Nuffnang

Thursday 19 February 2015

Saya dan Jetro #130

hari sabtu lepas, lepas aku uruskan Deko untuk besday party dengan tema Ninja Turtle, its suck anyway, so, takde benda yang aku nak tulis pasal besday party tu, aku dapat kol dari Jetro pada jam 1230 tengah hari. masa ni aku ada dekat Reception tengah jaga orang keluar masuk, nak beli barang la apa la. still aku gelabah ayam dekat recep tu, KAH KAH KAH.

*Jetro calling*

*Sharky angkat call*

"hello assalamualaikum. yo wassap."

"kau tengah buat apa tu?" tanya Jetro.

"kerja la. sabtu kan aku kerja. aku cuti hari isnin and selasa."

"laa, ye ke. aku baru ingat nak ajak jalan-jalan."

"mana?" dahi da kerut. "eh, kau kat mana ni?"

"aku baru bangun tidur." jawab Jetro selamba.

HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA. "BOLEH TAHAN BARU BANGUN TIDUR. kau nak pergi mana weh?"

"cherating."

"like seriously? nak ikut!" Sharky da buat suara teruja.

"jom la! tapi kau kerja kan?"

"alaaaa, tapi terasa nak ikut."



dan beberapa jam kemudian. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

it is like seriously, Jetro call pukul 1230 tengah hari and kitorang gerak jam 230 petang. memang petala tak rancang apa pun. aku pulak gerak dari tempat kerja, terus ke KL untuk park motor sebelum ikut Jetro naik kereta menuju ke Cherating.

"aku tak bawak baju la and all that."

"aku ada bawak baju lebih semua tu. nanti kau pakai je la baju aku."

"kau tahu tak, dalam cerita REMAJA yang aku buat tu, ada scene Haikal and Paan pergi Cherating sama-sama."

dot dot dot.

krik krik krik.

"FUCK MAN!!!" Jetro da hentak-hentak stereng kereta.

pastu aku dengan Jetro gelak terbahak-bahak dalam kereta. perbezaan antara cerita REMAJA dan cerita Sharky + Jetro is, Paan and Haikal ialah bekas kekasih atau whatsoever yang kau orang nak gelarkan la. tapi aku and Jetro is like kawan yang boleh buat gelak ketawa and bahan-bahan tanpa perlu kau terasa.

Anway, Jetro ada misi kenapa dia ke Cherating and aku rasa misi dia tu best gila. so like dalam kereta, banyak benda yang kitorang borakkan. dari hal lagu ke hal kawan-kawan , hal keluarga , hal intern aku, hal kerja dia and macam-macam lagi la.

and dekat Jetro la aku cerita semua masalah aku. pasal hal family aku, pasal sakit aku. aku rasa dia orang pertama yang dengar luahan perasaan aku pasal sakit aku tu. and a good thing, dia kasi nasihat dekat aku and aku kan manusia yang baik, semestinya la aku dengar nasihat dia itu. heh.

sampai je kat Cherating, terus aku dengan Jetro terjun laut tak payah nak tunggu apa. ombak petang-petang memang terbaik la wa cakap sama lu. lagi-lagi dekat area laut china selatan kan? ombak dia memang daebak la. haha. Jetro cakap la, kadang-kadang ada je orang surfing dekat sini.

"dalam tak Jetro?" tanya Sharky. dasar ikan jerung penakut yang tak tahu berenang. Sharky berdiri tepi pantai macam anak tanya dekat ayah.

"tak pun. cepat la jom mandi laut!"

and lepas tu, terus la aku terjun laut tanpa tunggu apa-apa lagi. and yeah! it is really refreshing. KAH KAH KAH. gaya cakap da macam batak gila kan? da macam tak pernah mandi laut. dan aku and Jetro pun main la ombak, guling-guling dalam ombak, terjun ke dalam ombak, cuci mata, KAH KAH KAH, yang tu semestinya la kan dan yeah, we have so much fun.

pasal accomodation pulak, mula-mula nak tidur dekat Pak Itam Inn, tapi bilik tepi pantai penuh la pulak. tapi lepas tu kitorang tidur dekat Tanjung Inn je.

"kenapa dorang asyik letak Inn je kat semua nama tempat penginapan dorang?" tanya Sharky. "tengok tu. Coconut Inn la apa la."

"alaa, dorang nak buat macam Holiday Inn la." jawab Jetro.

