Nuffnang

Monday 29 June 2015

Paper Towns / John Green #149

Volume 29
Chapter 6
Page 15
Paragraph 01 : 04
Tittle : Paper Towns / John Green
Music : Nokhtah Cinta [ Hafiz ]

baru-baru ni aku ada baca buku Paper Towns ni. bagi aku cerita dia memang menarik gila. jalan cerita tersangat la awesome barabas! mengisahkan dua orang budak yang duduk berjiran semenjak sekian lama. Margo Roth Spigelmen dan jugak Quentin Jacobsen. Margo ni jenis budak perempuan yang hottie gila dekay sekolah. berpakwe dengan budak ragbi and berkawan dengan bebudak cantik semua la. at the same time, dia jugak pandai, budak rebel dan suka lari dari rumah dan juga suka buat kerja gila ; salah satunya ialah balut 200 rumah di Jefferson Park dengan tisu gulung dalam satu malam.

Quentin Jacobsen pulak seorang budak lelaki tipikal yang ada dua orang kawan yang super gila-gila iaitu Radar dan jugak Ben. actually Quentin ni pun quite gila cuma yeah, watak dia sama je macam watak tipikal budak lelaki. seorang yang tidak berani cuba benda baru. datang ke sekolah - lepak dengan kawan - masuk kelas - balik sekolah dan menuju ke rumah - main game - study - dan - kemudian - buat - rutin - yang - sama.

most likely about, aku rasa most of kids and teens dekat serata dunia buat benda yang sama macam Quentin Jacobsen tu buat and termasuk la aku jugak. hari-hari pergi sekolah, belajar untuk exam, jumpa kawan, balik dan rutin itu tak pernah hilang malah berturutan. bila aku kenal dengan Margo ni, aku rasa dia ni memang la wanita high school yang super gorjes! hahaa. idea si Margo ni untuk jalani hidup dia memang tersangat la awesome dan super coolio.

Quentin Jacobsen ni pulak minat dekat Margo dalam diam-diam. ada satu malam tu, si Margo ni ajak Quentin buat kerja gila yang memang tersangat gila. letak ikan dalam kereta orang la, cukur kening la, pecah masuk bilik orang yang buat seks la, pecah masuk SeaWorld and macam-macam lagi. and esoknya Margo seperti biasa menghilangkan diri dengan membuat kerja gila yang lain. Quentin pulak yang lepas habiskan satu malam dengan Margo kesayangan berasa tanggungjawab untuk mencarik Margo semula. and Margo tinggalkan klu pada Quentin untuk jejak dia semula....

apa apa pun, Paper Towns ni ditulis oleh John Green which is yang femes amos dengan cerita The Fault in Our Star. and to be exact, Paper Towns jugak akan keluar wayang this Julai 2015!! yiippyyy. tak sabar nak tengok Margo aku yang cantik itu. KOH KOH KOH.


Watak Margo Roth Spigelmen yang gila dipegang oleh si model cantik Cara Delevingne and watak Quentin Jacobsen dipegang oleh Nat Wolff yang jugak berlakon dalam cerita The Fault in Our Star sebagai Isaac ; kawan baik kepada Augustus. 


Nat Wolff


Cara Delevingne

Marilah kita beramai-ramai tunggu Julai 2015 untuk tonton bersama sama movie Paper Towns :)

p/s
Taman Negara bawak banyak kenangan kat aku. :') oh, jangan lupa jugak baca Remaja chapter 17 ye :)





Monday 22 June 2015

Remaja chapter 17 #148




Hisha park kereta dekat depan kedai travel agent yang ada dekat situ. Haikal dengan Hisha lepas tu keluar dari kereta sambil cuba sesuaikan mata dengan keadaan sekeliling. Haikal tarik nafas dalam-dalam sambil tutup mata. lepas tu lepas nafas dan senyum.
"bless. Udara Taman Negara."
"over." Hisha gelak kecil. "Taman Negara seberang sungai sana. tak payah nak udara Taman Negara sangat la sekarang ni"
Haikal sengih-sengih je. "amik feeling je dulu sebelum jejak sana. kawan-kawan kau yang lain tunggu dekat mana?"
Hisha angkat bahu. "I'm not really sure." Jawab Hisha tak yakin. "err kejap." Hisha tengok fon dia and bukak whatsapp. "dorang cakap tunggu dekat depan kaunter permit." bagitahu Hisha.
"wokies. jom gerak." Ajak Haikal.
lepas tu Haikal and Hisha amik haversack masing-masing kat dalam kereta. Hisha dengan Deuter kelabu and Haikal pulak dengan High Sierra hijau dia.
"cantik High Sierra." Hisha angkat kening. dua-dua jalan kaki menuju ke kaunter permit. dari jauh dorang berdua boleh nampak beberapa budak lelaki yang lain ada dekat situ jugak dengan Haversack masing-masing. not really budak-budak lelaki la. semua lebih kurang macam sebaya Hisha je.
Haikal jeling High Sierra dia. "entah ori entah tak. main taram beli je dekat KWC. tak macam Deuter kau." Haikal sengih. "buckle pun besi."
Hisha gelak je. "uncle aku kasi."
sampai je kat kaunter permit, terus Hisha kenalkan Haikal dekat kawan-kawan dia yang lain. and Haikal baru la tahu, Hisha pun tak berapa kenal dorang sangat rupanya. Mamat tu kenal budak-budak lelaki yang lain ni pun sebab dorang pernah join program sama-sama sebelum ni. ada yang kenal dekat Royal Belum, tak pun kenal dekat Eco X - Gopeng and tak pun kenal masa dekat Viper Challenge. jadi perkenalan kali ni dia dengan budak-budak ni dipanggil apa pulak? perkenalan Taman Negara? Perkenalan di hadapan kaunter permit? haha. Haikal tahu masa Hisha ajak dia ke Taman Negara, ianya bukan berbentuk percutian semata-mata sambil goyang kaki tengok Harimau atau Gajah dekat dalam hutan tapi ada kerja yang dorang kena tolong sikit untuk orang Taman Negara. timbal baliknya, dorang akan dapat gaji sikit and dapat jalan-jalan kat sekitar Taman Negara. -,- gaya cakap macam Taman Negara tu kecik je. HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAH. untung sabut, dapat la pusing kat tempat yang best kat Taman Negara ni. tapi so far, dia sendiri tak tahu what kind of kerja yang dia dengan budak-budak lain ni kena buat. bila dia tanya Hisha pun, Hisha pun tak tahu kerja apa yang orang Taman Negara suruh buat. surprise katanya. -,- jangan dorang suruh aku jadi umpan untuk panggil Harimau keluar sudah la.
"permit da beli." kata Qebal. "jom gerak naik bot."
dan lepas tu, secara beramai-ramai dorang gerak menuju ke bot yang akan bawak dorang ke Taman Negara.






