Nuffnang

Monday 23 March 2015

Remaja chapter 15 #132

Haikal bertapa atas kerusi tu and mata tunduk tengok latihan topikal bio yang dia nak kena kampoi. SPM da nak dekat. lagi beberapa minggu je. dia punya cuak tu tak payah cakap la. Zahid pun naik getar sama sampai terbawak bawak dalam mimpi. haha. yang tu lagi over. sekarang ni, di kala ini, Zahid malas nak layan buku and all that, mamat tu selamba je layan movie dekat laptop. Haikal tengok jam kat dinding da masuk jam 1 pagi. kejap lagi la dia tutup buku, tak pun main campak je buku latihan ni ke dalam beg sekolah. like seriously, malas gila aku nak baca semua jadah lahanat lagi musibat ni. SPM yang entah pape tu jugak la nak kena fokus sekarang ni. kata cikgu,kalau tak lulus atau gempak masa SPM, hidup kau akan hancur.
dia just angkat bahu je la bila dengar. dia nak bangkang cakap cikgu dia. most likely,kau boleh je hidup kalau kau tak excel sekali pun dalam SPM kau. tapi yeah, rakyat Malaysia selalu anggap, straight A+ masa SPM adalah super power gempak. seolah-olah nak cakap yang dapat result rendah SPM tu, masa depan da gelap gila babi macam kat dalam Gua Bubu sana. perspektif orang Malaysia da memang macam tu. contohnya makcik-makcik yang selalu gosip dekat luar rumah waktu petang.
"eh, anak kau belajar mana?"
"result anak kau okay?"
sebagai contoh, Mak Ngah dia. haha. kesian Zahid sebab Mak Ngah nak Zahid ni excel gila babi dalam setiap exam sampai sepupu dia tu da naik misery and tak boleh pikir lagi da. nasib baik mama dia okay and tak berapa nak push dia sangat. tak tahu la sama ada sebab dia da hilang ingatan jadi mama dia macam kasi ruang untuk dia dulu. entah-entah , mama pun dulu sama macam Mak Ngah,entah-entah lagi dasat! isk, kepala otak ni. mintak-mintak la dijauhkan yang mama dia bukan jenis kategori mendesak nak anak jadi apa and result macam mana. tapi so far dia tak pernah nampak pulak abang Umar dia kena marah kalau result kat uni dia tu teruk. aku tengok mamat tu selamba riang ria raya je walaupun result teruk nak mampus. aku pulak yang malu ada abang tak berguna macam tu. KAH KAH KAH.
Haikal tutup buku and naik ke atas katil. Mata Zahid fokus je tengok movie dekat depan mata. Haikal tengok dekat laptop and nampak si Zahid tu tengah layan Diary of Wimpy Kid.
"kau da habis study ke?" tanya Zahid tetiba. mata budak lelaki tu masih husyuk tengok laptop depan mata.
"belum." Haikal menguap. "lantak la. malas aku nak hadap da soalan topikal tu. mintak-mintak bila aku bangun esok, soalan tu da siap dengan sendirinya."
Zahid tepuk-tepuk bantal dekat riba dia and panggil Haikal baring kat situ. macam biasa Haikal baring dekat riba Zahid dan mata dia terpaku tengok movie dekat laptop. Zahid main-main rambut Haikal.
dua dua husyuk layan movie depan mata.
"Haikal." panggil Zahid.
"apa dia wahai mamanda sepupu ku." jawab Haikal sarkastik.
Zahid tersengih. "jargon prosa klasik mana kau guna ni?"
Haikal balas sengih. "mesti la kesultanan Melayu Melaka plus Gajah Mada. haa apesal?" Haikal dongak pandang Zahid.
Zahid diam tapi jari dia masih main-main lagi dengan rambut Haikal.
"yang ni soalan serius. after SPM, kau wish nak pergi mana?"
Haikal telan liur. budak ni da masuk mood serigala tengah malam ke apa tanya soalan luar alam and tanya pasal masa depan. rolling eyes. masa depan la sangat. HAHAHAHHA.
"still dont know yet."jawab Haikal perlahan. mata Haikal still kat skrin and tengok budak-budak tengah sorok dalam longkang. "kau tak payah la pikir sangat dengan harapan mak kau tu."
"okay." jawab Zahid pendek.
"Zahid." panggil Haikal.
"hurm." Tanda Zahid mendengar.
"aku nak cakap something."
Zahid menunduk tengok Haikal yang baring kat riba dia. "pasal apa?"
Haikal telan liur. dia nak cakap pasal diri dia sebenarnya. diri dia yang suka lelaki. is it a good time to talk about it? "aku.. aku.." Haikal tergagap.
Zahid kerut dahi bila tengok Haikal cuba susun ayat. "apesal?"
"aku.. ermm...." Haikal rasa terfaktab sangat nak sebut pasal benda alah tu. "aku ada masalah and aku terasa nak cerita dekat kau."
"pasal apa?"
Haikal diam lagi. mata tengok skrin laptop je. tetiba dia takut untuk kasi tahu. Is it Zahid akan rasa yang masalah dia suka lelaki itu ialah masalah yang normal macam remaja lain ataupun masalah yang luar biasa alam sampai dia kena campak ke luar bilik. Ini bukan Brazil la Haikal, orang boleh terima gay macam orang terima Fanta tu macam mana. dekat Brazil, gelaran untuk gay ialah Fanta. Gelaran untuk Lesbian ialah Big Shoes. kenapa Big Shoes? dia terlupa nak tanya Viviannie kawan dia dekat Dublin sana.
tapi dia bukanlah desperado yang betul-betul rasa dia suka lelaki. is it dia suka lelaki? macam mana nak define suka tu? is it suka ialah perasan dup dap macam main aci kejar sorok-sorok sampai tengah malam? ataupun suka tu ialah perasaan yang mana, kalau kau tengok orang tu, kau terasa jantung kau nak menjeluak keluar and kau rasa malu gila babi macam dia tengok Paan. itu definition sebagai suka ke? ke suka itu de define sebagai orang yang dia selesa untuk bercerita apa sahaja tanpa had limit macam dia dengan Hisha. ye, Hisha is a good guy sampai dia tak kisah untuk cerita anything and everything dekat mamat tu walaupun baru kenal. sounds like over dover tapi itulah kenyataan dia. sama macam Zahid. kadang-kadang dia rasa Zahid ni da macam pemegang cap mohor besar-besar dia. cuma , ye la. rahsia dia yang satu ni, dia tak pernah bagitahu siapa-siapa. walaupun seorang manusia bernama Zahid.
Haikal duduk hadap Zahid.
Zahid jeling tengok Haikal sebelum dia pause Wimpy Kid dekat laptop. "kau ni kena rasuk dengan Sundal Malam ke apa?"
Haikal baling bantal dekat Zahid. "bangang la sepupu aku ni. mulut dia." Haikal rolling eyes. "i just.." Haikal angkat bahu. "is it normal kalau aku suka dekat lelaki?"
diam.
1
2
3
4
5
krik krik krik
"err what?" tanya Zahid. "ulang balik."
Haikal legakan anak tekak dia. "is it normal for a guy like me suka dekat lelaki?" baik dia spill out awal-awal masa dia tengah ada keberanian.
"err.." Zahid jelas nampak macam hilang ayat nak cakap apa. budak tu kerut dahi tengok Haikal. "kau suka siapa?"
"errr." Haikal yang terfaktab sekejap. for like seriously, ini bukan reaksi yang dia harapkan dari seorang budak lelaki bernama Zahid. dia tak expect untuk Zahid tanya dia, eh, kau suka siapa? eh, siapa budak lelaki yang kau minat tu? "aku tak la suka siapa-siapa pun." Haikal duduk and angkat bahu. pandang Zahid. " I just err, wondering. memang normal ke kalau lelaki suka lelaki?"
"mesti la tak normal." balas Zahid pantas. "sebab tu aku tanya, kau suka dekat siapa? kau suka dekat aku ea?" Zahid da gelak-gelak
Haikal baling bantal ke muka Zahid. "tak gunanya tekaan sepupu aku ni. eh bangang la. aku just tanya je and itu tak bermaksud yang aku memang betul-betul suka and jatuh crush dekat lelaki."
"ianya tak normal la Haikal untuk seorang budak lelaki untuk suka dekat lelaki. suka je, okay la. tapi kalau kau da terasa sampai nak bercinta bagai, memang macam tak normal la. itu namanya homosapien yang homoseksual. kau suka dekat lelaki ke?" Zahid ulang tanya soalan.
Haikal blush. "eh, mana ada!" nafi laju-laju. mahu dia kena baling dengan Zahid dari beranda bilik mamat ni nanti kalau dia mengaku yang dia ada rasa dup dap dup dap macam baru lepas main kejar-kejar bila nampak lelaki yang bergaya.
"kau.. tak suka dekat aku kan?" tanya Zahid lagi.
Haikal baling bantal lagi dekat muka Zahid. "tanya soalan yang sangat luar alam. kalau aku nak jadi homosapien yang homoseksual sekalipun, aku akan pilih pakwe yang sangat bergaya dan kaya dan super bijak. bukannya selebet macam kau." lepas tu Haikal ketawa berdekah.
Zahid tekan play balik dekat laptop. "kau memang sepupu tak berguna." Zahid tepuk-tepuk bantal dekat riba dia. "da cepat baring balik. aku nak main rambut kau ni." gaya Zahid cakap macam da kasi arahan mandatori je.
"entah-entah kau yang suka aku." gumam Haikal perlahan. mata da husyuk tengok laptop balik.