Jetro ni suka backpack and menjelajah and so banyak la soalan yang luar biasa alam aku selalu tanya dia. bak kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman kan? jadi, banyak la pengalaman and benda-benda bangang yang selalu aku tanya kat Jetro. Jetro ni da banyak pergi tempat orang. and Jetro ni pun baik hati je selalu layan soalan-soalan bangang aku. HAHAHAHAHAHHAHA

"tadi aku nampak ada tempat tu tulis something like macam Mutiara Beach View. tapi sebenarnya tak hadap pantai." kata Sharky. "sebenarnya hadap jalan je. kadang-kadang aku rasa dorang ni main tiru je nak letak apa-apa dekat nama resort tu."

bila malam, lepas da puas mandi manda guling-guling bagai dekat pantai tu, aku dengan Jetro siap-siap untuk makan malam.

"aku terasa nak makan ikan bakar la." luah Jetro.

Sharky buat muka. "dude, kat KL pun berlambak kot ikan bakar."

"no, like Ikan Bakar dekat sini adalah lain dari kat KL tu. kita kena carik yang sedap. kedai tepi jalan and ramai orang tu la kedai yang sedap lagi lazat bazat dia punya lauk."

dan malam tu, aku dengan Jetro makan dekat Warung Awang Ikan Bakar. melantak dan melantak sebab masing-masing lapar tak ingat dunia. aku at least tak la lapar sangat sebab aku da baham Value Treat KFC kat dalam kereta. and masa aku offer dekat Jetro, dia tak nak makan la pulak. jadi malam tu, dia agak kebulur makan ikan bakar. KAH KAH KAH.

dan malam tu jugak, aku dengan Jetro sok sek sok sek terjah Little Bali which is tempat yang macam untuk kau have fun sikit la. at least tak la bosan sangat pun Cherating tu. ada jugak tempat untuk kau have fun dari melangut tak buat apa malam-malam. and apa yang aku boleh tengok, Cherating ni design , the way looks da macam Cenang kat Langkawi nu ha tapi of course la Cenang is far way more 100 better than Cherating. kalau Cherating tu macam Cenang, memang tak tidur la aku malam tu kat Cherating sebab have fun non stop. KAH KAH KAH.

masa dekat Little Bali, aku dengan Jetro cerita banyak benda. semua rahsia yang aku tak pernah cerita, aku cerita dekat Jetro. for like seriously, aku tak pernah cerita pasal family aku dekat ex ex aku sebelum ni. aku tak pernah cerita pasal mak aku. aku tak pernah cerita pasal ayah aku. aku tak pernah cerita pasal kakak-kakak aku. aku tak pernah cerita pasal aku. aku tak pernah cerita kenapa aku tak suka duduk rumah and aku lagi suka duduk uni atau jalan-jalan. aku tak pernah cerita pasal sakit aku and macam macam la. aku tak pernah cerita one single thing dekat ex ex aku before this. tak kisah la si Budak Miat ke Sunshine ke siapa ke, I never told them before. sebab apa? adakah sebab tak trust? aku rasa , kenapa aku tak cerita pada dorang ialah aku lagi suka bercerita secara depan-depan and real life depan mata so that aku lagi senang nak borak sakan non stop buat luahan perasaan.

Jetro is a good brother. dia dengar story morry aku yang buang masa. dari hal family aku

"aku macam tak boleh terima bila ......."

ataupun hal sakit aku yang sampai sekarang macam banzai sakit gila.

"masa tu ada BSN Night Run Charity , so like dia ada sekali and esoknya kitorang ......... and aku tak sangka la dia da jadi liar macam tu sekali....."

ataupun hal relationship

"bukan la aku rindu dia like 24/7 pun. tapi ada masa-masa macam kau nak dengar suara dia. nak tahu dia sihat ke tak."

