Nuffnang

Wednesday 19 June 2013

ASRAMA / chapter 16 #32

Ini ialah penceritaan semula cerita ASRAMA. Aku decide untuk post balik and ubah cerita asal which is for me not appropriate and too much explicit thingy. Penceritaan semula ASRAMA atau nama lain dia ialah Volume I Remaja adalah lebih panjang, lebih sopan dan boleh dibaca oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat, bangsa, agama serta gender. Hahaha. Actually sesiapa nak baca, ah sekati korang la nak baca ke tak ke apa ke. There is no paksaan at all.

Penceritaan semula ASRAMA ialah berbeza almost 80% dengan cerita asal yang aku pernah post sebelum ni. Jadi kalau nak baca balik pun takpe sebab ada certain part yang memang totally different. Maybe ada yang pernah baca di Wattpadd which is kalau di wattpad, aku post cerita ini dengan tajuk bernama REMAJA

Apa-apa pun, enjoy!


Chapter 16
Haikal duduk sorang-sorang sarapan dekat Dewan Makan tu. Bebudak bilik dia yang lain tak turun lagi ke Dewan Makan tu. Masa dia keluar bilik tadi, William baru bangun tidur meanwhile Adam dengan Dani masih terbongkang tidur tak sedar apa. Dewan Makan sunyi sepi tak bising macam baru kena langgar dengan garuda.
Tu jugak salah satu sebab kenapa dia duduk makan seorang je kat situ and sanggup turun awal-awal pagi. Literally, dia tak la berapa suka sangat dengan crowd. Buat sakit kepala je. Dekat Dewan Makan pun ada lebih kurang tiga, empat orang je yang turun join dia makan sama. Dia tengok jam tangan dia. Baru 6.50 pagi. Now wonder tak ramai orang lagi. Tapi selalunya Dewan Makan ni memang tahap ultimate ramai orang pada jam 7.15 pagi ke 7.30 pagi.
Tetiba dia rasa nak tergelak. Apa yang kau harapkan? Bebudak sekolah ni bangun awal? Bebudak sekolah swasta and international,  memang most of them kesemuanya bangun lambat. Kelas kat sini start jam 8 pagi which is tak sama macam sekolah harian biasa , start jam 7.20 pagi or 7.30 pagi. Pagi ni disebabkan dia nak diet, (kononnya), dia makan Roti Bakar plus jam strawberi. Gigih jugak la dia tadi pergi ke tempat toaster bread tu and tunggu roti ni siap dibakar. Tak lama lepas tu, ada orang amik tempat and duduk dekat depan dia.
“Hai Haikal. Pagi.” Ucap Paan ceria sebelum letakkan beg sekolah kat atas meja. Seperti biasa, mamat tu memang nampak lebih bergaya dari budak-budak lain. Muka Paan nampak fresh, rambut pacak macam biasa and baju kemas bergosok. Aku yang gosok! Mesti la kemas kan? And of course, Paan lebih bergaya dari aku. KAH KAH KAH. “Miss you.” Tambah Paan.”
“Emm,” Balas Haikal tak ambik pusing. Dia tahu yang dia buat reaksi yang entah pape and dia bakal kena hukum or someting dengan Paan lepas ni, dont know where and when, tapi dia memang takde mood nak cakap dengan budak lelaki tu.
Paan angkat kening. “Kenapa ni?” Paan pandang dia.
“Nothing. Abang Paan tak makan?” Tanya Haikal nak tak nak. Tu pun dia tanya tak pandang muka Paan.
“Abang nak amik makanan la ni. Haikal tunggu kejap.”
Haikal hanya angguk je sebelum sambung makan roti bakar. Paan pandang dia suspicous sebelum bangun and gerak amik makanan. Haikal pandang sekeliling untuk tengok ada tak sesiapa lagi yang dia kenal ada makan kat Dewan Makan tu jugak. Boleh jugak dia ajak dorang makan kat meja yang sama dengan dia ni. Takde la awkward semedang je dengan Paan nanti once Paan da balik dari amik makanan sebab literally dia memang takde mood.
Dia takde mood nak makan. Dia takde mood nak belajar. Dia takde mood nak cakap dengan Paan. Tapi dia ada mood nak borak dengan orang lain. Kot.
Tetiba dia nampak William baru masuk ke Dewan Makan. Finally! Terima kasih Ya Allah kerana mendengar doaku di dalam hati ini. Ada jugak orang yang dia boleh ajak makan sama kat meja ni. Baru je dia nak angkat tangan melambai, Paan da sampai balik kat meja tu. Terus tangan yang nak melambai tu dia perlahan-lahan jatuhkan layu. Dia tak rasa yang Paan akan rasa happy kalau William makan kat meja yang sama dengan dorang walaupun Paan kenal je semua roommate dia.
“Cukup ke makan tu je?” Tanya Paan refer pada roti bakar sendu Haikal.
“Cukup je.” balas Haikal laju. Dia tengok sarapan yang Paan bawak. Omelete dengan Jus Oranje. “Kenyang ke makan tu ke?” Tunjuk Haikal.
Paan sengih. “Kenyang je. Kenapa? Nak rasa?”
“No thanks.” Tolak Haikal. Dia rasa macam neraka jadi sejuk la pulak bila Paan nak kasi secebis makanan dekat dia. Dia tak mimpikan pada kala ini? Kalau sebelum ni, jangan kan nak ajak makan sama, disuruh amikkan makanan ada la. And luckily, hari ni Paan tak suruh dia pulak amikkan makanan. Maybe mood budak lelaki tu tengah baik kot. Ye la, mana tak baiknya. Baru lepas belasah seorang budak semalam. Mesti la semedang je happy.
Agaknya belasah seorang budak satu hari akan boost energy mamat tu kot.
“Hey, ayan apa?” Tanya Paan sambil cuit lengan Haikal. “Borak la dengan abang.” Paan sengih lebar.
“Semalam kenapa abang belasah budak tu?” Tanya Haikal direct. Amik kau. Nak sangat aku borak dengan kau kan?
Paan hela nafas sebelum minum jus oranje. “Ingatkan nak tanya pasal abang. Ni tanya pasal orang lain.” Paan buat nada kecik hati.
Haikal rolling eyes. Mamat ni da kenapa? “Abangggg.” Push Haikal. “Kenapa abang pukul budak tu? Dia tak buat salah pun dengan abang kan?”
“Dia buat salah dengan kawan abang.” Paan makan omelete. Telan pastu sambung cakap. “So dia patut kena la sekali dengan abang kan? Baru la brotherhood kan?” Jawab Paan selamba seolah-olah belasah budak tu semudah macam belajar ABC.
“Tak baik la korang ni.” Balas Hiakal. “And apa je salah budak tu sebenarnya?” Tanya Haikal lagi walaupun dia da tahu sebab kenapa budak tu kena belasah.
“Tahu tak budak semalam tu suka Harris? Gay. Budak tu pergi luahkan perasaan dekat Harris tu da kenapa? Da apesal nak jadi gay? Buang tabiat? Da takde perempuan lain ke apa kat dunia ni sampai nak ajak Harris kapel. Kalau abang pun, abang belasah je budak tu.”
Haikal terus terdiam. Suara Paan makin lama makin tenggelam tak dengar. Tetiba dia terasa nak baling kerusi dekat muka Paan. Kau boleh cakap ‘Da kenapa nak jadi gay?’ Yang kau liwat aku dulu tu apa? Tu bukan perangai macam orang-orang yang tak straight ke? Da takde perempuan lain ke kat dunia ni? Ayat Paan tu berdegar – degar dalam kepala otak dia.
Haikal pandang tak beriak kat Paan. Emotionless. Like sherious shit tetiba dia tak tahu nak cakap apa. Terasa pun ye jugak dengan apa yang Paan cakap tadi. Tapi dia sendiri pun tak tahu kenapa dia terasa. Kenapa aku terasa? Sebab Paan cakap , da apesal nak jadi gay ke? Da buang tabiat? Da takde perempuan kat dunia ke?  Ni ke penyebab ayat dia terasa? Is it?
Paan pandang Haikal. “Hey budak kecik. Kenapa ni?”
Haikal geleng kepala. “Takde apa.” Jawab Haikal suram. Haikal minum air suam yang dia amik siap-siap tadi. Dia perlu bertenang walaupun sekarang sebenarnya hati dia da terasa macam baru kena campak dari bangunan 10 tingkat, pastu kena gelek dengan steamroller tak berdaftar pastu kena pijak dengan gajah dari Thailand and lepas tu ada orang buat zumba dekat hati dia yang da hancur tu.
Literally, my heart is shattered.
Tapi kenapa?
Entah la.
Tapi memang itu apa yang dia rasa sekarang ni.
Haikal tolak pinggan ke depan. “Haikal da sudah makan.” Tak pandang muka Paan. “Haikal gerak dulu la bang Paan.”
Paan pegang tangan Haikal sebelum sempat budak tu angkat beg sekolah and berlalu. “Hey, kenapa ni?” tanya Paan concern. “Am I said something wrong?”
Haikal terdiam. Ada beberapa possible situation yang tengah berperang dalam kepala otak dia and dia tak tahu nak amik situation yang mana untuk balas ayat ‘Am I said something wrong?’ si Paan tu. Obviously kau ada cakap sesuatu yang salah tapi disebabkan lack of common sense tu, kau tak pernah perasan apa yang kau salah cakap tu. Maybe ada orang akan cakap,
“Alaa, chill la Haikal. Kau ni over la. Paan salah cakap je pun. Maybe dia tak sedar pun apa yang dia cakap. Kau pun da kenapa nak naik angin kalau Paan sendiri tak sedar dia salah apa. Kau kena la bagitahu dia so that dia sedar apa yang dia salah tu.”
Lepas tu dia terasa nak jetat kepala kepala orang yang bagi komen macam tu.
Semua orang kat dalam dunia ni perlukan satu perkara yang pasti dalam kepala otak masing-masing iaitu common sense.  Kau perlukan common sense. Dia perlukan common sense. Aku sendiri perlukan common sense. Jiran kau, jiran aku, jiran semua orang perlukan common sense. Sebab tu la ada subjek Pendidikan Sivik dekat semua sekolah sekitar Malaysia so that common sense tu dapat ditanam dalam diri setiap student. Ni tak. Setiap kali subjek Sivik je, mula la ganti dengan subjek Fizik la Kimia la Bio la apa la itu la ini la. Dengan belajar Fizik, memang kau boleh terangkan pasal wave, dynamic, heat, sound dan segala bagai tapi itu tak mengajar kau untuk jadi lebih common sense. Kamon. Gravitational force tak akan ajar kau pasal common sense and manusia yang lebih berguna dalam kehidupan seharian unless gravitational force mengajar kau bahawa epal akan tetap jatuh ke tanah juga walaupun di baling ke atas.
And dia tak rasa Paan ada common sense yang secukupnya pasal ‘apesal nak jadi gay? da buang tabiat?’ ataupun da takde perempuan ke kat dunia ni, padahal diri mamat tu sendiri tak berapa nak betul. Kalau banyak sangat perempaun kat dunia, masa mula-mula tu jangan carik aku la setan kalau nak puaskan nafsu tak guna kau tu
“Nope.” Jawab Haikal. “Takde apa. Tak cakap salah apa-apa pun.” Haikal senyum. “Haikal nak gerak awal sebab nak buat backup reading dulu. Ada kuiz nanti.”
Paan lepaskan tangan dia. “Oh, okay la kalau macam tu.” Paan balas senyuman Haikal. “Hati-hati gerak pergi kelas.”
Terus dia gerak dari situ tanpa pandang Paan. And yeah, dia tahu Paan tak suka dia buat macam tu tapi dia memang sengaja nak sakitkan hati mamat tu. What? Kau ingat aku pun tak pandai nak memberontak macam kau selalu buat?