Haikal suap laksa dalam mulut. Dia tak berapa nak amik port sangat dengan perbualan Hafid dan jugak Sufian dekat depan mata dia ni. petang ni da final debat. ni lunch kejap untuk buang perasaan dup dap dup dap. serius dia rasa nak termuntah pun ada. jantung terasa nak terkeluar sebab terlampau cuak pun ada. peluh da meleleh dekat belakang badan dia. baju sekolah da lencun sikit dek cahaya matahari yang panas hangat. dia pun tak berapa nak bijak makan laksa tengah hari buta.
"cuak?" tanya Sufiyan.
Haikal telan laksa dalam mulut. "gila tak cuak weh. final ni."
"tu la." tambah Hafid. suara budak tu garau gementar da. boleh rasa melalui nada suara budak tu. macam tak percaya la pulak mamat garang macam kacang hantu si Hafid ni pun ada perasaan gementar.
"chill la weh. hope kita boleh menang." Sufiyan cuba bagi semangat antara satu sama lain.
Haikal hanya angguk perlahan. "tapi budak SMKTIS macam kuat je." Haikal macam nak telan ayat tu ke dalam mulut dia. dia terasa macam ada ular menggeliut dalam perut dia. tak selesa sungguh.
"aku rasa kita boleh je menang and excel. da penat bertapa tiap-tiap petang kan, kadang-kadang sampai ke malam. takkan kita nak buat the worst kan?" balas Hafid.
"tapi Hafid." Haikal pandang Hafid. "kau takkan marah aku sangat kan kalau kita kalah ke apa ke?"
Hafid tergelak tetiba. "da kenapa kau cakap macam tu?"
"remember simpang lima punya kes? I was like macam tak paham dengan kau yang nak marah aku sangat. entah apa-apa entah."
Hafid tergelak lagi. Sufiyan sengih-sengih je. Haikal cemberut.
"it is like, macam la besar sangat salah aku."
"Hafid ni kan memang poyo." Sufiyan mencelah. "dia memang suka ngada-ngada je. kau tahu tak sebab sebenar dia marah ..."
Hafid menolak bahu Sufiyan. "da, da, da. kau tak payah nak bukak story ke apa ke." Hafid tunjuk penumbuk.
Sufiyan da terbelahak ketawa. Haikal tengok Sufiyan dengan Hafid silih berganti kedua duanya. for sure budak-budak ni bermasalah and macam ada simpan rahsia je dari aku. Haikal tengok si Sufiyan yang masih gelak tak sudah. Hafid da pandang Sufiyan macam apa je and seolah-olah ada amaran dalam mata Hafid, 'kau reveal rahsia tu, mati kau.'
"apa yang korang rahsiakan?" Haikal picing mata pandang Hafid dan Sufiyan silih berganti.
"nothing. nothing." jawab Hafid pantas.
Haikal angkat bahu malas nak melayan. "paper je la." Haikal pandang Hafid.
"da la weh, makan cepat. aku terasa nak pergi masuk Hall cepat. kat luar ni panas la dude." ajak Sufiyan. "aku rasa macam da berpeluh semacam je. tak ke haru kalau naik pentas, bagi hujah bagai pastu badan berbau semedang."
Haikal tergelak. "kau ni banyak sangat berangan la. da da. jom bayar dulu."