Haikal, Hisha, Qebal dengan JC jalan-jalan dekat boardwalk dekat area belakang rumah Park Supretendant. sebelum start jalan dekat Boardwalk tu, Haikal baca perlahan-lahan Interpretive Panel yang ada dekat situ. dia tulis dekat situ ; kalau jalan sampai hujung, akan jumpa Kelah Sanctuary, then akan tembus ke Kuala Terenggan sebelum sampai ke Gua Kecil - Kuala Keniam. tapi memang semangat pun nak jalan sampai ke hujung. hahahahhahaha. orang gila je nak jalan-jalan sampai ke sana masa petang rembang nak ke maghrib - senja ni. dari situ ke Kelah Sanctuary ada la dalam 3KM, lepas tu ke Kuala Terenggan amik jarak dalam 8KM and sambung ke Gua Kecil - Kuala Keniam ada la amik jarak dalam 8KM. nampak memang macam pendek and tak jauh and tak macam apa sangat pun. tapi kena consider jugak topo dekat dalam hutan tu macam mana and jalan-jalan dekat Taman Negara bukan macam dekat jalan-jalan dekat kebun belakang rumah kau yang landai takde Harimau atau Babi Hutan atau....
bila borak-borak dengan Qebal and JC, baru la dia tahu yang Qebal and JC tu budak Sabah, Qebal si budak Ranau and JC pulak budak KK. Qebal kenal JC masa sama-sama join Reebok. Then dorang kenal dengan Hisha pulak masa sama-sama dekat Royal Belum dulu. memang la dia rasa Hisha ni makhluk ajaib yang kenal ramai orang and join banyak benda. semangat betul budak tu masuk and join banyak program. tapi, best jugak bila dapat kenal ramai orang and join banyak program. bak kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. -,- ke jauh perjalanan, luas pengalaman. emm, entah la. haha. mana-mana pun boleh. apa yang dia nak sampaikan is, kau banyak berjalan, banyak kawan, banyak benda and banyak pengalaman kau boleh dapat.
Haikal rasa boardwalk yang dia tengah lalu tu memang best gila. kiri - kanan boardwalk memang da penuh dengan hutan semula jadi yang memang bukan ada sentuh tangan manusia. semuanya semula jadi dari langit ; dari ciptaannya ; dari Allah. cantuk sangat and dia terasa bless gila bila decide untuk follow Hisha ke Taman Negara ni.
tengah riang ria raya jalan-jalan dekat boardwalk tu tengok kanan kiri , tengok burung and mana tahu dapat tengok kelibat harimau, hahaha, impian macam bangang, tetiba Qebal angkat tangan suruh berhenti. Haikal yang tak perasan tanda dari Qebal tu, terus terlanggar belakang Hisha. baru dia nak tanya kenapa kena berhenti, Qebal letak jari telunjuk dekat bibir suruh diam.
"cuba dengar." bisik JC.
mula-mula dia macam blur. benda apa yang dia patut dengar yang JC suruh dengar. tak lama lepas tu dia dengar bunyi daun bergeseran and pokok-pokok kecik goyang. Haikal picing mata cuba tengok dekat area yang dia tengok pokok-pokok kecik tu goyang. jangan kata tetiba ada Voldemort keluar dari sebalik pokok tu. tak pun ada Hagrid sergah keluar. haha. memang la dia rasa imaginasi dia sangat tak boleh belah. tak lama lepas tu, keluar baby Babi Hutan dari tepi hutan, naik boardwalk, tengok diorang berempat macam tak pernah jumpa manusia, diorang pun tengok babi hutan tu balik, then babi hutan tengok diorang lagi tanda tak puas, diorang pun tengok dia jugak lagi sekali sebab tak tahu nak react apa, lepas tu babi hutan tu teruskan berjalan ke arah hutan yang lagi satu. tak lama lepas tu, keluar lagi satu baby Babi Hutan, buat perangai macam abang dia, naik boardwalk, pandang kitorang macam pundek, lepas tu teruskan berjalan ke arah hutan lagi satu. keluar lagi seekor dan lagi seekor dan lagi seekor. Babi Hutan yang terakhir ialah Babi Hutan yang paling besar kalau nak banding dari yang sebelum-sebelum tu. Mak kepada semua baby Babi Hutan tu kot. tengok kitorang jugak sebelum teruskan perjalanan ke arah hutan yang lagi satu.
"okay jom sambung jalan." ajak Qebal lepas pastikan da takde kelibat babi hutan yang nak melintas lagi.
"macam mana korang boleh dengar masa mula-mula? aku tak dengar pape pun." tanya Haikal dekat JC and Qebal.
JC senyum je sebelum pandang Haikal. "aku pun mula-mula tak berapa dengar sangat. tapi bila Qebal angkat tangan suruh berhenti tu baru aku ada dengar bunyi and mungkin itu ialah Babi Hutan. Qebal selalu berburu dekat Ranau dengan bapak and pakcik-pakcik dia. jadi bila dekat dalam hutan, dia da biasa dengan bunyi-bunyi haiwan ni semua. " Jawab JC dengan telo sabah dia yang pekat tu.
and Haikal pun terangguk-angguk je la tanda kagum. Like sherious, hiks, Qebal kau memang la power sungguh-sungguh. and lepas tu, perjalanan dekat Boardwalk tu tak berapa nak menarik sangat sebab banyak Babi Hutan berkeliaran and diorang pun banyak kali stop sebab tak nak kena kejar dengan Babi Hutan. That Wild Boar is really huge gila babi and kalau la dorang kena kejar, memang wasalam selamat je kena sondol masuk ke dalam tanah.
"kita balik la. lagipun da nak senja." Ajak Qebal. biasan jingga pun da makin kurang dekat area boardwalk tu and better dorang sampai dekat Base Camp sebelum senja sampai. kang tak pasal-pasal ada jugak yang tak sampai and tak sempat nak makan malam.







