Nuffnang

Monday 21 July 2014

Welcome to Seoul! Part 2 #101

@Part 1 : Welcome to South Korea!

1) apa yang kau buat minggu pertama kat Korea Selatan? kau ada jejalan tak mana-mana?

minggu pertama, aku pergi Seoul dengan 2 orang budak brazil, sorang budak germany, sorang budak taiwan and sorang budak korea. budak korea ni ialah buddyz kepada budak-budak brazil. setiap negara ada buddyz masing-masing tapi disebabkan buddyz aku pemalas sikit, HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAH and dia da final year actually, jadi dia agak busy la sikit nak uruskan interview bla bla bla semua tu.

jadi, disebabkan aku hanya bawak 300 000 won only and bagi aku duit tu memang tak cukup la untuk buat kau survive dekat korea ni and lagi-lagi bila aku nak join dorang pi Seoul, memang 300 000 tu sangat-sangat tidak mencukupi. aku rasa hampir tiap malam kot aku merungut kat kesayangan aku yang aku tak cukup duit bla bla bla. HAHAHAHAHAHA. kalau la duit tu turun dari langit macam mary Poppin turun dengan payung merah dia tu, memang la aku manusia paling bahagia. bebudak ni nak pergi Seoul 2 hari, jadi memang kena tempah hostel la dekat sana kan? disebabkan aku memang running out of money, jadi aku carik contact budak Malaysia siap-siap yang belajar dekat Seoul. and luckily I have found someone. nama dia Anis. Anis ni actually sepupu kepada kawan aku. and lepas kenal Anis, aku kenal pulak dengan bebudak lain, contohnya Farouq, Epin, Zahir, Hadi, Hatta and the others.

jejak je aku kat Terminal Bus Station, Epin and Anis pick up aku kat situ and then kitorang gerak naik subway. aku suka subway dekat Seoul ni sebab dia sangat convenient dan sangat power. semuanya ada 9 line dan dia memang tersangat power dan hebat la kalau nak dibandingkan dengan Malaysia punya. Malaysia punya tren adalah macam kau tunggu 10-15 minit, kalau KTM 30-35 minit, dengan cuaca panas bagai and macam-macam lagi dan tak mencarut pada KTM adalah tidak sah. disebabkan aku ni ialah pengguna tegar KTM dan lain-lain, jadi aku ras aku ada hak nak mencarut lebih. apa - apa pun, subway dekat Seoul memang terbaik. laju, pantas, power, hebat, cool dan macam-macam lagi. jadi, kalau kau tertinggal satu tren kat line subway kau, takdenya kau nak gelabah tetek mencarut sebab tren subway yang seterusnya sampai memang sangat pantas dan laju.


jadi, destinasi pertama aku dengan anis + epin ialah Kwang Jang Market ataupun nama Korea dia ialah Kwang Jang Shi Jang. *aku boleh baca Korea woi! hahahaha* Epin dengan Anis da nak balik Malaysia da masa tu. dorang almost 2 tahun tak balik Malaysia jadi bila dorang balik Malaysia, dorang akan beli macam-macam souvenir la untuk kengkawan and sepupu sepapat semua. Kwang Jang Market ni ialah tempat orang-orang beli sutera, cotton,  kain-kain bla bla bla. jadi Epin dengan Anis cerita la dekat aku yang dorang selalunya beli kain dekat Kwang Jang and bawak balik kain untuk buat baju raya. kain-kain kat Kwang Jang adalah sangat murah and Epin plus Anis ada bagitahu aku yang orang-orang Malaysia selalu datang Kwang Jang market untuk beli kain lepas tu jual dekat Malaysia dengan harga yang lagi-lagi sangat mahal. contohnya, harga cotton kat Kwang Jang ialah 4 meter, boleh dapat 30 myr and harga sutera pulak memang tak lebih dari 100 myr pun. jadi, memang worth buat sesiapa yang ada bisnes kain, boleh la datang Kwang Jang Market.

Anis pun yang memang gila jual barang online selalu beli barang dekat Kwang Jang and jual secara online dan dapat duit dari situ. Anis dari IU dan amik masa 1 jam jugak la nak ke Seoul tapi disebabkan transportation kat Korea ni power, setakat 1 jam tu memang takde masalah untuk kau ulang alik kalau nak compare dekat Malaysia ni. jadi masa dekat Kwang Jang Market ni, Anis dengan Epin memang cakap Korea power gila. dorang belajar kat Intec Shah Alam selama 9 bulan sebelum fly chow cin cau dekat SNU untuk belajar bahasa selama 1 tahun sebelum masing-masing sambung belajar kat uni lain. again, anis belajar dekat IU and Epin ni pulak belajar dekat DMU.

lepas pergi Kwang Jang Market, kitorang gerak pergi tempat lain pulak which is Gwanghamun. pergi Gwanghamun ni, aku, Epin dengan anis tak turun pun, cuma tengok dari dalam bas je. aku macam -,- alaaaa, kenapa tak turun untuk tengok istana tu. :( jadi., next pit stop after Gwanghamun ialah Namdaemun.