Jetro angguk-angguk. "aku paham. aku paham perasaan kau tu."

and lepas tu Jetro pulak cerita hal-hal yang buat dia gusar and all that. and aku dengar and kasi pendapat dekat dia. hope he will be okay. By the way, Little Bali tempat yang kitorang lepak tu macam ala-ala kelab malam yang macam untuk kau enjoy la. tapi bukan la kelab malam yang hardcore. this is like macam tempat untuk kau berseronok ala-ala tepi pantai la kononnya. dia punya scene kat situ best jugak la kalau untuk kau lepak ke apa ke. but for me, semuanya amatur gila. haha. mungkin aku harapkan ada aksi yang lebih lagi tapi takde pun. mungkin aksi-aksi best hanya akan berlaku pada jam 2 pagi dan ke atas je kot. aku dengan Jetro pun lepak situ around 11 malam sampai 1 pagi je. after that kitorang balik.

esoknya , aku dengan Jetro pergi sarapan dekat Restoran Hai Peng dekat Kemaman. Jetro malam sebelum tu, masa dekat Warung Awang Ikan Bakar, dia teruja gila cari tempat sarapan yang best. yeah, aku pun teruja jugak nak tahu apa yang sedap untuk kita hadam dekat area situ. so, pagi tu, kitorang dua terjah la ke Hai Peng dengan kadar kelajuan cahaya.

Jetro baham Nasi Dagang untuk dia punya sarapan. aku pulak melahap nasi lemak Ikan untuk sarapan. like seriously, memang terbaik gila babi. lepas tu, Jetro tambah order Laksa dengan Roti Bakar and semuanya memang sedap gila barabas and terbaik la wa kata kat lu. untuk air , Jetro mintak Kopi *kalau aku tak silap la. HAHAHHAAH, aku pun da lupa* and aku mintak Milo Suam. feeling minum kat situ macam minum dekat rumah. you know, like semua air yang kedai mamak buat atau mana-mana kedai sekalipun buat, mesti end up air tu akan manis gila babi kan? tapi , air yang Hai Peng buat memang sedap gila. kaw dan lazat terbaik dari ladang! haha. nampak macam aku puji melebih kan? but the real thing is, memang sedap pun adn aku jeles dengan orang yang keje area situ. sebab dapat makan hari-hari dekat situ. makanan kat situ murah dan sedap!! :(

lepas makan kat Hai Peng, aku dengan Jetro bergerak balik ke Tanjung Inn untuk mandi pantai balik and then lepas tu check out. tapi on the way nak balik tu, sempat la jugak kitorang singgah cari kedai tepi jalan untuk beli Satar and Keropok Lekor dan juga makanan yang sama waktu dengannya.

aku actually terlupa tau Satar tu bentuk dia and rasa dia macam mana.

"aku terlupa la Satar yang mana satu." bagitahu Sharky.

"like seriously kau tak pernah makan Satar dude?" tanya Jetro

"im not sure la." Sharky da kerut dahi. "Satar tu yang warna kelabu and bentuk dia segi tiga kan? err." Sharky da ragu-ragu kalau dia salah kasi description, "and rasa dia agak keras." ayat Sharky makin lama makin perlahan sebab dia takut kena gelak kalau salah.

"emm, betul la tu. tapi kat sini lain dude! kat sini rasa dia sedap gila woo. tak macam yang kat KL. keras!"


beberapa minit kemudian!

"weh! sedap gila!!" 

"aku da cakap kan sedap! tu yang beza dia antara Satar kat KL dengan kat sini. sebab tu aku sanggup datang sini semata mata nak makan benda-benda alah macam ni."

"terbaik la kau." Puji Sharky. 

and Jetro beli la beberapa jenis makanan and apa-apa lagi yang lain sebab kawan dia ada tempah jugak untuk bawak balik KL. lepas beli semua bagai-bagai makanan tu, kitorang dua balik semula ke Tanjung Inn untuk mandi pantai buat kali yang terakhirnya untuk trip itu sebelum balik ke Kuala Lumpur.

supposedly, dalam on the way balik ke KL, aku yang kena drive dekat highway but since leher aku tetiba sakit gila and aku even tak boleh nak pandang kiri dan kanan, Jetro suruh aku duduk and rehat je. and like seriously, leher aku memang sakit gila macam ada Ju on duduk bertenggek dekat situ.

"aku nak letak nama kau apa ea?"

"Jetro la."

"apesal Jetro?"

"tu nama inggeris aku."

"ooo." Sharky diam kejap. " macam Jatropha."