Rupanya ramai jugak yang ada dekat sini. cuma masa dia dengan Hisha sampai, dorang berdua antara grup pertama yang sampai. and masa dia, Hisha, JC and Qebal masuk jalan-jalan dekat Boardwalk, ramai lagi yang datang lepas tu. keseluruhannya ada la jugak dalam 50 orang dalam batch ni yang akan tolong Taman Negara. and petang tadi lepas dorang berempat balik dari jalan-jalan dekat Boardwalk, dekat base camp,  ramai-ramai bentang and bukak khemah K2 secara bersusun secara berjemaah buat bentuk separa bulan. Haikal da terasa macam join campfire pun ada jugak. tapi kalau nak diikutkan, memang ye pun macam campfire sebab sekarang dia pun ada kat dalam hutan trang tang tang and kalau nak lagi best, tinggal tambah unggun api secara besar-besaran je dekat situ. Haikal tengok jam sebelum tengok langit. jam baru tunjuk 10 malam tapi bintang dekat langit memang banyak sungguh. seolah-olah hari tu langit dekat Taman Negara macam berak bintang tak sudah and hasilnya, berlambak bintang dekat langit sekarang ni. Haikal duduk depan khemah siapa entah sementara tunggu Hisha yang pergi toilet buat apa entah. kencing kot. tadi kata tak tahan sangat masa kat dalam bilik meeting. Khemah dorang hujung sekali. dia dengan Hisha kongsi khemah sekali dengan JC dengan Qebal. esok da kena gerak masuk dalam hutan. kumpulan pun tadi da bahagi siap-siap dekat dalam bilik meeting and tempat nak buat kerja pun da bahagi siap-siap dekat setiap kumpulan. nasib baik dia dengan Hisha dapat sama kumpulan and kumpulan dorang kena buat Ekologi - Inventori dekat trail Kuala Keniam - Gua Kecil. semua grup akan buat Inventori and Ekologi yang sama cuma dekat lain kawasan je. kira okay la dapat trail Kuala Keniam - Gua Kecil and da boleh buat sujud syukur bila dapat trail tu. sebab rasanya kalau dapat trail Terenggan - Tahan tu da boleh buat solat sunat taubat kot sebab boleh pengsan nak redah hutan. KAH KAH KAH.
"uit." tegur Hisha. "menung apa?"
"menung ingatkan movie-movie best." jawab Haikal sengih.
Hisha hulur earfon. "kau biar betul?" Hisha kerut dahi. "aku yang da ada depan mata kau ni pun, kau still nak ingat dekat movie-movie best kau tu." lepas tu Hisha geletek-geletek Haikal and Haikal terus tergelak terbahak-bahak sebab tak dapat kawal gelak. orang yang pandang dorang berdua pun, dia buat derk je tanda tak pedulik sebab sekarang dia memang tengah geli gila babi. sesungguhnya la dia seorang manusia yang lemah dengan geletekan-geletakan manja di perut. Hisha pun tahu je yang dia alah kena geletek which is kalau kena geletek, memang berguling dia ke sana dan ke sini.
"Hisha, da da." Haikal cuba tarik nafas sebab mengah gelak. "tak mau lagi da." lepas tu Haikal tolak perlahan bahu Hisha. "keji la main geletek-geletek."
Hisha terus tergelak-gelak je bila Haikal tunjuk riak tak puas hati. "nah, earfon." Hisha hulur sekali lagi. Haikal sambut and sumbat kat telinga. Uma Thurman / Fall Out Boy terus berdentum dekat telinga. Mamat ni pun spesis Zahid jugak ke minat dekat Fall Out Boy. rasanya da boleh cair tahi telinga dia dekat rumah dengar Patrick Stump nyanyi dekat dalam bilik nyanyi lagu-lagu Uma Thurman, Mighty Fall, My Songs Know What You Did In the Dark, Young Volcanoes bla bla bla lagu-lagu lain.
"kau memang minat Fall Out Boy ke?" tanya Haikal saja-saja.
Hisha pandang dia kat sebelah. "da kenapa tanya soalan luar silibus?"
angkat bahu. "saja je tanya."
"well..." lepas tu Hisha diam. "entah. aku dengar apa yang aku rasa sedap la. Lagu Un Break My Heart / Toni Braxton pun aku dengar jugak. " Hisha sengih."kau pulak? siapa penyanyi or group or duo or trio yang kau minat?"
Haikal pikir-pikir dalam kepala. banyak band yang dia minat sebenarnya. KAH KAH KAH. "Plain White T's, Incubus, Avenged Sevenfold, System of a Down, Roger Rabbit, Bunkface, MUH." jari-jari dia da membuat kiraan tak sudah, kira bilangan band yang dia sebut. "tapi kan.. kadang-kadang aku layan jugak Britney Spears ke Taylor Swift ke Selena Gomez ke Siti Nurhaliza ke. haha"
"eh okay what layan lagu Siti. tak la teruk mana pun."
Haikal julingkan mata ke atas bila dengar Hisha balas macam tu. "aku tak cakap teruk pun. suara dia sedap what."
Jeda.
dua dua diam layan perasaan tengok keliling dengan macam-macam kerenah yang tak sudah.
"Hisha." Panggil Haikal.
"emm," Sahut Hisha tanda mendengar.
"kenapa kau ajak aku pergi sini?" tanya Haikal. dia pandang Hisha. "I mean, kenapa aku?"
"erk." Hisha gelak janggal. "kenapa? kau tak suka masuk hutan ke?"
"eh tak tak. aku suka je." ayat Haikal makin lama makin perlahan. lepas tu sengih. "aku dari dulu memang teringin nak pergi sini. lepas tu last week kau ajak aku datang Taman Negara. I was like nak nganga da masa tu. Like seriously, jaw aku da nak cacah lantai kat rumah tu masa kau kol aku. kau, Zayyan Hisha ajak aku pergi Taman Negara? excited gila masa tu."
Hisha senyum-senyum sebelum gosok kepala Haikal. "aku pun tak tahu apesal aku ajak kau. maybe..." Hisha berhenti cakap sebelum main-main rumput dekat kaki dia.
Haikal kerut dahi. "err, maybe apa? da kenapa buat ayat tergantung kena isi tempat kosong ni."
Hisha clearkan anak tekak dia. "maybe sebab salah satu dari impian aku ialah nak bawak orang yang aku suka datang sini." Hisha bagi jawapan perlahan gila. tapi still dia boleh dengar sepatah-sepatah apa yang Hisha cakap tu. Hisha baling-baling rumput ke depan. Haikal da blushing gila babi and sekarang dia rasa awkward tak tahu nak cakap apa. memang la Hisha ni manusia yang boleh buat jantung dia berhenti berdegup tanpa sebab.
"err," Haikal cuba pecah suasana. "esok kena kumpul pukul berapa ye? pukul berapa kita nak tidur ni?"
Hisha terus tergelak. "pandai ubah topik." Haikal sengih-sengih je.  "jom masuk khemah. baring-baring kat situ. rasanya JC dengan Qebal pun da masuk khemah agaknya.
"lets." ajak Haikal. dia bangun lepas tu tarik tangan Hisha untuk bangun.
Hisha berjalan dengan Haikal menuju ke khemah sambil peluk bahu Haikal. Haikal kerling tengok Hisha.
"da kenapa?"
"saja je. tak sejuk ke?"
"err tak."
"aku sejuk. err, sebab tu aku peluk bahu kau."
"jawapan paling tak munasabah pernah aku dengar."
Hisha da gelak-gelak.






