Nuffnang

Friday 15 May 2015

Nami Cob Nobbler #141

Volume 15.
Chapter 5.
Page 15.
Paragraph 01 : 32.
Tittle : Nami Cob Nobbler
Music : The Boys [ Girls Generation ]

kau pernah dengar nama Nami Cob Nobbler? kau pernah? kau pernah? kau pernah? *tunjuk kanan kiri depan belakang.*

well, kalau siapa yang baca buku-buku malay undergorund ni, might be korang pernah dengar nama Nami. pernah dengar ke? ke tak pernah? ke pernah? hahaha. k, yang tu aku tak sure, cuma kali ni aku nak share betapa ohsomenya buku-buku yang dia tulis and aku rasa , kau kau kau dan kau *tunjuk semua orang ; sekali lagi* patut baca. KOH KOH KOH.

AWEK CHUCK TAYLOR

ni buku pertama yang aku baca dari Nami. Awek Chuck Taylor. buku dia ni sangat-sangat la pemes gila sampai da dibuat teater and aku rasa kalau aku ulang baca sampai beriban kali pun, aku tetap tak bosan jugak. and setiap kali orang tanya aku, what kind of buku yang dorang patut baca and buku mana yang best, first of all, aku akan suggest kan buku Nami ni. and lepas tu aku mesti akan bagi amaran.

"bila da habis baca buku ni, jangan terpengaruh dengan gaya cakap dalam buku tu."

selalunya , apa yang kita baca, kebiasaannya akan mempengaruhi kita dalam masa beberapa hari. jadi, lepas tu mula kau berfucking nak meniru gaya-gaya and ayat dalam buku tu seolah-olah kau la watak dalam novel tu. feeling macam watak utama. KAH KAH KAH. ;3 aku la salah seorangnya tu.

well, apa yang seronoknya pasal Awek Chuck Taylor ni sampai kau duk sibuk nak suggestkan kat orang untuk baca. well, bagi aku bila aku baca Awek Chucj Taylor ni, ianya seolah-olah membuka mata kau kepada kehidupan dalam perspektif yang berlainan. selalunya novel yang kita baca ialah novel cintan cintun tangkap air mata and kalau tak perempuan tu curang, kena kawen paksa, kena buli dek suami sebab kawen kontrak, itu adalah tidak sah, well, tipikal novel malaysia adalah macam tu. HAHAHAHAHAHAH. kau terima je la kenyataan yang novel Malaysia kebanyakannya memang sebegitu rupa.

selain dari Awek Chuck Taylor ini ialah kisah benar yang memang trang tang tang berkenaan 3 orang manusia, buku ni jugak guna bahasa santai nak mampus sampai aku pun selalu terpengaruh dengan gaya penulisan seperti itu dan mengaplikasikannya pada gaya penulisan ASRAMA dan REMAJA aku. tapi mesti la, gaya Nami tulis lagi power barabas. haha.

bila baca Awek Chuck Taylor, tetiba kau mesti mengenang memori. sebab dalam cerita Awek Chuck Taylor, dorang masih berhubung antara satu sama lain menggunakan MESPES dan bukannya Facebook macam budak-budak zaman sekarang ni. budak-budak batch aku tahu la MESPES tu apa. haha. budak-budak muda yang baca blog aku ni, memang tak ah depa ni tahu MESPES ni apa. kalau yang old skool yang baca blog aku pun, aku ragu-ragu sama ada angpa ni tahu ke dok, what is MESPES. HAHAHA. poyo gila ayat Sharky. mari tampa dia beramai-ramai dengan kadar kelajuan cahaya. ye la, zaman korang kan guna YM ataupun guna MIRC.

nak tahu lebih lanjut buku ni, boleh la beli kat mana-mana kedai buku and carik la Lejen Press dan carik Awek Chuck Taylor di bawah nama penulis, Nami Cob Nobbler. buku yang super best. aku bagi 10 bintang! hahaha, cuma larat je la tak dapat tengok teater dia. sobs.

Nama buku : Awek Chuck Taylor
Harga : 20 runggit
Penerbit : Lejen Press

BAU SEMANGAT ANAK MUDA

Bau Semangat Anak Muda atau nama inggerisnya Smells Like Teen Spirit / Nirvana *aku rasa dari situ la agaknya Nami dapat idea nak buat tajuk buku ni* well, bila aku baca buku Nami, mostly Nami memang banyak letak tajuk-tajuk lagu yang agak grundge. KAH KAH KAH. kadang-kadang tajuk lagu Germany pun mamat ni ada letak menandakan yang mamat ni memang truly universal pendengar lagu sepanjang zaman.

basically, Bau Semangat Anak Muda ialah pasal muzik - friendship and budak bingai yang terlalu malu nak luahkan perasaan cinta. HEH. siapa-siapa yang suka pasal band and budak-budak yang sukakan muzik, well,this book sesuai untuk kau. gaya penulisan dia pun santai je and bila kau baca, eh? da nak habis? apa yang aku perasan, watak-watak utama dalam novel Nami ni, mostly ada karakter yang lebih kurang sama which is ada masalah nak luah perasaan cinta dekat manusia. and novel dia selalu pasal life sesorang manusia. Nami pernah cakap yang kita semua ni pergi ke sekolah seperti produk yang dihasilkan dari sebuah kilang je. KOH KOH KOH. lebih lanjut? dalam Bau Semangat Anak Muda. hiks

Nama buku : Bau Semangat Anak Muda
Harga : 20 ringgit
Penerbit : Lejen Press

LELAKI EKSISTENSIAL

kalau siapa suka falsafah, boleh la baca buku ni. aku yang macam blur-blur pasal falsafah agak tak berapa suka dengan buku ni. sebab isi dia agak berat bagi aku. In the other hand. kawan aku suka pulak dengan buku ni. well, masing-masing ada taste dia sendiri kan terhadap sesuatu buku? 