"you know." Haikal pandang atas tengok langit gelap malam. "aku suka gila lepak sini." Keliling dia dengan Zahid da bising dengan suara budak-budak berlari bagai semua. sekali lagi dia dengan Zahid lepak dekat Dataran Putrajaya sebab masing-masing da bosan hadap buku dekat dalam bilik untuk SPM. pejam celik, pejam celik tinggal beberapa hari je lagi nak hadap SPM terchenta. lampu neon memang da selamat berlimpah limpah dari arah masjid dengan Dataran Putrajaya sendiri. depan dia dengan Zahid da terbukak segala bagai buku latihan add math, pemadam, pensel tekan, segala bagai formula, kalkulator and kertas conteng bagai, bersepah jugak dengan segala pembalut makanan dan cikedis. hahahahaha. dia dengan Zahid memang selamba je buat Dataran Putrajaya macam rumah dorang. Pengawal kat situ da pandang semacam je bila tengok dia dengan Zahid macam buat sepah, buat kecah dekat area situ. cepat-cepat dia dengan Zahid masukkan segala bagai sampah ke dalam plastik sampah yang dorang bawak siap-siap dari rumah.
"aku terlupa tanya pasal debat kau. how was it? cool gila tak?" tanya Zahid. budak lelaki tu pandang Haikal kat sebelah yang masih mendongak tengok langit malam.
Haikal amik gula-gula hacks yang memang bersepah kat atas rumput Dataran Putrajaya, bukak pembalut and masukkan gula-gula ke dalam mulut. "kalah." tambah Haikal pendek. budak lelaki tu angkat bahu sambil pandang Zahid. "aku pun tak tahu kenapa kitorang kalah. seems like pengadil macam bias gila. aku tak tahu kenapa kitorang kalah."
"Hafid bising tak bila kalah?" tanya Zahid pastu sengih.
Haikal julingkan mata ke atas. "mahunya tak bebel budak tu sebab dia pun seems bengang sama sebab juri macam bias on that day. fakta kitorang semua okay. opening okay. penggulungan pun okay. kitorang punya opponent tu entah pape entah. da la salah fakta kes, salah bagi opening and aku sendiri pun tak tahu yadaa yadaa kenapa dorang menang. Hafid like very bengang gila la. tapi da keputusan juri acam tu. apa je la yang kitorang boleh buat kan?"
"dia ada marah kau tak?"
"none."
"tapi kan Haikal. kenapa dulu dia pernah marah kau dekat Simpang Lima? tapi kadang-kadang aku tengok dia macam okay - baik dengan kau pun ye jugak dekat sekolah. tapi cara kau cakap macam Hafid tu benci gila dekat kau and suka marah-marah la apa la."
Haikal pikir-pikir dalam kepala. sebenarnya Hafid tak la teruk sangat. dulu Hafid pernah cakap masa dorang tidur sama-sama dalam bilik, yang dia saja saja je jadi garang dekat Haikal. takde niat betul-betul nak maki ke apa. tapi takkan la dia nak cakap kat Zahid yang Hafid tu dulu suka kat dia and dulu dia pun ada ala-ala perasaan jatuh crush dekat Hafid. takkan la dia nak cakap macam tu kan? mahunya kena rejam dengan Zahid sebab cakap benda luar alam pasal lelaki suka dekat lelaki.
tapi Zahid ni pun dia punya reaksi aneh semacam. hari tu masa dia tanya soalan dekat Zahid pasal 'normal ke kalau dia suka dekat lelaki' and reaksi yang dia harapkan dari Zahid adalah
1) kena maki
2) kena sindir
3) kena baling bantal pastu kena tendang ke beranda luar
tapi reaksi yang ditunjukkan Zahid adalah sangat cool. sangat biasa-biasa and tak macam beriak apa pun. seolah-olah soalan yang dia tanya dekat Zahid tu macam tanya , nak makan apa. nak minum apa. aku ingat si Zahid ni akan marah gila babi ke apa ke. ye la, manusia zaman sekarang kan macam tu. macam boleh dengar benda pelik sikit, mula la keluar fatwa la apa la itu la ini la seolah-olah dia tu tuhan untuk judge everything.
"Zahid, kau ada awek?" tanya Haikal tetiba. Zahid yang tunduk pandang buku latihan terus lipat maut tengok Haikal.
"kau da kenapa tanya soalan luar silibus ni? kena sampuk dengan hantu Dataran Putrajaya ke apa?"
Haikal tergelak kejap. "apa ke benda mulut dia ni. no la, aku saja je tanya, kau ada awek?"
Zahid diam dan menggesek-gesek dagu seolah-olah berfikir. "entah." lepas tu Zahid tersengih-sengih nakal. "apesal tetiba tanya sama ada aku ada awek ataupun tak?"
"aku nak tanya, apa perasaan kapel sebenarnya? apa perasaan yang kau boleh cakap, 'eh, aku suka dekat dia.' macam mana kita boleh tahu yang 'aku suka dekat dia?' "
Ekspresi muka Zahid memang tak boleh belah. budak lelaki nampak macam da nak tergelak pun ada. "like seriously dude, apa kena dengan kau ni?"
Haikal angkat bahu. "aku saja je tanya. eh da abaikan la. hahahahhahahahaha." lepas tu Haikal gelak. "macam bodoh pulak soalan tu."
lepas tu dua dua senyap kejap. suasana keliling masih bising dengan suara budak-budak lari tak berhenti. dengan suara budak-budak main badminton, main roller blade masih tak berhenti.
"walaupun aku rasa soalan kau tu entah apa-apa tapi okay je nak dibincangkan. walaupun aku rasa kita masih muda which is only 17 tahun je, tapi tak salah pun nak bincang pasal benda tu. tapi kan Haikal, why so suddenly la kau tanya soalan tu? kau ada jatuh cinta dengan sesiapa ke?"
"no la. aku just tanya je sebab aku tengok ramai je keliling kita yang berkapel. tu yang tetiba nak tanya kau."
tipu. sebenarnya dia tanya soalan tu sebab tetiba dia rasa aneh bila berhadapan dengan lelaki. which is supposedly, dia patut rasa aneh bila dia berhadapan dengan perempuan dan bukannya dengan lelaki. dia selalu terasa nak ketuk diri sendiri. kenapa la aku ni tak normal suka dekat lelaki. kenapa aku tak boleh nak suka dekat perempuan? why? why? why?
aku ni da macam kekeliruan identiti pun ye jugak. bila dia baca dalam buku teks pendidikan islam dekat sekolah, menjadi gay adalah salah. menjadi gay pada zaman nabi luth adalah salah di mana hukumannya ialah Allah telah menterbalikkan bumi mereka lalu jadilah Laut Mati yang femes amos itu. menjadi gay adalah tidak normal dalam pandangan masyarakat. menjadi gay adalah di luar kebiasaan manusia dan siapa jadi gay, kau akan dipandang hina lalu dikecam.
okay, well. dia suka dekat lelaki, which mean, kadang-kadang jantung dia terasa dup dap dup dap macam apa je bila terserempak dengan lelaki kacak bergaya yang memang mangai hansem gila barabas. dia pun tak terasa nak jadi gay. i mean, dia pun tak terasa nak ada perasaan suka dekat seorang budak lelaki yang lain. perasaan tu...... just there.
dia selalu ingatkan dalam kepala yang suka - jatuh cinta - nafsu adalah perkara yang berbeza. dekat Dataran Putrajaya ni jugak la dia dengan Zahid duduk bersila and bincang pasal what is gay actually is all about?
konklusi yang dia dengan Zahid bincangkan dan dapat ialah (jangan jadikan rujukan utama! HAHAHAHAHAHAHAHAHAH) suka itu takpe tapi jangan melibatkan hawa nafsu sebab nafsu tu yang bersalah. yang salah bila jadi gay ni ialah bila membayangkan benda-benda yang luar biasa alam pada seorang lelaki dan nak buat benda pelik-pelik dengan lelaki.
sebagai contoh, Ali seorang homosapien yang suka pada lelaki (read ; gay) dan dia berkawan dengan Abu yang emm, tidak tahu what is his identity. adakah Abu seorang jejaka straight? ataupun Abu seorang jejaka yang homoseksual? ah, apa-apa je la.
apa yang cuba dia nak sampaikan ialah tidak menjadi kesalahan kalau
Ali hanya hendak berkawan dengan Abu.
tidak menjadi kesalahan apabila Ali suka berkawan dengan Abu.
tidak menjadi kesalahan apabila Ali suka usik mengusik Abu.
adalah tidak menjadi kesalahan apabila Ali suka amik berat pada Abu.
yeah, they are friend after all.