Rehat. Haikal letak beg dengan William dekat meja makan sebelum gerak amik makanan. Kat Dewan Makan da tak berapa ramai orang sebab dia dengan William crash ke Main Library dulu tadi untuk carik soalan past year SPM. Berpeluh ketiak jugak selak-selak file yang berlambak dekat rak-rak soalan past year untuk carik kertas soalan yang cikgu Aishah tu mintak. Lepas dia dengan William buat salinan fotokopi, baru la dorang berdua gerak ke Dewan Makan. Tapi bagus jugak datang lambat sikit ke Dewan Makan. Tak la bersesak sangat nak amik makanan sebab bebudak bila waktu rehat sama ada kau budak sekolah rendah ke sekolah menengah ke apa ke, memang dia tahu, semua perangai memang macam Dubuk lapar tak makan satu tahun. Masa dia tengah amik kentang putar kat satu kaunter makanan ni, tetiba ada orang bisik kat telinga dia.
“Lunch dengan abang and Imran jom.”
Haikal pusing ke belakang. Ada Paan dekat belakang dia. Paan senyum mesra dekat dia.
“Emm, Haikal da janji nak makan dengan William la abang. Sorry.” Haikal terus nak berlalu dari situ tanpa dengar balasan dari Paan. Aku lapar okay! Bukannya nak lari dari Paan.  ayat denial yang poyo.
Paan ikut belakang Haikal sebelum pegang kejap lengan Haikal. “William mana ni? Abang tak suka Haikal makan dengan orang lain.” Muka budak tu nampak macam jealous.
Haikal kerut dahi. “He is my roommate la. Takkan nak makan dengan roommate sendiri pun tak boleh?”
“Tak boleh!” balas Paan terus. “I mean, yeah. Of course boleh.” Paan tukar jawapan lepas nampak Haikal buat muka. Paan gelak hambar sebelum perlahan-lahan lepaskan lengan Haikal
“Great. Haikal makan dulu.” Haikal terus berlalu dari situ.



Kelas Bahasa Inggeris. Haikal menguap. Hari ni kena buat esei 350 patah perkataan berkenaan Social Media. Dan dia pun merepek la pasal facebook, twitter, blog, whatsapp, internet dan berbagai perkara lain. Of course dia menyokong media sosial dalam kehidupan seharian manusia. Dulu these media sosial bukanlah keperluan dalam kehidupan seseorang and more kepada kehendak je. Tapi sekarang, dengan dunia yang semakin maju, dengan dunia yang banyak pancaroba hidup serta kehidupan yang memerlukan kau mendapat berita dalam masa yang pantas dan kalau kau lambat, kau hanya bakal dilabel sama lambat macam sloth, kau sangat-sangat la memerlukan media sosial dalam kehidupan seharian.
Kalau dulu dia akan cakap, media sosial ni akan berada dalam group love atau self – belonging kat Maslow’s Law tapi kalau ikut aturan dunia sekarang, dia akan cakap dan yakin bahawasanya media sosial ni akan masuk dalam grup Psikologikal. Perghh, apa aku merepek ni sial? Takde siapa nak dengar apa yang kau tulis dekat dalam esei kau.
Dia terasa nak kencing la pulak. Dia gerak pergi ke depan and mintak pas keluar dari teacher Hemawathy and cikgu dia tanya sama ada da siap ke belum latihan esei yang diberi tu. Terus dia cakap, da siap da tapi decide nak pergi kencing dulu sebelum submit esei tu. And yeah, perbualan dia dengan Teacher Hemawathy memang selamba badak je cakap pasal kencing dan perkara-perkara lain yang tak sepatutnya cikgu dan student berbual.
Lepas amik pas keluar, terus dia gerak menuju ke tandas. Nasib baik la tak jauh sangat tandas dari kelas bahasa inggeris dia ni. Kalau jauh sangat, mahunya bersepah air kencing dia sekarang kat atas lantai. HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAH. Memang kotor ayat kau ni Haikal. Dia terus masuk ke dalam kubikel tandas, bukak zip seluar dan pancut. Dia tak terasa nak pancut dekat urinal dekat luar tu. Haha. Macam mana kalau ada orang intai tengok? Tak ke memalukan? Lepas siap kencing, terus dia basuh adik kecik dia, masukkan adik kecik ke dalam seluar, basuh tangan, zip seluar and keluar dari kubikel toilet tu.
Lepas tu tengok diri sendiri dekat cermin yang ada dekat dalam toilet tu. Emm, comel jugak kan aku ni rupanya? HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAH. Babi apa puji diri sendiri. Lepas tak beragak puji diri sendiri, Haikal basahkan rambut and nak buat gaya rambut ala-ala Beckham. Lepas dia puas hati dengan gaya rambut dia tu and baru je dia nak gerak keluar, ada orang masuk ke dalam toilet lepas tu.
Harris. Desis hati Haikal. Terus mood dia jadi tak baik. Teringat Harris, terus teringatkan Paan. Teringat kat Paan, teringat apa yang mamat tu cakap pagi tadi.
“Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat? Da takde perempuan lain dalam dunia ni?”
Apa yang Paan cakap pagi tadi asyik berulang-ulang je dalam kepala otak dia macam kaset rosak. Dia tak rasa yang benda tu penting pun untuk diingat and dia tak rasa ayat tu power ke apa ke macam fakta sejarah yang dia perlu ingat dalam paper 2 esei, tapi sebab ayat tu keluar dari mulut Paan, membuatkan dia sakit hati macam apa je. Entah kenapa.
Hurm, entah kenapa agaknya.
Harris masuk toilet, pandang Haikal atas bawah, atas bawah, buat muka macam mangkuk tak puas hati sebelum gerak ke singki. Haikal julingkan mata ke atas sebelum terus gerak keluar dari toilet tu. Baru je dia nak bukak pintu toilet, Harris panggil dia.
“Kau ni kawan si faggot semalam kan?”
Haikal pusing pandang Harris. Muka budak lelaki senior dia tu sengih tunjuk muka keji. “Sorry salah orang.” Haikal angkat bahu selamba.
“Macam mana dengan budak semalam.” Harris sengih jahat. “Ada tulang patah tak? Ke da jadi cacat?”
Haikal kerut dahi. Budak ni boleh tahan jahat. Lagi jahat dari Paan sebenarnya. Kalau betul-betul budak tu ada tulang patah macam mana? At least Paan tak la belasah dia macam Harris belasah budak tu semalam kat shower room. Paan just tumbuk je and takde la sampai tendang macam nak separuh mati. Urgh, Paan lagi yang aku ingat.
“Kau kawan si faggot semalam tu kan?” Ulang tanya lagi. “Kau yang sibuk menyemak masa aku belasah si bangsat tu kan? Apa jadi dengan budak tu semalam? Hidup lagi?” Harris sandar dekat singki sebelum keluarkan rokok dari poket dia and nyalakan lepas tu.
“Err, nak masuk kelas dulu....”
“Kalau kau masuk kelas sekarang, aku belasah faggot tu lagi sampai mampus.” Ugut Harris. “Stay.” Arah budak lelaki tu.
Haikal terus tak jadi gerak.
Harris hisap rokok sebelum hembus keluar asap rokok. “Aku tanya kau, apa jadi dengan faggot semalam tu?”
“Dia okay je.”
“Lagi? Rosie cakap apa?” Harris picing mata pandang Haikal.
“Takde. Cuma budak tu kena rehat dekat sickbay je. Kalau nak keluar dari sickbay pun, stay bilik dulu. Rehat cukup-cukup dulu and tak payah pergi kelas.” Bagitahu Haikal.
Harris melangkah dekat ke Haikal. Haikal teguk liur risau sebab takut kena pukul macam semalam. Ah apa susah. Mamat ni pukul aku, aku belasah la dia balik. Entah kenapa, tetiba dia terfikir something dalam kepala otak dia. Kalau Paan buat kat dia memacam, dia tak dapat bayangkan yang dia akan melawan budak tu balik. Dalam fikiran dia, dia akan stay tak melawan apa yang segala benda Paan buat pada dia. Tapi kalau Harris yang nak pukul dia, dia rasa, dia akan tumbuk and belasah budak tu semula walaupun sebenarnya dia bakal lunyai je kalau sparring dengan mamat tu. Again? Apesal aku teringat kat Paan lagi?
Mood dia makin tak baik. Dia da terasa nak belah je dari toilet tu. Kang nanti kalau terus belah, dikatanya kurang ajar pulak and memikirkan si Harris ni ada nama besar dekat sekolah ni, better dia stay.
“Kau ada cakap pape tak dekat Rosie semalam pasal siapa yang belasah lahanat tu?”
“Takde.” Mood makin tak baik.
Harris picing mata pandang Haikal. “Tak tipu?”
“Tak.” Dia da mula annoying.
“Sure.” Harris mintak kepastian.
“Ya.”
“Tak tipu?”
“Geez, motif aku nak tipu kau?” Haikal da naik angin. “Dalam dunia ni, bukan semua benda pasal diri kau je. Kau da kenapa?” Harris nampak macam terkejut bila Haikal macam melawan. “Can I go back to my class now?” Tanya Haikal bengang. “Buang masa aku je.” Rungut Haikal kecik. Dia tendang pintu tandas kuat sebelum keluar dari toilet tu untuk balik ke kelas Bahasa Inggeris dia. “Asshole.” Gumam Haikal.
Dan Harris termangu di dalam toilet sorang-sorang lepas tu.


Petang. Hari ni dia takde mood pulak nak main futsal dengan kengkawan dia. Satu sebab dia still dan asyik teringat pasal Paan and apa yang budak lelaki tu cakap pagi tadi. Gila kronik kau ni Haikal. Dua, dia memang tak suka sangat main futsal pun sebenarnya. Dia main pun sebab roommate dia yang ajak. Kalau roommate dia ajak main badminton pun, dia akan main badminton dengan roommate dia. Kalau roommate dia ajak main batu seremban pun, dia pun tetap akan join dorang main batu seremban tu. Memula dia pergi area padang dulu untuk usha sukan apa ada dekat situ.
Dekat padang, ada a few student yang tengah berlatih acara balapan and ada jugak berlatih acara padang macam lontar peluru, rejam lembing and lempar tukul besi. Mesti dorang-dorang ni ada pertandingan dalam masa terdekat. Tu yang dia tengok  bebudak ni semua berlatih dengan penuh kegigihan je. Cis, kalau dia tahu akan ada team balapan nak pergi tournament, dia siap-siap akan bagi nama dulu kat orang yang bertanggungjawab. Dia kuat lari jugak apa.  Puji diri sendiri. Dulu masa kat sekolah , dia boleh kategori hot seat jugak la setiap kali nak main police and three / police sentry sebab dia lari laju. (sebenarnya , police and thief. Tapi most of kanak-kanak kat Malaysia sebut Police and Three. Apa?! kau tak pernah main? Sheriously? Loser gila kau. KAH KAH KAH.)
Tetiba terngiang-ngiang lagu Police and Three
Police and three,
One two jaga,
Police mati pencuri jaga
Tinggal tiga.
Ni apa yang dia dengan kengkawan dia nyanyi dulu masa zaman sekolah untuk pick team. Gila main sebat je nyanyi lagu permainan tu padahal lagu sebenar dia macam ni
Police and Thief
Went to jungle
Police catch thief
Thief run away.
Hurmm. jauh panggang dari api dia punya lirik. Perks kau membesar dekat Malaysia ni, mostly bebudak yang lahir tahun 90 an dan ke bawah akan merasa main all those games and permainan rakyat ni. Contohnya macam main gasing, guli, congkak, lumba lari, police and thief, konda kondi, kejar-kejar, main perang-perang, rondes, galah panjang dan sebagainya. Kau lahir tahun 1997 ke 1998 ke dan ke atas, hampeh kelaut la kau pernah merasa all those games masa zaman kanak-kanak. Mengaku je lahir batch 90 an, tapi tak pernah main. Haha. Boo, loser.
Apa yang amazing pasal semua permainan ni, walaupun kau berada di Kedah, walaupun kau berada di Selangor, walaupun kau berada di Johor, walaupun kau berada di Terengganu, semua orang masa zaman kanak-kanak still pernah main permainan rakyat ni walaupun rumah kau orang jauh jauh dan merentas negeri. Sangat-sangat amazing walaupun rumah kau dekat Sarawak, rumah kau pulak dekat Pahang, rumah kau pulak dekat Kelantan, still semua orang tahu apa itu konda kondi, main guli, main gasing, main wau dan sebagainya walaupun internet tak wujud lagi pun dekat Malaysia masa tu untuk sebarkan all these games.
Tapi ada jugak keburukan dia bila takde internet ni. Tu la sebabnya lagu police and thief tu berubah and lirik lagu jauh mangai beza. Haha. Sebab bila lagu tu dinyanyikan dari seorang ke seorang dan seorang itu ke kepada seseorang yang lain, mesti akan ada yang sengau salah nyanyi lagu Police and Thief tu seterusnya membuatkan lagu tu terus mempunyai lirik yang salah sampai sekarang. Tapi budak-budak sekarang apa la kisah sangat dengan segala permainan rakyat dan segala salah lirik lagu tu. Apa yang dorang tahu sekarang ni ialah Angry bird la, Frozen la, Elsa la apa la itu la ini la. Aku tak rasa dorang kenal Ryu, Ken and Donkey Kong. or Super Mario. Or digivice Or kad donkey, kad one happy family, old maid dan sebagainya.
Loser jugak kan dorang ni?
Apa-apa pun, bagi aku, permainan rakyat memang la menyatukan kanak-kanak semalaya masa zaman 80 an dan jugak 90 an. It’s pretty amazing kan?
Tetiba dia nampak Paan dekat area Lompat Jauh. Shit! Mamat tu tengah borak sakan dengan kawan – dia – yang – entah – siapa – entah – nama – dia - tu.  Oh damn. apa mamat tu buat dekat sini? Ke semua ni logam maya semata je. Haikal da gelabah. Manusia bernama Gibran Ahmad Farhan la orang terakhir yang dia nak jumpa. Crap! Baik aku belah sebelum mamat tu nampak aku kat sini. Tetiba Paan angkat tangan sebelum lambai mesra dekat dia. Oh no no no. Haikal makin gelabah. Terus dia belah dari situ tanpa balas lambaian Paan. Lari maybe is the exact word actually.