Haikal dan Hisha gerak seiring dalam hutan. mak aih, cantik gila trail Kuala Keniam - Gua Kecil ni. hari ni da masuk hari kedua dia, Hisha and the rest team dia buat Inventori - Ekologi untuk Taman Negara dekat situ. so far macam-macam pengalaman dia dapat. paling tak boleh belah masa nak tidur. dia punya agas memang berlambak habis. dekat Kuala Keniam ni ada abandon chalet, jadi dorang secara beramai-ramai plus 2 orang ranger setuju untuk jadikan tempat tu sebagai base camp masa dorang mula-mula sampai dulu. tempat tu memang cantik and all that la cuma abandon chalet tu, agak tak boleh belah. hahahahahaha. dia cuma takut kalau ada pontianak sergah di sebalik pintu ke apa ke, jadi dia pun tak la berjalan jauh mana pun untuk usha abandon chalet tu. jadi settle hal tempat tidur, masak dan segala bagai yang lain sebab ada abandon chalet tu. tak payah nak pikir hal manok ke apa ke sebab abandon chalet da memang okay je untuk buat jadi tempat tinggal and more ranger pun ada je dengan dorang in case of anything happen .  waktu malam pulak, memang agak azab sikit la sebab agas dia memang merata banyak. at one moment, kau memang tak boleh nak tidur pun sebab agas serang-serang muka kau. and kau pun mulalah berselubung dalam sleeping bag, tapi rasa panas la pulak bila da selubung tu. ye la, mana la ada eletricity kan. tu yang panas semedang. bila panas, mula la tanggalkan sleeping bag, tapi lepas tu , agas pulak serang bagai. dan kau pun masuk la kembali ke dalam sleeping bag bagai sebab tak nak gatal-gatal. masa tu, kau terasa hidup kau memang la di persimpangan antara little neraka dan another little neraka. selubung dalam sleeping bag panas gila, kalau bukak sleeping bag, kena serang dengan agas pulak , -,- macam mindfuck pun ye jugak bila difikirkan. KAH KAH KAH. tapi selain dari itu, semuanya baik-baik je dekat sini.
makan pun sedap je dekat sini. Team dorang awal-awal lagi da masak makan malam and lunch guna ransem je. and paling best makan cekodok as a supper malam tadi. rajin sungguh budak-budak perempuan dalam grup dia ni.
"Hisha." panggil Haikal. Budak tu tengok keliling. memang la dia rasa kalau usha Trail Kuala Keniam- Gua Kecil ni banyak kali pun, memang tak akan rasa bosan langsung. cantik sangat!
Hisha yang tengah cucuk Penetrometer dekat tanah berdiri balik pandang Haikal sebelum tulis data dekat kertas.
"sakit perut." Haikal da tunjuk muka gelisah.
Hisha sengih je sebelum gerak ke tepi trail sebelum cucuk Penetrometer lagi. "pergi je la masuk semak sana. Korek tanah and lepas tu kambus balik." balas Hisha tanpa pandang muka dia.
Haikal da sengih-sengih. "okay. tunggu kejap." Haikal terus letak sling bag dia and diamater tape dekat atas tanah sebelum keluar dari trail dan masuk ke dalam hutan.
"jangan pergi jauh sangat." pesan Hisha.
"baikkkk." jawab Haikal. like serious shit. menyesal pulak dia makan cekodok banyak-banyak malam tadi sebab sekarang dia memang la sakit perut semacam je. tisu basah memang takde and wasalam je la guna daun untuk kesat segala bagai. memang feeling cave man dia sekarang ni.
Tak lama lepas dia membuang segala benda kat dalam tanah,dia join Hisha balik kat trail.
"puas da?" tanya Hisha sarkastik
Haikal julingkan mata ke atas sebelum jalan menuju ke arah Hisha.
budak si Hisha lepas tu baling botol air kat Haikal.
Haikal sambut pantas "nak buat apa?" tanya Haikal pelik.
Hisha terus tutup hidung. "bau tinja." lepas tu gelak besar.
"kejinya." lepas tu terus Haikal lari kat Hisha sambil hulur tangan gaya zombi nak pegang Hisha. Hisha pulak yang nak lari terus jatuh tergolek dek tersadung akar belakang dia. Haikal terus acah-acah nak pegang pipi Hisha and duduk atas badan mamat tu. mamat tu da jerit-jerit tak nak
"Haikal!!!! kotor la!!!! Tak nak!!! Tak mahu!!"
Haikal da HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA. lepas tu dia picit-picit pipi Hisha. Hisha pulak da meracau-racau tak nak and cuba tolak Haikal ke tepi.
"relax la. orang da basuh tangan siap-siap la. ada sungai kat belakang sana." lepas tu Haikal picit hidung Hisha sebelum bangun. Hisha bangun and kibas baju dia yang da berdebu dengan tanah dek kena hempap dengan Haikal tadi.
"berapa berat badan kau? serius macam troll."
"malas nak melayan kau." Haikal amik barang-barang untuk sambung kerja dan terus bergerak ke depan. Hisha da gelak-gelak je kat Haikal.
"alolol ointan payung. merajuk pulak ke?"
"takde maknanya. apa rasa bau tinja kat pipi?"
Hisha terdiam. "tadi kau cakap....."
"aku tak basuh lagi pun." Haikal da sengih keji.
"HAIKAL!!!!!"
"hahaha, gurau je la. gila ke apa tak basuh tangan lepas berak."
"keji."
"gargoyle."
"diam la troll."