Namdaemun ni ialah pintu gerbang selatan yang ada dekat Seoul. pada asalnya ada 4 pintu gerbang. tapi sekarang hanya tinggal satu which is South Gate sebab yang lain da kena bakar dengan Jepun masa Jepun invade Korea pada suatu ketika dahulu. kata Epin and Anis, Seoul yang asal ialah bangunan yang berada dalam pintu gerbang tersebut. jadi disebabkan aku tak tahu mana lagi 3 pintu gerbang tu, aku pun tak boleh nak agak la yang mana satu original seoul and mana satu yang bukan seoul. heh.

lepas amik gambar depan Namdaemun, kitorang bertiga jalan kaki pergi Namdaemun Market pulak. memang satu kawasan je and tak jauh mana. kat Seoul, aku tengok ramai orang lagi suka guna bas and jalan kaki dari guna kenderaan awam sendiri. memang ada yang guna kereta tapi aku tengok dorang lagi comfortable guna kenderaan awam. and dekat Seoul ni, kalau nak lintas jalan, kita mesti kena lalu atas Zebra Crossing Line yang ada kat setiap jalan. kalau kita tak lalu, kita akan disaman oleh polis dekat Seoul.


jadi, apa bestnya pulak dekat Namdaemun Market ni pulak? dekat Namdaemun Market ni la kau boleh jumpa baju I love Korea atau souvenirs macam penanda buku atau whatsoever yang lain sangat murah kalau nak banding kat tempat lain. disebabkan Anis dengan Epin memang da biasa sangat dengan kawasan Namdaemun Market, jadi aku follow je la dorang berdua. dorang tahu mana nak dapat baju murah and semua barang-barang tu. kat Namdaemun Market ni, mula-mula sampai kat satu kedai ni. Ajusshi ni jual baju murah gila. disebabkan budak-budak Malaysia selalu beli baju kat Ajusshi tu, jadi memang dapat murah la. 3 baju yang ada perkataan korea bla bla bla dapat 10 000 won. selalu baju kat Namdaemun Market untuk jenis baju macam tu , hanya 2 sahaja untuk 10 000 won and bukan 3. jadi, aku beli la 3 baju. 1 warna kelabu, 1 warna hitam and lagi satu warna pink. warna kelabu untuk aku. warna hitam untuk kesayangan aku. warna pink untuk kak ngah aku. 

lepas pergi kedai Ajusshi tu, kitorang pergi kedai lain pulak. kedai ni pun selalu jugak budak Malaysia beli dekat situ. sampai je dekat kedai situ, Ajusshi tu bagi minum air dulu untuk hilang dahaga (masa ni belum puasa lagi!) pakcik tu memang terbaik betul la. jadi kat situ, Epin and Anis borong la segala bagai souvenir macam key chain, penanda buku and bla bla bla untuk bawak balik Malaysia. aku pulak yang running out of money ,hanya mampu tengok je la. hahaha. sedih betul ;'( sorry la, memang souvenir kat Korea ni, aku beli untuk family and kesayangan aku je. takde lebih untuk beli untuk orang lain. masa kat kedai Ajusshi ni la , kitorang bertiga jumpa budak Malaysia yang lain. dia pun summer camp macam aku jugak cuma uni lain je. aku tak ingat nama uni dia tapi Epin kata, uni tu, top 3 kat korea selatan ni. budak tu belajar kat USA and cakap malaysia pun da lain macam. HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA.

lepas pergi Namdaemun Market, kitorang gerak pergi tempat lain pulak which is
Myeongdong. Myeongdong ni pun tempat shopping jugak. bila aku buat entry ni, baru aku sedar yang rupanya aku pergi tempat shopping je. HAHAHHAHAHAHAHAHHAAHHAAH. kwang jang - namdaemun - myeongdong. kalau Kwang Jang popular dengan kain , kalau Namdaemun Market popular kau nak beli souvenir bawak balik rumah, Myeongdong pulak popular untuk kau beli barang make up and accessories dengan harga yang sangat-sangat murah.

Anis ada bagitahu aku.