menjadi kesalahan apabila Ali membayangkan Abu bogel dihadapannya.
menjadi kesalahan apabila Ali cuba meraba Abu waktu tidur.
menjadi kesalahan apabila Ali mencium brief / boxer / spenda Abu waktu Abu sedang mandi.
menjadi kesalahan apabila Ali cuba membuat seks bersama Abu.
Hidup ni kompleks kan Haikal? banyak benda yang dia tak tahu. contohnya, macam mana perasaan suka dekat lelaki tu boleh ada? macam mana perasaan jantung tetiba berdenyut tidak normal bila nampak lelaki kacak tu boleh ada? dia bukannya boleh kawal semua tu. dia nak je suka dekat perempuan tapi masalahnya jantung dia tak jugak berdegup kencang bila nampak perempuan. dia just nampak perempuan sebagai seorang perempuan. just that. tapi kadang-kadang dia nampak lelaki ni mengancam dan menusuk kalbu la pulak. contohnya masa dia pertama kali nampak Paan depan mata. like seriously, budak lelaki tu sangat kacak berganda dan like seriously jugak jantung dia berdegup laju macam kuda lari laju-laju macam apa je. tapi malangnya perangai budak lelaki tu macam tahi. jadi malas la cakap pasal budak lelaki tu. entah apa jadi dengan mamat tu pun dia tak tahu. da lama jugak dia tak contact mamat tu sejak kes Cherating dulu tu. tapi ada jugak mamat tu hantar whatsapp dekat dia cuma dia rasa macam errr, -,- sangat untuk membalasnya. nanti la dia balas bila dia da terasa takde benda sangat nak dibuat. gaya cakap macam jadi rebutan Paan je. KAH KAH KAH. Haikal memang bodoh. okay, berbalik pada tadi, selain dari Paan, dia jugak ada dup dap dup dap sekejap pada Hisha. bukan sebab Hisha hansem macam Paan ke apa . bagi dia Hisha still good looking tapi tak setanding dengan Paan la. Bagi dia, *bagi dia la, ehem, batuk sekejap* Paan tu sangat well gorgeous tapi yeah Hisha still nice.  perangai dia sangat-sangat baik dan buat dia jadi selesa sampai kadang-kadang malam dia lepak bersama dengan Hisha dekat depan Lab Skill, dia mahu masa itu berhenti dari berdetik dan bergerak. dia nak masa jadi pegun dan dia mahu borak dengan Hisha lama-lama dan banyak-banyak. dia nak masa hanya untuk dia dan Hisha aja. over gila kan permintaan seorang budak lelaki yang suka pada lelaki lain bernama Haikal ini. tapi nak buat macam mana., itu apa yang dia rasa. itu apa yang dia tetiba terasa dalam kepala otak dia. bukan dia boleh halang ke apa ke.
"bila aku suka dekat someone, aku selalu rasa jantung macam dup dap semacam je." kata Haikal pada Zahid.
"really?" Zahid pandang Haikal sambil tangan capai sugus kat dalam balang plastik. dorang berdua memang macam picnic sungguh-sungguh. berkhelah sambil hadap buku latihan add math. Sungguh la jarang dibuat orang dalam merata ceruk dunia sekali pun. "aku kalau suka kat someone, aku rasa dia macam  bersinar-sinar di mata aku."
Haikal kerut dahi pandang Zahid. "orang yang kau suka tu macam berlian ke apa nak bersinar sinar." Haikal sengih.
Zahid tergelak dengar perumpamaan Haikal. "no la, bagi aku dia macam yang paling indah and paling bercahaya and paling cantik dari yang lain."
"jiwangnya sepupu aku." Haikal menjulingkan mata ke atas. "aku macam tak percaya je sepupu aku boleh kasi jawapan jiwang macam tu." Gumam Haikal.
"okay Haikal, berbalik pada soalan kau yang malam dulu tu." Zahid ubah topik. Belakang Haikal berpeluh sekejap. shoot, mamat ni nak bukak da balik soalan memori menggila dia dulu tu.
"pasal kau suka seorang lelaki yang lain. secara jujurnya, masa mula-mula aku dengar soalan kau, aku macam terkejut sikit la. what the hell is going on is happen to my dearest cousin." Zahid tergelak sikit.  "tapi aku try untuk act cool. ye la, takkan aku nak terus maki kau ke apa ke. sebab tu malam tu aku macam tak tanya banyak sangat pun. tapi what happen? you know, kau boleh cerita dekat aku semua benda." Zahid pandang Haikal. Haikal pandang Zahid balik.
"aku..." Haikal tarik nafas perlahan. "entah la weh. acam-macam benda terjadi kat aku sampai aku kadang-kadang rasa benda ni semua entah apa-apa. kadang-kadang aku malas nak ingat, kadang-kadang aku perlu rewind semua benda ni so that aku tak ulang silap benda yang sama." Muka Haikal nampak macam serabut gila.
"kau cakap pasal apa ni weh?" Dahi Zahid da berkerut sebab curious gila babi.
"aku...." Haikal terdiam. dia tak tahu sama ada dengan memberitahu Zahid tentang masalah dia yang suka lelaki adalah perkara yang tepat dan juga betul. adakah betul? adakah okay kalau dia bagitahu Zahid tentang masalah dia yang suka pada seorang lelaki? adakah semuanya akan normal? adakah Zahid tidak akan freak out seperti yang dia bayangkan? dulu dia bayangkan Zahid akan freak out gila babi tapi end up reaction budak lelaki itu hanyalah biasa-biasa je. mungkin dia boleh memberitahu Zahid apa yang sebenarnya terjadi.
"aku mula ingat certain thing, apa yang pernah terjadi kat dalam life aku. aku da ingat sikit-sikit apa yang jadi masa zaman aku sekolah dulu."
"dan ianya?" Zahid tunggu jawapan dari Haikal.
diam.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
"teruk." Haikal angkat bahu. "aku dulu rupanya suka dekat lelaki, pernah kapel dengan lelaki, pernah buat seks dengan lelaki." makin lama makin perlahan suara Haikal. "life sku suck duh. lagi-lagi masa zaman aku sekolah asrama dulu. nasib baik fiver dengan kau and sekolah harian biasa je which is aku tak la buat benda aneh lagi luar alam." dan dia tak la terasa nak cerita semua benda yang dia pernah buat dekat Zahid. dia tak la terasa nak cerita pasal hal dia dengan Paan dan hal kes dia pernah kena liwat paksa dengan Imran dan juga Paan. Dan dia tak terasa nak cerita dekat Zahid pasal kisah dia dengan Hisha masa dekat kem dulu. Dia pun tak terasa nak cerita dekat Zahid pasal betapa selesanya dia lepak dengan Hisha sampai kadang-kadang jantung dia berdegup kencang - segan dan suka bila dekat dengan budak tu.
"sejak bila kau suka dekat lelaki?"
Soalan Zahid buat Haikal terdiam. Terfaktab jugak dengan soalan yang keluar dari mulut mamat tu.
"what the hell of question yang kau tanya tu?" Kelam Haikal pandang Zahid.
Zahid hanya angkat bahu. "wondering."
"entah. I also dont know. lagi-lagi sejak hilang ingatan ni kan. yang aku ingat aku start since aku masuk sekolah asrama tu la kot, ada macam-macam kes terjadi. and bila aku datang balik sekolah tu aku terasa macam, what the hell I'm doing here? kadang-kadang buat aku terpikir, ye la, kita belajar dekat Pendidikan Islam, yang gay itu jahat and all that, so bila aku dapat balik memori aku ni, and I knew that my past is aku bukan la seorang budak yang,,, you know, kategori baik. buat aku terfikir, perlu ke aku ingat balik semua kisah lalu aku?"
Zahid terdiam terus. Haikal pandang Zahid. "life aku entah apa-apa."
"ala, chill je la Haikal. Kita dilahirkan putih, normal la kalau kotor tetiba. and end up, tak semestinya kau mati dalam keadaan kotor. boleh je kau nak mati dalam keadaan putih semula."
Haikal tergelak tetiba. "gila la sepupu aku. cakap pasal mati."
Zahid pun tergelak jugak. "by the way Haikal, aku pun ada rahsia nak bagitahu dekat kau."
Haikal kerut dahi. "apa dia?"
Zahid cuma sengih-sengih nakal. "nanti la bila-bila aku bagitahu kau."
Haikal tolak bahu Zahid. "bangang la."
Zahid gelak.
"baik tak payah bagitahu kalau kau saja je nak trigger aku."
Gelak lagi.
"cilakas."