Haikal and Hisha duduk dekat depan Gua Kecil tu untuk lepas lelah. memang mengah buat Ekologi report dekat Taman Negara ni. kalau jadi ranger dekat Taman Negara ni ,, mahunya kurus and jadi kacak bergaya sentiasa. Lary dengan Trisha yang da sampai dulu dekat Gua Kecil da mula masak maggi untuk budak-budak yang baru sampai Gua Kecil. Ranger awal-awal da sangkut hammock and baring dekat situ.
"pukul berapa sampai?" tanya Hisha dekat Trisha. Hisha dengan dia duduk lepas penat dekat tepi Trisha yang tengah kacau maggi. Hisha kenal dengan Trisha ni masa sama-sama dekat Color Run Melaka. Lary pulak pakwe kepada Trisha and baru je first time join-join volunteering macam ni. lebih kurang sama level dengan dia je as a newbie. KOH KOH KOH.
"lama jugak. ada la jugak dalam 2 ke 3 jam lepas. pastu duduk bertapa dalam gua kejap." jawab Trisha.
"oh, apa yang ada dalam gua tu?" tanya Haikal nak tahu. "ada feeling macam Ali Baba tak?"
Trisha sengih je. "ada la jugak. Lary siap selamba buat bunyi macam gaya tarzan je."
Haikal dengan Hisha terus tergelak.
"eh korang. nanti bila maggi ni da siap, korang pandai-pandai la ye makan sendiri. aku dengan bebudak lain da makan da. aku nak pergi mandi sungai kejap dengan Lary." lepas tu Trisha gerak ke sungai and join Lary and bebudak lain. Haikal dengan Hisha tengok je Trisha yang riang ria raya gerak ke sungai.
Haikal terus baring rebahkan diri atas tanah. Hisha da geleng kepala pandang dia.
"what?" tanya Haikal. "penat kot."
Hisha baring sebelah Haikal. "agak la."
jeda.
dua-dua pandang langit and daun-daun hijau kanopi Hutan Hujan Tropika Malaysia.
"tapi seronok." ulas Haikal perlahan. "dapat banyak kawan. and also dapat kenal kau jugak." Haikal pandang Hisha yang baring sebelah dia.
Hisha tersengih. "sebelum ni tak kenal sangat ke?"
"Nayy." Haikal buat muka. Hisha da tergelak. "sebelum ni macam tak berapa kenal. kita menjadi rapat secara tetiba and kau macam da kenal aku lama je dari gaya kau borak."
"mungkin kita pernah jumpa sebelum ni." Balas Hisha sambil angkat bahu.
"what?" Haikal menjulingkan mata ke atas. "kita jumpa dekat alam mimpi? ataupun kau dari memori aku yang hilang?"
"jumpa kat alam mimpi?" Hisha tergelak. "aah, aku termimpikan kau lepas tu esok bila aku bangun pagi esoknya, aku baru sedar yang aku kena mandi wajib sebab termimpi pasal kau."
Haikal tolak bahu Hisha. "lucah la."
Hisha da berdekah ketawa. Budak-budak yang mandi sungai memang tak sedar apa da walaupun Hisha gelak macam cilaka je. Ranger yang tidur kat hammock sekadar keluarkan kepala dari hammock dan pandang dorang berdua sekilas sebelum sambung tidur balik. Haikal da rasa yang mesti ranger tu pikir dorang berdua ni gila sebab gelak kuat macam apa je kat dalam hutan.
"aku rasa maggi da siap la." Haikal jeling maggi yang tengah menggelegak panas. "jom makang." ajak Haikal.
"lets. aku pun da lapar barabas ni."
lepas tu dia dengan Hisha makan maggi yang Trisha masak tadi tu guna mass tin je. memang tak wujud la pinggan mangkuk dalam hutan belantara ni.
"Haikal." panggil Hisha.
Haikal yang tengah husyuk sedut maggi tak pandang Hisha. mak aih, sedap gila kot. memang la air tangan Trisha ni sangat umph. ke sebenarnya dia memang tengah lapar? jadi memang tak pandang orang sekeliling pun. and kalau lapar, semua makanan pun akan jadi luar biasa sedap gila.
"Haikal." panggil Hisha lagi. "makan maggi terus tak ingat dunia."
Haikal pandang Hisha. muka da merah sebab maggi panas gila. "yo sayang intan payung. whats up. bila masa kau panggil aku?"
"seabad lepas nigga."Hisha sengih kecil. "suapkan makang plishhh."
"erk." mamat Hisha ni da buang tabiat ke apa? "da kenapa tetiba?"
"alaaa, best je tengok Trisha suap makan Lary tu." Hisha juihkan bibir ke arah sungai. Haikal terus berpaling tengok sungai. Trisha tengah suapkan cekelat kat mulut Lary.
"sebab dorang pakwe and makwe." balas Haikal sambil pandang Hisha kembali. Haikal tunduk sambil main-main maggi dalam mass tin dengan garfu besi dia.
"kita bukan ke?" tanya Hisha pendek.
Haikal terhenti kejap main garfu dengan maggi. muka da tak tahan blushing. dan dia masih tak pandang Hisha yang sememangnya dapat dia rasa, Hisha pandang dia non stop.
Haikal pandang Hisha awkward. "kita ye ke?" tanya Haikal perlahan. jantung da berdegup kencang. sejujurnya memang dia dengan Hisha ni rapat tapi dorang tak la declare apa-apa pun.
"say aaaa..." arah Hisha.
Haikal say aaaa dan lepas tu Hisha terus suap maggi pada Haikal.
Haikal terdiam kejap.
Hisha sengih-sengih je.
dua dua diam lepas tu layan maggi masing-masing dekat mass tin tapi dalam hati, dua dua tahu, hati masing-masing tengah berkembang besar macam belon udara. Damn Hisha. Damn. Kenapa kau ni macam mat romeo kelas atasan.
"Hisha." panggil Haikal. "kau ni memang ada darah keturunan romeo ke?"
"ada ke romeo. aku jejaka beriman kot. keturunan timur kesultanan melayu melaka."
"poyo gila ayat tu."
Hisha da gelak-gelak je.