Haikal pusing-pusing kat tempat lain untuk usha games lain. I mean, usha selain futsal dan apa yang ada dekat padang la. Kang kalau dia pi gelanggang futsal, mesti kawan dia pelik sebab tadi dia awal-awal da cakap, malas nak main sama. Come on. Bukan ada balapan dengan acara padang je kat sekolah tu. Walaupun dia memang minat all those games and sport, tapi lupakan je la dulu hasrat nak tengok atau nak join sama. Si Paan tu buat semak pulak kat situ. Emm, mood terus down. Kalau mood dia ni macam skala minyak kat kereta, mood dia da reach E da. E repreasent empty.
Tengah dia melilau-lilau buang masa jalan entah ke mana (Dia main melangkah je ke mana kaki dia bawak dia. Haha. Cara kau cakap da macam kaki tu ada otak pulak boleh berfikir), tengok-tengok dia da sampai dekat area orang main tenis. Dia amik tempat duduk dekat kerusi yang sedia ada dekat tepi gelanggang tenis. Haikal acah-acah layan blues macam layan perasaan and macam fikir masalah dunia. Padahal masalah yang dia tengah fikir sekarang ialah apa yang Paan cakap pagi tadi. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia perlu nak amik hati sangat apa yang mamat tu cakap. Apa je la mamat Paan ni da buat dekat aku?
Paanseksual huh? Affection much to you. Tapi ada ke Paanseksual?
“Haikal.”
Haikal terkejut bila ada orang tegur dia secara tetiba. Paan berdiri tak jauh dari tempat dia duduk. Muka budak tu nampak concern. At least tak nampak smirk jahat macam selalu tu. Haikal senyum tak ikhlas kat Paan. As much mamat tu layan baik setakat ni kat dia, dia tak rasa yang dia boleh amik kesempatan nak layan Paan buruk-buruk. Sepanjang dia kenal Paan dekat sini, apa yang dia boleh cakap ialah mood mamat anak orang kaya – lord sorang ni memang macam mood awan kumolonimbus. Kejap okay, kejap tak okay. Memang mood swing dia macam perempuan PMS. So, better jaga hati Paan baik-baik sebab dia takut kalau Paan buat macam-macam kat dia. Haikal pegang lengan dia tak selesa. Paan duduk sebelah dia.
“Hai abang Paan.” Haikal tersenyum plastik. Tapi kan, macam mana la budak ni ada dekat sini? Jangan cakap Paan ikut dia dari tadi.
“Are you okay?” Paan tunjuk muka risau.
Haikal kerut dahi. “Kenapa pulak tak okay?” Tanya Haikal balik.
“You look sick.” Komen Paan.
“Perasaan abang je kot.” Gumam Haikal nak tak nak. Tetiba dia teringat apa yang Paan cakap pagi tadi. Again, that sentence bermain-main dekat dalam kepala otak dia.
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da kenapa nak jadi gay? Buang tabiat?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
Da takde perempuan lain kat dunia ni?
“Kenapa kau lari tadi?” Tanya Paan.
Huh? Haikal tak berapa nak tangkap sangat apa yang Paan cakap sebab kepala otak berpusing dengan benda lain.
Paan tergelak. “Ayan apa dia ni? Haikal fikir apa ni?”
“Nothin.” Haikal geleng kepala perlahan.
“Kau marah kat aku ke?” Paan diam pandang Haikal.
Haikal fikir dalam-dalam. Marah ke dia? Tak jugak? Dia tak tahu nak describe apa yang dia rasa sekarang ni. Marah ke? Macam bukan je.
“Kau marah aku belasah budak semalam tu ke?”
Terus hati dia sakit tetiba. Yang ni baru tetiba dia rasa nak marah. Tetiba dia rasa macam ada ekor setan and tanduk tumbuh dekat kepala dia. “Why on earth abang Paan belasah dia la? Dia tak buat salah dekat abang pun.”
Paan angkat kening. “Jadi, ni ke sebab kau marah aku?  Benda remeh macam ni? Benda budak gay tu pun kau nak sakit hati?”
“What? No!” Dia teringat balik apa yang Paan cakap pagi tadi. “You know what,” Haikal tunjuk muka frust. “Haikal tak nak cakap dengan abang da buat masa sekarang.” Terus Haikal bangun dari situ. Paan tarik tangan dia and paksa dia duduk balik.
“Siapa suruh kau bangun?”
Haikal ikut arahan Paan duduk dekat situ. Like dia cakap macam mula-mula tadi. Dia memang tak boleh nak bayangkan diri dia melawan cakap Paan and apatah lagi betul-betul melawan cakap Paan secara realiti. Suck right? Aku rasa mamat ni santau aku supaya tak argue banyak dengan dia. Hahahahahahahaha. Pandai la kau cakap pasal santau.
Dua-dua diam dekat kerusi tu. Haikal tak bercakap apa. Paan pun tak beriak cakap apa. Dua-dua bisu.
Paan hembus nafas berat. “Fine, nanti aku mintak maaf dekat budak tu. I’m sorry.”
Haikal terus pandang Paan. What? Paan cakap nanti dia nak mintak maaf dekat budak tu? Aku tak salah dengar kan? Ada alien invasion ke apa kat dalam kepala otak budak tu. Perghh, ni da boleh cakap sebagai perubahan peradaban tamadun dunia ni.
“Marah lagi?” tanya Paan sambil senyum sikit.
“Tak marah sangat pun sebenarnya.” Gumam Haikal sambil main-main kaki.
“Da tu?”
“I dont know. Frust maybe? Frust is the exact word?” Haikal pandang Paan.
“Me?” Paan tunjuk diri dia sendiri.
Haikal angguk.
“Why?” Paan kerut dahi.
“I dont expect to see you belasah budak tu. Haikal tahu abang memang selalu belasah orang....”
“Isk,” Paan potong mengisy, “Memandai je cakap abang selalu belasah orang. Mana ada,” Paan buat muka konon-konon comel menidakkan apa yang Haikal cakap tu.
Haikal julingkan mata ke atas. “Ada ramai je cerita. Haikal tak pekak.”
“Dorang saja je nak burukkan abang tu.” Paan sengih-sengih.
“Me? Remember, abang selalu belasah Haikal?” Haikal bagi contoh diri sendiri. “And buli jugak.” Tambah Haikal bergumam lepas tu tanpa sedar.
Paan teus tak sengih-sengih. Paan clearkan anak tekaknya. “Sorry.”
“Nnaaaa, its okay.” Ye la tu okay. Mana ada okay! “Lately abang macam da baik sikit. Tapi bila tetiba nampak abang belasah budak tu. Budak tu nampak teruk gila kot. And korang berenam, budak tu seorang. Just tell me la, apa yang korang dapat bila enam orang belasah seorang budak? Like clearly, dia tak buat salah dengan korang.”
“Jadi Haikal frust dengan abang sebab abang belasah budak tu?”
“Sort of.” And frust sebab apa yang kau cakap pagi tadi! “And ada jugak sebab lain sebenarnya?” Suara Haikal makin perlahan bila nak sampai ke penghujung ayat.
Paan angkat kening. “Apa dia?”
“Ingat pagi tadi abang cakap apa?”
“Err, miss you?”
“Bukan yang tu.” Haikal menjulingkan matanya ke atas. “Haikal frust bila abang mention pagi tadi, da kenapa nak jadi gay? Da buang tabiat? And also pasal da takde perempuan lain ke kat dunia ni nak ajak kapel” Haikal siap tiru gaya muka and cara Paan cakap.
“Okay, so?”
“Kenapa abang Paan cakap macam tu?”
“Err, salah ke? Memang betul kan? Da kenapa dia nak jadi gay. Jadi straight je da la. Gila ke apa nak ajak lelaki kapel. Lelaki dengan lelaki mana boleh suka antara satu sama lain. Inikan pulak nak ajak kapel.” Paan nak buat muka tergelak. “Lelaki mesti la kena kapel dengan perempuan kan? Tu gay namanya kalau lelaki suka lelaki.”
Haikal terdiam. “Jadi apa yang abang buat kat Haikal tu not a gay thing ke?”
Paan pulak terdiam. “Apa yang kau nak sampaikan ni sebenarnya Haikal.” Tetiba suara Paan jadi dingin. “Kau pun nak cakap kau suka aku ke?”
Haikal tergagap-gagap nak cakap something.
Paan genggam kuat lengan Haikal. Budak lelaki tu buat muka tahan sakit. Paan genggam makin kuat. “ Haikal, kau dengar sini, kau buat perangai macam si faggot semalam tu, aku belasah kau sampai kau tahu nak eja perkataan ampun.” Muka icy Paan da muncul balik macam zaman mula-mula dia buli Haikal dulu. “Faham?”
Haikal angguk laju-laju sebelum lari dari situ bila Paan lepaskan lengan dia.
Tetiba dia rasa hati dia sakit.
Bukan sakit sebab marah.
Tapi sakit sebab terlampau sedih.
Dia tetiba rasa nak nangis.
Air mata, jangan la keluar lagi. Tahan la kejap.
Dia terus sorok belakang bangunan. Duduk.
Dia menangis teresak-esak lepas tu.
Dia suka Paan ke? Kau suka Paan kan Haikal?
Macam ye je.
Ya Allah, sabar je la hati ni.


p/s
Hai guys! Kalau suka dengan cerita ini, jangan lupa komen and jangan lupa ajak kengkawan lain baca!

Thursday 6 June 2013

ASRAMA / chapter 15 #29

Ini ialah penceritaan semula cerita ASRAMA. Aku decide untuk post balik and ubah cerita asal which is for me not appropriate and too much explicit thingy. Penceritaan semula ASRAMA atau nama lain dia ialah Volume I Remaja adalah lebih panjang, lebih sopan dan boleh dibaca oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat, bangsa, agama serta gender. Hahaha. Actually sesiapa nak baca, ah sekati korang la nak baca ke tak ke apa ke. There is no paksaan at all.

Penceritaan semula ASRAMA ialah berbeza almost 80% dengan cerita asal yang aku pernah post sebelum ni. Jadi kalau nak baca balik pun takpe sebab ada certain part yang memang totally different. Maybe ada yang pernah baca di Wattpadd which is kalau di wattpad, aku post cerita ini dengan tajuk bernama REMAJA

Apa-apa pun, enjoy!