YEAYYYY. Haikal letakkan pen biru ke atas meja sambil senyum riang ria raya. dia menghela nafas lega, gembira, rasa nak nangis pun ada, rasa nak melompat pun ada. Sabar Haikal. jangan buat perangai luar alam dalam Hall Exam pulak. dia da selamat menjawab paper terakhir SPM which is Biologi. kalau tengok dekat dinding Dewan Peperiksaan ada lebih kurang 10 minit lagi sebelum dia bebas buat selama-lamanya dari SPM. weehuuuu, ada banyak benda yang dia nak buat lepas habis SPM ni. heh. kau tunggu je la nanti dunia. harap-harapnya semua paper SPM yang dia jawab sebelum-sebelum ni akan dapat gred yang bagus. walaupun dia main taram je jawab barabas entah apa-apa, mintak-mintak la still okay. dia berharap orang yang tanda kertas exam dia ialah mereka yang baik hati lagi suci murni hati itu. Amin..
tapi kan Haikal, apa je yang kau nak buat after SPM ea?



Fon Haikal da bising dengan lagu My Song Know What You Did In The Dark. Nombor yang dia tak kenal naik kat fon. Zahid awal-awal lagi da main game dekat komputer. da tak peduli dengan keadaan sekeliling. Speaker Wi Fi kat dalam bilik da berdentum macam dekat Konsert Nirvana dengan lagu No Diggity by Blackstreet. Haikal kerut dahi tengok nombor tak dikenali tu.
Klik.
Fon perlahan-lahan letak kat telinga.
"err hello?" Dia mulakan perbualan.
"weh awat memekak gila? ada kat disko ke apa?" suara dekat hujung sana tergelak.
erk. "siapa ni ye?" Haikal tengok skrin fon balik. memang tak keluar nama siapa-siapa. Malaun mana yang kol aku tetiba ni? nak kata dia ada hutang ceti haram, takde la pulak.
"Hisha la ni."
Terus jantung dia berdegup tak terkawal.