GELAK

"tak lawak la gila!"

sekian, tu la kisah saya ke Cherating yang penuh riang ria raya bersama seorang manusia bernama Jetro. like seriously, Jetro is a cool big bro. hiks. semoga misimu berjaya bulan hadapan yo!

sekian wasalam aku tak tahu nak tulis apa. haha. selamat sambut tahun baru cina. selamat cuti dan selamat berjimba jimbon sana sini.

till then,

p/s
aku cuti dari Kames sampai Sabtu. wehhuu!! ahad keje. senin cuti balik. :))

Monday 9 February 2015

Jumpa Putera #129

aku pernah jumpa Putera. 2 kali. dua dua dekat KLCC. first aku jumpa dia masa hari Khamis. second aku jumpa dia masa hari sabtu. ke ahad? Im not remember hari yang kedua tu. tapi yang aku ingat, hari khamis tu, terus aku gerak ke KLCC after aku habis exam. kalau tak silap aku, masa tu November. November yang hangat!

bila aku dengar Putera nak balik Malaysia and nak jejak Kuala Lumpur dulu sebelum dia balik Sarawak, I was like, YEAYYY. nak jumpa Putera la dulu. ye la, aku suka sangat baca blog dia. hahaha, blog Putera ni agak berilmiah sikit la kalau nak dibandingkan dengan blog aku yang tahap mangai entah apa-apa ni. serius aku malu gila baca blog aku kalau ada part seks. KAH KAH KAH. fap fap fap, terus aku delete entry tu.

berbalik pada Putera. hari Khamis tu aku dengan dia promise untuk jumpa dekat KLCC. jumpa dekat Taman KLCC yang ada air pancut tu. aku texting dia masa nak gerak.

aku : kau kat mana? da sampai ke?

Putera : KLCC da. da lama sampai.

aku : alamak. sorry la lambat. aku baru habis exam and nak gerak.

Putera : aku memang saja je sampai awal.

and the rest is history. so, aku texting him back once aku sampai KLCC.

aku : jumpa mana?

Putera : area air pancut.

aku : aku pakai seluar cekelat, baju hijau.

Putera : kalau kau nampak orang yang tinggi-tinggi tu aku la. aku pakai seluar brown, sweater and pakai beg.

masa aku melangkah keluar *melangkah! HAHAHAH* dari KLCC, mata aku da pusing-pusing carik mamat aussie ni. mana je la dia ni. hahaha. aku ingat nak usha dulu dari jauh lepas tu sergah dari belakang. lepas tu aku putus asa sebab ramai sangat budak-budak and orang dewasa riang ria raya dekat kawasan air pancut tu. bila da pusing kepala 360 darjah sana sini, tapi still aku tak jumpa dia, aku pun duduk la dekat tangga tepi air pancut tu.

aku texting Putera lagi.

aku : aku duduk tepi tangga.

Putera : aku tahu. aku da nampak kau.

hahaha. cilakas. aku yang nak usha dia dulu. dia da usha aku awal-awal. terus aku pusing kiri kanan carik Putera tapi tak jumpa jugak. ah, lek la dulu. tengok kolam kat depan ni lagi bagus. kah kah kah.

and then bila aku pusing belakang, aku nampak Putera. Putera nampak aku. kitorang pandang antara satu sama lain. sengih and lepas tu aku jalan ke arah dia.

aku : aku tak salah orang kan. hahahahahahahha (aku memang gelak kay)

Putera : tak tak.

aku : nak pergi mana ea?

Putera : tak tahu la.

aku : aku lapar la. teman aku makan. tak makan lagi before exam.

Putera : okay. tempat makan ialah tempat yang sesuai untuk berkenalan. and sebelum-sebelum ni pun, kalau jumpa dorang, mesti akan makan something.

aku : eh kau pakai celak ea?

pastu Putera sengih-sengih

Putera : kau bukan orang pertama la. semua orang cakap macam tu.

tapi mata Putera tu memang pekat habis. memang nampak macam pakai celak. hahaha. actually aku rasa macam comel pun ye jugak. dia macam ada mata yang tajam. ye la, kalau kau tengok movie ke apa ke, most of the pelakon kadang-kadang akan celakkan mata dorang pekat gila barabas and sometimes memang nampak bergaya. and kalau Putera baca ni mesti dia sengih sorang-sorang. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH., gaya dia sengih pun aku da boleh bayangkan.

lepas tu kitorang bergerak menuju ke Food court KLCC untuk makan. first sebab aku pun malas nak perhabis duit banyak. ye la, makanan kat KLCC mangai mahal. takkan aku nak makan kat restoran-restoran yang ada kat situ kan? lagipun Food Court KLCC ada lagi banyak pilihan makanan untuk aku and Putera pilih. lagipun Putera kata dia nak minum air kelapa hari tu. so, kitorang dua pun terjah je la ke food court tu dengan riang ria raya.