buku ni menarik sebab falsafah yang Nami bawak memang bukak pandangan mata orang. pasal life, pasal kehidupan orang sekeliling, pasal perempuan,pasal Malaysia, pasal Pasce DEB, pasal Ekonomi, pasal Datuk dan Politik dan sebagainya. hahaha. kalau kau seorang manusia yang sukakan pembacaan isme dan isme seperti Komunisme ke Confiousme ke apa ke -,- well, this buku sesuai la dengan kau.

oh, macam dalam cerita Awek Chuck Taylor, watak dia ialah Hafiz. dalam cerita Bau Semangat Anak Muda, watak dia ialah Nizam. tapi nama watak dalam buku Lelaki Eksistensial ni tak disebut la pulak. koh koh koh. dia lebih dikenali dengan nama ; Lelaki yang berasal dari mana-mana sahaja. alien sangat :3 , oh dalam buku ni ada scene lucah. aku  berasa malu lagi segan dan aku selalu menutup mata sahaja bila membacanya. HAHAHAHAHAHA. 

Tajuk buku : Lelaki Eksistensial
Harga Buku : 20 ringgit
Penerbit : Lejen Press


Kau suka travel? 

well, buku ni sesuai untuk kau. yang tak suka travel pun, sesuai jugak untuk kau. bila aku baca buku ni, perghh, aku rasa macam nak jelajah satu malaysia. tapi malangnya mak aku tak bagi sentuh kereta ayah aku atas peristiwa aku sagat kereta *KAH KAH KAH* dan aku pun da lama tak membawa kereta, harapan yang nak feeling macam dalam cerita Rokok Nan Sebatang hanyalah tinggal angan-angan mat jenin di petang hari.

like sheriously, bila aku baca buku ni, memang la aku nak pergi setiap negeri kat Malaysia ni lepas tu carik makanan yang sedap gila barabas sampai nak muntah bila makan. setting dia ialah negeri-negeri dekat Malaysia dan jugak Singapura. well, watak utama dalam cerita Lelaki Eksistensial tu, ada jugak featured dalam buku ni and finally , nama dia ada disebut la. seperti biasa, asal kewujudan dia adalah ; Lelaki yang berasal dari mana-mana. 

ending dia agak sedih dan aku rasa, ah babi apesal macam sial dia punya ending. pastu aku rasa butthurt dan merasakan cerita Rokok Nan Sebatang adalah tidak adil. KAH KAH KAH. sekati aku je nak cakap novel tu tak adil la apa la. feeling jadi Awang Sariyan pulak aku ni. one of my favourite buku selepas Awek Chuck Taylor. hiks. 

Tajuk buku : Rokok Nan Sebatang
Harga : 20 ringgit
Penerbit : Lejen Press

ENAM DARJAH

#EnamDarjah

Nama watak dalam novel tu ialah Puspa '; Lelaki Eksistensial, Bunga Ramona ; Rokok Nan Sebatang. Wan ; Lelaki Eksistensial, Hafiz ; Awek Chuck Taylor, Nizam ; Bau Semangat Anak Muda dan jugak Faris ; (aku tak ingat tajuk novel ni sebab aku tak baca novel yang Faris ni)

#EnamDarjah ni ialah watak-watak gabungan dari novel-novel Nami yang sebelum ni. sebenarnya lagi tepat, novel ni ialah sambungan kepada kisah Rokok Nan Sebatang. tentang bagaimana kisah kematian seseorang tu boleh effect kehidupan kau, haha. aku tak tahu nak ulas panjang pasal #EnamDarjah ni sebab cerita dia macam kompleks sikit. 

kau nak tahu pasal #EnamDarjah ni , kau baca je la sendiri. KOH KOH KOH.

ada lagi satu novel Nami yang aku baca, aku baru beli kat Pesta Buku hari tu, tapi tetiba aku rasa malas pulak nak menulis lagi. her her. cukup la penulisan aku pasal si Nami dan novel yang dia tulis. aku rasa, gaya penulisan aku banyak dipengaruhi oleh Nami dan novel-novelnya. tapi aku punya sendu la sikit kalau nak banding dengan Nami. sebab bagi aku, apa yang Nami tulis very selamba and his idea about life memang la sangat da bomb and superb. dan ye, tanpa kau sedar, sebenarnya penulisan Nami ni lebih kepada mengkritik Malaysia dan adab Melayu yang entah apa-apa. not like, dia condemn Melayu and Malaysia, tapi dia condemn lifestyle orang Malaysia yang entah apa-apa. 

haha, kau suka membaca? 

well, grab buku-buku Nami pun quite cool actually. kau boelh try dapatkan novel-novel dia dekat MPH atau mana-mana kedai buku la. and kadang-kadang Lejen and Fixi pun ada buat jelajah dorang dekat sekitar Malaysia. cuma pesanan je la, bila da baca buku-buku Nami tu, jangan terpengaruh dengan gaya bahasa dia pulak. HAHAHAHAHHAHA.

k, rakan rakan sekalian, gua mahu masuk tidur dulu. kamar memanggilku. adios amigos. selamat membaca dan selamat malam. tata.

p/s

Tuper Iroo : by the way, ang buat apa? busy...

aku : Tak la busy mana pun. tapi buat something la. dan selainnya , menahan diri dari whatsapp kau. tapi gagal sama sekali. HAHAHAHAHAHAHAH




haih, takkan orang nak study gua nak kacau dop :3 tapi terhantar jugak wasap kat Tuper Iroo dengan menggunakan alasan bosan. padahal si Sharky rindu -,- 



No comments:

Post a Comment

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)