Haikal dengan Hisha duduk sebelah-sebelah bersila dekat Padang Setia City Mall. mata masing-masing teruja tengok sekeliling yang meriah dengan orang yang pelbagai. ada yang main skate, ada yang main roller blade, ada yang bawak Iguana si haiwan peliharaan kat situ. ada yang main belon buih dekat situ. even Little Bouncy Castle pun ada.
"aku..tak pernah lepak sini." Haikal menyeringai. "suasana kat sini macam dekat Dublin. you know people berkelah dekat padang and family have fun with each other. spending. jarang aku nampak dekat Malaysia which is different story masa aku dekat Dublin, orang kat sana suka je berkelah."
"tu kau kena amik faktor cuaca jugak. summer dekat Dublin tak la macam kat Malaysia ni. Dublin ada 4 season and Malaysia also got 4 seasons la." Hisha mengira dengan jari. "season Malaysia are panas, super panas, hujan and super ribut hujan."
Haikal tergelak. Hisha pun tergelak dengan lawak yang dia buat sendiri.
"like seriously dude, orang Malaysia tak suka nak berjemur ni and I kinda weird with Americano yang suka sun bathing. what on earth that you guys doing? cahaya matahari not most all the time is good for your skin."
"preference la Hisha. well, semua orang ada preference masing-masing kan?"
Jeda sekejap.
Haikal dengan Hisha husyuk tengok keliling. This is totally awesome aite? sangat-sangat meriah. Haikal keluarkan fon dia dan mula amik gambar budak yang tengah nak naikkan layang-layang. tetiba dia teringat dekat Paan and Cherating which is benda luar alam yang lawak ialah bila Paan tak tahu sangat nak main layang-layang. Aneh sungguh.
Hisha baring atas rumput hijau dekat Padang SCM tu. tangan da bersilang dekat belakang kepala and memang baring santai. selamba je baring sebab semua orang tahu padang kat SCM tu okay je. guna rumput karpet and bukan Hisha sorang je yang selamba baring kat situ. ramai lagi and ramai jugak la yang baring terguling-guling dekat situ seolah-olah macam buat rumah sendiri je.
Haikal baring sebelah Hisha dan mengangkat fon ke atas. dekat skrin fon nampak penuh muka Hisha dengan muka dia. mula-mula Hisha macam berkerut dahi sikit sebab nampak macam terkejut je. hahahaha.
"lets selfie yo!"
Hisha sengih. Haikal sengih.
Haikal klik pada fon.
"senyum lagi lebar la sikit!"




Haikal dengan Hisha duduk dekat KFC sambil masing-masing hadap makanan. Hisha amik Snack Plate and Haikal pulak amik Value Treat - Cheesy Zinger Mash Potato. jam kat tangan baru tunjuk pukul 845 malam. tunggu wayang pukul 930 malam.
"cerita apa kita tengok nanti?" tanya Haikal. sejujurnya Haikal tak tahu cerita apa yang Hisha book. mamat tu tak bagitahu la pulak cerita apa yang dorang tengok and dia pun terlupa nak tanya. hari ni , after tengok wayang, dia akan tidur kat rumah Hisha and esok baru balik ke rumah sendiri. Hisha da ajak awal-awal masa kol dia hari tu. dia tak tahu nak telah perasaan sendiri sebagai apa. dia terasa happy bila dapat kol dari Hisha hari tu. happy tahap macam mana? happy tahap gila babi!


"kau apesal tersengih-sengih?" tanya Zahid. mamat tu pandang Haikal yang terbaring atas katil. "siapa call tadi?"
"kawan aku." jawab Haikal perlahan. dia pandang Zahid. "apesal tanya?"
"muka kau luar biasa bercahaya sengih." Zahid sengih pandang Haikal. "marka kau call ea? lelaki ke perempuan?"
Haikal baling bantal ke muka Zahid. "bangangnya soalan. da la malas nak layan kau." 
Zahid gelak kuat. 
Haikal terus amik earfon dan sumbat ke telinga. Berdentum lagu BYOB - System of a Down kat telinga. sambil tu sempat dia sengih-sengih lagi sambil tengok fon.



"Pitch Perfect."
"cerita apa tu."
Hisha angkat kening. "tengok je la nanti."
"okay."
masing-masing diam hadap makanan. Haikal masukkan Mash Potato ke dalam mulut. Value Treat KFC memang la terbaik sungguh. da la ada ketulan-ketulan ayam yang lazat sungguh dalam bekas Mash Potato tu. Haikal suap tak berhenti.
"How is your SPM?" Tanya Hisha
Jeda.
"okay la. quite okay. tapi agak struggle sikit dengan sejarah." Haikal menjulingkan mata ke atas. "too many question yang pelik and I'm quite lost." Haikal menggelengkan kepala. "entah apa entah dapat gred untuk sejarah. serius taram barabas je." gumam Haikal.
"chill la. I got B je for sejarah." Hisha gelak. "hancur sungguh. yang lain da cantik je gred, tapi sampai dekat sejarah, terus entah apa-apa."
Haikal sengih. "but the problem is aku tak tahu la nak sambung mana after SPM. kau dulu masuk mana Hisha?"
"aku sambung ke Asasi."
"oh, best?"
"best la jugak. sekarang pun tak habis lagi asasi aku. habis Mei next year which is masa tu batch tahun korang la yang akan masuk ganti kitorang."
"nanti degree nak amik apa pulak?"
Hisha diam je sebelum angkat bahu perlahan. "entah la. mak aku suruh aku amik engine. tak pun medic. tapi..."
diam.
"tapi apa?" Haikal capai satu kentang, cecah dengan sos and masuk mulut.
"kecelaruan emosi kot."
Haikal tergelak. Hisha pun sama.
"amboi kau punya sastera. apesal kau rasa keliru?" mulut masih sengih. Hisha ni memang la gaya cakap da guna bahasa prosa klasik zaman dahulu kala je.
"aku lagi suka minat muzik. for me benda tu lagi hidup dari engine or medic. aku tak boleh nak nampak kepentingan log dan differentiation dalam life aku atau dalam life yang aku boleh bayangkan. with muzik aku boleh nampak apa yang aku nak jadi. Istana Budaya, kelas muzik, anak murid, ada stand and all that." Hisha mengeluh.
"go for it la." Haikal amik kentang satu lagi dan masukkan ke dalam mulut. "you got your life and it is your choice what. kau jugak nak kena harung degree year. not your mum ke apa ke."
"susah kalau kau anak lelaki sulung, harapan keluarga la apa la , cucu sulung la and kau kena bersaing with 4 sepupu kau yang lain. aku kadang-kadang terasa macam lembu yang sering dibandingkan dengan lembu yang lain."
dia pun pernah guna perbandingan itu untuk Zahid dan jiran-jiran rumah Mak Ngah dia yang suka membandingan anak maisng-masing.
"try la diskus with your mum. ayah kau?"
"ayah aku jenis tak kisah as long aku excel and boleh tampung keluarga after this. cuma mak aku je la." Hisha mengeluh.
"chill la." Haikal sengih. "nanti try bincang baik-baik. by the way, ada suggestion for me tak , untuk masuk mana?"
Hisha kerut dahi sebelum sisip Mirinda ke celah bibir. Bibir merah budak tu mertambah merah lepas minum Mirinda. bagus kan Hisha ni, dia tak hisap rokok and memang rasa budak ni ada badan yang sihat lagi cerdas. hiks. *sempat cuci mata!* Haikal telek Hisha puas-puas. Bagi dia la, Hisha ni comel. Perangai da macam seorang abang yang baik! apesal la aku dapat abang macam abang Umar tu. hahahaha, asyik nak membuli aku je.
"masuk je la asasi aku. apa susah." terus Hisha kasi jawapan.
Haikal sengih-sengih. "macam menarik."
"sangat menarik."