"dekat Myeongdong ni la selalu jumpa artis sebab kalau nak beli barang make up murah, memang ramai pergi Myeongdong."

"berapa beza harga barang make up sini dengan malaysia." tanya aku.

"myeongdong 4 kali ganda lagi murah dari Malaysia."

jadi, siapa yang nak beli barang make up murah, pergi la Myeongdong ye. jadi lepas pergi Myeongdong, kitorang bertiga pergi Yoeido Park pulak.




Yoeido Park ni terletak dekat area selatan Seoul and dekat Yoeido Park ni jugak banyak syarikat TV macam KBS and SBS semua tu. and malangnya aku pergi Korea masa musim panas jadi Yoeido Park ni tak la cantik sangat pun. Yoeido Park ni memang akan sangat cantik kalau musim bunga and musim luruh. Epin and Anis kata,

"kau memang rugi datang waktu summer."

gelak.

"tapi kalau summer pun, ada je orang korea suka berkhelah dekat Yoeido Park ni."

apa yang dorang cakap tu betul la jugak. apa yang aku perhati dekat Korea ni, dorang memang suka berkhelah dengan family. akan nampak je banyak family dengan bakul rotan makanan, pastu ada budak-budak kecik larik, pastu ada bentang tikar putih belang-belang merah tu. kalau tepi Han Gang lagi la banyak. memang sangat-sangat berlambak. maybe sebab cuaca kat korea yang buat orang korea suka berkelah. orang gila je yang berkelah kat malaysia waktu matahari terik. masa aku kat Yoeido Park tu, baru around 3,3.30 petang. kat Yoeido Park ni jugak bebudak Malaysia yang belajar dekat korea suka berkelah and buat potluck. contohnya masa hari raya aidilfitri ataupun perayaan yang lain-lain.

kata Epin. "jadi selalunya akan ada nasi lemak, rendang, laksa, mee kari and macam-macam lagi la. sumpah seronok gila."

dan bila aku dengar pun, aku terasa seronok tu.

lepas pergi Yoeido Park, aku, Epin and Anis gerak balik rumah. Anis akan balik Incheon untuk ke rumah dia and aku pulak follow Epin balik Sindorim sebab aku duduk satu malam kat rumah Epin. esoknya kitorang akan puasa hari pertama and Anis kata, dia nak habiskan ayam kat rumah dia , jadi dia akan masak ayam masak kicap untuk bebudak lelaki. bila Anis cakap macam tu, aku da mula rasa korea ni power gila dalam bahagian transportation. ye la, Anis duduk Incheon and dia akan masakkan ayam masak kicap untuk bebudak lelaki yang duduk dekat Sindorim. jadi, anis kena gerak sindorim sesorang je la naik transportation. so, korea memang power dalam bab transport.

sampai je Sindorim, aku letak barang and baring guling-guling kat rumah Epin. roomate Epin which is Hadi tak balik rumah lagi masa tu. tak lama lepas tu, Zahir pulak datang kat rumah Epin ni. Zahir ni satu uni dengan Anis and dia amik short sem masa summer and balik sama hari dengan aku which is 17 julai lepas cuma flight lain-lain je la. aku jam 11 pagi. Zahir pulak jam 430 petang. si Epin and Hadi pulak memang tak amik short sem masa summer jadi dorang balik Malaysia sangat-sangat awal.

lepas tu aku borak-borak la dengan Zahir and dia pun cerita la pengalaman bla bla bla dekat Korea semua ni. bebudak ni semua muda 2 tahun dari aku. dorang baru 19 tahun and memang muda lagi pun. aku rasa pengalaman dorang dekat korea memang sangat menarik. maybe sebab dorang ada ramai kawan melayu and aku pulak sorang melayu je kat CNU sana masa summer camp, mana la tak bosan bak hang nya. HAHAHAHAHHAHAHA. jadi, disebabkan Epin and Zahir lapar and aku pun lapar sekali, kitorang keluar dari rumah and carik kedai makan.

jadi makanan paling best masa tu ialah Twigim.


bestnya Twigim ni sebab dia ada Gimmari (ikan) , Ojigeo (sotong), Gyeran (telur), Gochu (peppers), Mandu (dumplings), Yachae (sayur), Goguma (sweet potato) and Toppoki. dia akan gaulkan semua dalam satu mangkuk lepas tu tambah sos kat dalam mangkuk tu. antara banyak-banyak ni aku paling suka Gimmari and Gyeran. tapi bagi aku Gimmari paling best kot. aku suka Gyeran sebab aku memang suka makan telur. jadi makan Twigim kat situ ialah 3000 won je. quite okay la tu. kenyang bak hang and aku tak habis makan pun. aku tinggalkan Toppoki je sebab Toppoki ni liat bak hang, jadi malas nak kunyah, aku malas nak makan. 

