Nuffnang

Sunday 17 August 2014

kenangan puasa dan raya #102

bila aku baca komen-komen dekat blog aku ni, kadang-kadang aku tergelak jugak, kadang-kadang aku kerut dahi, kadang-kadang aku macam eh? hahahahahahahaa, tapi most of the time aku akan gelak. walaupun komen tu macam bangang lahabau, aku akan gelak jugak. dan ye, aku memang suka gelak, bukan petanda aku gila, tapi aku ceria..... kononnya.

buat masa sekarang, aku memang takde mood nak raya. (masa aku buat entry ni, maa tu baru awal raya, sekarang da nak habis raya pun! HAHAHAHHAHAHAHA. tangguh gila masa aku buat entry blog ni) mood tu da habis tunggang langgang entah ke mana entah. tak tahu mana mood tu da kena culik. nak main mercun macam dulu-dulu pun da tak best sebab partner-partner main mercun semua da besar tagun and da mula balik lambat sebab kerja dan sebagainya.

ingat lagi kenangan puasa masa zaman kanak-kanak, masa umur 7,8,9,10 tahun, (kecik2 aku memang pemalas nak terawih, HAHAHAHAHA) lepas solat isya' je mesti terus main sorok-sorok dengan sepupu sepapat and jiran rumah. limit kawasan memang takde untuk kau menyorok and memang seronok habis la. kawasan rumah aku ialah rumah kampung and ada kawasan kebun, pokok kelapa, pisang pun banyak. jadi dalam bilangan 15-20 orang, mula main sorok-sorok setiap hari bermula satu ramadhan sampai habis puasa start dari 845 malam till 10 malam / 1030 malam.

aku membesar dengan sepupu sepapat and jiran-jiran rumah yang lebih kurang sama umur jadi kawan nak main tu memang ramai. dulu main sorok-sorok waktu malam masa bulan puasa tak berapa nak kisah sangat sebab tahu and da set dalam kepala otak, hantu, pontianak dan pocong memang tak akan ada waktu malam and waktu bulan puasa. we were sorok everywhere. bawah rumah . dalam jamban. belakang jamban. belakang pokok kelapa, pokok pisang, panjat pokok koko, sorok dalam kereta rosakm bawah kereta, tepi reban ayam, celah-celah pokok pandan and everywhere.

bila ingat balik sekarang, memang rindu semua orang. rindu partner main game sama-sama masa bulan puasa. kalau bosan main sorok-sorok, waktu puasa jugak , malam-malam kitorang akan main mercun and fight with each other. lagi seronok bila start main meriam tin and meriam ....... okay, aku tak ingat nama lagi satu jenis meriam ni. and bila main mercun, start la benda-benda bangang tiap-tiap tahun which is baling mercun dekat orang lain. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA. stupidos barbados. pastu mula mata buta, tangan putus, jari tercabut, kaki terbakar bla bla bla pastu masuk berita. tapi so far takde la kejadian final destinantion tu berlaku masa aku dengan sepupu sepapat and jiran main mercun. kitorang still teratur dan bermain secara sopan........ kononnya. tapi still la aku pernah alami kecederaan yang bangang-bangang . contohnya telinga aku pernah terbakar. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA, nasib baik aku tak hilang telinga and mata aku pernah bengkak sebab kena baling dengan batu. macam bangang jugak

tapi tu la, tu semua kenangan zaman kanak-kanak aku. bukan senang nak dapat masa besar ni. bila time raya zaman kecik-kecik dulu, aku dengan sepupu sepapat memang muka tembok tak malu. datang rumah entah siapa-siapa , bagi salam and cakap, "KAMI DATANG NAK RAYA!"

exactly the same macam dalam movie atau drama raya yang selalu korang tengok tu. bila tengok drama-drama raya and ada scene macam tu, mesti aku akan tergelak sendiri sebab teringat zaman kanak-kanak yang muka tembok habis. sebenarnya masa kecik-kecik bukan kenal and tahu sangat pun rumah orang yang kitorang datang raya pun. kalau kau kena culik waktu tu pun memang wasalam je la sebab bukannya tahu atau kenal tuan rumah tu pun. masa tu pikir nak duit raya je.

ada satu rumah tu, sepupu aku ni nama dia Apis, mulut memang celaka je kalau dapat duit raya. haha, sebab tu kitorang malas sikit nak raya dengan budak si Apis ni sebab mulut memang lahabau sikit. jadi, macam biasa, waktu kecik-kecik untuk isi masa lapang adalah beraya. jadi aku dengan yang lain-lain pergi la sana sini, ketuk pintu rumah siapa-siapa jam 9 pagi and cakap dengan muka tembok tak malu gila.