amik tempat kat foodcourt, pastu aku terus terpikir, mamat ni ingat ke makanan Malaysia macam mana? ke dia taram je makanan western all the way round semua? haha. end up, aku yang beli spagetti, mamat mata cantik tu beli nasi ayam. hahahahahha. terasa fuck up kejap sebab aku yang beli makanan western! KAH KAH KAH. sharky memang over. and sebagai tambahan, Putera beli kelapa hijau yang maha besar punya dari kedai mana entah,

Putera : aku da lama teringin nak minum air kelapa ni.

aku : apesal?

Putera : entah la.

and lepas tu kitorang berborak la apa-apa untuk kasi tak canggung antara satu sama lain. tapi aku tak ingat la pulak kitorang berdua borak pasal apa. the good thing is, Putera memang tak kekok pun untuk borak dengan aku and aku pun tak la nervous barabas masa nak borak dengan dia. haha. aku takut la jugak kalau tetiba kitorang dua jadi awkward gila babi and lepas tu jadi krik krik krik and tak tahu nak borak apa. semuanya jadi smooth je and good la lepas tu.

dulu bila aku baca blog Putera and Putera kata dia takde keyakinan diri and all that, aku macam tak percaya la, da kenapa dengan mamat ni . self confident dia tak tinggi and kenapa dia rasa macam tu? sebab bila aku jumpa dia, dia okay je and boleh borak and boleh cakap, ceria je. dengan aku ceria la dia. tak tahu la kalau dia buat atau pura-pura je. haha. aku pun selalu jugak macam tak confident dengan diri sendiri sebab buruk and all that tapi bila Putera macam tak self confident, tetiba aku rasa macam,

Putera, rilex kay. tu cuma mainan perasaan je.

kitorang dua duduk dekat tepi kolam air pancut tu and tengok air pancut,lepas tu ada warna warni and lepas tu ada lagu. aku serius batak gila sebab tu first time aku hadap semua benda alah ni. and lepas tu kitorang borak pasal impian masing-masing. Putera cakap impian dia dengan pasangan dia and air pancut and KLCC. dia ada jugak cakap pasal lelaki pertama yang dia keluar, kisah pasal lelaki dan Putrajaya and aku cerita la jugak pasal diri aku and BF aku masa tu. BF aku masa tu ialah sunshine. so, aku tunjuk jugak gambar sunshine kat dia.

Putera tengok gambar sunshine masa tu and komen.

Putera : XXXXXXXX (komen pasal sunshine)

aku : KAH KAH KAH.

lepas tu aku cakap yang ....

aku : kau tahu tak ada orang crush dekat kau?

Putera : mana kau tahu?

aku : orang tu cakap kat aku.

Putera : siapa?

lepas tu mamat aussie ni sengih-sengih. hahahahahhaha.

aku : ada la. mana boleh bagitahu.

Putera : ingatkan nak bagitahu.

aku : okay la. aku kasi klu. dia selalu like status kau. tapi dia tak pernah borak dengan kau.

Putera : siapa?

aku da gelak-gelak. HAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

aku : carik la sendiri.

pada masa yang sama , aku texting Di tanya dia kat mana. Di ni kerja kat KLCC and aku pernah tulis kat blog dia ni siapa bagi aku and macam mana kitorang rapat. aku ajak dia lepak dengan aku plus Putera. tapi Di kata,

Di : tengok la dulu macam mana.

lepas tu aku dengan Putera jalan-jalan lepas tengok air pancut and lampu and dengar lagu yang ada dekat Taman KLCC tu. si Putera ni jiwang la jugakkan? haha, sebab bila aku dengar impian dia dengan kekasih hati (jika dia ada satu hari nanti) ,aku rasa, dia memang sangat jiwang and impian dia tu comel je bagi aku. hiks.

masa aku dengan Putera jalan-jalan kat area convention - KLCC Exhibition - yang menghala ke Aquaria tu,pastu Di kol aku.

Di : kau kat mana?

Aku : KLCC lagi.

Di : jom lepak. aku ada surprise untuk kau.

Aku : kau nak kasi hadiah hari jadi aku ke? hahah. terharunya.

Di : bukanlah. haha. kita jumpa kat jambatan yang hadap KLCC tu.