Chapter 15
Haikal dengan Hisha kayuh basikal dekat dalam bilik gym tu. Hari ni dia decide untuk hit bilik gym dengan Hisha pulak walaupun selalunya tiap-tiap petang dia akan main futsal dengan roommate dia. Dua-dua budak lelaki tu dengar lagu dekat MP3 yang Hisha bawak. Satu earfon sumbat kat telinga Hisha and lagi satu earfon sumbat dekat telinga dia. Sekarang dorang berdua tengah dengar lagu Uma Thurman / Fall Out Boy.
“How’s school? Okay?” Tanya Hisha.
“Okay la. So far so good. Takde banyak masalah sangat pun. Kenapa tanya?” Tanya Haikal balik.
“Saja.” Hisha angkat bahu. “Mengambil berat pada orang-orang yang aku sayang.”
Jeda. Haikal cuba nak hadam ayat yang Hisha keluarkan tadi.
“Kejap.” Haikal tunjuk diri dia sendiri. “Aku” Haikal nak kepastian lagi sekali. “Aku ke?” Haikal da nak rasa blushing da. Hehehehe. “Kau sayang aku ke?” Haikal pandang tak berkedip tengok Hisha.
“Aah.” Hisha senyum lebar. “Aku sayang kau apa.” Lepas tu Hisha gelak kecik.
Haikal tolak bahu Hisha dari basikal yang dia kayuh tu. “Cheesy line ever.” Pastu dia gelak-gelak gembira. Padahal dalam hati, dia da terasa nak tampar diri sendiri. Ini bukan mimpi kan? Ini bukan mimpi kan??! Hisha kata dia sayang aku!!! Arghhhhh, rasa macam nak melompat sampai ke bulan. KAH KAH KAH. Hisha kata dia sayang aku. Yeayy yeayy.
“As a brother of course.” Sambung Hisha sambil kayuh basikal bersahaja.
“Oh.” Dia terfaktab sekejap.
HAHAHAHHAAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH
Tetiba dia terasa nak terjun bangunan. Mesti la Hisha sayang kau sebagai adik wahai Haikal! Mari tampar diri sendiri sekarang dengan kelajuan cahaya neon. Dia pun da fikir apa tadi? Takkan la Hisha betul-betul sayang dia macam nak angkat sebagai kekasih pulak kan? Emm, apa ni Haikal, apa ni Haikal. Kata nak kurangkan usha lelaki tadi. Ni Hisha baru cakap sikit dia sayang kau, kau terus rasa macam nak melompat ke langit pulak. KAH KAH KAH. Memang la terasa bangang sebab tak beristiqamah betul. Tapi jangan la salahkan aku kalau aku rasa gembira gila tadi. Hisha is too good kot untuk dilepaskan. Siapa yang tak rasa nak melompat gila barabas kalau orang macam Hisha kata, dia sayang diri kau.
Sayang macam adik kay Haikal. Desis Haikal. Bukan lebih-lebih.
Limit Haikal. Limit. Sila sedar kau tu lelaki.
“Malam ni kau tidur kat bilik aku tak?” Tanya Hisha.
Haikal kerut dahi berfikir-fikir dulu. “Emm, not sure la Hisha. Ada banyak kerja sekolah sebenarnya. Cikgu pun tak beragak bagi kerja sekolah banyak-banyak.” Rungut Haikal. “Dia ingat kitorang nak amik SPM ke apa tahun ni. Kenapa?”
“Saja je. Jom la tidur bilik aku malam ni. Da tiga empat hari kau tak tidur dengan aku pun.” Muka Hisha macam merajuk sikit. “Kau pergi mana?”
“Takde pergi mana-mana pun. Ada je kat bilik.” Haikal jawab dengan nada suara yang perlahan. Padahal hari pertama yang dia tak tidur kat bilik Hisha tu, dia tidur dengan Paan kat bilik budak lelaki tu. Emm, dia tak rasa dia nak bagitahu Hisha yang dia tidur bilik Paan sebab emm, entah la. Dia cuma rasa macam tak selesa je kalau nak bagitahu. Lagipun, mamat Paan tu yang paksa dia tidur kat bilik dia tu , takkan nak larik pulak kan? Kang aku lari, mahunya kena belasah macam hari tu. Malam-malam lain pulak, dia leka berbual-bual dengan roommate dia, sampai tak sedar da jam 1230 malam. So, better hit katil sendiri daripada dia merentas blok dia ke blok Hisha dekat seberang sana. Memang malas la jawabnya nak meredah blok malam-malam. Tak pasal-pasal jumpa benda lain. KAH KAH KAH.
“Malam ni tidur dengan aku ea?” Ajak Hisha lagi sambil tunjuk puppy eyes. Budak Hisha tu sempat buat muka comel pulak. Lagu kat Mp3 da tukar kepada Battlefield / Jordin Sparks.
Oh Hisha, berhenti la buat mata macam tu. Mamat ni memang la saja je nak buat jantung aku terkeluar dari anak tekak. Apesal mamat Hisha ni sweet gila nak mati macam gula-gula. Memang jauh tahap langit dengan bumi kalau nak banding dengan Paan. Dia pun tak tahu kualiti level sweet apa yang Paan tu ada. Macam takde je. Haha. Sapu ubat dekat kesan marker paintball tu pun ganas-ganas, ini kan pulak nak anggap mamat tu sweet macam Hisha.
“Kalau tak nak?” Haikal saja tease senior dia tu sambil sengih-sengih.
“Alaa, tak kesian kat aku ke kena tidur sorang-sorang. Kesian la kat aku sebab tak boleh nak peluk siapa-siapa waktu tidur. Susah nak tidur kot kalau aku tak peluk kau.”
Hati Haikal berkembang panas. Mamat Hisha ni memang la ayat dia macam mat romeo. Geez, this guy is very good with words.
“Kalau kau tak nak datang bilik aku, aku datang tidur bilik kau. Okay tak?” Cadang Hisha.
What? “No, no, no.” Haikal da gelak hambar. “Tak boleh, tak boleh. Bahaya.”
“Apesal pulak?” Hisha da kerut dahi pelik.
Let’s see. Kenapa aku cakap bahaya.
1) Sebab ada Adam. Kau gila nak tidur berpeluk-pelukan bila sebilik dengan mamat Adam tu? For sherious shit, rahsia kau tidur berpelukan macam laki bini akan terburai dalam masa beberapa jam je. Kalau ikut reputasi Adam tu, maybe dalam masa beberapa minit je sebenarnya. Adam memang reporter Melodi kot! That’s a big no no. And tahu je la macam mana dia dengan Hisha tidur. Memang la dorang berdua tidur macam laki bini. It’s not like dia pernah tengok laki bini tidur berpelukan macam mana, tapi cara kitorang tidur memang intim gila babi. Perghh, gua guna ayat intim bai. HAHAHAHAHHAAHHAAHH. Sangat la tidak boleh belah okay.
2) Ada Paan. Bilik Paan dengan bilik dia adalah berada di aras yang sama. Dan tak berapa jauh sangat pun sebenarnya. Memang selang dalam beberapa bilik je which is kalau Paan keluar berjalan-jalan kat koridor, sah boleh nampak budak-budak yang datang ke bilik dia. Macam mana kalau Paan nampak Hisha datang ke bilik dia and tanya apa tujuan mamat tu datang? And bayangkan bila Paan tanya, “Kenapa kau datang ke sini Hisha?” And dia sangat-sangat 100 percent pasti, Hisha akan cakap, “Malam ni tidur dekat sini, dengan Haikal junior kau ni.”
And yeah, keesokan harinya dia bakal kena buat macam-macam oleh Paan and maybe dia akan kena gari lagi macam hari tu. Kau gila? Siapa yang willing nak kena gari oleh Paan and then Paan paksa kau buat benda-benda bangang? Tiada siapa nak. Orang gila je nak. Or maybe orang gila seks je nak.
“Ye la ye la. Malam ni aku teman kau tidur. Tapi aku datang lambat sikit la ke bilik kau. Aku nak siapkan kerja sekolah dulu. After that baru aku pergi bilik kau.” Putus Haikal.
“Kalau datang awal pun takpe. Bawak all those homework tu. Aku boleh tolong ajarkan.” Offer Hisha.
Haikal sengih lebar. “Great! You know what, aku memang da pening kepala nak paham segala bagai Add Math yadaa yadaa tu semua. Inverse Function buat spine aku got no chill langsung. Cikgu Rizal pun ajar laju mangai gila.” Bebel Haikal
Hisha gelak-gelak je dengar Haikal membebel. “Lepas ni kalau tak faham datang bilik aku je kay.” Hisha senyum manis sebelum amik tangan Haikal and main-main jari budak tu. Kaki budak berdua tu still mengayuh macam biasa. Bilik gym hari ni tak berapa nak ramai sangat orang. Ada a few je kat dalam tu and masing-masing buat hal sendiri.
“Jari kau comel kan?” Komen Hisha.
“Huh?” Haikal da buat muka pelik. “Since when la ada jari comel and jari tak comel wahai Hisha?” Haikal da pandang pelik kat Hisha.
Padahal dalam hati dia, jangan kau cakap la. Jantung dia da berdegup laju macam apa je. Hisha main jari aku weh! Hisha main jari aku!! What the fuck is goin on? Boleh tak nak menjerit sebab terlampau teruja? Can’t you believe it? Dalam hati nak bersorak gembira bagai sambil buat tarian tango tapi muka maintain cool je tak bereaksi apa-apa. KAH KAH KAH Haikal. Kau memang boleh dapat anugerah pelakon terbaik la Haikal buat act macam ni.
“Entah.” Lepas tu Hisha gelak-gelak. “Aku saja-saja je cakap macam tu. Sebenarnya aku saja je nak rasa pegang tangan kau macam mana. Apa rasa dia.”
“Apa rasa dia apa?” Tanya Haikal innocent.
“Apa rasa pegang tangan kau la budak kecik.”
Haikal menjulingkan mata ke atas padahal dalam hati nak berguling suka. Shit marvelous!. “Macam tak biasa pulak. Yang selalu kita tidur sama-sama tu apa.” Gumam Haikal.
“Tu masa kat dalam bilik. I mean, dekat sini.” Hisha sengih lebar.
“Apa-apa je la.” Balas Haikal perlahan. For sure jantung dia sekarang da nak meloncat keluar. Sabar kejap kau jantung. Jangan nak buat aksi melampau depan Hisha boleh tak? Kau tak ingat apa Hisha cakap tadi? Sayang as a brother of course. What? Kau ingat Hisha suka lelaki ke macam kau? Eh? Aku mana ada suka lelaki. Aku suka perempuan kot!  ayat denial. Tapi da kenapa muka kau merah semacam je setiap kali Hisha atau Paan dekat dengan kau macam terkena miang buluh je.
Dekat MP3 Hisha sekarang tengah terpasang lagu apa entah tapi dia boleh rasa yang lirik lagu tu cheesy nak mati.
Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Aku engkau miliki
Haikal terus kerut dahi sebelum pandang Hisha. Satu tangan dia masih ada kat budak lelaki tu tapi dia buat selamba je. “Ni lagu apa ni? Apesal lagu ni cheesy habis?”
Muka Hisha terus beku and mamat tu baru perasan yang lagu tu memang lagu cheesy habis.
Jadi tak mahu ragu ragu sayang
Aku tetap disini
Dan aku tahu tahu tahu sayang
Engkau yang aku cintai
“Is this your type of song?” Tanya Haikal senyum nakal. “Ho ho ho.” Haikal da buat gaya gelak Santa Claus. “I just cant believe it. I thought your kind of song is like Maroon 5, Coldplay, Plain White T’s and yadaa yadaa group-group boy band yang lain excluding One Direction la of course. I dont know this kind of song is you jam too.” Haikal kenyit mata kat Hisha.
“What? No.” Hisha da mula nak menidakkan. “Ni mesti lagu John. Dia pinjam Mp3 aku semalam sebab bosan katanya. Aku rasa dia masukkan lagu-lagu lain kot dalam Mp3 aku ni.” Dalih Hisha.
Hari ku diselubungi
Apa yang ku rasa
Buat ku jadi gila
Akan ku cuba fahami
Apa yang kau rasa
Untuk kita berdua
“The lyrics is super cheesy tapi lagu dia quite nice jugak kan? And tolong la jangan nak guna alasan John padahal kau sendiri yang dengar lagu-lagu chenta ni.” Keji Haikal. “Aku rasa kalau lagi lama ni, aku boleh dengar lagu-lagu Whitney Houstan and Celine Dion ni.”
“Oh shut up.” Gumam Hisha.
Haikal da berdekit ketawa. “Jadi memang betul la lagu ni lagu kau and bukan lagu dari John.”
“Shhh, aku nak menghayati lagu ni.” Hisha shhhh Haikal siap-siap. “Aku nyanyi khas untuk kau.” Hisha jelir lidah. “Dengar ni.”
Baru ku rasa
Hati mu dan hati ku kini bersatu
Adakah mungkin
Perasaan ini kekal buat selamanya
Sambil nyanyi tu, Hisha angkat-angkat kening manja dekat dia. Haikal tunjuk penumbuk dekat Hisha padahal dia nak tumbuk diri dia sendiri je sebenarnya. HAHAHAHAHHAHAHAHA. Hisha!! Why you are so cheesy la suddenly? Saja nak kasi aku kena hurung dengan semut ke apa?
Di sudut hari ku ini
Apa yang ku rasa
Kau tak percayakan ku
Ku cuba untuk fahami
Hisha nyanyi dan nyanyi dan nyanyi sampai la lirik terakhir lagu tu. Lepas da habis nyanyi, Hisha paksa dia untuk tepuk tangan sebelum suruh dia komen sama ada okay ataupun tidak.
“Five words la Hisha, cheesy – all -  the – way - around.” Haikal sebut satu persatu.
Hisha gelak-gelak lepas tu. “It is a good thing aite?”
“Oh, shut up!”
Dorang berdua gelak-gelak lepas tu.