Hisha dengan Haikal dua dua selubung bawah selimut and tengok movie kat laptop depan mata. Bilik da selamat bergelap. cuma ada lampu dari tepi jalan dekat luar yang biaskan cahaya ke dalam bilik Hisha and also cahaya dari laptop Hisha. pukul 930 tadi da selamat tengok Pitch Perfect kat wayang. habis wayang, Hisha angkut dia balik ke rumah and dua dua terus masuk bilik, bersihkan diri sikit and lepas tu Hisha kata nak buat movie marathon pulak dekat laptop. and tadaaa, sekarang dua dua selamat tengah berselubung bawah selimut, da macam rupa khemah pun ada, and sekarang riang ria raya je layan Bolt dekat laptop.
"kau memang suka tengok cerita kartun ke apa?" tanya Haikal tetiba. mata beralih kejap dari skrin laptop tengok Bolt selamba je bengkokkan besi guna paw anjing dia tu.
"apesal tanya soalan macam tu?" tanya Hisha. budak lelaki tu pandang Haikal.
Haikal da dup dap. mak aih. suara mamat ni apesal macho sangat tetiba and kenapa aku rasa mamat si Hisha ni pandang aku macam dekat sangat je? tak ke terasa kalau Hisha ni ke depan sikit, hidung dorang berdua memang da selamat berlaga da.
jantung Haikal da dup dap dup dap tak nak perlahan. kamon jantung. why so rush la? ni Hisha da dekat gila dengan dia, mintak-mintak mamat tu tak dengar jantung dia buat aci kejar pam darah tanpa henti yang sangat laju. -,- memang Hisha tu ada pendengaran supersonik pun nak dengar jantung dia buat aksi bunyi yang macam mana.
"err Hisha. kau tak rasa kita macam dekat sangat ke?" tanya Haikal terus. Hisha memang selamba je pandang dia tak henti dari tadi. Bolt yang lari-lari dekat skrin laptop pun da selamat dua dua tak hadap da.
Hisha pandang Haikal. Haikal pandang Hisha.
"errr," Haikal da ragu-ragu.
Kepala Hisha bergerak ke depan sikit.
dan makin ke depan.
dan ke depan.
Hisha cium Haikal.
Lembut.
Haikal tutup mata bila Hisha cium dia.
Manis.
Hisha usap belakang dan rambut Haikal.
Haikal rangkul leher Hisha dan masih tak berhenti cium.
Hisha baringkan Haikal perlahan-lahan.
Satu tangan Hisha masih menjadi alas kepala Haikal
Haikal tarik Hisha rapat ke badan dia dengan eratkan rangkulan kat leher.
dan kedua duanya masih tidak berhenti cium dari tadi.
Haikal tersenyum kecil masa cium.
Hisha berhenti cium. dia tenung Haikal yang nampak jugak la dari biasan jingga lampu dari luar sana.
Tangan Haikal masih kat leher Hisha.
"errr." Haikal tak tahu nak cakap apa. tetiba dia terasa awkward. jantung da berdegup kencang tak nak henti.
Hisha usap rambut Haikal ke belakang sebelum cium dahi budak tu.
Haikal terkedu.
"da lama aku tunggu saat ni." bisik Hisha. "thanks Haikal." sebelum Hisha peluk dia erat kat bawah selimut tu.
Hisha cium pipi dia and peluk makin erat.
Kejauhan kedengaran guruh berdentum menandakan hujan akan turun.
"it's going to rain soon. and cold." Gumam Haikal. Haikal tengok Hisha yang kat sebelah dia.
"by the way, you can hug me if you want." Pelawa Hisha.
Haikal blush!
Tak lama lepas tu Hisha makin eratkan pelukan kat bawah selimut tu bila hujan ula turun dengan lebatnya.
"thanks." ucap Haikal.
"most welcome."
sengih.



p/s
sorry lambat update! maaf! banyak benda aku nak story after this! hiks. apa-apa pun, tidur dulu. selamat malam. kalau suka baca, boleh komen :)



58 comments:

  1. eeee....citer lucah

    ReplyDelete
  2. So sweet *tersipu-sipu* huks huks

    ReplyDelete
  3. I wish leh patah balik masa muda dulu...pernah gak ada pengalaman camni...sweeeet! Now..sume gay nak gelojoh bila jumpa
    jumpa..*Sigh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik zaman muda? heh. sekarang berapa umur u?

      haha. betul tu. sekarang semuanya very gelojoh macam takde hari esok. bila da main, esok terus tak contact. haha

      Delete
  4. wahhhh...sangat best..hahaha..
    btw aku suka betapa sweet nya si Zahid ni bagi Haikal baring atas riba dia n main-main rambut haikal..wah untong ade sepupu macam tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, kan kan kan. dulu masa kecik2 biasa la macam tu. bila da besar mahunya kena baling ke luar tingkap kalau nak manja macam tu. hahahahahahaha.