"Kami datang nak raya!!"

and lepas tu ada seorang budak perempuan ni bukak pintu. "jemput la masuk." ajak budak perempuan tu sambil senyum.

aku syak mak bapak budak tu da pergi kerja and dia tengah kemas rumah and uruskan adik beradik dia. lepas tu budak tu bagi la air manis apa entah ,, aku da tak ingat and hidang kuih. kitorang pun makan, borak-borak bla bla bla buang masa kat situ lepas tu bila agak-agak da bosan and nak pergi rumah orang lain pulak, kitorang pun cakap.

"kitorang balik dulu la."

and macam biasa sebelum kitorang balik tu, tuan rumah tu akan kasi duit raya and dalam kes aku pi beraya ni, tuan rumah dia adalah budak perempuan tadi tu sebab mak bapak dia takde. and after dapat duit raya, sepupu aku yang lahabau bernama Apis tu cakap kuat-kuat.

"dapat 30 sen je?!"

aku masa tu -,- kimak betul sepupu aku ni. tak payah la kau sampai nak cakap kuat-kuat. diam-diam sudah dapat 30 sen tu. HHAHAHHAHAHAHAHAHAAH, mulut tak boleh nak diam lagi ke, asyik nak mengomen je.

bila masing-masing da besar, semua da start kerja and busy and even ada yang da start kahwin pun. ye la, kau da besar tagun kan, takkan tak nak kahwin and dapat anak. jadi aku dengan sepupu sepapat aku ni da makin jarang berjumpa. jumpa masa kenduri kahwin and raya je la. selalunya kitorang akan berkumpul ramai-ramai bersama ahli keluarga yang lain and mula beraya dari satu rumah ke satu rumah which is orang panggil Baraa'n. Thanks to my arwah atuk la sebab dia masa muda-muda suka kumpul tanah jadi satu lorong tu ialah rumah sepupu sepapat aku. jadi, masa malam raya yang pertama, semua ahli keturunan atuk aku ni akan berkumpul dekat rumah arwah Pak Long aku and we start raya la dari situ. after rumah Pak Long, rumah orang lain pulak.

and aktiviti wajib aku dengan sepupu sepapat aku ialah borak-borak, tanya perkembangan masing-masing ; kau da ada awek ke belum? macam mana belajar  kat uni kau, macam mana bisnes part time kau, macam mana master kau bla bla bla, sekarang siapa the latest pakwe or makwe kau. satu benda yang aku perasan pasal sepupu sepapat aku ni bila kitorang berborak

1) cepat benar tukar pakwe and makwe
2) suka berjalan-jalan pergi mana-mana sama ada pantai, air terjun, tengok wayang, main bowling
3) selfie

pasal yang number 1 tu, sepupu sepapat aku memang semua hot belaka. sampai part aku je tetiba aku tak hot. cilaka betul. HAHAHAHAHHAHA. ada la yang baca blog aku ni pernah tengok gambar sepupu aku sampai dia pun bengang kenapa sepupu aku hot-hot belaka. HAHAHAHA.

pasal yang number 2 tu, aku tak deny la, aku pun suka jejalan and akan join dorang
untuk pergi sana sini.

pasal yang number 3, yes, semua sepupu sepapat aku memang suka sangat berselfie. haha, dari yang muda dan tua , kawin atau yang belum kawin, semua akan berselfie tak kira kat mana-mana rumah. but, yeah, aku akan rindu itu semua bila raya da habis. :') oh, yang pasal raya ni, bila sebut sepupu sepapat, aku cakap sepupu sepapat belah mak aku je. haha, aku tak berapa rapat dengan sepupu belah ayah aku sebab semua tinggal jauh-jauh. adik beradik mak aku ada 12 orang , so yeah, aku memang ada banyak sepupu yang gila dan over gila. KAH KAH KAH, tapi aku sayang dorang. till then, kita jumpa lagi.

p/s
aku da separuh jalan menaip chapter 10. kau orang sabar je la ye! =) tahun ni aku dapat 190 ringgit untuk duit raya aku. still okay jugak ni! HAHAHAHHAHAHAHAH










8 comments:

  1. Aloooo...nk lagi

    ReplyDelete
  2. Aloooo...nk lagi

    ReplyDelete
  3. 90's kids memang akan rasa pengalaman macam tu. Budak-budak sekarang malam raya dok ngadap phone jer. Rasa rindu gila dengan zaman dulu. Memang happy sangat la main macam-macam.

    ReplyDelete
  4. hak hak hak.. gelak jerk baca entri ni...

    ReplyDelete
  5. @mr unknown budak2 zaman sekarang asyik main tab. hambar. haha

    ReplyDelete
  6. @fallen angel kenapakah gelak? haha

    ReplyDelete
  7. eh usia macam kau ni pun banyak jugk kumpul duit raya ye...

    ReplyDelete
  8. @kindaichi kid haha, aku cakap , aku 17 tahun.

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)