. buat dekat public satu hal yang lain. ianya macam satu kredit,

kalau perempuan dengan perempuan main laga pipi ianya adalah okay.

kalau lelaki dengan perempuan main laga-laga pipi, ianya adalah okay

kalau lelaki dengan lelaki main laga-laga pipi, ianya adalah tak okay.

pfft, padahal zaman rasulullah dulu pun, selalu je bersama para sahabat , dorang bercium pipi and laga pipi. tapi semestinya la, membuat perkara tersebut berdasarkan atas rasa friendship dan bukannay kerana nafsu. orang zaman sekarang selalu fikir, ooooh, depa tu homosapien yang homoseksual, mesti ada HIV. pffft, mentaliti orang zaman sekarang memang aneh. dia pikir , orang yang tak seteret ni buat seks 24/7 macam anjing ke apa? -,- aku rasa macam da tersimpang jauh la pulak entry ni. HAHAHAHA.

apa-apa pun, bromance la kamu. bukan atas dasar nafsu, tapi atas dasar kasih sayang sesama kawan. and kadang-kadang orang selalu tanya, macam mana kita nak bezakan antara kasih sayang dan nafsu? well, bro. deep in your heart, kau sendiri tahu apa itu nafsu and apa itu kasih sayang. kau da besar and takkan aku nak ajar kau berfikir lagi. kau sendiri boleh bezakan mana yang baik and mana yang buruk. :3 mana yang nafsu macam setan. and mana yang baik macam angel. kononnya. and entry bromance ni bukan entry lucah atau seks atas katil. ini entry tentang friendship arsehole. kah! kau salah tafsir, itu lantak kau. HAHAHAHAHAHAH. tapi yeah, aku ada certain kawan yang memang rapat gila babi. and aku rasa semua orang ada kawan yang sebegitu rupa. jaga dorang weh, jaga dorang. :p

they are good friends. jadi, apa kisah bromance anda dan kawan anda. heh. sila komen kalau entry ini ada kena mengena dengan anda :3

p/s
nak pergi johor minggu ni. wiwiwiwiwiw.



Thursday, 16 July 2015

Raya #150

well, raya akan datang dalam masa beberapa hari je lagi. (berdasarkan waktu and tarikh aku sedang menulis sekarang ni la ). actually, aku tak la suka raya sangat. ada jugak part yang aku suka raya seperti dapat duit raya yang berjuta lemon serta boleh makan non stop sampai kenyang gila barabas ataupun pakai baju raya yang baru. ye, saya memang suka makan banyak banyak sampai jadi debab. but who cares? suka hati aku la nak jadi debab ke apa ke, asalkan aku puas hati sebab dapat makan banyak. .

berbalik kepada kisah hari raya, ada beberapa sebab kenapa aku tak suka raya. kadang-kadang aku rasa ianya sangat annoying sampai aku nak kasi bitch slap ataupun free kick secara berjemaah. aku tak tahu la kalau all those situation ni apply pada aku je ke apa ke, tapi aku rasa ramai je yang alami perkara ni macam apa yang aku alami.

1) zaman aku sekolah dulu, bila raya rumah sepupu sepapat, mesti akan ada makcik and pakcik yang mula compare kan anak masing-masing macam lembu dekat dalam kandang. masing-masing akan buat perbandingan, lembu siapa yang paling bergaya and power sekali? dalam kes hari raya ini, lembu itu ialah anak-anak yang masih bersekolah.

contoh soalan, dapat berapa A masa exam?

tak pun,

dapat number berapa masa peperiksaan?

tak pun,

eh, final exam macam mana? ada gagal?

anak makcik.... bla bla bla bla bla. annoying gila babi aku rasa soalan-soalan yang keluar dari mulut pakcik and makcik aku. aku memang la ada alahan kepada soalan-soalan tersebut. like sheriously dude? kau tahu tak soalan-soalan itu agak menjengkelkan setiap kali berjumpa. well, most likely about, kitorang akan berjumpa (kitorang yang aku maksudkan ini ialah aku dan pakcik serta makcik-makcik yang annoying) hanya masa kenduri kawen atau Hari Raya Aidilfitri sahaja. selalunya aku akan menghindarkan diri dari menghadiri majlis kenduri kawen ni. gila intorvert aku ni. HAHAHAHAHAHAH. jadi, kebiasaannya, aku dan mereka-mereka ini hanya bertemu sekali setahun dan dalam masa sekali setahun itu pun, hanya mengambil masa tak sampai satu jam pun. jadi, dalam masa satu jam perjumpaan dalam masa setahun tu jugak la soalan-soalan annoying yang supper annpying akan keluar dari mulut-mulut pakcik and makcik annoying yang akan membandingkan anak-anak dorang antara satu sama lain macam membandingkan lembu-lembu mana yang makan rumput paling sihat di dunia. Lebih mengharukan kalau kau ada sepupu sepapat yang sama umur. =,=, sah! lagi banyak kau dibandingkan. and kalau tak banggakan anak sendiri memang tak sah. foine foine foine, aku tahu la tugas mak bapak ialah banggakan anak masing-masing tapi da kalau anak kau tak cakap apa-apa and kau pulak nak lebih sudu dari kuah, tak ke rasa macam nak... blerghh. can I throw you into the hell? ini ke sebab kau nak berjumpa pada waktu raya? tanya pasal result exam? tanya pasal gred? banyak lagi topik perbualan yang kau boleh borakkan dengan orang lain selain dari tanya pasal result exam atau berapa A kau dapat masa peperiksaan serta membandingkan lembu kau dengan aku. kau boleh tanya pasal , eh sihat? duit raya nak berapa tahun ni? nak duit raya warna apa tahun ni? bla bla bla. and of course, soalan tentang gred, perbandingan lembu kau dengan aku, ianya amat tidak perlu sama sekali.