Haikal masuk ke dalam shower room yang terdapat sekali di bilik gym tu. Hisha kata dia nak minum air dulu kat water cooler baru join dia mandi kat shower room. Bila dia melangkah masuk je ke shower room tu, baru dia perasan ada seorang budak kena belasah kat dalam tu. I mean, budak tu tengah kena belasah sekarang ni. And tukang belasah tu ada lebih kurang lima ke enam orang.
Haikal tercegat berdiri kat muka pintu shower room tu. Dia terpaku tak tahu nak buat apa. Dia tak tahu sama ada dia patut tolong budak tu ataupun dia patut belah dan buat-buat tak nampak atau tunggu je dekat situ sampai Hisha tiba. Budak yang kena belasah tu tengah mengerengkot sakit kat lantai sebelum ada seorang budak tendang dia banyak kali kat perut.
“Aku.” Puk! Budak tu kena tendang
“Benci.” Puk! Again kena tendang.
“Kau.” Puk! Sekali lagi.
 Budak yang kena belasah tu hanya mampu mengerengkot sambil pegang perut dan mengerang sakit. Haikal was was sama ada budak tu masih sedar lagi ataupun tidak. Tapi bila dengar budak tu mengerang, maksudnya budak tu still sedar la.
Dia kenal dua orang daripada enam orang yang berdiri keliling budak tu. Satu ialah Harris. Dua ialah Paan. Tetiba dia dapat tahu apesal budak tu kena belasah. Harris tarik rambut budak tu supaya berdiri sebelum tolak dan tumbuk kuat muka budak tu lepas tu. Haikal rasa tak selesa tetiba nampak situasi itu. Budak tu terhumban ke belakang ke atas lantai. Paan datang mendekat ke budak tu, tarik baju dia and seret sebelum tolak ke dinding kuat.
Harris datang dekat dengan budak tu sebelum tumbuk dekat dada budak tu pulak. Budak yang kena tumbuk tu terus gasping merangkak carik udara. Lepas tu , Harris cekak baju budak lelaki tu and paksa budak tu berdiri. Budak yang kena belasah tu nampak berdiri longlai da tak mampu nak buat apa. Haikal memang yakin sangat-sangat kalau Harris lepaskan cekak baju budak tu, semestinya budak lelaki tu terjelepok duduk. “Listen here faggot. Kau ingat aku suka dekat kau ke apa? Babi apa perangai kau ni.” Harris ludah kat muka budak tu. “Kau ingat aku gay macam kau ke? Da la miskin. Kau ingat taraf aku macam kau ke babi? Bapak kau tak ajar ke, kalau nak jadi gay sekalipun, carik yang sama taraf dengan kau.” Terus Harris tolak kasar kat dinding shower room. Budak tu tergolek jatuh.
Budak tu teresak-esak nangis sebelum duduk bersandar kat dinding. Budak lelaki tu pandang dia. Haikal nampak bibir dengan hidung budak tu berdarah. Mata da merah. Rambut da basah dengan peluh. Budak tu nampak macam baru kena campak ke dalam neraka.
“Tolong.” Budak lelaki tu mintak tolong. “Tolong saya.” Budak tu menangis.
Kesemua enam orang belasah budak tu pandang ke arah dia tetiba. Harris pandang bengis kat dia. “Kau ni kawan si faggot ni ke?!” Haikal terkejut dengar tempikan Harris tu.
Harris terus datang ke arah dia sambil genggam penumbuk sebelum Paan halang. “Chill. aku kenal dia.” Paan tolak Harris ke tepi.
Paan lepas tu datang ke arah dia sebelum tarik dia keluar dari shower room. Haikal sempat tengok muka budak lelaki yang kena belasah tu merayu supaya jangan tinggalkan dia keseorangan di situ. Budak lelaki tu nampak misery.
“Abang Paan, kenapa budak lelaki tu kena belasah? And kenapa abang belasah dia?” Tanya Haikal walaupun dia da boleh agak kenapa budak lelaki tu kena belasah. Sekarang dorang berdua tengah berdiri di luar bilik gym.
Paan usap-usap belakang kepala dia tak selesa. “Kau balik dulu. Nanti aku cerita dekat kau malam nanti.”
“Tak nak. Better abang....”
“Ni kenapa ni?”
“Hisha!” Seru Haikal teruja. Mamat ni baru la boleh jadi superhero penyelamat. “Ada budak kena belasah dekat dalam shower room tu. Selamatkan dia please.”
Lepas tu Hisha pandang Paan sambil angkat kening. Paan angkat bahu je tanda malas nak menjawab.
“Haikal, kau tunggu sini kejap.”Arah Hisha.  “Paan, jom masuk.” Ajak mamat tu. Lepas tu Hisha dengan Paan masuk ke dalam bilik gym semula and Haikal tunggu je berdiri dekat situ mengikut arahan Hisha. Dia tak sure and tak pasti kenapa Hisha suruh dia tuggu dekat situ. Maybe Hisha tak nak dia nampak apa yang dorang bincang kat dalam tu kot. And maybe Hisha pun tak nak dia nampak apa yang maybe terjadi dekat dalam tu.
Tak lama lepas tu, Hisha pimpin keluar budak lelaki yang kena belasah tu dari bilik gym. Like sherious shit, budak lelaki tu nampak lagi teruk dari masa dia nampak tadi. Muka Hisha nampak ketat. “Kau bawak dia pergi sickbay dulu. Kejap lagi aku datang. Aku nak settle dulu hal kat sini dengan bebudak ni. Kalau matron tanya apa-apa pasal dia, kau cakap tak tahu je kay. Kang nanti jadi lain pulak cerita dia.”
Haikal angguk setuju sebelum pimpin budak lelaki tu berjalan. Dia tak rasa yang budak lelaki tu boleh sedar dalam masa yang lama. Dia nampak macam boleh pengsan dalam bila-bila masa sahaja. Haikal terpaksa berjalan dengan pace yang lambat dan kecik sebab budak tu jalan agak terdengkot-dengkot and yeah, budak lelaki tu memang la nampak misery betul.
He is not a fan of cerita bunuh-bunuh and bila nampak someone yang macam baru kena belasah dek 100 orang padahal budak tu kena belasah dengan enam orang je and salah seorangnya ialah Paan which is sangat la dia naik angin, hanya membuatkan dia sendiri rasa tak selesa.
Cekal Haikal. Cekal.
What the heck Paan buat dekat sini? Sampai je dekat sickbay which is dekat bahagian barat sekolah, terus dia bawak jumpa matron yang ada dekat situ. Matron tu memang nampak terkejut habis and da membebel tanya macam-macam soalan dekat dia. Dan macam apa yang Hisha arahkan dia cakap, dia cakap dia tak tahu apa-apa.
“Tolong baringkan dia kat atas katil ni. Dia nampak macam boleh tergolek je. And believe me, saya tak boleh nak angkat budak lelaki ni ke atas katil kalau dia pengsan atas lantai.” Bebel matron tu lagi.
Haikal baringkan budak yang kena belasah tu kat atas katil. Satu mata budak lelaki tu biru - ungu tanda macam baru kena tumbuk dengan super kuat. Lagi satu mata budak tu merah berair tanda menangis tak berhenti.
“Kamu ke tepi sikit. saya nak basuh and bersihkan luka dia dulu.”
Haikal beralih ke tepi sebelum matron tu mula bersihkan luka-luka budak tu. Haikal buat muka tanda sakit dan tak selesa setiap kali budak tu mendesah sakit. Pada masa yang sama matron tu membebel yang budak-budak zaman sekarang suka buat macam-macam yang ekstrem, tu yang selalu accident je sana sini. Kadang-kadang Haikal buat suara ish tanda tak selesa bila matron tu bersihkan luka ganas-ganaas and dia rasa nak tepis je tangan matron tu. Last-last matron tu halau dia keluar sebab dia sibuk memekak kat dalam tu. Matron tu suruh tunggu dekat kaunter depan and kalau ada sesiapa student yang datang, suruh dorang tunggu dulu sementara dia uruskan budak yang kena belasah tu which apa yang matron tu gelarkan. ‘budak lelaki yang macam baru kena rempuh dengan bull kat Spain.’
Haikal duduk kat kerusi pusing yang ada dekat kaunter depan sickbay. Ni sebenarnya first time dia sampai dekat sickbay. Even masa dia sakit dulu pun, dia tak jejak sickbay pun sebab Hisha awal-awal da jaga dia dekat bilik mamat tu. And dia tak rasa nak pergi sickbay pun kalau dia just rasa selesema , sakit perut ataupun migrain. Dia memang kadang-kadang akan rasa migrain, lagi-lagi bila terpaksa layan kerenah si Paan malaun tu. Tapi dia tak rasa dia yang dia perlu ke sickbay just sebab dia rasa migrain. Kadang-kadang dia makan panadol dua bijik selang empat jam, and lepas tu dia akan rasa okay balik dan sihat macam biasa.
Tapi for sure, tengok condition budak tu, budak tu memang kena stay kat sickbay and tak boleh nak telan panadol semata je untuk kembali sihat. Bila tengok budak tu sakit kena belasah, tetiba dia teringat kat diri dia sendiri macam mana Paan dengan Imran belasah and liwat dia masa mula-mula dulu. Lepas tu dia teringat pulak segala kerenah Paan yang macam-macam dia kena layan. Imran pun boleh tahan perangai dia tapi lama-lama da agak kurang jadi setan da lepas tu which is sangat la dia bersyukur. Nak kena handle Paan sorang pun memerlukan kesabaran yang tinggi, apatah lagi kalau nak kena layan kerenah syaiton Imran sekali.
Haikal mengeluh. What on earth is happening la dekat sekolah dia? Dia meraup muka lepas tu. Dari apa yang Adam cerita, Harris ada belasah seorang budak lelaki sebab budak lelaki tu luahkan perasaan suka dekat dia.
Budak lelaki ni ke? Ini ke budak lelaki yang Adam cerita dekat dalam kelas tadi? Dia memang yakin budak lelaki ni yang Adam ceritakan pada dia sebab dia dengar apa yang Harris pekit kuat-kuat tadi kat shower room tu.
“Kau dengar sini mangkuk! kau ingat aku suka dekat kau ke sial?! Babi apa perangai kau!” Lepas tu dia nampak Harris lempang muka budak tu. “Kau ingat aku gay macam kau ke?” Herdik Harris sekuat-kuat hati.
And the rest is history.
Harris mesti tak tahu yang kawan dia si Paan yang tukang belasah tu pun gay jugak sebab selalu liwat budak lelaki. Siapa budak lelaki tu? Aku la bangang! Harris is so stupid. Just because budak lelaki tu luahkan perasaan pada kau, kau takde hak nak belasah dia separuh mati. Kalau budak lelaki tu mati macam mana? Bukan takde kes budak meninggal dunia lepas kena belasah.
Dari apa yang Adam cerita, budak lelaki tu da pernah kena belasah sebelum ni. Jadi, kes belasah kat shower room ni kes yang kedua la kan? Tu apa yang dia tahu and dengar dari apa yang Adam cerita. Mana tahu ada banyak lagi kes-kes budak tu kena belasah and entah-entah kes shower room tu bukannya kes yang kedua? Budak tu maybe luahkan perasaan sekali je pada Harris tapi da kenapa kau nak belasah dia banyak kali. Kau boleh simply cakap, “Oh sorry, Im not gay. Im not in the same boat with you.” And toltally ianya bukan hak kau untuk kau belasah budak tu separuh mati.
And bukan juga hak kawan-kawan kau untuk belasah budak lelaki tu sekali.
And bukan juga hak kau untuk panggil kawan-kawan kau untuk belasah budak tu sampai jadi lunyai.
And Paan pun bangang jugak. Tetiba hati dia mendongkol geram entah kenapa. Yang pergi join Harris belasah budak tu da kenapa? Nak jaga gengsi? Ke sebab dia best friend dengan Harris jadi bila Harris ajak budak lelaki tu belasah budak, dia pun terasa nak join sekali.
Entah kenapa dia terasa kecewa dengan Paan. He feels really disappointed with Paan. And nasib baik la ada Hisha sebagai Knight in Shining Armor dia. Kalau mamat tu takde tadi , sah budak tu makin teruk kena belasah dari keadaan dia sekarang. Haikal rasa bosan tetiba. Dia tak tahu berapa lama masa matron tu ambil untuk settle kan hal budak yang kena belasah tu and tetiba hati dia rasa macam tak selesa. Dia tak rasa yang budak tu akan boleh attend ke kelas dalam masa terdekat.
Dia gerak ke arah TV yang ada dekat depan kaunter tu, capai remote and hidupkan TV. dia bukak channel ESPN and usha Men’s World Ice Hockey Championship yang berlangsung dekat Switzerland. Rusia dengan Kanada tengah lawan final and sekarang keputusan tengah seri 1-1. Better dia layan benda alah sukan ni dari fikir kes budak lelaki yang kena belasah tu.
And yang anehnya, dia pun tak tahu apa nama budak lelaki tu.