jadi, dinner malam tu , aku - epin and hadi makan nasi + ayam masak kicap yang anis masak. malam tu pulak hari pertama terawih, jadi terawih reramai dengan Zahir, Epin, Khoka, Hatta, Farouq, Hadi and sapa entah lagi yang aku tak ingat. terawih dekat rumah je pun sebab nak pi Itaewon, semua da malas pulak. Itaewon ada satu masjid besar yang selalunya ramai orang terawih and solat jumaat kat situ.

esoknya, sahur pulak si Epin masak and kitorang makan nasik goreng. 319 pagi start puasa and aku macam terfaktab sebab, -,- awalnya puasa. oh dugaan!

bangun dari tidur da around 2 petang pastu Epin kata, siap-siap sebelum pergi Itaewon and hantar aku balik pergi bus teminal. tiket bus aku jam 630 petang untuk ke Daejeon. 

lepas da siap-siap semua, aku dengan Epin , kali ni berdua je , pergi naik bas and then train pastu heading ke Itaewon. Itaewon ni ialah kawasan foreigner tinggal and foreigner memang banyak habis la. dari pakistan, bangladesh, turki and all that, semua ada. dekat Itaewon ni jugak kau boleh beli ayam halal and jumpa masjid sebab ramai muslim dekat situ. kedai pakistan pun banyak. 


aku tak pasti la sama ada ini satu-satunya masjid dekat Seoul atau ada lagi yang lain. jadi, masa kat Itaewon, Epin pergi beli ayam untuk berbuka pada hari itu and dia pun bawak aku siap-siap pi tengok masjid. masa aku dengan epin duduk kat tangga masjid, *masjid ni atas bukit jadi pemandangan semua cantik la* aku tengok ramai orang korea datang masjid ni and amik gambar. i was like -,- kenapa ramai orang amik gambar. gaya dorang amik gambar ialah macam dorang pelancong pulak padahal masjid ni memang ada dekat korea lama la kot. pastu Epin cakap kat aku.

"most of korean, dorang ialah Ateis. jadi kadang-kadang ada jugak yang datang sebab nak tahu pasal Islam."

masa tu aku da OOOOOO, mulut da macam terowong macam kat plus tu. lepas tu borak lagi dengan Epin benda-benda lagha sebelum kitorang gerak ke Terminal Bus Station. aku macam pelik sikit dengan Epin ni sebab kalau aku berdua dengan dia je, dia macam banyak cakap dengan aku. memang banyak cakap pun. tapi kalau da start ada Hadi atau Hatta atau Zahir atau Farouq, dia memang tak bercakap dengan aku and buat aku macam orang asing. aku rasa macam -,- Epin  ni memang la pelik. HAHAHAHAHAHAHAHAH. jadi, sebelum berpisah, aku sempat peluk-peluk jap dengan Epin and thanks kepada dia dengan Anis *anis takde pun masa tu* sebab bawak aku pusing Seoul. and thanks jugak kepada dia sebab bagi tumpang tidur satu malam. 

620 petang, aku jumpa balik dengan kengkawan aku , Wellington, Vivianie, Doris, Moon and Tim and gerak naik bas ke Daejeon pada jam 630 petang. 753 petang, aku berbuka puasa dalam bas, alone, sorang, sedih, hanya makan roti je masa tu. tetiba masa tu rindu family dengan kesayangan aku amat yang teramat. sobs sobing dan feeling terlebih masa tu.

touch down daejeon, jalan kaki balik CNU, masuk bilik and makan maggi sebab still lapar. hahaha, memang dasar perut naga nak makan banyak. jadi, itu la kisah first week aku kat Korea. aku nak taip pasal 2nd week and 3rd week pun da penat. sekian, selamat membaca!

CNU - Chungnam National University
SNU - Seoul National University
DMU - Dongyang Mirae University
IU- Inha University

p/s
aku masih menunggu jawapan dari seseorang . dan aku still menunggu hari ada seorang manusia itu membetulkan kesilapannya. 





3 comments:

  1. Serious aku suka baca experience kau kat Korea. Best kot. Plus gaya penceritaan yang memang awesome ! Soalan-soalan pembaca via google drive form takde ke ? lama kau tak publish.

    ReplyDelete
  2. Mana cerita terbaru remaja? Lama sangat x update ni bro..

    ReplyDelete

Kalau rasa entry ni best, boleh komen :)