      Delete
  5. Yaoi moments! Too much sweet yoai moment! *hidung berdarah* hahaha!

    ReplyDelete
  6. Aku prefer scene Hafid ngn Paan. Peliss wujudkan watak cameo Nov dan scene panas bersama either paan or hafid. Hahaha. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. scene paan main dengan hafid? hahahahahah.

      nanti aku tambah watak kau ye. nak jadi macam watak ash ke? eh? haha

      Delete
    2. Huishh, ade pulak ke situ.

      erm.. erm.. watak Nov main ngn paan or hafid lah. **Blushing**

      Ash buat pe, aku nak watak paling cool. Hahaha.

      Delete
    3. ah, kau jadi watak utama je la nanti. haikal mati, pastu aku sambung dengan watak kau,. hahaha.

      Delete
  7. Hakhak kelako je aku baca!thumbs up for you mr sharky! Next chapter please~

    ReplyDelete
    Replies
    1. part mana kelakar tu? haha.

      next chapter? kasi aku bernafas dulu.

      Delete
    2. Orang kata sweet je memanjang aku kata la kelakar hakhak . meh sini aku bgi CPR kompem lancar .

      Delete
    3. lai lai. kasikan CPR please.. aku nak bernafas.

      Delete
  8. Haramjadah punya sweet melting aku dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relax le brade. Haramjadah mende nye. Memang sweet pn

      Delete
    2. hahahaha. part mana yang sweet melting gila tu??

      Delete
    3. Xtau . smua la shark . bg la nama fb ko . aku nk add gak . mne tau . ade jodoh . hAhHa

      Delete
    4. nama fb aku : thakif iman. kau add la. nanti ley borak3 dekat facebook

      Delete
  9. senyum sorang-sorang aku dibuatnye baca ceries kau ni sharky... kalau aku ada sepuluh tangan aku dah bagi 10 thumbs up, tapi aku ada dua tangan je, so aku mampu bagi two thumbs up... tak sabar nak tahu lagi pasal hisha and haikal. terutamanya lepas haikal ingat balik apa yang hisha pernah buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun tak sabar nak tunggu apa yang jadi seterusnya. haha

      Delete
  10. sweet gila... tah mano dapat idea nie.. nk hubby tolong sambung kan cito remaja nie tak syg.. biar caca marba storyline.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, okay gak. hubby la sambungkan. baru power sikit. kah kah kah

      Delete
  11. Bayangkan haikal tu adalah Daniel Marcello keluarga anderson .full stop . Gurau jerkk HAHA

    ReplyDelete
  12. Sweet gler..tp harap jgn lame sngt post..
    Xleh tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lama gila kena tunggu for the next chapter. haha

      Delete
  13. Sweet weyh.. teringat memori lama aku.. most of tempat2 yang kau cerita.. tempat yg aku selalu pergi dan ada.. dan cerita nie pon sikit2 macam life aku.. cuma aku x hilang ingatan.. bhahaha.. nice lah cerita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho. jangan hilang ingat. jangan hilang ingatan. tak best. hiks.

      Delete
  14. Semua cakap best aku jer ker yg baca terus scroll ke bawah hahaha... sory chapter ni jr aku x hadam sepenuhnya, rasa cm ada yg kurang tapi x pasti di mana. Apa2 pun tq sbb publish juga chapter 15, harap chapter 16 lebih boom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho. thanks atas komen itu :) ya ya. hehe., aku pun sendiri berharap, next chapter will be more kebaboom.

      Delete
  15. Best la nanti update lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho. dalam proses untuk update. sabar yo

      Delete
  16. kene maraton blik citer ni.... huhuhu... dh lame xbkk blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, maraton jangan tak maraton. aku pun kadang2 terlupa cerita yang aku buat. haha.

      Delete
  17. Superb..tersenyum beb aq sorg2 baca..baru 4 bulan tinggalkn asrama..baca ko puyer story rasa cm nk masuk blik asrama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi la masuk asrama balik. hahahaha. sekolah mana dulu?

      Delete
  18. HISHA-HAIKAL...hmm...sweet r mlm2 hujan2...
    sje agak2 and last jd kenyataan..nice lh shark

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho. thanks thanks. nanti pi la buat dengan sesapa. ehem. tapi jangan berlebih-lebih pulak.

      Delete
  19. owh...trlmbt aq upenye...nice tul mlm ujan2
    HAIKAL-HISHA.....^_^
    -khairul hisha-

    ReplyDelete
  20. Saat yg aku tunggu sejak dari ASRAMA dulu.. muahahaha! Teruks gila.. btw, shark.. aku teringin nak jumpa kau sbb bnyak benda yg aku nak share., sbb berdasarkan cerpen yg kau buat.. membuatkan aku rasa selesa nak cerita.. ahahahaha, sbb apa yg aku rasa nihh, lebih kurang sama apa yg haikal rasa nih.. lagi2 part bila dia cerita kt zahid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lai lai lai. mari berjumpa mari berjumpa lepak sama. mana-mana area klang valley, insyaallah boleh je lepak sama.

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Hurm..rasanyaa si hisha pendam lagi tak perasaan masa kena tumbuk ngan haikal sebelum blah dri asrama.. Kang tak pasal2 mmpoih si haikal kena tibai..huhuhu. Adam ngan John mana. Rindu pulak mereka berdua..hahahax. haikal oh haikal, sedarlahh. :)
    #Pape pun , u are the best Sharkko 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, Hisha pendam atau tak? entah la., entah la. hahahahaha. habis la Haikal kalau Hisha pendam balik.

      Delete
    2. Takpa.. Hisha baik. Hahahaha. Ak suka tgk hisha ngan haikal <3

      Delete
  23. secara jujurnya.. saya minat cerita paan dengan haikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh oh oh. kenapakah anda minat pada paan?

      Delete
    2. Erkk...tolonglaa benci seh paan..

      Delete
  24. shark! update please!

    ReplyDelete
  25. hahaha.... haikal dah jatuh semula ke tgn hisha.... tp kan mcm kelakar lar.... xkan haikal xbleh igt lansung pe yang hisha dh buat..... since ni byk yg brlaku antara hisha ngn haikal kan.... urhmmm....


    from: khai

    ReplyDelete
  26. Autor penulisan ko ni kadang2 banyak bende yg xpenting.xpwrlu merepek panjang sgt.tulis yg penting2 je.dan pwrbanyakkan erotic scene.

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)