Hisha, Haikal and bebudak lain decide untuk lepak kat atas rumput depan abandon chalet tu  untuk malam terakhir ni. Ranger awal-awal da buat hal sendiri tak mahu kacau budak-budak terencat macam dorang yang masih tak mahu rehat sebab penat lepas keluar hutan. langit cantik je. disebabkan kawasan Taman Negara tu memang jauh sungguh dari pencemaran udara , jadi bila malam memang layan je la bintang and bulan dekat langit. Haikal tengok jam kat tangan. baru pukul 9 malam. sangat-sangat awal nak tidur.
dari jauh nampak kilat secara tetiba. Haikal dengan bebudak lain da terkejut. Haikal pandang Hisha. Hisha pandang Haikal. macam nak hujan je malam ni.
"jangan risau." kata Ranger.
bebudak semua da berpaling tengok ranger yang tetiba muncul belakang dorang. memang la gaya ranger muncul secara tetiba tu macam Romeo yang muncul secara tetiba dekat beranda Juliet pada waktu malam. hari ni kita guna pelakon prosa klasik abad ke 19 sahaja untuk tunjuk sebarang contoh. tak pasal-pasal je romeo jadi contoh merentas kehidupan di muka bumi Malaysia ni.
"bukannya kilat sebab nak hujan. kilat gajah je tu." bagitahu ranger.
"kilat what?" semua da kerut dahi sebab first time dengar pasal kilat gajah.
"Kilat Gajah. bila Gajah kibaskan telinga dia antara satu sama lain, memang boleh hasilkan kilat. jangan tanya pakcik macam mana kilat tu terjadi. tapi memang macam tu. kadang-kadang memang boleh kesan gajah dengan cara yang macam ni. Gajah gerak dalam kumpulan and kena ingat, kalau nak buat khemah dalam hutan, pastikan bukan berada dalam laluan gajah."
Haikal angkat kening sebelum pandang balik kat tempat yang dorang ramai ramai nampak kilat gajah tadi. Kilat Gajah huh. secara tak sengaja je dorang dapat ilmu baru hari ni. Ranger tetiba duduk dengan dorang.
"apa kata hari ni pakcik share sikit pengalaman macam mana nak survive dalam hutan."
"cool!" semua da bersok sek sok sek duduk keliling ranger.
"lagipun tugas korang da habis kan? esok kita naik bot semula ke Kuala Tahan sebelum gerak ke Kelah Sanctuary. so alang-alang da takde kerja tu, kita tidur lambat sikit malam ni." sambung ranger. "apa yang korang perlu tahu waktu nak tinggal dalam hutan ...."





Haikal tersengguk-sengguk kat bot panjang tu. Ngantuk gila sekarang ni.Hisha duduk belakang dia. depan dia pulak ialah Trisha. malam tadi gigih ranger share cerita macam mana nak survive dalam hutan and end up dorang semua tidur lambat malam tadi. da macam nasihat dari seorang mentor dalam cerita Hunger Games pun ye jugak. tapi ranger terlupa satu benda pasal nak survive dalam hutan. iaitu mempunyai tidur yang secukupnya. kalau dia kat dalam Hunger Games sekarang ni, mesti da kena bunuh dengan Glimmer tak pun Cato. bila tengah mamai sebab mengantuk, memang kadang-kadang kepala otak boleh meracau pikir benda entah apa-apa. Haikal kesat-kesat mata dia. Ya Allah, memang tak tahan ngantuk ni. nanti sampai Kuala Tahan, memang la dia nak tidur je. dia palingkan kepala pandang Hisha kat belakang, Hisha angkat-angkat kening pandang dia.
"mengantuk." Haikal cuma gerakkan mulut dia tanpa keluarkan suara sebelum pandang ke depan semula. mungkin dia boleh lelap kejap kot. lagipun perjalanan bot dari Kuala Keniam ke Kuala Tahan amik masa dalam 40 minit la jugak. tapi rasa sayang nak pejam mata sebab scenery kat sepanjang sungai ni cantik and ohsome sangat.
Hisha urut belakang dia perlahan. terus dia pusing belakang balik untuk pandang Hisha. Hisha angkat kening lagi sambil kerut dahi. tapi dalam kepala otak Haikal tahu yang mamat tu tanya, kenapa? hahaha, dia kan ada telepati dengan Hisha, jadi dia da boleh agak da apa yang bermain dalam kepala otak budak tu.
Haikal sengih sebelum cakap thanks dan pandang semula ke depan. kenapa la mamat Hisha ni baik sangat dengan dia. kalau aku jadi perempuan, da lama aku kahwin dengan kau ni Hisha. malangnya, dia dengan Hisha, dua-dua ialah budak lelaki. dua dua ialah remaja lelaki. dan dia pernah ternampak ada orang tulis dekat twitter,,, menjadi seorang homosapien yang homoseksual ini, adakah ianya ujian ? ataupun ianya satu pilihan?
pening kepala bila pikir. serabut kan Haikal bila fikir-fikir balik. -,- ianya sangat kompleks



p/s
dalam kejadian yang sebenar, team kitorang terlupa bawak garam masa ber kem kat Kuala Keniam tu.


Monday 15 June 2015

Mr Marka [3] #147

Volume 15
Chapter 6
Page 15
Paragraph 10 : 03
Tittle : Mr Marka [3]
Music : 1,2,3,4.. I Love You [ Plain White t's ]

aku nak salam mak aku masa pergi kerja. pastu mak aku tegur.

"kau ni pakai cincin je. kata hilang hari tu. ni jumpa balik dekat mana?" tanya Mak.

"pasangan cincin ni sekarang ada dekat dalam hospital mak." balas aku. lepas tu terus aku start enjin motor and pergi kerja.

p/s
semoga awak sihat sentiasa Tuper Iroo. My hero.




Sunday 7 June 2015

Mr. Marka [2] #146

Volume 7
Chapter 6
Page 15
Paragraph 09 : 26
Tittle : Mr. Marka [2]
Music : Just Give Me a Reason [ Sam Tsui ]

entry ini adalah berkaitan dengan Gunung Kinabalu , Gempa Bumi dan jugak seekor haiwan bernama Keldai. ni pasal gempa bumi jumaat lepas sebenarnya.

aku : kepala donkey dekat Gunung Kinabalu da hilang. sobs

Tuper Iroo : kepala donkey? errk. sound serious.

Aku : kenapa panggil kepala donkey? tak nampak macam donkey pun. *pastu aku post gambar kat wasap. gambar ni aku dapat dari twitter*


Tuper Iroo : haha. nampak macam dongol dongol jek

Aku : Dongol tu apa? ahahaha. mana yang donkey nya? *aku tanya pasal kepala donkey sekali lagi.