Aku : wokies.

lepas tu terus aku tarik tangan Putera untuk ke jambatan yang hadap KLCC tu.

Putera : kita nak ke mana ?

aku rasa dia terkejut sebab aku tarik tangan dia. KAH KAH KAH.

Aku : jumpa kawan aku kejap.

lepas tu aku sengih.

and masa da sampai jambatan tu, aku nampak Di dari jauh, lepas tu aku terus dengan muka ceria datang ke arah dia.

aku : Diiii!!!!!

aku memang teruja jumpa dia ni sebab dia borak dengan dia best. haha. Di mohon jangan kembang bila baca ni. haha. tapi dia selalu buli aku. so, kadang-kadang dia jahat jugak.

Putera : macam pernah jumpa je?

Di : aku nak bagitahu kau. tadi aku da jumpa dia la tengah hari tadi.

Aku : cis, buat malu aku je. aku ingat kau tak jumpa dia lagi. gaya mesej tadi macam tak pernah jumpa Putera lagi.

lepas tu kitorang bertiga borak la benda-benda lagha kat atas jambatan tu. aku ingat je apa yang kitorang borakkan tapi biarlah jadi rahsia perbualan tu. tapi ada something ayat Di buat aku tergelak.

Di : minggu ni aku boleh cakap, sebagai minggu berjumpa blogger.

Aku : eh??? kau jumpa siapa?

Di : aku jumpa ....... XXXXXXXXXXXX. boleh la nanti aku tulis kat blog aku yang aku jumpa korang semua pastu blog aku ke ba boom gila.

aku dengan Putera da gelak-gelak da. and then kitorang sambung borak and borak and borak. pukul 930 baru masing-masing menuju ke LRT untuk balik. aku dengan Di menuju ke KL Sentral. Putera ke Gombak.

Putera ada tanya aku satu soalan and sampai sekarang aku tak bagitahu dia.

Putera : apa first impression kau terhadap aku?

Aku : rahsia la! haha. mana boleh bagitahu.

and sampai sekarang aku tak bagitahu dia pasal first impression aku tu. pasal crush dia pulak ,

Putera : aku da tahu da siapa.

masa ni kitorang jumpa kali yang kedua. nak usha pesta buku kat KLCC.

aku : siapa?

Putera : gambar dia ada ********** tu kan?

aku da gelak terbahak-bahak. KAH KAH KAH. like serious shit men, mamat ni teka dengan betul pulak tu.

Aku : macam mana kau boleh teka dengan betul ni?

Putera : (aku tak ingat dia cakap apa)

lepak dengan Putera seronok. banyak benda yang aku borakkan. heh. ye la, aku da la suka baca blog dia yang agak berilmiah and power tu. kalau nak bandingkan dengan blog aku yang mangai entah pape ni, tahap bulu kambing dengan bulu yang ada emas woo. haha. tampar diri sendiri sebab ada blog yang lucah. da lama aku tak borak dengan mamat aussie tu. apa kabar la agaknya dia.

aku la kan, kalau ada masa, memang aku nak lepak and borak dengan dia lagi. heh. maybe bawak dia ke skytrex pulak ke apa ke. weh, meh la datang lagi kat KL, aku bawak main kat Skytrex! heh. sekian la cerita saya keluar bersama Putera. aku da tak tahu nak tulis apa sebab aku lapar gila barabas and aku nak makan sangat. sesungguhnya esok aku ada meeting kat park pukul 1030.

Sif : esok ada meeting kat park tau. 1030. tak payah masuk ofis dulu la.

aku : oo okay.

Sif : ke ada kerja lain

aku : E%RDTUIYG YUTRC%RUIJHOIUYF TRE$%E%^T*Y OU GHEC^VYU HIGYR&%E

Sif : okay la. masuk la ofis terus. ada Ali kat situ. korang dua je la. haha.

jadi, esok aku terus masuk ofis la and tak payah masuk park dulu. sekian wasalam. rabu ni ada lawatan dari Tourism Selangor la apa la ke Park so like macam aku kena handle pasal lawatan dorang ni. tu yang ARGHHHH. kelam kelibut kelabut kelaut semuanya. haha. sorry bos, sorry Alala sebab semalam tak masuk park sebab beli barang untuk semua tu.

sekian, makan malam dulu and assalamualaikum.

p/s
aku... rindu bebudak aku. haiyayayaya. bila nak lepak lagi ni?