Dia dengan Hisha makan berdua dekat depan TV sickbay tu. Matron sickbay which is nama dia Puan Rosie tengah siapkan makan malam budak lelaki yang sakit tu. Budak lelaki tadi tengah tidur lena kat bahagian bilik pesakit. Dia sendiri tak tengok budak lelaki tu lagi and tak tahu condition dia macam mana. Tapi apa yang Puan Rosie cakap, tiada apa yang perlu dibimbangkan and tiada kes membahayakan nyawa pun . Puan Rosie suruh budak lelaki yang kena belasah tu berehat dulu sebelum membenarkan dorang  tanya dia macam-macam. Puan Rosie again tanya dia (masa ni Hisha tak datang lagi) , apa yang jadi sebenarnya tapi dia hanya sengih bersalah and cakap tak tahu. Hisha suruh dia cakap macam tu! Jangan la marah dan salahkan aku. Aku cuma ikut je cakap Hisha!
Like sheriously, dia sendiri tak tahu nama budak lelaki tu, bilik mana, and apa-apa la berkenaan dengan budak lelaki tu. And now, apa yang dia buat sekarang ialah tengah tunggu budak lelaki tu sedar dari tidur macam dorang rakan sebilik la pulak. Hisha bungkus makanan dari Dewan Makan and bawak ke sickbay tu untuk makan bersama-sama dengan dia. Dia pulak memang tengah lapar barabas and rasa nak buat sujud syukur bila Hisha datang bersama sama dengan makanan. Puan Rosie yang baik hati tu siap kasi dorang pinjam pinggan, sudu, garfu and sempat buatkan Milo Ais lagi. Hisha bagitahu dia siap-siap yang budak lelaki tu budak blok dia so takde apa yang perlu dirisaukan.
Puan Rosie tanya Hisha apa yang terjadi sama macam apa yang Puan Rosie tanya pada dia tapi Hisha hanya angkat bahu tanda tak tahu. Hisha siap tambah cerita yang dorang jumpa budak lelaki tu dekat shower room bilik gym and memang da nak almost pengsan masa tu. Puan Rosie cakap terima kasih siap-siap dekat dorang berdua sebab buat kerja baik macam super hero and tolong budak lelaki malang tu. Perghh, gua dapat tittle super hero bhai. Hahahahaha.
“Aku da inform roommate dia tadi yang one of theirs kena tahan dekat sickbay so that dorang tak la rasa pelik kalau roommate dorang tak balik bilik malam ni.” Bagitahu Hisha tetiba.
“Are they asking you kenapa roommate dorang kena tahan dekat sickbay?”
“Tanya je. tapi aku cakap roommate dorang sakit. Da tu je.” Hisha angkat bahu. “Nganga mulut cepat.”
Haikal nganga mulut ikut arahan Hisha sebelum budak lelaki tu amik satu kentang and suap dia makan. Haikal mengunyah kentang sebelum sambung tanya. “Dorang tak risau?” Tak lama lepas tu, dia capai nugget pulak.
“Of course risau. Dorang nak datang sini tapi aku cakap tak payah pun takpe. Aku ada untuk tengok-tengokkan kawan dorang tu.” Hisha suap nasi dengan lauk ayam untuk makan lepas tu. “Nak rasa?” Pelawa Hisha. Haikal hanya makan nugget je setakat ni. Budak lelaki tu tak sentuh pun lagi Nasi Goreng yang Hisha bawak.
Haikal hanya mengangguk je tanda mahu.
“Nganga mulut.” arah Hisha.
Haikal again ikut arahan Hisha and Hisha suap Haikal lepas tu. Dekat TV sekarang ada cerita Desperate Housewives and ada scene Gabrielle Solis tengah bergaduh dengan jiran dorang yang bernama Susan.
“Sedap?” tanya Hisha senyum.
“Sedap.” Setuju Haikal. “Selalu tak la sedap macam hari ni.” Bagitahu Haikal jujur.
“Ke sebab aku suap kau hari ni? Tu yang kau rasa terlebih sedap?” Tease Hisha sambil kenyit mata. .
Haikal senggol perlahan perut Hisha. “Jangan nak mengarut.”
Hisha gelak-gelak lepas tu.
“Jadi kenapa budak lelaki tu kena belasah, Hisha?” Tanya Haikal nak tahu.
Hisha suap nasi ke dalam mulut plus kentang sambil mata tengok Desperate Housewives dekat TV. Lepas tu Hisha suap nasi plus nugget pulak pada dia. Haikal pulak nganga je terima suapan Hisha macam budak kecik.
“Harris cakap kat aku yang budak lelaki tu kacau dia. Lepas tu, budak lelaki tu mula stalk dia, curik gambar dekat facebook, kalau makan dekat Dewan Makan pun nak dekat-dekat, lepas tu hantar-hantar surat.  Kasi hadiah la itu la ini la. Tu yang dia bengang. Mula-mula dia tak buat apa la pun. Dia just terima sebab malas nak react apa-apa. Tapi lepas budak lelaki tu luahkan perasaan dekat field semalam, Harris memang da tak boleh terima lagi da. Tu yang dia belasah budak tu.”
Haikal telan liur. Tak sangka pulak ada orang obses pada Harris sampai macam tu sekali. “Tapi kenapa dia kena belasah lagi hari ni?” Tanya Haikal innocent.
Hisha hela nafas sebelum suap Haikal makan lagi. “Harris cakap budak tu nak mintak maaf and memula dia macam nak maafkan. Tapi tetiba budak tu kata , dia sanggup je buat apa-apa asalkan Harris terima dia sebagai kapel. So again....”
“Harris belasah budak tu lagi.” Gumam Haikal sambung ayat Hisha.
“Sort of.” Hisha angkat bahu. Hisha suap diri dia sendiri lepas tu. Haikal pulak capai mug dan minum milo ais dari mug tu. “Jadi, kesimpulannya adik-adik, jangan la obses pada seseorang kalau tak, anda mungkin bakal kena belasah.” Conclude Hisha.
“Tapi kan?”
“Emm,” Hisha pandang Haikal. “Apa dia?”
“Aku ni kira obses ke dengan kau kalau aku tidur selalu sama-sama dengan kau?”
Hisha gelak-gelak je lepas tu. “Of course not.”

p/s
Hai guys! Kalau suka dengan cerita ini, jangan lupa komen and jangan lupa ajak kengkawan lain baca!

Tuesday 4 June 2013

ASRAMA / Chapter 14 #28

Ini ialah penceritaan semula cerita ASRAMA. Aku decide untuk post balik and ubah cerita asal which is for me not appropriate and too much explicit thingy. Penceritaan semula ASRAMA atau nama lain dia ialah Volume I Remaja adalah lebih panjang, lebih sopan dan boleh dibaca oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat, bangsa, agama serta gender. Hahaha. Actually sesiapa nak baca, ah sekati korang la nak baca ke tak ke apa ke. There is no paksaan at all.

Penceritaan semula ASRAMA ialah berbeza almost 80% dengan cerita asal yang aku pernah post sebelum ni. Jadi kalau nak baca balik pun takpe sebab ada certain part yang memang totally different. Maybe ada yang pernah baca di Wattpadd which is kalau di wattpad, aku post cerita ini dengan tajuk bernama REMAJA

Apa-apa pun, enjoy!