Tuper Iroo : Donggol. =,='

Aku : Donggol tu apa? [ letak emoji tahi ] apakah itu pokemong? *adakah masa ini Tuper Iroo tengah nak cover salah eja? hahahahaha*

Tuper Iroo : haha. huishh. apa pulak pokemong

Aku : kakakakak. tapi ye la awak. what is donggol? Donggol tu donkey ea? mustahil tak tahu donkey is keldai. err . hahahahah [ letak emoji tahi sekali lagi ]

Tuper Iroo : hahaha. no lah. donggol tu macam bulat-bulat yang then tinggi-tinggi tu. =,='

Aku : Unta? Is it Unta? haha. *macam unta la pulak si Donggol ni*

Tuper Iroo : haha. bonggol. =,='

Aku : hahahaha. last last tak tahu dongol tu apa. kah kah kah. makan tengah hari tak tadi? *dan kitorang pun berubah ke topik lain pulak. hahahahha*


jadi dongol ialah someone yang da high gila babi lepas hisap Marijuana and something like that. emm, this is not an animal. 




dan... ini pun bukan. emm errr. HAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHA. TUPER IROO! what is dongol la? or donggol? or... haha. 


sekian cerita tentang Dongol dan juga Donggol dari saya =,='

to Dongol or Donggol

Tak kisah jenis haiwan apakah anda, semoga satu hari nanti, saya dapat jumpa dengan awak bersama Tuper Iroo. KOH KOH KOH.

Regards

Sharky.

p/s
sesiapa yang nak borak dengan gua, boleh add wechat gua di ThakifIman ye . makacih.

Wednesday 3 June 2015

Mari jelajah Banding #145

Volume 3
Chapter 6
Page 15
Paragraph 16 : 52
Tittle : Mari jelajah Banding
Music : Mighty Fall [ Fall Out Boy ]


aku sebelum ni pernah pergi Banding. Banding terletak dekat area Royal Belum sana. aku pergi Bandung sebab ada amali dekat sana. kiranya, aku dengan kawan-kawan berkampung dekat Tasik Banding selamat 10 hari 9 malam. there are a lot of activities yang aku dengan kawan-kawan buat and kena buat. Also, amali Tasik Banding jugak is part of our test and exam, jadi masa kat sana, apa-apa aktiviti yang kitorang buat, bukan setakat enjoy semata and riang ria raya 24/7. tapi kena buat and belajar betul-betul all those amali. haha. tak kisah la nak enjoy ke apa, bukannya tak boleh enjoy pun, tapi kena ingat selalu la, selain dari enjoy, kena alert selalu dengan segala amali yang berlangsung and kena ingat step la apa la itu la ini la. yadaa yadaa. aku rasa dekat entry ni, aku akan banyak letak gambar je la kot. hoho. baru senang nak layan.


tiap-tiap pagi, selama 10 hari 9 malam, kitorang kena susun kayak ni dekat air nu ha. memang la setiap pagi, basah bagai sebab kena susun kayak. kena ikut warna bagai and all that. bila petang pulak, bila nak masuk waktu maghrib, kena bawak kayak semula naik ke atas , i mean,kena bawak dari air ke darat semula and susun dekat kawasan yang da setting awal-awal. selain kena susun kayak pada waktu petang hari, kitorang pun kena susun kepala enjin bot saiz 8 , 16, 24, dinggy and jugak bot besi. -,- like serious, amali ni kadang-kadang buat kau sakit belakang pun ye jugak.


bila petang hari, selalunya kayak ni memang akan berkurangan sebab akan ada yang pergi buat amali dekat tempat lain. masa amali ni, kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan. kalau waktu petang tu, might be kumpulan A pergi buat Abseiling, Kumpulan B pergi belajar kayak Rescue dan lain-lain lagi. waktu amali pulak, kitorang bahagi kepada 3. 

1) waktu pagi
2) waktu petang'
3) waktu malam.

mostly waktu malam tu, kitorang kena kayak dalam gelap je la. -,- kena buat straight formation. tak mampu la pulak nak buat diamond formation kalau dalam gelap. KAH KAH KAH.


and setiap kumpulan tadi, masing-masing kena ada bendera. setiap kali nak buat aktiviti atau amali kat mana-mana, bendera ni jugak la kena angkut ke hulur dan ke hilir macam apa je. hahaha. bawak bendera macam nak pergi berperang pun ye jugak.


masa ni tengah prepare and get ready barang untuk buat flying fox. wiiiii. yesssszaa, you heard that, kitorang kena buat flying fox and then main lepas tu. tapi aku banyak tengok je. KAH KAH KAH. orang suruh tarik, baru la aku tarik. orang suruh stay, aku pun stay. terasa macam lembu sangat :3 .jadi, antara barang-barang yang kena ada dan prepare is tali semi statik, carabiner, sling, tandem, halmet, harness, pulley dan lain-lain. 



dan Flying Fox pun siap and da ready untuk dimainkan!! eyahhhhh. selalunya kalau kita main Flying Fox, at the end of Flying Fox mesti akan ada breaker. selalunya kalau Flying Fox dekat tanah, mostly human breaker yang akan digunakan. tapi kalau kes ni, disebabkan penghujung dia ialah air dan tasik, tak boleh nak apply la human breaker tu. jadi kita apply water breaker ; iaitu perberhenti (perberhenti????? betul ke ayat ni? hahahaha. gasak!) kepada flying fox ialah air. masa main flying fox tu, yang penting kena pakai halmet dan pastikan carabiner selalu attach dekat sling and all that. kalau tak pastikan carabiner kau tu dalam keadaan selamat dan elok, memang wasalam je la kau tercampak dalam air. haha. masa aku main flying fox tu, bila sampai dekat air je, kitorang kena berenang naik semula ke darat. heh. best gilaaa!! jenuh jugak la berenang dari end point flying tu ke dek kayu yang kitorang buat tu. tapi yang pasti kena pakai BA la. mahunya aku lemas kalau tak pakai BA. -,-; da la tak gua ialah makhluk yang tidak tahu berenang. haha.


kitorang pun ada amalu bawak bot jugak. jadi masa tu, sorang-sorang diberi peluang untuk bawak bot. KOH KOH KOH. sesungguhnya ianya memang sangat seronok dan pengalaman yang luar biasa! feeling masa dekat Regatta pun ye jugak. hiks. 