2) ianya agak annoying bila setiap kali raya, dorang akan tanya, eh? tahun ni amik PMR ye? eh? tahun ni amik SPM ye? dude, aku da 19 tahun or 20 tahun kot tahun ni. kau boleh tanya lagi aku nak PMR ke SPM ke. aku tahu la aku kelihatan seperti Fairy God Father yang awet muda tapi tak perlu la keluar soalan annoying, eh, tahun ni amik SPM ye? belajar elok-elok ye.

yang lebih annoying, bila dia tanya soalan tu setiap kali hari raya menjelang. nampak sangat aku ni tak popular di kalangan sepupu sepapat . KAH KAH KAH. tak pun, dia keliru tengok aku yang awet muda, sebab tu diaa tanya pasal SPM la PMR la apa la setiap kali raya. nak cakap pakcik and makcik aku ada alzhemeir, macam kejam pulak. tapi hakikatnya mereka memang begitu,
ALZHEMEIR.
jadi jangan la salahkan aku atau remaja masa kini kalau kitorang rasa makcik and pakcik zaman sekarang agak annoying tahap lembu kena bakar. lagi sadis sebenarnya, umur aku dengan umur anak dorang adalah sebaya.

3) bila masuk universiti, (bila pakcik dan makcik akhirnya sedar yang aku da habis SPM pun) mula bandingkan lagi anak-anak dia dengan aku. ah, kes banding membandingkan lembu serta lembu sekalian memang tak pernah habis. soalan yang aku rasa paling annoying ialah titik dua bertindih ,

"amik kos apa?"

and aku selalu cakap.

"$&&%$!@I." pendek. skema. rigid. tepat. padat.

dan selepas tu, dari riak muka pakcik and makcik aku, nak je aku simbah asid. apa salahnya la wahai madafakah kalau aku amik jurusan yang berkaitan dengan ^$#@!O) sekali pun. nak je aku bom muka dorang tu. lepas tu mula cakap pasal anak dorang amik medic la engineering la apa la. pastu aku julingkan mata depan dorang and aku cakap kat dorang , I - DONT - CARE

tipu.

pernah ada satu kali, pakcik aku cakap kat aku.

"kenapa amik ^&#@#(^#$a. apa je la peluang pekerjaan yang ada lepas da grad nanti?"

aku diam je sebab malas nak cakap apa-apa padahal anak dia bukan lah bagus mana pun. aku paling benci pakcik dan makcik yang suka sangat bandingkan aku dengan kembu lembu dorang pastu pandang jengkel kat aku padahal lembu kau bukan la bagus mana pun. tapi disebabkan aku ni kan baik budaknya, pekerti mulia. tidak melawan kata, jadi aku diamkan je la kata-kata pakcik dan makcik aku yang suka pandang rendah orang lain sebab tak sama macam anak dorang yang amik kos medic and engineering.

pastu mula nak bandingkan pointer lembu kau dengan aku.

"oh anak makcik amik engine. sebab tu pointer dia rendah. subjek dia memang susah"

salah.

pointer anak kau rendah sebab anak kau malas nak belajar. da anak kau memang malas nak belajar , lepas tu salahkan subjek yang susah pulak bila dapat pointer rendah. da tu kenapa ada orang lulus and kenapa ada orang yang gagal? obviously, yang lulus itu sebab dia dapat jawab soalan exam dengan kadar yang okay lagi gemilang dan terbilang. yang gagal tu sah sah la dia tak dapat jawab soalan exam dengan kadar yang okay lagi gemilang dan terbilang. ada perbezaan bukan antara orang yang lulus dan gagal?

jadi, macam mana ada orang lulus? macam mana ada orang gagal? macam mana ada orang yang dapat pointer tinggi? macam mana ada orang dapat pointer rendah. study smart. jadi jangan salahkan subjek and course perngajian yang susah kalau kau yang tak jawab exam dengan bersungguh and dapat pointer rendah.

4) it's not like aku ni pembenci tegar hari raya dan pembenci kepada makcik makcik dan pakcik aku. aku suka je dengan dorang lagi lagi part dapat duit raya. aku sayang je semua. sayang bila dorang kasi duit raya la and lagi best bila dapat mercun tambahan berupa mercun naga dan mercun double mancis and bukan semuanya teruk belaka. ada je yang okay and tak condemn pun dengan apa yang kau buat, course apa yang kau amik serta tak bandingkan pun sepupu sepapat sekalian dengan anak-anak dorang. well, ini adalah ciri-ciri makcik dan pakcik yang disayangi. suka saya ingatkan bahawa pakcik dan makcik sebegini la orang yang sanak saudara amat suka benar berbanding dengan pakcik and makcik yang jelek dan suka bandingkan anak anak dorang itu.

annoying dan menggelikan.

sekian ucapan hari raya dari saya. maaf zahir dan batin buat anda semua. mintak ampun dan maaf kalau ada entry yang entah apa-apa dan memerengkan kepala otak korang. KAH KAH KAH. sesungguhnya saya manusia yang pacal lagi hina. sekian.

Assalamualaikum.

p/s
aku nak duit raya dari hangpa boleh tak? hahaha. aku student kot. we need monay compare to baby! sila komen jika anda rasa entry ini ada kena mengena dengan anda.