Chapter 14
Haikal tulis notes Biologi dekat buku nota dia. Dalam satu buku nota tu la, dia tulis macam-macam notes dan notes tu mewakili banyak subjek. Kejap ada notes subjek Kimia, kejap ada notes subjek Matematik and kejap ada notes subjek Bahasa Melayu. Kau jangan la terkejut tengok buku nota dia tu kalau first page cerita pasal valance electron, page kedua cerita pasal heat and page ketiga cerita pasal Syurga dan Neraka dari subjek Agama Islam pulak. And totally, dia bukanlah termasuk dalam bebudak yang tulis nota cantik-cantik, tulisan berangkai segala bagai untuk tatapan guru-guru atau rerakan dia. Selalunya dia tulis nota cincai boncai je untuk diri dia sendiri. So, memang notes yang dia tulis tu tak cantik bagi orang lain tapi boleh la untuk dia baca, untuk pass test and exam dekat sekolah tu.
Cikgu Latifah dekat depan da terang pasal Life Cycle. Kejap cerita pasal Mitosis and kejap cerita pasal Meiosis. Lepas tu, kejap cerita pasal hormon la, kejap cerita pasal perempuan mengandung la apa la itu la ini and the list is continue. Hurmm, serius kepala otak da berserabut bila dengar segala perkataan-perkataan rumit dalam buku teks bio tu. Wondering, macam mana entah ada manusia dekat muka bumi ni, cita-cita dia ialah nak jadi doktor. KAH KAH KAH. 
Kau tahu la, masa kita semua darjah satu, mesti cikgu akan suruh kita perkenalkan diri. Apa yang kita perlu kenalkan diri kita pada seisi kelas ialah
1) nama penuh kita
2) nick name atau nama manja
3) hobi
4) cita-cita
Dia perkenalkan diri dia "Hai, nama saya Haikal. Nama manja, Bozo. Hobi ialah mengumpul setem. Cita-cita saya nak jadi doktor."
Masa darjah satu, dia acah-acah poyo, berkata dengan bangganya, "Saya nak jadi doktor, cikgu!" Haha. Bila fikir sesorang dalam hati sekarang, memang la rasa nak tergelak je. Ha kau sekarang, dia da tak terasa nak jadi doktor da lepas belajar bio. Ni baru biologi and bukannya macam lima tahun kena hadap degree Medicine kalau nak persue jadi doktor plus Housemanship la apa la itu la ini la. Dia memang tabik doink toink betul la dengan mereka-mereka di muka bumi ini yang memang bercita-cita sejak dari kecik nak jadi doktor and then lepas tu, memang betul-betul menjadi seorang doktor yang berjaya dan dicintai oleh orang ramai. K, yang itu mengarut. Apa-apa pun, kalau belajar Kimia dengan Fizik tu dia boleh tahan la lagi. Ni bila masuk bab-bab Biology je , for sure dia akan menguap lima saat lepas tu. Perrghh, sah aku ada hormonal Newton and Einstein lebih kalau nak banding dengan Darwin.
Lepas kelas bio ni, dia ada kelas Kimia. Lepas kelas Kimia, dia ada kelas Matematik Tambahan and then rehat and then sambung dua sesi kelas lepas tu which is Bahasa Melayu dan Matematik. Baru dia sedar, tiga kelas pertama dia untuk hari Isnin ialah tiga subjek susah barabas. Haikal mengeluh kuat. For god sake, again, kenapa aku boleh terperangkap dalam badan budak berusia 16 tahun. How I hope sekarang ni aku da berusia 25 tahun, tengah melancong kat Bahamas sambil minum coconut shake. KAH KAH KAH. Berangan la kau setan. Apa-apa pun, dia memang da malas nak tumpukan perhatian dekat depan. Entah apa yang cikgu cakap dekat depan tu pun memang da masuk telinga kanan , keluar telinga kiri.
Emm tu la kau Haikal, sebelum nak belajar tak baca doa belajar. Kan da susah nak telan ilmu. Dia boleh rasa banyak sangat setan dalam kepala otak dia yang membuatkan dia memang sangat tak tumpukan perhatian apa yang ada dekat depan. Budak lain angguk, dia pun angguk. Budak lain gelak, dia pun akan gelak sama. Haha. Loser gila kau ni Haikal.
Dia sebenarnya suka je sekolah ni. Sangat-sangat suka. Sekolah ni best. Belajar pun best je sebenarnya (kecuali subjek bio la. hahaha) Dia ada roommate yang best. Dia ada kengkawan dan classmates yang best. Makanan kat sekolah ni pun best. Kemudahan dekat sekolah ni macam bilik gym ke bilik TV ke kolam renang ke semuanya best dan bagus belaka. Hisha best, John best. Emm, Paan tak berapa nak best.
=,=
Macam mana bab Paan boleh masuk sini pulak?
Actually, Paan da semakin best. Dan err baik.
Tak la bertukar menjadi baik macam malaikat and still mamat tu macam hantu jugak kadang-kadang. Dua tiga minggu kebelakangan ni, lepas main paintball tu, mamat tu macam baik la pulak. And malam dia tidur kat bilik budak lelaki tu, tahniah la dekat diri sendiri sebab takde la pulak dia kena liwat ke kena gari ke apa ke. And dia rasa nak buat sujud syukur bila keesokan harinya dia berjaya keluar dari bilik tu tanpa ada kesan air mani terpalit kat dia.
HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAH
Gila aku cakap pasal air mani macam cakap pasal air sirap dalam kehidupan seharian biasa.
Tapi yap. Paan da macam makin baik. Dia tak nampak Paan sepanjang hujung minggu hari tu , so dia tak tahu la perangai malaun tu da makin baik terhadap dia atau still nak membuli macam selalu. Atau maybe sebenarnya, mamat tu tersampuk dengan hantu jin kat padang Paintball Seksyen 13 tu and hantu jin tu tak suka Paan buat kekerasan kat dia. That's why la Paan tak jahat mana pun sejak dua tiga minggu kebelakangan ni. Haha, gila aku merepek lagi.
Tadi pasal air mani. Ni pasal jin pulak. Semalam dia nampak Imran dekat Dewan Makan. Rupanya Imran ada Tournament Kebangsaan nak kena attend and sebab tu la seminggu lebih dia tak nampak budak lelaki tu dekat area hostel ataupun bilik mandi ataupun Dewan Makan ataupun laluan ke kelas (not like dia suka terserempak pun dengan Imran).
Macam mana dia tahu Imran ada tournament dekat tempat lain? Tu pun dia terdengar perbualan William dengan Adam dekat dalam bilik which is Adam pun budak taekwando sama macam Imran. Adam gelarkan Imran sebagai budak setan neraka tak guna - the list Adam mencarut is go on seperti babi, bangang, bodoh, bangsat bla bla bla yadaa yadaa - sebab selalu buat latihan tense dan teruk gila nak mati. Masa dia dengar tu, dia da terbahak tergelak seseorang. Well, bukan dia seorang je la kan cakap yang Imran tu jahat. Adam pun cakap mamat tu macam setan.
Hari ni again, macam semalam, dia tak nampak Paan. Entah ke mana entah mamat tu. Tapi bagus jugak kalau mamat tu takde. Walaupun perangai budak lelaki tu da jadi baik sikit. Em, baik sikit je la. Still dia rasa tak selesa nak berborak selesa bagai dengan senior dia tu. Yeah, memang dia rasa Paan is super hot (eh? tetiba pulak nak puji Paan) and kadang-kadang dia rasa macam nak develop crush pada Paan sebab... Err, what? Okay gurau je. Paan kan lelaki, mana boleh nak develop crush pada dia <---- ayat denial seorang Haikal. Her her her *gelak awkward*
Okay tukar topik.
Apa-apa pun, ketiadaan Paan buat sementara waktu ni memang la buat dia bernafas dengan lega sikit. Kau gila aku tak rasa nak bernafas dengan lega? Paan buli aku dalam masa yang lama kot! It's not like aku akan rasa selesa dengan dia eventhough dua tiga minggu kebelakangan ni dia jadi baik and it's not like aku akan rasa tak happy kalau dia takde kat sekolah ni. Of course aku happy! Happy yang superior happy kot! And happy sampai rasa nak melompat ke langit. Exaggerate much? Try kau kena buli dulu, then baru kau tahu perasaan bila pembuli kau tu takde. Perghh, rasa macam nak buat sujud syukur tiap-tiap hari babe.
Dia pun tak tahu apesal dia yakin sangat yang Paan takde dekat sekolah ni. Tapi dia memang pasti budak lelaki tu takde kat sekolah ni. Ke sebenarnya kau selalu usha kiri kanan atas bawah depan belakang and harapkan ada Paan sebenarnya? And sebab tu la kau yakin Paan takde dekat sekolah ni sekarang sebab kau da habis usha segala ceruk and still tak nampak Paan dekat mana-mana.
=,=
Loceng sekolah berbunyi tak lama lepas tu tanda waktu pertama kelas da tamat. Dia kemas barang and terus masukkan buku teks, notes and pencil case segala bagai ke dalam beg sekolah dia. Mari kita bergerak ke kelas yang seterusnya iaitu Kimia. Haha, ceria betul kau hari ni. Apa yang dia suka pasal kelas kimia ni, actually dia satu kelas dengan kesemua roommate dia which is Dani, Adam dan juga William. Most of jadual kelas dia, dia banyak kelas dengan William je and agak kurang bersama kalau nak banding dengan dua orang lagi roommate dia tu. Cuma Kimia je la satu-satunya subjek yang dorang berempat duduk dalam kelas bersama.
Ada banyak pro berbanding cons sebenarnya bila roommate kau dalam satu kelas yang sama, titik dua bertindih
1) senang nak tiru homework
2) senang nak copy nota kalau kau memain dalam kelas
3) da ada gang nak buat eksperimen
4) dalam kelas automatik da ada kawan and takde la rasa awkward nak mati sangat waktu memula masuk kelas dulu.
5) senang nak buat study grup kalau ada kuiz ataupun test pada keesoikan harinya
Haikal amik tempat sebelah Adam meanwhile William duduk sebelah Dani. Haikal da buat kira-kira dalam hati.
Lima
Empat
Tiga
"Kau nak tahu tak,"
Whoops, dia da mula da.
Dua
Satu
Adam da mula da nak bergosip. Dia memang tak pernah silap bila buat kira-kira Adam nak mulakan gosip. Adam dan kecoh dan suka berborak dan gosip memang tidak dapat dipisahkan dalam satu perkataan.
"Aku dengar ada budak kena belasah weh."
"Siapakah?" Haikal angkat kening. Well at least berita yang Adam yang bawak kali ni agak okay la jugak kalau nak banding cerita malam tadi yang Adam cerita which is pasal budak bilik sebelah beli boxer mahal. Like sheriously Adam? Who cares seseorang itu pakai boxer jenama apa? Tapi, yeah. Adam seorang yang amik kisah. He cares for everything. Dia amik kisah pasal semua benda. Dia amik kisah dari sekecil-kecil benda dari huruf A dan sampai sebesar-besar benda sampai huruf Z. Sometimes Adam macam kawan yang sweet la jugak sebab tanya kau sihat ke tak, kau sakit ke tak, kau okay ke tak, kau da makan ke belum and kalau belum aku ada jajan dalam almari, kerja sekolah da siap ke belum and bla bla bla. That's what makes Adam as a really good roommate and good friend la. Tapi kadang-kadang Adam boleh jadi annoying jugak. Rasa nak tampar je kadang-kadang. KAH KAH KAH. And boleh la kau nak cakap yang Adam ni macam radio bergerak and ada antenna dekat kepala dia tu. He knows everything. He is a living legend Gossip Girl.
Apa apa pun, siapa la belasah budak tu and manusia mana la yang jadi mangsa tu? Entah-entah Paan kot belasah budak? Budak tu bukannya betul sangat. "Apesal budak tu kena belasah weh?" Tanya Haikal ingin tahu.
"Kau kenal Harris tak?"
Haikal kerut dahi. "Harris mana ni? Budak fiver yang ada tindik dekat kening tu ke?"
Well actually, siapa yang tak kenal Harris dekat sekolah ni. Anak datuk bandar dekat negeri Johor sana tu, ada tindik dekat kening and kalau tak silap dia, mamat Harris ni ada tattoo dekat belakang bahu dia and paling tak boleh belah, dia dengar cerita jugak yang budak lelaki tu kuat buat seks. I mean, kuat buat seks dengan budak perempuan la. Harris ni macam typical jocks dalam mana-mana cerita US. Harris ni pun main bola sepak dekat sekolah dorang and arrogant much sebab mamat tu striker terbaik yang sekolah ni ada. Tu apa yang dia dengar je la dari mulut bebudak ni and macam la semua orang amik kisah sangat pun mamat tu terbaik ke apa ke. Kau maybe terbaik dekat sekolah but it's not like kau akan wakil malaysia ke piala dunia ke apa ke. Malaysia dan FIFA tak mungkin bersatu dalam abad ke 21 ni. Titik.
Menyedihkan sebenarnya.
"Aah." Adam angguk sebelum tundukkan pandangan sikit. Suara budak lelaki tu makin perlahan seolah-olah takut Harris dengar perbualan dorang berdua. Haikal pun ikut tundukkan pandangan sekali. "Aku dengar cerita dari Joshua, which is Joshua dengar cerita dari Fisher which is Fisher kata ada abang senior cerita dekat dia, Harris ada belasah seorang budak dekat area padang sekolah sana sebab Harris kata budak tu gay."
Haikal duduk tak selesa. "Woah, sheriously la?" Dia buat ala-ala suara teruja nak dengar cerita tu padahal dalam hati jantung berdegup laju. "Tapi da kenapa Harris belasah budak tu kalau budak tu gay? Budak tu ada try nak mengorat Harris ke?"
"Entah la weh," Adam angkat bahu. "Joshua cakap budak lelaki tu macam nak try meluahkan perasaan dekat Harris tapi Harris belasah budak tu lepas tu. For sure la Harris akan belasah budak tu kan? Budak tu ingat Harris tu gay ke apa sampai nak mengorat segala bagai."
Haikal gelak hambar.
"Budak tu pun bangang." Kutuk Adam tak menahan. "I mean, kau gila ke apa pergi luahkan perasaan dekat Harris tu? I know kau suka dia tapi fikir la secara waras." Adam julingkan mata ke atas pulak. "100 percent Harris tu bukannya mamat gay atau satu gereja dengan budak tu. Satu, kau da la gay. Dua, kau tu bodoh. Kalau kau nak jadi gay sekali pun, jangan la jadi bodoh. Or kalau kau nak jadi bodoh sekali pun, jangan la jadi gay. Takkan la budak tu tak tahu si Harris tu macam mana. Straight macam tiang lampu kot. And know the reputation, mamat Harris tu super jahat kot."
"Siapa budak lelaki yang kena belasah tu weh?" Actually dia sangat tak menyangka la rupanya ada jugak budak lelaki yang boleh masuk kategori homosapien homoseksual dekat sekolah ni. And dia pun setuju jugak dengan apa yang Adam cakap pasal meluahkan perasaan pada budak straight macam Harris adalah silap besar sebab Harris tu straight macam , apa yang Adam cakap , straight macam tiang lampu kot. Takde siapa boleh cakap yang Harris tu gay.
"Entah. Joshua cakap budak blok dia, blok 2."
"So, apa jadi dengan budak tu sekarang weh? Err, teruk ke dia kena? Maksud aku, teruk ke dia kena belasah?"
Adam angkat bahu. "Entah la weh. Aku pun tak tahu apa jadi dengan budak tu sebab baru Joshua nak cerita, cikgu Melissa da masuk ke kelas."
Haikal hanya mampu OOOOO je lepas tu. Lepas tu dia carik buku nota dia dari dalam beg untuk melukis sementara tunggu cikgu masuk. Adam pulak terus selak-selak buku teks acah-acah buat kira-kira mole. Entah ke mana pulak cikgu Kamariah dia ni. Lambat pulak masuk kelas hari ni. Tapi tak masuk langsung pun bagus jugak. KAH KAH KAH. Boleh buat banyak benda.
"Tapi kan, aku tak paham, kenapa mamat tu jadi gay ea?" Tanya Adam.
"Entah la weh. Kau ingat aku ni nanny dia ke apa?" Jawab Haikal refleks.
Haikal yang tengah sibuk carik buku nota kat dalam beg, berhenti carik tiga ke empat saat sebelum sambung mencarik balik. Lepas jumpa buku nota dia, dia selak muka surat paling belakang sekali, capai pensel dan mula melukis secara random. Soalan Adam tu terngiang-ngiang dekat telinga dia. Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Kenapa mamat tu jadi gay?
Tapi salah ke jadi gay?
Aisey, aku pun da keliru dengan diri sendiri. Dia sendiri pun tak tahu and keliru pasal diri dia sendiri, ini kan pulak soalan Adam tanya dia pasal orang lain pulak.
Bukannya dia tahu orang tu straight ke tak ke apa ke and bukannya dia tahu orang tu lesbian ke gay ke biseksual ke trans ke apa ke. And bukannya dia boleh teka kenapa seseorang itu boleh menjadi gay. Maybe sebab faktor sekeliling atau maybe sebab orang tu pernah menjadi mangsa seksual sesiapa sebelum tu.
Apa-apa pun, it's not like warna mata seseorang tu akan berubah kalau seseorang tu menjadi homoseksual. And bukannya biji mata orang staright akan menjadi hitam meanwhile biji mata orang lesbian akan warna merah and homoseksual tu hijau. Bagi dia, kau straight ke kau gay ke kau lesbian ke kau trans ke, kau still human being. Dia sendiri tak tahu nak gelarkan diri dia apa. Aku ni apa? Straight ke gay? Aku suka tengok perempuan and kadang-kadang aku suka jugak tengok lelaki. Tapi tak la semua lelaki. Most likely about , dia akan rasa affection much bila dia dekat dengan Paan dan juga Hisha. Dia tak la rasa tergoda and suka tengok roommate dia ataupun dia pun tak la rasa tergoda nak mengorat ke rasa nak melancap ke apa ke kalau tengok John. Apa tu? Biseksual? Ke Paanseksual atau Hishaseksual sebab dia cepat rasa teruja bila nampak dua orang budak lelaki tu. Ke ni cuma masalah hormonal yang memang semua orang alami pada usia 16 tahun?
I'm straight right? Aku straight kan? Of course aku straight!
Aku suka perempuan! Oh gosh, adakah ini salah satu ayat denial yang keluar dari kepala otak aku?
Adam tergelak dengan jawapan Haikal. "Yeah, for sure kau bukan nanny dia. Tapi kan, pelik la budak tu luahkan perasaan dekat Harris. Macam da takde perempuan lain kat dunia ni yang dia boleh mengorat and at the first place pun, da kenapa dia jadi gay?"
Haikal angkat bahu.
"Aku tak faham la dengan manusia yang suka sesama jantina ni." Ulas Adam.
"Kenapa?" Tanya Haikal curious. Apa la agaknya reaksi mamat ni once tahu yang aku ni pernah kena liwat dengan budak lelaki. Aku kena boo yeah dengan mamat Adam ni ke?
Adam angkat bahu. "I don't know. Setiap benda ada pasangannya kan? Kiri dan kanan. Depan dan belakang. Utara dan Selatan. Timur dan Barat. Lelaki dan perempuan. Betina dan jantan. It's feel wrong bila dengar lelaki dan lelaki."
"Well for me, sometimes tak semua benda ni perfect. Ada benda yang tak perfect dalam life ni. Macam ada orang lahir dengan sempurna and ada orang dengan kecacatan. Ada orang lahir without Down Syndrome, ada orang lahir with Down Syndrome. Tapi kita tak boleh nak disowned dia atau mengutuk dia , cakap dia cacat dan tidak berguna dan tidak diterima masyarakat just because dia cacat. If kita cakap dia cacat dan tidak berguna, tak ke sama macam kita kutuk ciptaan Allah. Bagi aku sama dengan kes lelaki suka lelaki. Memang bunyinya macam cacat, tapi tak ke kau rasa , once kau kutuk kecacatan tu, seolah-olah kau baru kutuk ciptaan Allah."
Adam diam dan berfikir-fikir sekejap. "Well said apa yang kau cakap tu. Tapi kau tak rasa ke benda-benda abnormal ni membawa kepada bahaya dalam masyarakat kita. Look, from gay, akan ada penyakit HIV dan sebagainya."
Haikal tergelak. "Kalau kau hisap dadah pun kau boleh dapat AIDS. And kalau lelaki buat seks dengan perempuan pun, dorang boleh dapat HIV jugak. What is the difference? Kau ni Adam." Haikal tergelak. "Seolah-olah kau cakap orang gay bawak penyakit dalam badan dorang."
"Bukan ke?" Bisik Adam.
Haikal jentik dahi Adam.
Adam mengerang sakit. "What's that for?" Adam menggosok-gosok dahi dia. "Sakit la Haikal."
Haikal tergelak. "Sesaja je jetat kepala kau."
Adam julingkan mata ke atas. "Asshole." Gumam Adam.
"Pada pendapat aku la, orang gay ni tak bawak penyakit. Gila apa? Kau ingat dorang zombi bergerak? Like what you said la, orang gay akan bawak HIV and effect people. What? dorang meludah orang lain ke and siapa yang terkena ludah tu akan dapat HIV?"
Adam dengan Haikal tergelak lepas tu.
"Not like meludah la. you know, from sex and buat anal segala bagai, orang boleh kena HIV. kan? It's dangerous kan? So menjadi gay ni macam tak bagus la." Adam bagi conclusion. "Yap, jadi gay ni tak bagus," Adam sengih. "Sila setuju dengan aku cepat." Adam angkat-angkat kening dia.
"Jadi macam mana pulak dengan gay yang tak buat seks dan jugak anal?" Haikal kerut dahi.
Adam terdiam kejap.
Haikal sambung cakap. "Kalau dorang tak buat seks dengan anal, maksudnya HIV tak merebak la kan? So, it's not dangerous la pada masyarakat? Then itu apa? Kita consider sebagai gay itu bagus pada masyarakat ke macam mana? Sebab apa yang kau cakap tadi, HIV come from gay people yang buat anal sex and seks luar tabii segala bagai, jadi kalau tak buat? Kiranya dia tak membahayakan pada masyarakat la kan? So? Kiranya itu gay yang bagus la?" Tembak Haikal.
And yeah Haikal. Da kenapa aku jadi defensive semacam ni? Nanti tak pasal-pasal Adam ingat aku ni gay and support's gay right.
"Emm, tu apa pendapat aku la. Kau jangan salah sangka pulak." Sambung Haikal. Tapi kan, tak semestinya aku menyokong gay, aku ni seorang gay. Sama la jugak macam aku tak sokong pembunuhan haiwan liar, and aku bukannya a fucking alpaca. Kan?
"No, actually you make a good point. Betul jugak kan apa yang kau cakap tu?"
Tetiba Haikal rasa nak buat aksi riakgila. "Well," Haikal angkat bahu sebelum sengih-sengih. "Bagus tak aku bagi hujah? boleh jadi lawyer paling awesome tak?"
"Boleh la." Gumam Adam malas nak cakap kuat-kuat. "Sikit." Rolling eyes. 
Haikal sengih lebar. "I know right." Haikal balas dengan gaya riak nak mati.
Adam tolak bahu Haikal. "Menyesal aku puji kau."
Haikal da gelak-gelak lepas tu. 