ini ialah laluan yang kitorang gigih kena bawak kayak turun dan naik hari-hari setiap pagi dan setiap petang. -,- masa zaman senior aku, paras air Sungai Perak masa tu agak tinggi, jadi dorang tak perlu nak menapak sangat masa susun kayak. time batch aku, masa tu la pulak musim kemarau la apa la itu la ini la, jadi, memang cerun, and kena menapak banyak setiap kali nak susun kayak. her her. gua jadi sado setiap kali selepas sesi susun kayak. KAH KAH KAH


ni la suasana masa pi kayak! KOH KOH KOH. tapi aku ingat lagi, gambar ni diambil waktu kitorang tengah nak buat amali Kayak Orienteering. pernah main orienteering? Orienteering macam main explorace atau Amazing Race. cuma klu-klu dia diberi dalam bentuk bearing dan darjah. Orienteering ada pelbagai jenis. contohnya 

1) Foot Orienteering. Foot Orienteering ni orienteering yang paling common and selalu orang buat la. Foot Orienteering kebiasaannya dimainkan di dalam hutan. tapi kadang-kadang ada je organizer yang anjurkan Foot Orienteering ni dekat Urban Forest. 

2) Bike Orienteering. Bike Orienteering ni orang akan bermain orienteering menggunakan basikal. jadi nak bergerak ke mana-mana mesti menggunakan basikal. selalunya skala Bike Orienteering ni lebih besar dari Foot Orienteering. 

3) Kayak Orienteering. Kalau Bike Orienteering menggunakan basikal. well, kayak Orienteering pulak menggunakan kayak sebagai medium untuk bergerak. masa amali ni, pengalaman sebagai organizer pun aku ada rasa, pengalaman sebagai peserta pun aku ada rasa jugak. pengalaman jadi Organizer tu memang priceless la. haha. ye la, ada map tasik Banding - Sungai Perak bagai untuk set and tembak bearing. kebiasaanya, skala Kayak Orienteering ini adalah sangat besar dan agak susah untuk dimainkan sebab selalunya orang tak jumpa check point yang harus dorang pergi tu. kadang-kadang check point tu berada di sebalik pulau. KAH KAH KAH. 

sebagai contohnya, team Orienteering kena tembak 67 darjah dari first pin point (kebiasaannya akan ada flag dekat situ) . kebiasaannya peserta  akan ingat, first check point ialah di depan pulau (yang ada tanda merah tu ) . pastu dorang pun gigih la bersama kayak-kayak dorang berkayak ke situ. tapi bila sampai dekat depan pulau tu, tengok-tengok takde checkpoint tu pun. tapi sebenarnya , the real first check point ialah di sebalik pulau sana. and kalau checkpoint terletak di sebalik pulau agak troublesome sikit sebenarnya sebab kena buat detour and all that.. -,- hahaha, macam bingai kan main kayak orienteering ni. .by the way. -,- tak paham pun takpe apa yang aku explain ni. KAH KAH KAH. korang buat-buat paham je la. 



masa ni pulak nak pergi Grouping Camp. memang best gila. koh koh koh. kiranya macam kau akan pergi ke satu tempat yang baru ; macam dapat rumah baru, dalam hutan, dekat satu pulau, and kau kena design campsite kau. makanan pun kena carik sendiri which is paling banyak dorang kasi untuk buat bekalan masa tu pun ialah Kentang dan Ubi. so, gigih la kitorang buat umpan and tangkap ikang. 



ni pulak pemandangan dari pulau baru kitorang tu. troublesome untuk sampai ke pulau ini ialah ada banyak cerucuk kayu tu. and paling troublesome bila kau kena buat Night Kayaking. masa Night Kayaking, sah-sah penglihatan kau tak bagus, lagi-lagi untuk orang rabun macam aku ni HAHAHAHAHHAHAHAHAHA, memang tak nampak apa la. apa yang kau boleh fokus ialah kayak di depan kau. kebiasaannya Night Kayaking akan membuat Straight Formation. 




Kalau straight formation, apa yang kau kena buat ialah follow orang depan je. jadi pada waktu malam, possibility untuk kau sesat ialah rendah sebab kau memang follow orang depan je. melainkan , orang depan kau tak tahu guna kayak, sentiasa ke kanan dan ke kiri, dan guna kayak pun tak straight mana pun, memang agak carca marba jugak la and possibility untuk kau sesat dan menyimpang dari laluan asal adalah tinggi. kelebihan straight formation ni ialah kau akan tidak akan sesat and sentiasa selamat as long, kau follow kayak depan kau.

untuk Diamond Formation pulak, selalunya akan ada Penjaga Kayak which is kayak yang warna merah. Kayak warna kuning tu pulak kena berkayak dalam lingkungan Kayak Warna Merah. kebiasaannya, penjaga kayak ni adalah orang yang berkemahiran dalam mengendalikan kayak sebab dia kena sentiasa berada dalam formation diamond. and kayak warna kuning tu pulak, kebiasaannya orang yang tak berapa pandai sangat main kayak. jadi kiranya, dorang akan bergerak dalam kumpulan and kalau Penjaga Kayak nampak, kayak kuning macam ada masalah, Penjaga Kayak akan datang membantu.




ni pulak ialah Ujian Kayak Formation. which is kau kena buat bentuk bulat la , bentuk Y la, lambang BMW la apa la itu la ini la. macam-macam aktiviti and games yang kitorang main dekat Banding. end up, kulit pun jadi berbelang. HAHAHAHHAHAH, gua pada asalnya seorang remaja yang putih, tetapi selepas amali Banding *geleng2 kepala* KAH KAH KAH, gua menjadi remaja berbelang macam Kuda Belang. sobs.

kos aku ni memang banyak main sikit. banyak amali and banyak jalan sampai satu tahap, kau da tak daya nak pergi amali lagi sebab kau nak rehat je. preparation amali and aktiviti adalah sangat banyak dan perlukana banyak tenaga. -,-

sekian entry saya pada kali ini berkaitan Banding. haha. kalau ada masa, jom ramai-ramai datang ke Tasik Banding and jejak Royal Belum pulak! wehhuuu. Royal Belum pun quite nice jugak dia punya kawasan untuk buat aktiviti and all that *padahal aku pun tak pernah jejak lagi. haha*

sekian, till we meet again.

papai!! *lambai lambai*

p/s
gua sebenarnya tengah rindukan seseorang. T_T *nangis*