p/s
Hai guys! Kalau suka dengan cerita ini, jangan lupa komen and jangan lupa ajak kengkawan lain baca!

Sunday 2 June 2013

Adik Top #27


aku bukan nak cakap pasal top is Top in hubungan sex. top - bottom . aku bukan nak cakap pasal tu. aku nak cakap pasal seorang budak lelaki bernama Top. aku tak tahu nama betul dia apa, tapi apa yang aku tahu nama blok dia ialah Top.



scene 1 , dalam bilik aku. 

"abang, nak mintak sign." kata seorang budak pada aku.

aku masa tu tengan layan lappy kat meja study, terus amik kertas dia and tengok muka dia dalam-dalam. "apa nama blok kau ea?" tanya aku pada dia. budak tu agak comel la jugak tapi apesal aku tak ingat nama blok dia? =.='

"top la abang." budak tu da tunjuk muka kecewa. "saya da mintak banyak kali sebelum ni. saya da datang banyak kali kat bilik ni. takkan tak ingat kot abang."

eh? HAHAHAHAHHAHAHAHAHA. serius aku tak ingat. "ooo, haha, sorry la, banyak sangat budak kan. mana aku ingat semua nama budak-budak baru ni." aku terus bagi tandatangan aku kat dia and then lepas tu, hulur balik kertas sign pada  Top balik.

"terima kasih abang!"



scene 2 , Dewan Kolej.

masa ni baru habis sesi sob sobing and ramai budak-budak yang baru daftar ni menangis tak cukup tisu. kitorang yang fasi ni ragging diorang punya heart. :3 lelaki pun bantai nak nangis. epik. HAHAHAHAHAHAAHAHAHA. jadi, budak-budak blok aku semua peluk aku ramai-ramai and mintak maaf kalau ada buat salah dan silap. aku memang la tak tahan kalau kena peluk macam tu. aku rasa

1) rimas
2) pelik
3) ah, babi la korang main peluk-peluk
4) rasa terharu

4 perasaan tu datang serentak. aku da macam, =.=, okay, aku ni memang rare la. lepas da peluk ramai-ramai tu, budak lain pulak datang kat aku, sorang -sorang peluk aku lagi. untuk yang ni, aku rasa

1) bertambah aneh
2) tolong jangan peluk aku
3) aku tak biasa
4) oh puhhh lease stop

4 perasaan ni bertambah dan aku makin jadi rare. lepas tu Top datang, dia peluk aku and mintak maaf. dan ayat klise aku terhadap semua orang ialah

1) jaga diri
2) jangan jatuh sakit
3) jangan sedih-sedih

lepas Top peluk aku, dia cakap kat aku. "lepas ni jangan lupa nama saya lagi bang."

aku da sengih-sengih je. "aku takkan lupa nama kau da." aku cakap macam tu, maksudnya aku da ingat la nama dia apa. nama dia ialah Top. aku bukan boleh ingat senang-senang 48 nama budak-budak baru kat blok aku ni. jadi yang outstanding / outspoken / rare je la yang aku ingat nama blok dorang. yang hambar / loser / tak banyak cakap , memang aku tak ingat nama blok diorang.



scene 3 , dalam bilik TV.

"top mana?" tanya aku.

"migrain." jawab budak-budak lain.

tetiba aku terus teringat masa aku mula-mula masuk Asasi. asyik sakit je, asyik demam je. demam- batuk - selesema memang perkara biasa, sampai kawan aku cakap "kau ni asyik sakit je."

=.='

memang aku yang minat semua sakit tu. jadi bila Top asyik migrain je, aku teringat yang aku pernah menangis hanya disebabkan Migrain yang tahap super teruk gila barbie. jadi, Top banyak mengingatkan pasal diri aku la. aku yang selalu sakit.





scene 4 , Dewan Kolej.

" kenapa kau selalu sakit Top?" aku tanya kat Top. ye la, curios. Top ni asyik migrain almost everynight.

"sebab saya baru balik dari Bangkok dengan Jepun. Bangkok - Jepun pastu Bangkok balik."

aku da terpikir, bapak aaa budak ni bercuti. Bangkok - Japan macam seremban - kota tinggi je.

"ooo, jet lag la ni." jawab aku perlahan.

"lepas ni pun nak kena pergi Bangkok lagi bang."

lepas tu Top terus belah join kawan-kawan dia. lepas tu kawan aku cakap kat aku.

"dia tu budak Home school. dia pergi Bangkok - Jepun - Bangkok tu sebab main Tenis."

aku da ternganga. "bapak aaa. wakil Malaysia siot."

"ada Open Tournament kan." jawab kawan aku.

aku respect habis la kat Top lepas tu.




Scene 5, Kiosk 

aku masuk Kiosk untuk beli air. haus bak hang dan ye, malam ni agak panas sedikit berbanding hari-hari lain. aku nampak Top jugak dalam Kiosk. aku amik air kotak Mangga 2.60 Myr . pastu bila aku nak bayar, Top da kat luar kat kiosk da tapi dia betul-betul berdiri kat pintu Kiosk pastu senyum-senyum .

ah cibai la Top. jangan buat aku crush kat kau. pastu aku jumpa kawan aku. aku terus borak-borak dengan dia bagi nak elak rasa nervous nak pandang muka Top. jadah? aku pun tak tahu kenapa aku nak nervous pandang muka Top.

pastu kawan aku belah dari Kiosk and ajak pergi bilik dia.

"kau pergi la dulu." aku cakap macam tu kat kawan aku.

lepas lepak-lepak kejap kat dalam Kiosk, aku terus keluar dari Kiosk and then ternampak Top lagi kat luar kisok. ah TOPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP. kau buat apa lagi kat sini? aku ingat kau da masuk bilik. aku terus lari laju-laju naik tangga untuk ke aras 2. pastu aku dengar Top tanya.

"laju bang naik tangga."

aku terus balas. " nak amik makanan dari kawan."

ah Top. kau memang buat aku blushing-blushing je la. tapi lepas dia cakap "laju bang naik tangga." memang aku crush habis la kat dia. HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHA. betapa keji gila crush kat junior yang baru masuk. tapi tu perasaan aku sorang je. simpan dalam hati je sudah. aku tak rasa tu crush nak bercinta ke apa ke, it is just LUST.

it is LUST not LOVE. kekekekekeke, tak salah kot rasanya crush kat junior sendiri. :P Top, Top, kau memang comel la. kalau la Top baca ni, *mana la tahu kan. eh?*

hai Top, nak kenal kau boleh tak? *gelak setan sambil guling-guling*



p/s
sorry update cerita ASRAMA lambat sikit. aku tersangat-sangat busy. tidur pun tak cukup, celah mana nak update cerita tu. :(